Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 13 PERTUBUHAN BAHASA DAN SASTERA.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 13 PERTUBUHAN BAHASA DAN SASTERA."— Transcript presentasi:

1 UNIT 13 PERTUBUHAN BAHASA DAN SASTERA

2 Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan:
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > pertubuhan bahasa dan sastera yang bergiat aktif di Malaysia > matlamat dan aktiviti pertubuhan tersebut

3 PENGENALAN Bahasa Melayu telah melalui sejarah yang panjang, dan tahap perkembangannya juga berlainan, seperti bahasa Melayu purba, bahasa Melayu kuno, bahasa Melayu klasik, bahasa Melayu peralihan dan bahasa Melayu moden Pada masa ini, lebih 350 juta orang yang dapat memahami bahasa Melayu. Bahasa Melayu digunakan dalam pentadbiran dan pemerintahan, pendidikan, acara keagamaan, adat istiadat Melayu, dan sebagainya, bahkan dalam media massa, baik elektonik mahupun percetakan Kedudukan dan perkembangan bahasa Melayu itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kewujudan pertubuhan kebahasaan, sama ada sektor awam, swasta atau persatuan/kelab, dan sebagainya, yang telah memainkan peranan penting dalam usaha memartabatkan dan memperkasakan bahasa Melayu di alam Melayu, khasnya di Malaysia

4 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bharu, sebagai jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran Fungsinya yang utama ketika itu ialah mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi untuk negara yang akan merdeka Nama DBP terjelma hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III di Singapura dan Johgor Bharu pada September 1956, dan DBP dinaik taraf sebagai sebuah perbadanan yang mempunyai anggota lembaganya sendiri

5 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Apabila bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal, pada 1957, maka DBP berpindah ke Kuala Lumpur untuk memudahkannya menjalankan tanggungjawab dengan berkesan Pada 1959, DBP dinaik taraf lagi menjadi sebuah badan berkanun melalui Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka Dengan itu, DBP diberi kuasa autonomi untuk: > menggubal dasarnya yang khusus > menyusun program pembinaan dan pegembangan bahasa dan sastera > menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan profesion penerbitan

6 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Pada 1977, DBP membuka cawangannya di Malaysia timur, iaitu DBP Cawangan Sabah dan DBP Cawangan Sarawak. Kedua-dua cawangan ini berfungsi untuk melaksanakan tugas pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera, di samping tugas penerbitan dan pemasaran buku di Sabah dan Sarawak Pada 1999, dua lagi cawangan ditubuhkan, iaitu DBP Wilayah Utara di Bukit Mertajam , DBP Wilayah Timur di Kota Bharu, dan pada 2000, DBP Wilayah Selatan, di Johor Bahru Ketiga-tiga cawangan ini berfungsi untuk melaksanakan tugas menyebarluaskan bahasa, sastera dan budaya Melayu hingga ke Thailand, negara Indo-China, Sumatera, dan Singapura

7

8 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Matlamat DBP > Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang, termasuk sains dan teknologi > Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan > Mencetak/menerbitkan/membantu dalam percetakan/penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain > Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan > Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul > Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa

9 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Matlamat ini bertujuan untuk memajukan bahasa dengan membina dan mengembangkan korpusnya, iaitu: > memperluas kosa kata dan istilah > memantapkan ejaan dan nahu (tatabahasa) > menyebarkan maklumat bahasa melalui perkamusan, dan penerbitan buku dalam pelbagai disiplin ilmu, seperti sastera, sains sosial, kejuruteraan… Di samping Jabatan Bahasa, Jabatan Sastera dan Jabatan Penerbitan, DBP mempunyai Pusat Dokumentasi Melayu. Pusat ini memberikan tumpuan kepada pembinaan koleksi dan bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu

10 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Pada era 1960-an, DBP memfokuskan usahanya terhadap pembinaan sikap positif rakyat terhadap dasar kerajaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara selepas kemerdekaan DBP telah melancarkan pelbagai Gerakan rakyat, yang melibatkan pelbagai kaum dalam aktiviti: Kempen Minggu Bahasa Kempen Bulan Bahasa Perhimpunan Ikrar Bahasa Peraduan Mengarang, berbalas pantun dalam bahasa kebangsaan Gerakan Bahasa Kebangsaan diketuai oleh Tan Sri Syed Nasir Ismail, yang terkenal dengan nama Panglima Bahasa

11 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Apabila Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan pada 1963/1967, DBP menumpukan usaha pembinaan korpus bahasa, dan memperkaya penggunaannya melalui kegiatan penulisan sastera dan penerbitan buku dalam pelbagai bidang Korpus bahasa dibina berasaskan penyelidikan ilmiah yang melibatkan: > pembentukan istilah baharu > pembakuan ejaan dan tatabahasa > kodifikasi korpus melalui: - penyusunan dan penerbitan kamus - perancangan pembinaan dan pengembangan bahasa secara tuntas

