SEMANTIK DAN PERISTILAHAN

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Menyimak lafal, tekanan, intonasi, dan jeda yang baku dan yang tidak
Advertisements

Penullisan kata dan penullisan unsur serapan
Kelompok 4 Anom Sulton Iskandar ( )
EJAAN BAHASA INDONESIA YANG DISEMPURNAKAN
BAHASA DALAM KARANGAN ILMIAH
PENGANTAR AWAL PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA DI PERGURUAN TINGGI
Pemakaian Huruf, Pemakaian Huruf Kapital dan Huruf Miring
EJAAN BAHASA INDONESIA YANG DISEMPURNAKAN
Kesantunan ejaan dan istilah
EJAAN BAHASA INDONESIA YANG DISEMPURNAKAN
PENGERTIAN KARYA ILMIAH
Bahasa lisan dan tulisan Kelompok 2 : Arie stiawan Chania gusna devi Darmaji Edih suaedih.
EJAAN YANG DI SEMPURNAKAN
Pemakaian Huruf, Pemakaian Huruf Kapital dan Huruf Miring
Mata Kuliah Pengembangan kepribadian bahasa indonesia
Persembahan dari kelompok 1
Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia digunakan secara resmi di seluruh wilayah Republik Indonesia. Kaidah penggunaan bahasa Indonesia dituangkan dalam buku.
EJAAN YANG DISEMPURNAKAN (EYD)
Penulisan kata 1.Kata dasar
Ejaan dan Tanda Baca dalam Bahasa Indonesia
Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia digunakan secara resmi di seluruh wilayah Republik Indonesia. Kaidah penggunaan bahasa Indonesia dituangkan dalam.
Bahasa Tulisan.
Kuliah III: EYD BAHASA JURNALISTIK
EJAAN YANG DISEMPURNAKAN (EYD)
Pertemuan 4 EJAAN.
SISTEM EJAAN PEMBENTUKAN DUA SUKU KATA.
EJAAN BAHASA INDONESIA
EJAAN BAHASA INDONESIA
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
Persembahan dari kelompok 1
Penggunaan Aspek Kebahasaan dalam Penulisan Karya Ilmiah
Kelompok 12 Sinta Dwi Lestari Iftaturrohmah
EJAAN YANG DISEMPURNAKAN
PEDOMAN UMUM EJAAN BAHASA INDONESIA
PENGGUNAAN BAHASA INDONESIA DALAM PENULISAN KARYA ILMIAH
PENGERTIAN KARYA ILMIAH
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
MORFOLOGI (Pembentukan Kata).
PEMBAKUAN BAHASA MINGGU 4.
SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU (BBM3401)
METODOLOGI KAJIAN ILMIAH
Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris
FALSAFAH BAHASA MELAYU
Pertemuan 5 EJAAN (Lanjutan).
PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Tatacara Pembentukan Istilah BM
KARYA ILMIAH Muttaqin Choiri.
PEMBAKUAN SEBUTAN Pengenalan
Dr. Hasnah Mohamad KULIAH M8 PERISTILAHAN Dr. Hasnah Mohamad
PEMBAKUAN BAHASA MINGGU 4.
Sistem Ejaan dalam Bahasa Melayu
Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 910 BAHASA MELAYU.
PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Tatacara Pembentukan Istilah BM
KONSONAN PINJAMAN Melayu spt perkataan2 daripada bahasa
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
PEMBAKUAN SEBUTAN Pengenalan
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)
KULIAH M10 SEBUTAN BAKU BAHASA MELAYU (BBM3401)
TL10203 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
KULIAH M11 TATABAHASA (BBM3401)
Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ PM Dr. Adi Yasran bin Abdul Aziz
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik
Eyd.
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BAHASA MELAYU TINGGI Pertemuan Bersemuka Pertama PJJ
Renungkan bersama Jika kita gagal untuk merancang, bermakna kita merancang untuk gagal…
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BMM 3111 SISTEM EJAAN BAHARU 9/17/2018

AHMAD ZAKI B BASAR MASRAH BT YAHYA MD YUSUF B HASHIM AHLI KUMPULAN : AHMAD ZAKI B BASAR MASRAH BT YAHYA MD YUSUF B HASHIM 9/17/2018

