Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3212 Teori Pragmatik Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3212 Teori Pragmatik Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia."— Transcript presentasi:

1 BBM 3212 Teori Pragmatik Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

2 Pragmatik Charless Morris(1938) – Subbidang linguistik yang mengkaji cara konteks menyumbang kepada makna. Levinson (1983) – Kajian bahasa yang berhubung dengan faktor atau aspek-aspek kontekstual. - Menjelaskan dua pengertian; makna kata dan hubungan gramatikal, dan kesesuaian ungkapan dan konteks tuturan.

3 Implikatur percakapan
Semiotik Sintaksis Pragmatik Semantik Lakuan pertuturan Deiksiss Implikatur percakapan Praanggapan

4 Teori Lakuan Pertuturan (Speech Act -Searle (1969) )
Perbuatan lokusionari ( Locutionary) mengatakan sesuatu (cara berkata) dengan makna tertentu. Perbuatan ilokusionari (Illocutionary) prestasi sesuatu perbuatan dalam mengatakan sesuatu (vs perbuatan umum mengatakan sesuatu). cth. memberitahu, pesanan, amaran, menjalankan. Perbuatan perlokusionari (Perlocutionary) Ucapan yang mempunyai kesan terhadap perasaan, pemikiran atau tindakan sama ada penutur atau pendengar. Dalam erti kata lain, mereka cuba untuk mengubah fikiran! contohnya, memberi inspirasi, memujuk atau menghalang.

5 Searle (1969) mengenal pasti lima mata lakuan ilokusi (illocutionary)
1. Penegasan (Assertives) : penyataan yang boleh dinilai benar atau palsu. Misalnya menyatakan, menyarankan, mengadu, mendakwa, melapor. Ali telah berjaya menjadi johan pidato peringkat kebangsaan. 2.Arahan (Directives) : penyataan untuk membuat tindakan/menghasilkan kesan tertentu misalnya menyuruh, memerintah, .memohon, menasihati dan mengesyorkan Contoh arahan: Sila duduk.

6 Searle (1969) mengenal pasti lima mata lakuan ilokusi (illocutionary)
3. Komisif (Commissives) penyataan yang mengarah penutur ke arah suatu tindakan misalnya berjanji, mempelawa, bersumpah. Penutur menyatakan akan melakukan sesuatu. Saya akan melukiskan gambar itu esok 4. Ekspresif (Expressivess) penyataan yang menerangkan keikhlasan penutur . Misalnya mengucapkan terima kasih, memuji, mengucapkan tahniah dsb. Penutur menyatakan perasaan terhadap sesuatu. Wah, cantiknya baju awak 5. Perisytiharan (Declaratives) penyataan yang membawa kepada perubahan misalnya meletakkan jawatan, memutuskan hubungan dsb Penyataan penutur boleh mengubah sesuatu. Awak digantung sekolah selama dua minggu kerana membuli pelajar lain.

7 ‘Prinsip Kerjasama’ (PK) Grice 1975
‘Prinsip Kerjasama’ (Co-operative Principle). Prinsip ini didukong oleh empat maksim yang seolah-olah menjadi peraturan dalam perbualan. Empat maksim adalah seperti yang berikut: i. Maksim kualiti. Jadikan maklumat itu benar dan khusus berdasarkan prinsip yang berikut: a. Jangan bercakap bohong. b. Jangan bercakap jika kurang bukti.

8 ii. Maksim kuantiti. a. Jadikan maklumat seinformatif yang
boleh sebagaimana dikehendaki dalam perbualan yang sedang berlangsung. b. Jangan jadikan maklumat terlalu informatif sehinggakan melebihi hadnya.

9 iii. Maksim relevans. a. Jadikan maklumat relevan. iv. Maksim perlakuan. a. Jadikan maklumat nyata dan khusus. b. Elakkan maklumat yang tidak jelas. c. Elakkan maklumat yang kabur. d. Cuba ringkaskan maklumat. e. Cuba jadikan maklumat tersusun.

10 Kelebihan Pragmatik penghuraian makna berdasarkan pendekatan pragmatik membolehkan kita mempertimbangkan sama ciri-ciri suasana (konteks) dan perlakuan yang mengiringi sesuatu ujaran. Makna yang ditinjau berdasarkan konteks, biasanya lebih tepat kerana konteks merupakan aspek yang terpenting dalam penentuan makna bagi sesuatu ujaran.

11 Sekian, terima kasih.


Download ppt "BBM 3212 Teori Pragmatik Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google