BAB 1 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG SYUMUL
Kandungan Pengertian Islam, Iman dan Ihsan Asas-asas Syariat Islam Tujuan (Maqasid) Syariat Islam
Islam Bahasa: berasal dr kata kerja – salima = suci dari kecacatan zahir dan batin, damai, selamat, sejahtera, taat dan menyerah. Istilah syarak = mentauhidkan Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNya serta beriman dengan segala pengajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan penuh ikhlas tanpa rasa terpaksa dan ragu.
Pengertian Islam dapat diambil dari hadis Rasulullah s.a.w: “Kau mengakui tiada Tuhan selain Allah, Muhammad adalah hambaNya dan pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, puasa bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah jika kau berkemampuan” Nama Islam adalah nama yang diberi oleh Allah s.w.t: اليَومَ أَكمَلتُ لَكُم دينَكُم وَأَتمَمتُ عَلَيكُم نِعمَتي وَرَضيتُ لَكُمُ الإِسلامَ دينًا “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.” (al-Maidah: 3)
Mereka yang memilih agama selain Islam termasuk orang-orang yang rugi وَمَن يَبتَغِ غَيرَ الإِسلامِ دينًا فَلَن يُقبَلَ مِنهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الخاسِرينَ Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.(ali-Imran: 85) Penghayatan terhadap Islam – melaksanakan rukun-rukunnya.
Iman Berasal dr kata kerja – amanna, yukminu = percaya / membenarkan Menurut istilah: Iman itu diucapkan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota – Ali Abi Talib Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota – Aisyah r.a Iman ialah pengakuan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun – Imam Ghazali Orang yang beriman = percaya, mengakui dan beramal. Orang yang tidak sempurna iman – fasik, munafik, kafir
Ihsan Iaitu tindakan seseorang melakukan sesuatu amalan atau kebaikan kerana menyedari bahawa Allah sedang memerhatikan gerak-gerinya dan mengharapkan balasan baik drpd Allah. Hadis Rasullah s.a.w, maksud: “Ihsan adalah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, jika kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia sedang melihat kamu”
Ihsan Kepada Allah Kepada makhluk
أَلَم يَعلَم بِأَنَّ اللَّهَ يَرىٰ Ihsan kepada Allah Merupakan kemuncak pengabdian Melaksanakan rukun-rukun Islam dan segala perintahNya dengan baik dan teiliti. Firman Allah s.w.t: أَلَم يَعلَم بِأَنَّ اللَّهَ يَرىٰ Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?(al-’Alaq: 14) Orang yang berbuat ihsan tiada padanya dukacita dan peroleh pahala. بَلىٰ مَن أَسلَمَ وَجهَهُ لِلَّهِ وَهُوَ مُحسِنٌ فَلَهُ أَجرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.(al-Baqarah: 112)
Ihsan kepada makhluk Berbuat baik sesama manusia – ibubapa, keluarga, jiran, masyarakat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan
Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan Percaya dan yakin dgn keesaan Allah (Islam) Patuh laksanakan perintah Allah (Ihsan) Ikhlas tanpa harap ganjaran Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan
Asas-asas Syariat Islam Aqidah Syariah Akhlak
1) Akidah Asal dari perkataan Bahasa Arab `aqada - ikatan atau sangkutan atau menyimpulkan sesuatu. Istilah : bererti kepercayaan, keyakinan atau keimanan yang mantap dan tidak mudah terurai oleh pengaruh mana pun sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang. Dalam Al-Quran - mengakui kewujudan Allah SWT dan keesaanNya.
Terbahagi kepada tiga bahagian: a) Tauhid Rububiyyah : Allah s.w.t satu-satunya Pencipta, Pemelihara, Penguasa, dan Pengatur alam ini. Firman Allah yang bermaksud : وَلَئِن سَأَلتَهُم مَن خَلَقَ السَّماواتِ وَالأَرضَ وَسَخَّرَ الشَّمسَ وَالقَمَرَ لَيَقولُنَّ اللَّهُ “Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu : Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan memudahkan perjalanan matahari dan bulan? Nescaya mereka menjawab, Allah”. (al-Ankabut: 61)
قُل إِنَّ صَلاتي وَنُسُكي وَمَحيايَ وَمَماتي لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ b) Tauhid Uluhiyyah : Allah sebagai satu-satunya Tuhan untuk diabdikan diri kepadaNya dengan beribadah, berdoa, tunduk, merendah diri hanya kepada-Nya dan tidak menerima hukum agama dan ketetapan dalam perkara ghaib kecuali dari Allah. Firman Allah yang bermaksud : قُل إِنَّ صَلاتي وَنُسُكي وَمَحيايَ وَمَماتي لِلَّهِ رَبِّ العالَمينَ “Katakanlah: solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah hanya untuk Tuhan semesta Alam” (al-An’am: 162)
c) Tauhid Asma’ wa Sifat Percaya bahawa Allah memiliki segala nama- nama yang menggambarkan kesempurnaan dan ketinggian sifat-sifatNya sepertimana yang terkandung di dalam Al-Quran dan al-Hadis serta suci daripada segala sifat-sifat mustahil bagi diriNya.