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701. Terdapat berapa jenis ejaan rumi yang pernah digunakan dalam sistem ejaan bahasa Melayu iaitu: Ejaan Rumi Thomas Bowrey, Ejaan Rumi J.Horison (1800) Ejaan Rumi William Marsden (1812) Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878) Ejaan Rumi Swetthenham (1881) Ejaan Rumi Maxwell (1882) Ejaan Wilkinson (1904), dan Sistem Ejaan Rumi Za’aba (1927). 9/17/2018

Sistem ejaan baharu telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Sistem Ejaan Rumi Za’aba telah digunakan dengan meluas di sekolah-sekolah. Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu Sistem ejaan baharu telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Satu perkara yang menarik dalam sistem ejaan baharu bahasa Melayu ini ialah perubahan dari Sistem Ejaan Rumi Za’aba, atau ejaan lama kepada bentuk ejaan baharu (1972) 9/17/2018

ELEMEN-ELEMEN DALAM EJAAN BAHARU Vokal – Huruf e Konsonan - Huruf Gabungan Pengguguran Tanda Koma Di atas Konsonan Tetap Keselarasan Huruf Vokal Prinsip Keselarasan Huruf Vokal Pola Keselarasan Huruf Vokal Pola Keselarasan yang Mengalami Perubahan Kekecualian Keselarasan Vokal Ejaan Bagi Kata Pinjaman Penyesuaian Ejaan Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Penyesuaian Penyebutan Atau Lafaz 9/17/2018

ELEMEN-ELEMEN DALAM EJAAN BAHARU g. Ejaan Kata Kata Terbitan Kata Ulang Pengguguran Angka 2 Kata Depan di Dan ke Kata Ganti Singkat Kata Berakhiran Kan Partikel h. Rumusan 9/17/2018

Vokal – Huruf e Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem, iaitu: fonem e pepet yang ditulis secara fonetik / é /, dan fonem e taling yang ditulis secara fonetik / e / Ejaan lama Ejaan baharu émak emak kéledek keledek ménteri menteri témpoh tempuh 9/17/2018

Konsonan - Huruf Gabungan Daripada 26 huruf konsonan itu terdapat lima huruf gabungan, iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy. Kelima-lima huruf gabungan ini masih digunakan dalam sistem ejaan Rumi sekarang ini. Contoh penggunaan : gh ghairah, ghaib kh khusus, khas ng ngilu, angin ny nyamuk, hanya sy syarat, isyarat 9/17/2018

Konsonan - Huruf Gabungan Walau bagaimanapun terdapat huruf gabungan yang digunakan dalam sistem ejaan Rumi Za’ba, iaitu ch, dh, dz, sh, dan th telah diubah menjadi "c, d, z, sy, dan s". Contoh: Ejaan lama Ejaan baharu chari cari dharab darab dzalim zalim sharat syarat mithal misal 9/17/2018

Pengguguran Tanda Koma Di atas Tanda koma di atas (‘), iaitu yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ) dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya : Ejaan lama Ejaan baharu ‘alam alam ra‘i rai ma‘af maaf 9/17/2018

Pengguguran Tanda Koma Di atas Tanda koma di atas (‘) digantikan dengan huruf konsonan k jika menutup suku kata. Contohnya : Ejaan lama Ejaan baharu ma‘na makna ra‘yat rakyat tama‘ tamak 9/17/2018

Pengguguran Tanda Koma Di atas Tanda koma di atas (’), iaitu yang sepadan dengan huruf Jawi hamzah ( ), dihapuskan jika membuka suku kata. Contohnya :   Ejaan Lama Ejaan Baharu masa’alah masalah so’al soal 9/17/2018

Konsonan Tetap Daripada 26 huruf konsonan itu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v, dan x. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: qadak dan qadar Quran qunut wuquf 9/17/2018

Konsonan Tetap Huruf (v) digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contohnya: versi revolusi vitamin subversif vokasional universiti 9/17/2018

Keselarasan Huruf Vokal Dalam Sistem Ejaan Za’ba, cara mengeja perkataan tidak didasarkan pada keselarasan vokal. Vokal yang hadir pada suku kata pertama tidak diselaraskan dengan vokal yang hadir pada suku kata kedua. Misalnya ejaan bagi "burong" (bu + rong), "untok" (un + tok) dan "bilek" (bi + lek) tidak diselaraskan vokal dalam suku kata pertama dengan suku kata kedua tertutup. Bagaimanapun, ianya telah mengalami perubahan menjadi "burung" (bu + rung) seperti yang dilakukan dalam Sistem Ejaan Baharu. Contoh: Ejaan Lama Ejaan Baharu sayor sayur jalor jalur salor salur bubor bubur balek balik kueh kuih 9/17/2018