12 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Pembakuan aspek bahasa telah dilakukan oleh DBP, dengan terhasilnya beberapa buku pedoman bahasa Melayu. Antaranya: > Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981,1988) > Ejaan jawi Yang Disempurnakan Pedoman, 1986; Daftar, 1989) > Pedoman Umum Sebutan Baku (1988) > Daftar Umum Sebutan Baku (1991) > Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu(1992) > Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993) > Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu (1996) > Pelita Bahasa Melayu Penggal I – III Edisi Baharu (2000) > Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010) > Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima 2014)

13 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Untuk tujuan pembentukan istilah, DBP telah menubuhkan jawatankuasa istilah dalam pelbagai bidang ilmu dan profesion. Pengerusi dan ahli jawatankuasanya terdiri daripada ilmuan dalam bidang berkenaan daripada universiti awam. DBP sebagai urus setia Kaedah dan prinsip penciptaan istilah diselaraskan dalam bentuk pedoman yang bertulis, dan mengalami perubahan selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang memperluas penggunaan bahasa kebangsaan di institusi pengajian tinggi DBP berusaha meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pendidikan dan bahasa budaya tinggi kepada semua sektor pengguna bahasa Melayu

14 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Usaha itu dilakukan melalui pelbagai aktiviti, seperti penggalakan, pengawasan dan khidmat nasihat serta penyebaran maklumat bahasa baku melalui media dan alat komunikasi Pada 1983, DBP memulakan projek pengkomputeran istilah. Pangkalan Data Linguistik Bahasa Melayu dibina sebagai input kepada Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu yang ulung dan terbesar di negara ini Kini, hampir semua istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah disediakan untuk digunakan pada peringkat: > sekolah menengah > institusi pengajian tinggi > sektor awam > sektor swasta

15 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Kerjasama kebahasaan serantau bermula dalam bidang penyeragaman ejaan rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia pada Pada 1970, Malaysia dan Indonesia bersetuju bekerjasama dalam bidang kebahasaan, apabila tertubuhnya Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) MBIM telah berjaya menerbitkan buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah dan Pedoman Umum Ejaan untuk digunakan oleh kedua-dua negara. Pada 1972, telah ditubuhkan Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) untuk bekerjasama dengan Indonesia melalui MBIM. DBP sebagai urus setia

16 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Pengerusi JKTBM ialah Ketua Pengarah DBP, dan beliau juga menjadi pengerusi MBIM, yang mengadakan sidangnya dua kali setahun secara bergilir-gilir tempat di Malaysia dan Indonesia Kedua-dua buku pedoman itu bukan sahaja dapat menyelesaikan dan menyelaraskan penyeragaman ejaan dan istilah di Malaysia tetapi juga peringkat serantau Pada 1972, Sistem Ejaan Rumi Baharu yang digubal oleh MBIM telah diterima oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia. Pada 1986, MBIM telah disertai oleh Brunei Darussalam. Dengan itu, MBIM bertukar nama menjadi MABBIM (Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia)

17 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
DBP melancarkan siri Taklimat Bahasa di seluruh negara, untuk menjelaskan dan mendidik rakyat tentang sistem ejaan baharu. Pada 1988, program sebutan baku pula dilancarkan, di samping edaran pelbagai risalah dan buku kecil tentang pembakuan nahu DBP bergiat cergas dalam bidang penyelidikan, dan kesusasteraan. Sejak 1960-an, DBP: > menganjurkan peraduan menulis novel dan cerpen > mengadakan seminar dan penulisan kreatif > memberikan Hadiah sastera > memberikan kemudahan penulisan dalam Dewan Sastera untuk penulis baharu > menerbitkan novel, antologi cerpen dan sajak

18 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
DBP menjadi urus setia bagi program penggalakan sastera negara, iaitu: > Hadiah Sastera Malaysia > Anugerah Sastera Negara DBP juga bekerjasama dengan sektor awam, swasta, universiti awam dan persatuan penulis untuk mengadakan pelbagai kegiatan. Antaranya: > seminar antarabangsa, bengkel, hadiah bahasa dan sastera > Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur > Pertemuan Sasterawaan Nusantara > kegiatan penyelidikan dan kajian sastera lama, sastera semasa dan sastera rakyat > pendokumentasian bahasa dan sastera daerah

19 DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
DBP menerbitkan buku bahasa dan sastera, buku teks dan ilmu pengetahuan peringkat sekolah (rendah dan menengah), buku ilmiah bagi institusi pengajian tinggi, dan buku ilmu pengetahuan umum untuk mesyarakat, seperti: kamus ensiklopedia, daftar istilah, daftar ejaan, buku nahu, kajian sastera, kritikan sastera dan sastera kreatif DBP juga menerbitkan jurnal dan majalah, seperti: Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Pilita Bahasa, Malay Literature, Tenggara, Dewan Budaya, Dewan Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan Agama dan Falsafah, Kanun dan Perisa DBP juga mengadakan program penerbitan buku terjemahan untuk pengajian tinggi dan program penerbitan karya asli melalui Dermacipta Dewan

