Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)"— Transcript presentasi:

1 (AYAT INTI DAN JENIS AYAT)
UNIT 11 KLAUSA DAN AYAT (AYAT INTI DAN JENIS AYAT)

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: * kriteria ayat * klausa * pola ayat inti * jenis ayat

3 AYAT Ayat (sentence) ialah unit tatabahasa yang tertinggi, yang mengungkapkan fikiran yang lengkap, diucapkan dengan intonansi yang sempurna, dan dimulakan serta diakhiri dengan kesenyapan. Unit ini terdiri daripada sekurang-kurangnya satu subjek dan satu predikat

4 Ayat mengandung kriteria yang berikut:
* Unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa * Makna yang lengkap dan sempurna * Terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan * Pengucapannya bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan * Intonasinya menunjukkan bahawa bahagian ujaran itu sudah lengkap

5 AYAT Dalam tulisan, ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan tanda titik, tanda seru atau tanda tanya Ayat juga mempunyai ciri nurani, iaitu setiap ayat mengandung makna Ayat mempunyai bahagian atau unsur. Tiap-tiap unsur yang berupa kata atau frasa mempunyai fungsi tertentu, iaitu sebagai subjek, predikat, objek, pelengkap atau keterangan

6 > Semua mahasiswa mendaftar kursus di dewan besar
UNSUR AYAT Subjek: Unsur ayat yang menjadi pokok ayat, menjadi fokus pembicaraan atau pokok pembicaraan, iaitu konstituen dalam ayat yang menjadi benda yang diterangkan oleh predikat Contoh: > Harimau melompat parit besar > Semua mahasiswa mendaftar kursus di dewan besar > Pembantu rumah membersihkan kamarnya > Kami memberisihkan kawasan masjid setiap hari Jumaat > Di kampung isterinya > Kedua-dua ibu bapanya sudah meninggal dunia

7 UNSUR AYAT Predikat: unsur ayat yang memberikan keterangan atau penjelasan, atau memerihalkan sesuatu tentang subjek, iaitu konstituen yang menerangkan subjek Contoh: > Minah sedang mengelamun > Lukanya sudah sembuh > Besar amat rumahnya > Mahasiswi itu manis sekali > Anaknya menangis

8 UNSUR AYAT Objek: Unsur ayat yang kehadirannya diperlukan oleh kata kerja transitif yang berfungsi sebagai predikat Contoh: > Dia memberikan wang kepada anaknya > Saya ingin mengurai kasih > Pramuwisma membersih kamar mandi > Mereka membeli nasi bungkus > Orang itu menembak rusa

9 UNSUR AYAT Pelengkap: bahagian frasa kerja yang diperlukan untuk menyempurnakannya sebagai predikat. Unsur ini hadir selepas kata kerja tak transitif Contoh: > Anaknya menjadi doktor haiwan > Pengajaran Bahasa Melayu berlandaskan sukatan pelajaran terkini > Beliau suka bermain bola keranjang > Dia belajar bahasa Hindi

10 UNSUR AYAT Keterangan: Unsur yang tidak termasuk dalam kategori subjek, predikat, objek, dan pelengkap ialah keterangan, iaitu unsur yang paling mudah berubah tempat, sama ada pada awal, tengah atau akhir ayat Contoh: > Petani membajak sawah dengan kerbau > Dengan kerbau, petani membajak sawah > Sebelum tidur, dia menonton TV > Orang itu memukul ular dengan buluh

11 KETERANGAN Keterangan tempat: di Kelantan, di kota besar, dari Kuantan, daripada toko buku, pada belakang unta… Keterangan waktu: pagi Isnin, dua bulan yang lalu, seminggu, setelah sarapan, sebelum mandi… Keterangan alat: dengan senapang gajah, dengan cangkul, dengan penyapu lidi, dengan pisau… Keterangan tujuan: demi maruah, untuk negara tercinta, supaya fikirannya cergas, demi kekasih tercinta Keterangan cara: dengan perlahan-lahan, secara cepat, dengan cara damai, dengan berunding…