2) Syari’ah Iaitu Segala peraturan atau hukuman yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t melalui Rasulullah s.a.w. Terbahagi kepada : a) Ibadah Bermaksud taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah. Firman Allah yang bermaksud : وَلَقَد بَعَثنا في كُلِّ أُمَّةٍ رَسولًا أَنِ اعبُدُوا اللَّهَ وَاجتَنِبُوا الطّاغوتَ ۖ “Kepada tiap umat Kami utuskan seorang rasul dengan perintah: beribadahlah kepada-Ku dan tinggalkan taghut” (an-Nahl: 36)
وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ الرِّبا b) Muamalat Kira bicara yang merangkumi tukar-menukar antara barang atau suatu yang memberi manfaat dengan cara yang ditentukan seperti jual-beli, sewa-menyewa, upah-mengupah, pinjam-meminjam, urusan bercucuk tanam, berkongsi dan sebagainya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ الرِّبا “Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”(al-Baqarah: 275)
c) Munakahat Suatu peraturan atau hukum yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan dan kekeluargaan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : فَانكِحوا ما طابَ لَكُم مِنَ النِّساءِ مَثنىٰ وَثُلاثَ وَرُباعَ ۖ فَإِن خِفتُم أَلّا تَعدِلوا فَواحِدَةً “Maka bolehlah kamu menikahi perempuan yang kamu pandang baik untuk kamu, dua atau tiga atau empat, jika kiranya kamu takut tidak dapat berlaku adil di antara mereka itu, hendaklah kamu kahwini seorang sahaja” (an-Nisa: 3)
D) Jinayat Setiap perbuatan atau tindakan yang ditegah oleh syarak, sama ada mengenai harta atau jiwa atau tubuh badan atau meninggalkan sesuatu yang disuruh oleh syarak seperti meninggalkan kewajipan sembahyang. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : وَالسّارِقُ وَالسّارِقَةُ فَاقطَعوا أَيدِيَهُما جَزاءً بِما كَسَبا نَكالًا مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزيزٌ حَكيمٌ “Dan pencuri lelaki dan pencuri perempuan maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa, lagi maha Bijaksana” (al-Maidah: 38)
3. Akhlak Imam al-Ghazali : akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang hingga menghasilkan segala perbuatan dengan mudah (spontan) tanpa perlu pertimbangan fikiran. Sekiranya akhlak itu baik menurut pertimbangan al-Quran dan al-Sunnah, maka baiklah. Sekiranya buruk mengikut al-Quran dan al-Sunnah, maka buruklah.
Skop akhlak : a) Hubungan manusia dengan Allah. Akhlak terpuji yang menghubungkan manusia dengan Allah adalah seperti bertaqwa, ikhlas, sabar dll b) Hubungan manusia sesama manusia. Akhlak terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat seperti bertimbangrasa, berlaku adil, bantu-membantu jujur, amanah dan sebagainya. c) Hubungan Manusia dengan Makhluk/Alam. Hubungan manusia dengan makhluk dan alam umumnya (haiwan dan tumbuhan seperti tidak melakukan pencemaran, kerosakan atau kezaliman, bertimbangrasa dan penyayang, memelihara haiwan atau tumbuh-tumbuhan daripada kepupusan, dsb
Maqasid Syariah (Tujuan Syariah) Memelihara agama Memelihara nyawa / tubuh Badan Memelihara akal Memelihara kehormatan Memelihara harta / pemilikan
Syari`at didatangkan oleh Allah bertujuan untuk menjamin kemaslahatan atau kebaikan kepada manusia dan menghindarkan kemudharatan. Antara tujuannya adalah : Memelihara kesucian dan kepercayaan beragama Islam datang untuk membebaskan manusia daripada khurafat, tahyul, kemunafikan dan kesyirikan kepada keimanan dan tauhid.