20 PERPUSTAKAAN NEGARA Perpustakaan negara ialah perpustakaan induk yang menyimpan khazanah ilmu dalam pelbagai bentuk dan jenis, dan memberikan perkhidmatan kepada pembaca, penyelidik, dan pengguna lain PNM telah membina pangkalan data berikut: BINAR: untuk koleksi PNM MENTERI: untuk indeks makalah daripada majalah penting keluaran negara PANCARAN: untuk indeks kertas kerja persidangan yang diadakan di Malaysia SURIA: untuk indeks makalah peting tentang Malaysia daripada akhbar pilihan dalam negara Pengguna boleh mengaksas pangkalan data ini daripada Sistem Katalog Awam dalam Talian daripada mana-mana bahagian perkhidmatan perpustakaan

21 PERPUSTAKAAN NEGARA Perpustakaan Negara memberikan perkhidmatan:
> khidmat nasihat, bimbingan dan latihan kepada institusi yang ingin menubuhkan perpustakaan atau meningkatkan perkhidmatan kepustakaan dan pusat maklumat > penyelarasan pelbagai projek peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antara program usaha sama peringkat kebangsaan ialah: - projek gerakan membaca - projek pendokumentasian - projek pemikrofileman - penyelarasan sistem pembekalan bagi perkongsian maklumat - pusat penyediaan butiran pengkatalogan - perancangan pelbagai latihan pustakawan

22 PERPUSTAKAAN NEGARA Pada 10 Oktober 1983, PNM telah diisytiharkan sebagai Pusat Kebangsaan bagi Manuskrip Melayu. Pusat Manuskrip Melayu ditubuhkan di bawah PNM Fungsi pusat ini adalah seperti yang berikut: > Mengesan, memperoleh dan membina manuskrip Melayu dalam apa-apa juga dari dalam dan manca negara > Mendokumentasikan katalog induk dan menerbitkan bibliografi > Menyediakan kemudahan menyimpan, memelihara dan menyalin manuskrip Melayu > Menyediakan kemudahan penyelidikan manuskrip Melayu

23 PERPUSTAKAAN NEGARA Pusat Manuskrip Melayu telah menerbitkan: > Katalog Manuskrip Melayu di Belanda (1985) > Manuskrip Melayu Koleksi PNM: Satu Katalog Ringkas (1987) > Katalog Manuskrip Melayu di Perancis (1991) > Katalog Manuskrip Melayu di Jerman Barat (1992) > Katalog Manuskrip Melayu di Library of Congress, U.S.A. (1993) > Katalog Manuskrip Melayu di Singapura (1993) > Katalog Pameran Manuskrip Melayu Antarabangsa (1995)

24 PERPUSTAKAAN NEGARA Pada 1993, PNM telah memperkenalkan Mualim Tamu di bawah kelolaan Pusat Manuskrip Melayu, untuk tempoh satu tahun. Antara penyandangnya ialah Drs Umar Junus, Drs Abd. Rahman al-Ahmadi, dan Dr Abdul Rahman Kaeh Pada peringkat antarabangsa, PNM menjadi: > pusat kebangsaan bagi pemberian nombor International Standard Serial Number (ISBN) dan International Serial Number (ISSN) > Pusat Pengedaran Kebangsaan bagi perisian mikro CDS/ISIS dan IDAM, iaitu perisian ciptaan UNESCO > Penyelaras program ASTINFO, APINESS dan ASEAN-COCI (program pertukaran maklumat dan penyelarasan kepustakawanan > pelaksana Program Kerjasama Teknikal Malaysia dengan negara ASEAN dan Asia Pasifik

25 GAPENA GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia) ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 23 Oktober 1970 Tujuan penubuhannya adalah seperti yang berikut: > Menyatupadukan penulis tanah air yang menulis dalam bahasa kebangsaan > Mempertahankan dan memperjuangkan hak dan kepentingan penulis > Memberikan sumbangan moral dan material secara positif kepada tujuan dan cita-cita gabungan > Mengusahakan peluang untuk penulis memajukan bakat mereka > Menyatupadukan semua rakyat Malaysia menerusi bahasa rasmi yang tunggal, iaitu bahasa Melayu

26 GAPENA Mesyuarat pertama penubuhan Gapena, dipengerusikan oleh Usman Awang, dan diadakan di Balai Seminar DBP, dengan kehadiran 13 badan penulis, iaitu: Pena Gabungan Sasterawan Sedar, Kedah Persatuan Penulis Johor (PPJ) Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PNMUM) Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) Persatuan Penulis Kelantan (PPK) Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM) Kelab Penulis Seberang Perai Persatuan Sasterawan Muda Terengganu (PELITA)

27 GAPENA Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP Badan Bahasa Sabah (BAHASA) Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Kedah Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Selepas 24 tahun bergerak, Gapena dianggotai oleh 24 badan penulis, iaitu tambahan 11 daripada anggota di atas Angkatan Penulis Kreatif Selangor (AKTIF) Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI) Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS) Ikatan Persatuan Penulis Perak (IPPP) Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM) Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS)

28 GAPENA Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM) Persatuan Bahasa dan Sastera Malaysia Sarawak (PEBAS) Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan (PENTAS) Persatuan Penulis Melaka (PENAMA) Persatuan Penulis Perlis (3P) Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP) Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA) Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI) Persatuan Penulis Selangor (PPS)