12 Keterangan penyertaan: dengan isteri mudanya, beserta teman sekampung…
Keterangan Similatif: laksana bintang kejora, seperti bayu pagi, bagaikan istana kayangan… Keterangan sebab: kerana malas, sebab ketidakpekaannya… Keterangan kesalingan: satu sama lain…

13 CONTOH AYAT AYAT Pemuda itu beristerikan orang asing KLAUSA Pemuda itu beristerikan orang asing FRASA Pemuda itu beristerikan orang asing KATA Pemuda itu beristeri akan orang asing MORFEM Pemuda itu ber isteri akan orang asing

14 JENIS / RAGAM AYAT AYAT INTI / AYAT DASAR ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan, ayat gabungan, ayat aktif, ayat pasif AYAT TERBITAN

15 AYAT TERBITAN Ayat terbitan diwujudkan melalui proses berikut: * Peluasan * Penggantian * Pengguguran * Penyusunan semula

16 AYAT KLAUSA ayat tunggal ayat majmuk

17 KLAUSA / AYAT Ayat tunggal satu klausa sahaja: * Yang merah itu mahasiswi * Dia menerima pujian * Budak ini amat sopan * Mahasiswa ini tersenyum * Mereka mengembala kambing Ayat majmuk lebih daripada satu klausa * Orang itu mahasiswa tetapi orang ini penjual roti * Anak ini menangis walaupun sudah diberi susu * Mereka menjual kasut untuk memenuhi masa lapang

18 KLAUSA Klausa ialah unit deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat, yang menjadi konstituen ayat, dan berpotensi menjadi ayat Dari segi struktur, klausa sama dengan ayat kerana mempunyai subjek dan predikat Dari segi fungsi, klausa sama dengan frasa kerana berfungsi pada frasa tertentu dalam ayat Klausa terbahagi dua, iaitu klausa utama dan klausa subordinat. Klausa utama tidak memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat, tetapi klausa subordinat, memerlukan klausa lain untuk berfungsi sebagai ayat Klausa utama dikenali juga dengan nama klausa bebas kerana diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa subordinat dikenali juga dengan nama klausa tak bebas kerana tidak ditandai intonasi yang lengkap

19 KLAUSA BEBAS / KLAUSA TAK BEBAS
Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri untuk menjadi ayat yang lengkap, dan dilafazkan dengan intonasi yang sempurna Contoh klausa bebas susunan biasa dan susunan songsang: * Wajahnya cantik Cantik wajahnya * Warnanya biru Biru warnanya * Kamu kedekut Kedekut kamu * Beliau akan pergi Akan pergi beliau Susunan kompleks: * Wajahnya cantik(KB) kerana dia menjaganya setiap hari (KTB) * Warnanya biru (KB) kerana terkena hujan setiap hari (KTB) * Beliau akan pergi (KB) kalau masa mengizinkan (KTB)

20 FUNGSI KLAUSA DALAM AYAT MAJMUK PANCANGAN
subjek: Apa yang terjadi masih menjadi kenangan objek: Semua orang mengetahui bahawa tuduhan itu fitnah belaka pelengkap: Semua orang tahu bahawa isterinya orang Siam penerang: Saya mendapat khabar bahawa dia sudah berumah tangga keterangan: Mahasiswi itu menangis kerana terlalu gembira

21 GOLONGAN KLAUSA klausa nama: klausa yang dapat menggantikan KN /FN dalam ayat bahawa, kata tanya, kata kerja klausa adjektif:: kata penghubung yang menghubungkan dua ayat, dan fungsinya sama dengan kata adjektif yang klausa keterangan: klausa yang berfungsi sebagai adverba dalam ayat kompleks, dan dapat menggantikan kata/frasa keterangan masa, sebab musabab, akibat, syarat, tolak ansur, tujuan, perbandingan