Firman Allah s.w.t : وَلَم يَكُن لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ قُل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ “Katakanlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyamai denganNya” (al-Ikhlas: 1-3) Allah juga mensyariatkan dakwah dan jihad untuk memelihara kesucian akidah. Firman Allah : نتُم خَيرَ أُمَّةٍ أُخرِجَت لِلنّاسِ تَأمُرونَ بِالمَعروفِ وَتَنهَونَ عَنِ المُنكَرِ وَتُؤمِنونَ بِاللَّهِ “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah.(al-‘Imran: 110)
2. Menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia Setiap individu wajib menjaga keselamatan diri sendiri dan dilarang mengancam keselamatan orang lain. Firman Allah : أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفسًا بِغَيرِ نَفسٍ أَو فَسادٍ فِي الأَرضِ فَكَأَنَّما قَتَلَ النّاسَ جَميعًا “Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seseorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara manusia semuanya…” (al-Maidah: 32) وَلا تَقتُلُوا النَّفسَ الَّتي حَرَّمَ اللَّهُ إِلّا بِالحَقِّ “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak…”(al-An’am: 151)
3. Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal Anugerah akal dan kekuatan berfikir melayakkan manusia memegang status khalifah di bumi. Untuk menjaganya, Islam menggalakkan manusia menuntut dan menguasai ilmu serta mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang boleh menjejaskan fungsi akal seperti minum arak atau sesuatu yang memabukkan. Firman Allah swt : يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِنَّمَا الخَمرُ وَالمَيسِرُ وَالأَنصابُ وَالأَزلامُ رِجسٌ مِن عَمَلِ الشَّيطانِ فَاجتَنِبوهُ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ “Wahai orang2 yang beriman, sesungguh- nya arak, berjudi, menyembah berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan2 itu mudah2an kamu peroleh kemenangan” (al-Maidah: 90)
4. Menjamin kehormatan dan maruah diri Kemuliaan dan keperibadian seseorang berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri. Seluruh perintah Allah (solat, puasa, zakat dan haji) serta larangan-Nya (zina, pendedahan aurat dan pergaulan bebas) bertujuan untuk membentuk ketinggian dan kemuliaan akhlak serta menghindarkan manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan. Firman Allah: وَلا تَقرَبُوا الزِّنا ۖ إِنَّهُ كانَ فاحِشَةً وَساءَ سَبيلًا “Dan janganlah kamu mendekati perbuatan zina, sesungguhnya ia adalah perbuatan keji dan jalan yang salah” (al-Isra’: 32)
Menjatuhkan maruah orang lain dgn mencemuh, mengaib dan memanggil dengan gelaran yang tidak baik juga dilarang. Firman Allah : يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا لا يَسخَر قَومٌ مِن قَومٍ عَسىٰ أَن يَكونوا خَيرًا مِنهُم وَلا نِساءٌ مِن نِساءٍ عَسىٰ أَن يَكُنَّ خَيرًا مِنهُنَّ ۖ وَلا تَلمِزوا أَنفُسَكُم وَلا تَنابَزوا بِالأَلقابِ ۖ بِئسَ الِاسمُ الفُسوقُ بَعدَ الإيمانِ ۚ وَمَن لَم يَتُب فَأُولٰئِكَ هُمُ الظّالِمونَ “Wahai orang2 yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah2-kan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah2kan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.…….”(al-Hujurat: 11)
5. Menjamin usaha pemilikan dan penguasaan harta Harta penting dalam kehidupan manusia. Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang2 berkaitan dengannya. Antaranya: Kepentingan mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah. الدُّنيا ۖ وَأَحسِن كَما أَحسَنَ اللَّهُ إِلَيكَ ۖ وَلا تَبغِ الفَسادَ فِي الأَرضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ المُفسِدينَ "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (al-Qasas: 77)
وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ الرِّبا b) Diusaha melalui cara dan pendekatan yang diharuskan seperti jual beli dan lain-lain. وَأَحَلَّ اللَّهُ البَيعَ وَحَرَّمَ الرِّبا “..Dan Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” (al-Baqarah: 275) c) Dibelanja ke jalan yang diredhai Allah serta banyakkan sedekah dan berzakat. وَأَنفِقوا في سَبيلِ اللَّهِ وَلا تُلقوا بِأَيديكُم إِلَى التَّهلُكَةِ ۛ وَأَحسِنوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ المُحسِنينَ “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (al-Baqarah: 195)