29 GAPENA Gapena berjaya menghidupkan kegiatan sastera, seperti mengadakan Hari Sastera, secara bergilir di setiap negeri, dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Dewan Bahasa dan Pustaka Antaranya: Kota Bharu (1972), Kota Kinabalu (1972), Kucing (1974), Alor Star (1976), Kuala Terengganu (1978), Ipoh (1980), Johor Bahru (1983), Pulau Pinang (1985), Shah Alam (1993), Melaka (1997)… Hari Puisi: Hari Puisi Nasional Papar (1971), Kota Bharu (1981), Sarawak (1984), Kota Kinababalu (1987), Kuala Terengganu (1988), Pulau Pinang (1991), Johor Bahru (1995)… Aktiviti lain, termasuklah: Seminar Kesusasteraan Nusantara (1973) Pertemuan Penulis ASEAN (1977)

30 GAPENA Pertemuan Sasterawan Nusantara (1981, 1988) Simposium Dunia Melayu (1982, 1985, 1988) Dialog Utara (negeri utara dengan Propinsi utara Sumatera, 1982, 1986, 1991…) Kongres Bahasa, Sastera dan Budaya Malaysia-Indonesia (1986) Seminar Dasar Buku Negara (1986) Seminar Bahasa Kebangsaan dan Penyiaran TV dan Radio (1986) Dialog Borneo (Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan, 1987, 1990, 1992…) Dialog Teluk (Brunei, Labuan, Limbang dan pantai barat Sabah, 1987, 1990) Kongres Kecendekiawan Melayu (1988)

31 GAPENA Seminar 100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu (1989) Kongres Kebudayaan Sabah (1989) Seminar Kepimpinan Kebudayaan di Malaysia (1990) Seminar Persefahaman Kebudayaan Thailand-Malaysia (1990) Dialog Selatan (Johor, Singapura dan Riau, 1992) Bengkel Penilaian Penyair Muda (1991) Simposium Kebudayaan Sempadan (1992) Seminar Dunia Melayu dan Islam (1992) Seminar Kepimpinan dalam Menghadapi Wawasan 2020 (1992) Seminar Kebudayaan Melayu di Cape Town (1993) Seminar Kebudayaan Etnis Dunia Melayu-Yunnan (1994)

32 GAPENA Gapena juga melaksanakan aktiviti kerjasama dalam bidang kesenian dan kebudayaan, sastera dan bahasa, dalam rangka perhubungan serantau-sebudaya antara Malaysia dengan Indonesia. Hal ini dijelmakan dalam memorandum persefahaman dan kerjasama. Antaranya: Taman Budaya Propinsi Sumatera Barat di Padang (1994) Majlis Adat Budaya Melayu Indonesia (MABMI) (1995) Lembaga Adat dan Kebudayaan Aceh (LAKA) (1995) Untuk mencungkil bakat muda dalam pelbagai genre kesusasteraan, Gapena menganjurkan peraduan: Hadiah Novel GAPENA Hadiah Novel Yayasan Sabah-GAPENA

33 GAPENA Hadiah ESSO-GAPENA merangkumi pelbagai genre sastera, iaitu: - Hadiah Novel ESSO-GAPENA - Hadiah Cerpen ESSO-GAPENA - Hadiah Drama Pentas ESSO-GAPENA - Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA - Hadiah Puisi Kebangsaan ESSO-GAPENA - Hadiah Drama TV ESSO-GAPENA Anugerah Puisi Putera Anugerah Sastera Islam Darul Iman Hadiah Puisi Kebangsaan Shapadu-GAPENA Hadiah Novel Melayu Baru Perangsang-GAPENA

34 GAPENA Gapena juga telah melaksana perkara berikut: > Menyelenggarakan acara Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan untuk mencungkil bakat muda > Mengurniakan Anugerah Budaya GAPENA dan Anugerah Penyair GAPENA > Menubuhkan Sekretariat Melayu Antarabangsa untuk membina kembali peradaban dunia berbahasa Melayu Menganjurkan bengkel penulisan: > Bengkel Penulisan Kreatif Wilayah Persekutuan > Perkampungan Penulis GAPENA (zon Selatan, zon Sabah dan Sarawak, zon Tengah, zon Utara dan Zon Timur) > Bengkel Penulisan Hujung Minggu di rumah GAPENA

35 GAPENA Gapena mengendalikan projek Rakan Muda Seni Budaya dalam bidang penulisan dan budaya ilmu, dengan menerbitkan buku, seperti: Kuala Lumpur: Antologi Sajak Pilihan (1975) Warisan Dunia Melayu: Teras Peradaban Malaysia (1985) Maruah Merdeka (1987) Warisan Sastera Pahang (1987) Melayu Sri Langka: Simposium Dunia Melayu Kedua (1990) Mulai 1995, Warta GAPENA, iaitu lidah rasmi GAPENA diterbitkan setiap bulan, sebagai wadah perhubungan antara ahli