22 KLAUSA NAMA: BAHAWA subjek: * Bahawa kenyataannya itu salah tidak dapat dinafikan lagi * Bahawa beliau itu ulama sudah diketahui orang banyak objek: * Mahasiswa itu mengetahui bahawa dia akan berjaya * Saya melihat bahawa sedikit sekali mahasiswa yang datang kuliah pada hari ini komplemen:* Pendapatnya ialah bahawa kegawatan ekonomi semakin hebat selepas SUKOM * Ideanya ialah bahawa kita mesti berkorban demi negara tercinta

23 KLAUSA NAMA: KATA KERJA
subjek: * Bertanya itu akan menambahkan pengetahuan * Membaca puisi dapat meredakan stres objek: * Orang itu mencuba memasak nasi komplemen: * Cita-citanya ialah menjadi peragawati * Kegemaran isterinya ialah mengail ikan

24 KLAUSA SIFAT: YANG * Aminah seorang perawan yang berusia 20 tahun * Mahasiswa yang tinggal berhampiran dengan sekolah itu telah balik ke kampung * Istana yang tersergam indah di atas bukit Sebukur itu istana sultan Melaka * Polis yang mati ditembak semalam itu berasal dari Sabah * Amaran yang dikeluarkan oleh kerajaan mesti dipatuhi oleh semua rakyat * Kehidupan yang penuh pancaroba ini perlu dihadapi dengan tabah

25 KLAUSA KETERANGAN masa: * Dia terperanjat apabila isterinya muncul dengan tiba-tiba * Tatkala rombongan itu tiba, hari sudah malam sebab: * Halimah sangat sedih kerana dia memperoleh ijazah kelas ketiga * Oleh sebab gagal dalam kursus perkahwinan, dia menangguhkan majlis pernikahan akibat: * Saudara tunggu di sini hingga saya kembali * Dia bersorak sampai suaranya serak syarat: * Saya akan menjadi calon jika ada kesempatan * Saya akan memancing, jika tidak hujan

26 KLAUSA KETERANGAN tolak ansur:
* Dia tidak sombong walaupun dia kaya raya * Pertandingan bola jaring akan diteruskan, biarpun cuaca buruk tujuan: * Fatimah masih ragu-ragu untuk menerima pinangan jejaka itu * Yang manis usahlah cepat ditelan agar engkau selamat perbandingan: * Wajahnya kusut seperti janda baru bangun * Orang itu lebih suka diam daripada bercakap seperti murai

27 AYAT INTI Ayat inti ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal, yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat ini biasanya bersifat aktif, penyata dan selapis

28 CIRI AYAT INTI Ayat inti terdiri daripada satu subjek dan satu predikat Subjek dan predikat itu sekali gus menjadi inti ayat Subjek mendahului predikat Intonasinya ialah intonasi berita yang neutral, iaitu intonasinya tidak menyebabkan perubahan atau pergeseran makna leksikalnya

29 POLA AYAT INTI Pola ayat inti BM terbahagi kepada empat, iaitu: > Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) > Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FSN) > Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) > Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)

30 FRASA NAMA + FRASA NAMA (FN + FN)
* Binatang ini unta * Empat orang itu mahasiswa * Dia pramugari * Itu kapal terbang * Isterinya pramusaji * Ahmad pengarang * Bapanya pilot

31 FRASA NAMA + FRASA SENDI NAMA FN + FSN
* Cerita ini tentang Hang Jebat * Kota itu di Turki * Hadiah ini untuk anda * Aminah dari Kuala Terengganu * Adiknya ke Pulau Redang > Kata sendi dari, di dan ke boleh disertai kata arah: di atas, ke kiri, dari sudut, di samping… > Kata sendi juga boleh disertai kata bantu: akan, dapat, masih, sudah, pernah…