Keselarasan Huruf Vokal Dalam Sistem Ejaan Baharu, perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih, keselarasan vokal juga digunakan. Dua suku kata akhir pada perkataan yang terdiri daripada tiga suku kata atau lebih itu diselaraskan dengan vokalnya. Vokal yang hadir dalam suku kata terbuka, diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup, dan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup juga diselaraskan dengan vokal yang hadir dalam suku kata tertutup. Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu pereksa periksa sembeleh sembelih perengkat peringkat 9/17/2018

Prinsip Keselarasan Huruf Vokal Ringkasnya keselarasan vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku dengan syarat berikut: i. Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. ii. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup. iii. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja. 9/17/2018

Pola Keselarasan Huruf Vokal Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal.  Pola Keselarasan Pola Contoh 1. a - a asah, balak, panas 2. a - i alih, balik, habis 3. a - u asuh, basuh, larut 4. e pepet - a emak, telan, tembelang 5. e pepet - i benih, lebih, sembelih 6. e taling - u telur, benih, temenggung 7. e taling - a enak, dewan, belerang 8. e taling – e taling gelek, heret, selekeh 9. e taling - o elok, esok, selekoh 10. i – a ingat, bilang, selinap 9/17/2018

Pola Keselarasan yang Mengalami Perubahan Daripada 18 pola itu, terdapat 8 pola yang berupa pola-pola yang berubah daripada Sistem Ejaan Lama (Za’ba). Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya dipakai huruf vokal i dan u pada suku kata akhir tertutup sekiranya suku kata praakhir memakai huruf vokal a, e pepet, i atau u. Ejaan Lama Ejaan Baharu Pola Contoh Pola Contoh 1. a --- e taling aleh a --- i alih 2. a ---- o batok a --- u batuk 3. e pepet -- e taling lebeh e --- i lebih 4. e pepet -- o tempoh e --- u tempuh 5. i --- e taling pileh i --- i pilih 6. i --- o tidor i --- u tidur 9/17/2018

Kekecualian Keselarasan Vokal Dalam Sistem Ejaan Baharu terdapat beberapa perkataan yang dikecualikan daripada pola keselarasan vokal. Perkataan-perkataan yang termasuk ke dalam kekecualian ini adalah perkataan-perkataan yang dipinjam daripada bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris seperti yang berikut: Pola Vokal Bahasa di Nusantara dan Bahasa Inggeris 1. a - e awet, pamer, kaset, panel, kabaret 2. a - o lakon, lapor, atom, operator 3. e pepet -e taling gembeleng 4. e pepet – o jempol, gabenor, interkom 5. i - e taling parlimen, simen, tiket 6. i - o ijon, pilot, transistor, diftong 7. u - e taling tulen, subjek, dokumen 8. u – o bunglon, lelucon, kupon, konduktor 9. a - e papet, teater 10. e taling - i tesis, objektif 9/17/2018

Ejaan Bagi Kata Pinjaman Penyesuaian Ejaan Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain dieja mengikut peraturan penyesuaian huruf yang terdapat dalam perkataan-perkataan bahasa berkenaan dan disesuaikan dengan huruf mengikut ejaan Bahasa Melayu. Peraturan penyesuaian huruf dapat dilihat seperti dalam daftar contoh di bawah : Pola Bahasa Inggeris Bahasa Melayu 1. a a abstract abstrak 2. ae ae aerial aerial 3. au au automatic automatik 4. b b barbecue barbeku 5. c s cent sen 6. c k carbon karbon 7. cc ks accent aksen 8. ch s machine mesin 9. ea i beaker bikar 10. ee i beer bir 9/17/2018

Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa bahasa Eropah yang lain ke dalam bahasa Melayu dilakukan dengan mengutamakan dasar-dasar berikut: i). Ejaan berdasarkan bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Oleh itu perubahan fonem asing ke dalam bahasa Melayu hanya dilakukan bila diperlukan sahaja. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu carbon jadi karbon bukan karban cartoon jadi kartun bukan katun dialogue jadi dialog bukan dailog 9/17/2018

Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar ii).Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Baru. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu atom tetap atom bukan atum bonus tetap bonus bukan bonos pistol tetap pistol bukan pistul 9/17/2018

Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu block blok bukan belok clinic klinik bukan kelinik drama drama bukan derama 9/17/2018

Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Unsur asing (selain daripada gugus konsonan) yang sudah serasi atau diserap ke dalam bahasa Melayu dan lazim dieja secara Melayu, tidak lagi diubah ejaannya. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau jadi biro bukan bureau pension jadi pencen bukan pension station jadi stesen bukan stasion 9/17/2018

Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetap diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda tetap agenda bukan ajenda technology jadi teknologi bukan teknoloji tragedy jadi tragedi bukan trajedi 9/17/2018

Penyesuaian Ejaan Mengikut Dasar Sebagai kekecualian, huruf g yang diucapkan /j/ menurut sebutan dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan jadi huruf j dalam bahasa Melayu terdapat pada kata-kata berikut. Contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent jadi ejen college jadi kolej engine jadi enjin 9/17/2018

Penyesuaian Penyebutan Atau Lafaz Penyebutan atau lafaz bagi kata atau istilah pinjaman hendaklah disesuaikan dengan sistem bunyi bahasa Melayu -iaitu memberikan nilai bunyi bagi setiap huruf, sesuai dengan fonem yang dilambangkannya. Contohnya : Bahasa Melayu Sebutan April /ap-ril/ bukan /ep-ral/ radio /ra-di-yo/ bukan /re-di-yo/ teknologi /tek-no-lo-gi/ bukan /tek-no-lo-ji/ nasional /na-si-yo-nal/ bukan /ne-sye-nal/ 9/17/2018

Ejaan Kata Kata Terbitan a. Kata terbitan atau kata turunan ialah i) kata dasar yang memakai imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ii) kata yang memakai bentuk terikat seperti maha- dan tata- iii) kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk atau bentuk- bentuk kata yang lain. b. Semua imbuhan (awalan,sisipan,akhiran) ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasarnya. 9/17/2018

Peraturan penulisan imbuhan yang berubah daripada ejaan lama dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : i) Tanda sempang (-) pada awalan di- dalam ejaan lama digugurkan. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu di-makan dimakan di-pandang dipandang di-selidiki diselidiki ii) Awalan sa- dalam ejaan lama diubah menjadi se dan ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Tanda sempang (-) digugurkan. Contohnya : Ejaan Lama Ejaan Baharu sa-bagaimana sebagaimana sa-belas sebelas sa-saorang seseorang sa-umpama 9/17/2018

Kata Ulang Pengguguran Angka 2 Penggunaan angka 2 bagi menandakan kata itu diulang atau diganda dalam ejaan Za’ba tidak lagi digunakan dalam ejaan Rumi baharu, dan diganti dengan tanda sempang (-). Contohnya: Ejaan Lama Ejaan Baharu budak2 budak-budak buah2an buah-buahan berlapis2 berlapis-lapis 9/17/2018

Kata Depan di Dan ke Kata depan di dan ke ditulis terpisah daripada kata yang mengikutinya. Peraturan penulisan kata depan yang berubah daripada ejaan Za’ba (lama) dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut : Kata depan di dalam ejaan Za’ba ditulis di-, dengan menggunakan tanda sempang (-), iatu sama bentuknya dengan awalan di-. Apabila tanda sempang digugurkan dalam Ejaan Rumi Baharu, kata depan di ditulis sebagai satu kata yang berasingan. Contohnya:   Ejaan Lama Ejaan Baharu di-dalam di dalam di-selatan di selatan di-Hotel Merlin di Hotel Merlin di-jalan raya di jalan raya 9/17/2018

Rumusan Berdasarkan penjelasan di atas, maka jelaslah kepada kita bahawa perubahan yang nyata dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini ialah perubahan 8 pola keselarasan vokal daripada 18 pola semuanya. Walupun begitu perubahan dalam aspek-aspek lain dalam ejaan baru ini amat perlu difahami sebaik mungkin bagi menyediakan diri ke arah penulisan (ejaan) bahasa Melayu yang tepat dan betul. Seandainya kita memberikan perhatian yang serius terhadap perubahan ejaan Rumi bahasa Melayu ini, maka tidak timbul apa-apa masalah untuk menguasainya. Ringkasnya, kalau hendak dikatakan ejaan Rumi Bahasa Melayu terlalu rumit, tentulah tidak benar sama sekali . Ejaan Bahasa Melayu adalah antara yang termudah di dunia kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik. 9/17/2018