36 GAPENA Dalam perhubungan antara bangsa, GAPENA melaksanakan perkara yang berikut: > Membawa rombongan penulis dan ahli akademik ke negara ASEAN, seperti Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam dan Thailand > Mengadakan lawatan seminar ke Vietnam, Korea Selatan, Sri Lanka, Afrika Selatan, Soviet Rusia dan Republik Rakyat China (Beijing dan Yunnan) Impaknya: > Pewujudan suasana persahabatan erat dalam kalangan sasterawan dan budayawan di Malaysia, Nusantara dan dunia Melayu > Pembinaan peradaban dunia berbahasa Melayu secara harmoni dan dinamik

37 PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) ditubuhkan pada 26 Julai Tujuan penubuhannya adalah untuk: > memperjuangkan bidang kebahasaan melalui aktiviti persatuan > mengeratkan perhubungan antara pengkaji dengan peminat bahasa Perjalanan persatuan ini dikendalikan oleh pegawai persatuan yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan, dan akan memegang jawatan selama dua tahun AJK terdiri daripada presiden, timbalan presiden, setiausaha kehormat, penolong setiausaha kehormat, bendahari kehormat, dan enam Ahli Majlis PLM

38 PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA
Keanggotaan PLM, terdiri daripada tiga kategori, iaitu: > anggota biasa > anggota seumur hidup > anggota kehormat Sumber kewangan PLM, diperoleh daripada: > yuran ahli > yuran kursus > derma dan sumbangan (Public Bank Berhad, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Dewan Bahasa dan Pustaka dan Dewan Bandar raya Kuala Lumpur)

39 PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA
Pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu oleh PLM, terlihat jelas dalam penganjuran kursus, ceramah, seminar, bengkel, syarahan, forum, peraduan, dan sebagainya. Antaranya ialah hadiah bahasa, forum remaja, syarahan Raja Ali Haji, khemah bahasa, seminar tahunan, ceramah bahasa bulanan, kursus bahasa, penerbitan buku, dan jurnal linguistik Penganjuran hadiah bahasa adalah untuk memupuk dan menggalakkan penghasilan karya ilmiah dalam bahasa Melayu, yang berkualiti dari segi bahasa dan isinya Hadiah ini ditaja oleh Public Bank Berhad, sebagai pengiktirafan kepada penulis karya ilmiah berbahasa Melayu

40 PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA
Projek Forum Remaja dianjurkan oleh PLM dengan DBP, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan KPM. Penaja utamanya ialah YPEIM Forum Remaja ini menjadi tempat untuk menyediakan model penggunaan bahasa baku dalam kalangan pelajar, di samping memberikan peluang kepada mereka berhujah tentang pelbagai perkara PLM juga bekerjasama dengan Dewan Bandar raya Kuala Lumpur menganjurkan kegiatan Syarahan Raja Ali Haji dan Projek Khemah Bahasa. Acara tahunan ini menampilkan tokoh dari dalam dan manca negara menyampaikan syarahan dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan persejarahan Melayu Syarahan ini bersifat akademik, dan dibukukan untuk tatapan dan rujukan umum

41 PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA
Projek khemah bahasa pula membuka peluang kepada pelajar menggunakan bahasa dalam penghayatan alam sekitar. Perkhemahan ini juga memberikan suasana yang sesuai untuk mengembangkan kreativiti bahasa dalam kalangan pelajar sekolah menengah Dalam pengendalian seminar tahunan pula, PLM bekerjasama dengan DBP, institut perguruan dan badan lain dari semasa ke semasa PLM juga berjaya mengadakan Seminar Bahasa dan Sastera dalam Pendidikan selama tujuh tahun berturut-turut (1985 – 1991). Seminar ini dapat menarik minat masyarakat umum untuk mengikuti perkembangan semasa isu pendidikan bahasa dan sastera

42 PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA
Aktiviti ceramah bahasa bulanan melibatkan penceramah dalam dan manca negara, dan terbuka kepada umum. Mereka memberikan pandangan atau penemuan bahasa dalam bidang kebahasaan mengikut perspektif masing-masing PLM juga mengadakan kursus bahasa dari semasa ke semasa, bergantung pada keperluan ahli dan masyarakat umum. Antara kursus yang ditawarkan ialah: > kursus bahasa untuk golongan profesional > kursus penulisan akademik > kursus bahasa untuk badan kerajaan > kursus bahasa untuk badan swasta

43 PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA
PLM juga mengusahakan tiga jenis penerbitan untuk ahli, iaitu: buku jurnal buletin Buku yang diterbitkan oleh PLM merupakan usaha pendokumentasian kertas kerja atau makalah yang telah dibentangkan dalam sesuatu seminar atau ceramah anjuran PLM Penerbitan jurnal dimulakan pada 1983, dan merupakan kegiatan yang berterusan. Makalah jurnal disumbangkan oleh ahli bahasa dalam dan manca negara Buletin untuk ahli pula menjadi wadah komunikasi antara Majlis PLM dengan ahli PLM

