SAJAK BINTANG AHLI KUMPULAN : I. NUR ANEERA II. AMIRAH IRDINA III. MIRA FARDINA IV. NURAISYAH FARHANA
Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya Tetapi kata ibu Itu tidak perlu Ayah sudah ada bintang Begitu juga ibu Rumah sudah bercahaya Begitu juga jiwa mereka Bintang itu adalah aku Bintang hati ayah ibu
MAKSUD Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya. Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumah sambil melihat keliauan bintang-bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke sana dan mengutip bintang-bintang itu untuk dibawa pulang ke rumah agar cahaya bintang itu dapat menggembirakan ibu dan membahagiakan ayah. Tetapi kata ibu itu tidak perlu ayah sudah ada bintang begitu juga ibu rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu. Ibu penyajak tidak bersetuju dengan tindakan penyajak yang ingin membawa bintang itu. Ibu dan penyajak meluahkan bahawa penyajak merupakan bintang hati yang menerangi hidup dan jiwa mereka.
GAYA BAHASA GAYA BAHASA CONTOH Anafora (perulangan perkataan pada awal baris) tentu ibu gembira tentu ayah bahagia begitu juga ibu begitu juga jiwa mereka Epifora (perulangan perkataan pada akhir baris) Tetapi kata ibu begitu juga ibu Responsi (perulangan perkataan di tengah baris) tentu ayah bahagia bintang hati ayah dan ibu. Sinkope kulihat cantiknya bintang-bintang Simpulan bahasa bintang hati ayah dan ibu.
Gaya bahasa Contoh Metafora bintang hati ayah dan ibu. Inversi tentu ibu gembira Sepatutnya:Ibu tentu gembira tentu ayah bahagia Sepatutnya:ayah tentu bahagia Asonansi (u) begitu juga ibu Aliterasi (h) di halaman rumah Rima akhir Baris 1: abccdcdded Baris 2: aabaccaa
TEMA Kasih sayang antara anakdan ibu bapa
PERSOALAN Tanggungjawab anak kepada ibu bapa Kasih sayang antara ahli keluarga Mengagumi keindahan ciptaan tuhan
NILAI Bertanggungjawab Kasih sayang Rendah diri
PENGAJARAN Kita hendaklah bertanggungjawab membahagiakan ibu dan ayah Kita hendaklah memupuk nilai kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga kita Kita mestilaha merendah diri dengan keagungan dan kehebatan tuhan yang mencipta alam semesta ini