32 FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF FN + FA
* Madu itu manis * Peria ini pahit * Orang ini kaya * Pasar itu jauh * Roslan bijaksana > Frasa Adjektif boleh disertai penguat dan kata bantu, tetapi kata bantu mestilah hadir sebelum penguat: belum begitu pandai, pasti sangat kecewa… > FSN sahaja yang boleh diperluaskan dengan FA: Dia takut akan hantu, Orang Cina suka akan durian, madu itu manis seperti gula, orang ini kaya dengan kemiskinan…

33 FRASA NAMA + FRASA KERJA FN + FK
* Intan itu berkilauan * Puteri kesayangannya menangis * Beliau berdiri * Empat orang mahasiswa itu ketawa * Kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia > FKTT dapat diperluas dengan FSN: Kamu akan bermula dari arah timur; Mahasiswa itu tersenyum kepada saya; Intan itu berkilauan dengan indahnya; Puteri kesayangannya menangis dengan kuat…

34 AYAT: NILAI KOMUNIKATIF / MAKNA
ayat penyata / berita / keterangan: penyataan (biasa dan pentakrifan), pengakuan / pengesahan, amaran, penggandaan ayat tanya: pertanyaan tertutup, dan pertanyaan terbuka ayat perintah: positif (suruhan, halus, (permintaan, silaan)); negatif (larangan, harapan, ajakan, penyerahan) ayat seruan: vokatif (panggilan biasa, doa), bukan vokatif ayat emfatik

35 AYAT BERITA Ayat berita dikenali juga dengan nama ayat penyata, ayat keterangan atau ayat deklaratif Tujuannya untuk membuat sesuatu penyataan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal / perkara, dengan tidak mengharapkan respons yang nyata Respons biasanya dalam bentuk isyarat, sama ada pandangan mata (menunjukkan adanya perhatian), geleng kepala (tidak bersetuju) atau anggukan (setuju), dan mungkin juga disertai ucapan ya Dalam bentuk tulisan, ayat ini diakhiri dengan tanda titik, dan dalam bentuk lisan, ayat ini diakhiri dengan suara menurun

36 AYAT BERITA Contoh: * Anaknya pandai mengaji * Sesiapa yang mengelat dalam peperiksaan akan diambil tindakan tegas * Saya mengesahkan bahawa mahasiswa ini masih bujang * Ayahnya membeli sebuah rumah di Kota Bharu * Kami bertemu dengan Perdana Menteri di Kota Kinabalu * Suaminya mengatakan, “Saya tidak mahu ke sana lagi”

37 AYAT TANYA Ayat tanya dikenali juga dengan nama ayat interogatif, iaitu ayat yang dimaksudkan untuk menanya seseorang atau menanyakan sesuatu, dan memerlukan jawaban Ditandai oleh intonasi tanya dengan nada meninggi sedikit sebelum kesenyapan terakhir Lima cara untuk membentuk ayat tanya, iaitu: > menambahkan kata apakah > membalikkan urutan kata > menggunakan kata bukan atau tidak > mengubah intonasi ayat, dan menggunakan kata tanya

38 AYAT TANYA Contoh: * Halimah isterinya? * Suaminya siapa? * Bukankah itu rumahnya? * Petani itu menanam padi? * Dia menulis surat? * Apakah yang bergerak-gerak di dalam kotak itu * Tidak beratkah barang yang dibawanya itu?

39 AYAT PERINTAH Dikenali dengan nama ayat arahan atau ayat imperatif, iaitu ayat untuk menyatakan perintah atau suruhan, larangan dan silaan Ayat perintah dapat berbentuk ayat tak transitif atau ayat transitif (aktif dan pasif) Ayat FAdj yang menjadi predikat boleh juga wujud dalam bentuk ayat perintah bergantung pada jenis adjektifnya Ayat selain FAdj dan FKJ menjadi predikatnya tidak boleh wujud dalam bentuk ayat perintah Dalam tulisan, ayat perintah diakhiri dengan tanda seru (!), dan dalam lisan, diakhiri dengan nada yang menaik sedikit. Tanda seru tidak digunakan jika sifat perintah itu menjadi lemah. Contoh: “Saudara sahajalah yang menjawab pertanyaan itu”

