Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHarjanti Sudirman Telah diubah "5 tahun yang lalu
1
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr. AhmadMahmood Musanif
2
Unit 1 Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik
Ilmu linguistik wujud sejak zaman Yunani dan berkembang pada zaman Romawi dan zaman Islam. Pelbagai pemikiran yang mendasari huraian linguistik telah muncul. Huraian bahasa menggambarkan gagasan pemikiran dan teori yang digunakan oleh ahli linguistik.
3
Zaman Yunani Heraclitus ; kaitan bahasa dengan alam (hal. 11).
Plato: Ketepatan hubungan perujukan 1. keadaan sedia jadi (folk etymology, etimologi simbolisme bunyi) (hal. 14) 2. penerimaan ramai (convention)
4
Aristotle membezakan huruf, suku kata dan perkataan.
Medefinisikan perkataan sbg unit terkecil yang bebas dan bermakna. Menambahkan kelas sintaksis spt conjunction, preposition dan pronouns. (hal. 15)
5
Analogi dan Anomali Analogi: Terdapat banyak ciri keseragaman dalam bahasa Anomali: Bahasa mempunyai banyak bentuk dan ciri kekecualian (hal. 17)
6
Zaman Romawi Lanjutan Yunani tanpa banyak perbezaan pemikiran
Varro; buku tatabahasa Latin Priscian; Institutiones Grammaticae Nahu Latin Priscian menjadi asas falsafah linguistik abad pertengahan Eropah
7
Zaman Islam Filologi bahasa (lughat) Sintaksis (nahwu)
Etimologi (sarf) Morfologi (ishtiqaq) Semantik (Ilm-ul-Ma’ani) Stilistik (Ilm-ul-Bayan)
8
Retorik (Ilm-ul-Badi’)
Fonologi (ilm-ul-Qira’at) (hal. 21)
9
Unit 2 Teori Dalam Linguistik
Pendapat yg dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Maklumat yang dirumuskan oleh teori mendekati ciri ilmu. (hal. 23) Berasaskan kebenaran sama ada fakta atau reason (dalil). (hal. 24)
10
Teori adalah satu penjelasan untuk sesuatu benda @ perkara yang diperhatikan.
Justeru linguistik satu bidang bersifat saintifik, tentu mempunyai teori-teori yang dijadikan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa
11
Kriteria Teori Ada prinsip asas
Dianalisis secara relevan dan bersifat ilmu Ada korelasi antara persoalan Kekukuhan hujah Sistematik (hal. 24)
12
Teori Linguistik Seperangkat hipotesis untuk menerangkan data bahasa sama ada bunyi bahasa atau makna. Cabang linguistik yang menumpukan perhatian kepada teori umum dan kaedah umum dalam penyelidikan bahasa. (hal. 28)
13
Teori Pohon Bahasa berpecah dari induknya spt pencabangan pokok
Pencabangan berlaku secara mendadak, tiap kali bercabang dua dan makin lama makin berjauhan sehingga tiada lagi pertembungan. (Skema 1) (hal. 29)
14
Teori Gelombang Bahasa berpisah secara beransur-ansur.
Sesudah berpisah, berlaku pertembungan timbal balik antara satu sama lain. (Skema 2) (hal. 30)
15
Teori Bahasa Teori dalam linguistik deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta-fakta tentang struktur bahasa sejagat yang terdapat dalam semua bahasa manusia di dunia ini. (hal. 32)
16
Unit 3 Pendekatan Tradisional
Pemerian bahasa berdasarkan bahasa Yunani, Latin dan Sanskrit. Definisi bagi golongan kata tidak memadai dan tidak memuaskan Pergerakan makna kepada fungsi dalam definisi golongan kata dan klausa menimbulkan kekeliruan
17
Klasifikasi tidak menentu (eratik)
Tatabahasa dianggap sebagai kajian ‘bahasa yang betul’ Masalah dalam pemerian konvensional untuk subjek dan kasus Kekeliruan dalam klasifikasi kata
18
Pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi
Masalah ketaksaan nahuan diabaikan Ayat didefinisikan dengan cara yang pelbagai dan sangat banyak (hal )
19
Pemikiran Jespersen Bahasa adalah aktiviti manusia
Bahasa utama adalah pertuturan Bahasa adalah set kebiasaan Penguasaan bahasa, mendengar dan memahami Perbezaan antara sistem bahasa dengan persembahan sistem dalam pengucapan (hal )
20
Bahasa boleh dikaji dari sudut psikologi
Bahasa sentiasa berubah Perasaan penutur natif menjadi data linguistik
21
Unit 4 Linguistik Struktural
Bahasa adalah sistem lambang. Lambang terdiri daripada dua komponen, iaitu bunyi (signifier) dan makna (signified). Bunyi yang tidak bermakna tidak dianggap sebagai signifier. (hal.47)
22
Analisis Struktural Kata rumah, strukturnya dua suku kata, ru + mah, iaitu S1 + S2. Struktur fonemnya, KVKVK. Frasa rumah besar, struktur bentuknya KN + KS. Struktur fungsinya Inti + Keterangan.
23
Ayat Saya hendak makan, struktur bentuknya KN – KKB – KK
Ayat Saya hendak makan, struktur bentuknya KN – KKB – KK. Struktur fungsinya Subjek – Predikat, atau Pelaku – Perbuatan. (hal. 48)
24
Parole dan Langue Parole: Percakapan atau pertuturan individu
Langue: Peraturan bahasa dalam pemikiran penutur dan masyarakat. (hal )
25
Dalam linguistik struktural bahasa adalah bentuk.
Memberi keutamaan kepada bahasa lisan.
26
Sinkronik dan Diakronik
Sinkronik: Kajian bahasa pada waktu yang tertentu. Diakronik: Kajian bahasa pada satu jangka masa tertentu atau menurut peredaran waktu dari sudut sejarah. (hal. 52)
27
Peperiksaan Pertengahan
Meliputi Unit 1-4 Baca modul dan ‘slide’ bersemuka I Jawab SATU soalan sahaja dalam kertas soalan Selamat menduduki peperiksaan
28
Sekian, terima kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.