44 PERSATUAN BAHASA MELAYU
Kelahiran Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa (P.Bm.P.B.) di Johor pada 1888, dan ditukar nama menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) 1934, menandakan permulaan perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu Pakatan ini menjalankan pelbagai aktiviti, seperti: > memelihara, memperlengkap dan memodenkan bahasa Melayu > memelihara tulisan Jawi > mencipta perkataan baharu > menyeragamkan ejaan dan perkataan Impaknya, beberapa perkataan baharu dicipta dan digunakan secara meluas. Buku tentang bahasa Melayu dan buku ilmu pengetahuan berbahasa Melayu juga bertambah

45 PERSATUAN BAHASA MELAYU
Pada 15 April 1934, Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) muncul. Tujuan penubuhannya adalah untuk mempertahankan dan memperkukuh kedudukan bahasa Melayu PASPAM menubuhkan lembaga Bahasa pada 1938, dengan kegiatan utamanya: > mengeluarkan kamus Melayu > menentukan suatu ejaan yang tetap > mencipta perkataan baharu daripada perkataan bahasa Inggeris yang kerap digunakan oleh orang Melayu > mengadakan peraduan karang-mengarang Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura telah melumpuhkan persatuan ini

46 PERSATUAN BAHASA MELAYU
Pada zaman penjajahan British, Sahabat Pena ditubuhkan (1947). Daripada idea Sahabat Pena inilah, lahirya persatuan yang menggembleng bakat muda yang berminat dalam penulisan Persatuan tersebut ialah Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50), yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 ASAS 50 berjuang untuk mendaulatkan bahasa Melayu. Pada April 1952, ASAS 50 dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I telah mengesyorkab supaya tulisan Rumi dirasmikan penggunaannya Tulisan Rumi dirasmikan penggunaannya dalam kongres II yang diadakan di Seremban pada 2 Januari 1954, atas cadangan Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura dan ASAS 50

47 PERSATUAN BAHASA MELAYU
ASAS 50 senantiasa sensitif tetang hal yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Mereka telah membantah Penyata Pelajaran 1956, yang masih berkompromi dengan bahasa Inggeris Selain ASAS 50, terdapat juga badan lain yang turut memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Antaranya ialah: Lembaga Bahasa Melayu Ikatan Persuratan Melayu Melaka Angkatan Sasterawan Melayu Utara Pulau Pnang Lembaga Pembangunan Sastera Perak Lembaga Pembangun Bahasa Melayu Kedah Angkatan Tenaga Sasterawan Pahang Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan beberapa kesatuan guru yang ditubuhkan di setiap negeri

48 PERSATUAN BAHASA MELAYU
Lembaga Bahasa Melayu ditubuhkan oleh Kesatuan Guru Melayu Singapura pada 1 Oktober Tujuannya adalah untuk memajukan bahasa Melayu, melalui usaha: > mengawal, memperbaiki, memperluas dan memperkaya, dan menjadikan bahasa Melayu bahasa yang hidup > membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu > menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman Ikatan Persuratan Melayu Melaka ditubuhkan pada 17 November 1950 untuk memperjuangkan bahasa, selain sastera, melalui bengkel, dan seminar

49 PERSATUAN BAHASA MELAYU
Lembaga Pembangun Bahasa Melayu Kedah wujud hasil daripada pengaruh anggota Sahabat Pena. Antara tujuan penubuhan lembaga ini adalah untuk: > memelihara dan memperjuangkan bahasa dan persuratan Melayu dalam semua bidang > mendaulatkan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara dalam bidang sosiekonomi, pentadbiran dan politik Pada 26 Januari 1955, tertubuhlah Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Tujuan Penubuhannya adalah seperti yang berikut:

50 PERSATUAN BAHASA MELAYU
> Mengembangkan bahasa Melayu dan menggalakkan penggunaannya > Memberikan sumbangan yang konkrit untuk perkembangan serta kemajuan kesusasteraan dan kekayaan kepustakaan Melayu > Mengembangkan kesenian dan kebudayaan Melayu > Menggalakkan dan menjalankan pengajian dalam bidang kesenian dan kebudayaan Melayu Persatuan ini berusaha, mengembangkan bahasa Melayu, dan menggalakkan penggunaannya, dengan menubuhkan beberapa jawatankuasa kecil, seperti:

51 PERSATUAN BAHASA MELAYU
Lembaga Bahasa Bahagian Sastera Lembaga Bahasa Bahagian Perubatan Jawatankuasa Loghat Melayu Jawatankuasa Menyesuaikan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia Jawatankuasa Penyemakan Ejaan Pada 12 Februari 1961, lahir Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), yang juga bertujuan untuk mendaulatkan bahasa Melayu Antara matlamat penubuhan PENA adalah utuk berusaha seluas-luasnya dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan ilmu pengetahuan bersesuaian dengan kepentingan nasional, dengan tidak terikat kepada dasar politik kepartian atau bertentangan dengan undang-undang negara