40 AYAT PERINTAH Perintah: Ditandai oleh intonasi ayat perintah. Jika kata kerja intransitif, bentuk kata kerja tetap, jika transitif bentuk kata kerjanya tanpa meN. Untuk melembutkan perintah, ditambah partikel lah, dan kata seperti tolong, harap, cuba…, serta intonasinya tidak terlalu keras. Contoh: Diam!; Masuklah!; Harap maklum ya… Silaan: Ditandai oleh intonasi ayat perintah, dan penambahan kata sila atau dipersilakan yang hadir pada awal ayat. Contoh: Silalah istirahat dahulu!; Dipersilakan tuan/puan mengambil tempat duduk masing-masing!; Silalah minum saudaraku!...

41 AYAT PERINTAH Ajakan: Ditandai oleh intonasi perintah dengan kata ayuh atau mari yang ditambah lah, Tindakan yang dilakukan ayat ajakan ini merangkumi orang yang mengajak dan orang yang diajak. Contoh: Ayuhlah kita ke sana!, Marilah kita semarakkan masjid itu!; Ayuhlah kita berdemontrasi!; Ayuh,Tutup pintu itu!... Larangan: Ditandai oleh intonasi perintah, dengan kata jangan atau usah diletakkan pada awal ayat. Partikel lah sering digunakan untuk memperhalus larangan. Contoh: Jangan letak kenderaan di sini!; Jangan menjerit seperti itu!; Janganla memalukan keluarga kamu; Usahlah merajuk!...

42 AYAT SERUAN Dikenali juga dengan nama ayat interjektif, iaitu ayat yang mengungkapkan perasaan kagum, takut, marah, geram, sakit, suka, duka, terperanjat, dan sebagainya Diwujudkan daripada ayat berita yang predikatnya FAdj, dan juga ayat perintah Ditandai oleh intonasi seruan dengan tekanan keras dan disertai nada meninggi yang menurun sebelum kesenyapan Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) > Pak Lebai! > Bodoh! > Alangkan bebasnya pergaulan mereka!

43 AYAT EMFATIK Ayat yang memberikan penegasan khusus pada subjek. Penegasan dibuat melalui dua cara, iaitu: > menambahkan partikel lah pada subjek > menambahkan kata hubung yang di belakang subjek Penegasan pada subjek mewujudkan pergeseran makna, iaitu subjek itulah yang melakukan sesuatu bukan yang lain. Contoh: Dia memulai perdebatan itu: Dialah yang memulai perdebatan itu Mahasiswa generasi ini akan menunjangi wawasan: Mahasiswa generasi inilah yang akan menunjangi wawasan Kemasukan kata lah dan yang dalam ayat, menjadikan ayat itu bertukar kedudukan dan fungsi subjek dan predikat

44 JENIS AYAT YANG LAIN ayat bebas (free sentence): Ayat yang mempunyai makna yang lengkap tanpa sebarang konteks tambahan. Contoh: Kuala Terengganu ibu negeri Terengganu ayat dasar (basic sentence): Ayat yang asas untuk membentuk ayat kompleks. Contoh: Isterinya menonton tv ialah ayat dasar dalam ayat Isterinya menonton tv ketika Ahmad pulang - Ciri ayat dasar: susunan biasa, ayat penyata, ayat aktif, klausa lengkap, subjek ayat terdiri daripada FN, dan berpotensi untuk diperluas

45 ayat elipsis (elliptical sentence):
ayat elipsis (elliptical sentence): Ayat yang tidak lengkap disebabkan sebahagian daripada strukturnya disirnakan, tetapi masih dapat difahami maksudnya daripada konteks. Contohnya: kata sudah sebagai ayat elipsis yang menjawab pertanyaan Awak sudah kahwin? Ayat lengkap sebenarnya Saya sudah kahwin

46 ayat matriks (matrix sentense): Ayat yang terpancang dengan ayat lain
ayat matriks (matrix sentense): Ayat yang terpancang dengan ayat lain. Contoh: Orang yang memakai kopiah itu suaminya. Ayat matriks ialah Orang itu suaminya ayat minor (minor sentence): Ayat yang tidak mempunyai semua ciri ayat yang digemari (ayat yang sering digunakan seperti ayat penyata). Contohnya: ayat dalam telegram, cogan kata, SMS … ayat rapu (nonsense sentence): Ayat yang mempunyai tatabahasa dan fonologi yang betul, tetapi tidak bermakna. Contoh: Bakul mengangkat orang itu

47 Ayat medial: Ayat yang subjeknya berperanan sebagai pelaku dan juga sebagai penderita. Contoh: Orang itu memotong kukunya dengan pisau, Aku mengurut badanku dengan minyak, Mereka menyepak bola ke gawang gol sendiri… Ayat resiprokal: Ayat yang memberikan penekanan terhadap perlakuan sesuatu aktiviti yang berbalas-balasan. Contoh: Mereka bersalam-salaman sesama sendiri, Kami tolong menolong dengan jiran tetangga, Kedua-duanya berpandang-pandangan dengan rasa terkesima

48 Ayat langsung: Ayat yang memerihalkan ujaran orang ketiga seperti adanya. Apabila ditulis, ujaran asal itu diapit oleh tanda petik. Contoh: Aminah berkata, “Saya akan ke Vietnam minggu hadapan”; “Siapakah nama anda” tanya pensyarah itu; “Dapatkah saudara membantu saya?” kata wakil rakyat itu… Ayat tak langsung: Ayat yang memerihalkan isi atau maksud yang disampaikan oleh orang ketiga, dengan tidak meniru ujarannya. Contoh: Mahasiswa menngatakan bahawa mereka akan hadir dalam perjumpaan itu; Orang itu bertanya di manakah dia boleh mendapat maklumat tentang lesen perniagaan…

49 AYAT NAFI Ayat transformasi yang menggunakan kata nafi bukan dan tidak. Kata nafi bukan untuk menafikan FN dan FSN, dan kata nafi tidak untuk menafikan FA dan FK. Kata nafi bukan boleh juga digunakan untuk selain FN jika maksudnya pertentangan: Contoh: > Binatang ini bukan harimau > Orang itu bukan nelayan > Peria ini tidak pahit > Surat ini bukan untuk saudara > Mahasiswa itu bukan tertawa, tetapi tersenyum

50 AYAT PENEGAS Untuk mempertegas sesuatu predikat FK, kata ada digunakan sebagai kata penegas Kata ada digunakan untuk menunjukkan kesungguhan pada makna FK Kata adakah dan iakah pula digunakan sebagai kata penegas ayat tanya. Contoh: > Orang itu ada datang ke sini malam tadi > Ani ada mengajukan soalan itu kepada saya > Adakah Mydin ditangkap semalam? > Iakah orang itu perdana menteri?

51 KESIMPULAN Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa, maknanya lengkap, terdiri daripada susunan perkataan yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan Semua jenis ayat boleh menerbitkan ayat terbitan tetapi ayat penyata dan ayat aktif sahaja yang boleh menerbitkan ayat inti Klausa ialah deretan kata yang mempunyai subjek dan predikat yang menjadi konstituen ayat. Klausa terbahagi dua, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas Pola ayat inti terbahagi empat, iaitu FN + FN, FN + FK, FN + FA, dan FN + FSN Dari segi nilai komunikatifnya, ayat terbahagi lima, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan ayat emfatik

52 Hal terpenting dalam hidup ini ialah tidak pernah berhenti bertanya
MADAH PUJANGGA Hal terpenting dalam hidup ini ialah tidak pernah berhenti bertanya Wahai anakanda ayah ingatkan tanggungjawabmu jangan lalaikan jagalah hak tunaikan kewajiban supaya hidupmu diberkati tuhan


Download ppt "(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google