52 PERSATUAN BAHASA MELAYU
DI Sabah, persatuan yang paling mencuat ialah Badan Bahasa Sabah (BAHASA), yang ditubuhkan pada 19Mac Antara tujuan penubuhannya ialah: > menyatupadukan semua kaum di Sabah khasnya, dan di Malaysia amnya menerusi bahasa rasmi yang tunggal, iaitu bahasa Melayu > memperjuangkan dan mempertahankan serta meninggikan kedaulatan bahasa dan sastera Persatuan ini mendapat sambutan yang menggalakkan, dengan 27 cawangan seluruh Sabah Antara sumbangan besar BAHASA ialah mendesak supaya Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah ditubuhkan dengan segera

53 PERSATUAN BAHASA MELAYU
Di Sarawak juga wujud beberapa persatuan yang memperjuangkan bahasa dan sastera Antaranya yang aktif ialah: > Angkatan Sasterawan Sarawak (ANSSAR) > Persatuan Bahasa dan Sastera Malaysia Sarawak (PEBAS) > Angkatan Penulis dan Karyawan Sastera Malaysa Sarawak (AKS) > Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) > Angkatan Karyawan Kawasan Tengah (ANGKAT) PEBAS, AKS dan PUTERA digabungkan dalam Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS) yang ditubuhkan pada 27 Mac 1982. GPPS telah berjaya menganjurkan Seminar Pelaksanaa Bahasa Kebangsaan di Sarawak I dan II

54 PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA
Persatuan Penterjemah Malaysia (PP) ditubuhkan pada 8 April 1978 untuk menyatupadukan seluruh kegiatan penterjemahan Kegiatan persatuan pada peringkat permulaan hanyalah tertumpu pada penterjemahan karya sastera. Selepas 1982, persatuan ini mengembangkan kegiatannya merangkumi bidang yang lain Persatuan yang dipayungi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka digerakkan oleh para ilmuan, sasterawan, ahli bahasa dan ahli penterjemahan. Antaranya Muhammad Haji Sallh, Baharuddin Zainal (Baha Zain), Asraf Wahab, Amdun Husain, Samsuddin Jaafar, Ainon Muhammad, Johan Jaafar, Abdul Majid Latif, Abdul Ghani Samaruddin, Mokhtar Ahad dan Inn Shaharuddin

55 PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA
Antara matlamat utama PPM ialah: > mempererat dan memperkukuh kerjasama antara penterjemah demi meningkatkan keprofesionalan dan mutu terjemahan > memberikan sumbangan positif terhadap usaha untuk memperbanyak bahan bacaan dalam bahasa Melayu > memperkaya, membina dan mengembangkan bahasa Melayu melalui penterjemahan > membela dan memperjuangkan hak dan kepentingan sah para penterjemah > memberikan sumbangan positif, pengiktirafan dan galakan kepada penterjemah > memajukan bakat penterjemah dan menjadikan penterjemah sebagai satu profesion

56 PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA
Antara kegiatan PPM ialah mengadakan kursus, ceramah, seminar, persidangan, khidmat terjemahan pelbagai bahasa, penerbitan, penyelidikan dan pembangunan, dan perhubungan, serta kerjasama dengan badan dan persatuan penterjemahan dalam dan manca negara Antara kegiatan PPM yang utama dan tetap ialah: Kursus penterjemahan PPM-DBP Kursus Penterjemahan Sesi Khas Persidangan Penterjemahan Antarabangsa dua tahun sekali Biro khidmat terjemahan Anugerah Karya Terjemahan Penerbitan jurnal Penterjemahan dan Berita Penterjemahan Siri ceramah bulanan

57 PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA
Sejak 1984, PPM telah berjaya melatih 200 peserta setahun. Sehingga kini, PPM telah berjaya menganjurkan lebih 10 kali persidangan penterjemahan antarabangsa bersama-sama dengan DBP dan IPT Desakan dan memorandum PPM kepada kerajaan meyaksikan tertubuhnya sebuah badan penyelarasan kegiatan penterjemahan negara pada 1993, yang diberi nama Institut Terjemahan Negara Maaysia (ITNM) PPM juga telah mewujudkan Anugerah Karya Terjemahan PPM-MBF mulai 1994 Keanggotaan PPM terdiri daripada mereka yang terlibat dalam bidang penterjemahan, seperti pensyarah, editor, dan penterjemah profesional sektor awam dan swasta. Keanggotaannya kini lebih seribu orang

58 PENA Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) ditubuhkan pada 12 Februari 1961 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur Antara matlamat penubuhan PENA ialah: menyatukan penulis tanah air daripada semua peringkat, dan segala aliran pendapat dalam lapangan bahasa, kesusasteraan dan ilmu pengetahuan, sesuai dengan kepentingan nasional, dengan tidak terikat kepada kepartian atau bercanggah dengan undang-udang negara Untuk mencapai matlamat itu, PENA menetapkan lima perkara,iaitu: > kepentingan dan kebajikan penulis > kepentingan dan kebajikan penerbt > latihan kepada penulis > kerjasama dengan badan penulisan > persidangan atau perjumpaan antarabangsa

59 PENA PENA menerbitkan majalah triwulan yang berjudul Penulis, bermula Januari Tujuan penerbitan majalah ini adalah untuk memperkukuh asas bagi perkembangan sastera nasional yang ditulis dalam bahasa kebangsaan, dan berlatarbelakangkan negara ini PENA juga telah menerbitkan beberapa antologi, seperti: Tinta Pena (1981) Manifestasi (1982) Keris dalam Bunga Raya (1985) Puisirama Merdeka (1986) PENA telah mengadakan tiga aktiviti bidang utama, iaitu memperjuangkan soal hak cipta, menganjurkan ceramah dan perbincangan, dan mengendalikan forum

60 PENA Antara aktiviti besar yang dilaksanakan oleh PENA ialah: > menyelenggarakan kursus penulisan melalui Radio Malaysia Kuala Lumpur, Radio Singapura, Utusan Zaman dan Berita Minggu 1963 > mengadakan seminar penulis Kuala Lumpur 1963 > mengadakan pertemuan dan perbincangan antara penulis dengan penerbit, 1964 > Majlis ceramah bahasa oleh A. Teeuw (1964) > Forum Bahasa Malaysia sebagai Pengantar di Sekolah Tinggi (1965) > Ceramah Perkembangan Umum dalam Kegiatan Bahasa, Kesusasteraan dan Persuratkhabaran oleh Mochtar Lubis (1966)

61 PENA Pada 1970-an, 1980-an dan 1990-an, PENA bergerak dengan lebih aktif dan yakin dalam melagang hal yang berkaitan dengan kebahasaan Antaranya yang mendapat sambutan luar biasa, ialah: Seminar Jurnalisme Malaysia (1978) Persidangan Komunikasi (1979) Seminar Kesenian Islam (1984) Forum dan Bengkel Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden (1985) Baca Puisi Anti-Zionisme (1986) Forum Akta Hakcipta dan Akta Cetak (1988) Seminar Wawasan 2020 (1991) Seminar Tugas Bahasa dalam Pembinaan Bangsa (1992)

62 PENA Kejayaan terbesar PENA ialah menganjurkan pertemuan antara persatuan penulis untuk penubuhan gabungan penulis, yang akhirnya melahirka GAPENA, pada 23 Oktober 1970 PENA pernah mengemukakan beberapa memorandum kepada pihak berkuasa. Antaranya: Hadiah Sastera Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pelajaran Kebangsaan Hadiah Karya Sastera Universiti Pulau Pinang Ejaan Pengajian Melayu, Universiti Malaya Penghapusan Cukai Pendapatan ke atas Royalti Honorarium dan Hadiah Sastera

63 PENA PENA juga giat menghasilkan manifesto yang popular pada waktu itu. Antaranya ialah: Manifesto Peranan dan Kebebasan Penulis Manifesto Penulis Manifesto Sasterawan Manifesto Cabaran Tahun 2020 Manifesto Membina Nasionalisme Baru Sebagai persatuan penulis yang mantap dan popular, banyak sasterawan terkenal yang menjadi ahli. Antara ahli yang pernah menerajui PENA ialah Usman Awang, Hassan Ahmad Abu Bakar Hamid, Hassan Ibrahim, M. Noor Azam, Adam A. Kadir, Ahmad Kamal Abdullah (KEMALA), Anwar Ridwan, Yahaya Ismail, Maarof Saad dan Ahmad Sebi Abu Bakar

64 Selain pertubuhan, persatuan, dan sebagainya yang telah dirincikan di atas, banyak lagi pihak lain, yang terlibat dalam aktiviti kebahasaan, yang memungkinkan bahasa Melayu dapat dipertahankan hingga kini Antaranya termasuklah, persatuan Penulis Johor, Persatuan Peulis Kelantan, Persatuan Penulis Pulau Pinang, Persatuan Sasterawan Muda Terengganu (PELITA), Persatuan Penulis Islam (GAPIM), persatuan Pengajan Melau Malaysia, dan lain lagi Persatuan dan kelab kebahasaan di institusi pengajian tiggi awam, institut Keguruan Malaysia, badan berkanun, perpustakaan negeri, muzium negeri, dan orang perseorangan juga memberikan dampak terhadap pemartabatan bahasa Melayu dan pemerkasaannnya

65 KESIMPULAN Antara pihak yang memainkan peranan penting dan utama terhadap perkembangan dan kelestarian bahasa Melayu ialah Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara, Gapena, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Penterjemahan Malaysua, Pena, dan lain lagi Kebanyakan institusi/organisasi/persatuan berkenaan mempunyai matlamat untuk memastikan bahawa bahasa Melayu tetap relevan dan dapat menyesuaikan dirinya dengan arus globalisasi abad ke-21

66 MADAH PUJANGGA RESIPI UNTUK MENGGAPAI BAHAGIA SANGATLAH SEDERHANA, TETAPI SANGAT SULIT UNTUK MENGGAPAI SEDERHANA Kalau kelindan hendak selamat Sematlah dulu baju nan koyak Kalaulah badan hendak selamat Hormati dahulu ibu dan bapak


Download ppt "UNIT 13 PERTUBUHAN BAHASA DAN SASTERA."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google