BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
Pengajian Ketamadunan dan Sejarah Tamadun membicarakan teori, konsep-konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoritikal dan abstrak Sejarah tamadun Iaitu pengalaman yang dilalui oleh sesuatu tamadun dari segi pencapaian, kemajuan dan kemundurannya. Pengajian ketamadunan tidak begitu terikat kepada batasan zaman, manakala sejarah tamadun dibatasi faktor masa. Kedua2nya saling berkait kerana tanpa sejarah, kajian ketamadunan akan menjadi subjek yang hambar. Melalui sejarahlah ilmu dan teori ketamadunan dibentuk, dibina dan dibangunkan serta dikembangkan. Selain sejarah, disiplin-disiplin pengetahuan yang lain juga menjadi kompenan dlm pengajian ketamadunan spt agama, falsafah, kajian bandar, sosiologi, antropologi, kebudayaan, sains dan teknologi dsb. Pengajian ketamadunan turut merentasi perbincangan tentang masa lampau, masa kini dan masa depan.
Dua istilah digunakan dalam bahasa Melayu bagi maksud tamadun: Pengertian Tamadun Dua istilah digunakan dalam bahasa Melayu bagi maksud tamadun: Tamadun – kebudayaan, kemajuan, peradaban Peradaban – tingkahlaku / tuturkata yang sopan. Kata tamadun berasal daripada kata Arab ‘madana’ – kehalusan budi pekerti dan akhlak seperti orang kota 5 istilah dalam bahasa Arab yg membawa maksud tamadun sebelum penggunaan istilah tamadun: Umran – bermaksud membangun dan memakmurkan bandar Hadharah – bermaksud kehidupan menetap Tamaddun – bermaksud membina dan membangunkan bandar Madinah – bandar-bandar (nama yang diberi oleh Rasulullah bg menggantikan Yathrib) Madaniyyah – bandar / kehidupan bandar Istilah Umran dan Hadharah digunakan oleh Ibn Khaldun dalam kitabnya ‘al-Muqadimah’ pd abad 14. Istilah Madaniyyah dipopularkan oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Farid Wajdi pd abad 20.
Istilah tamadun mula diperkenalkan pada abad 19 dan lebih sesuai digunakan menggantikan istilah2 sebelum itu. Jurji Zaidan antara sarjana yg banyak guna istilah tamadun dalam bukunya Tarikh al-Tamaddun al-Islami Tamadun dlm bahasa Inggeris – ‘civilization’ – berasal drpd perkataan latin ‘civitas’ (kota / bandar). Istilah lain – renaissance dan culture
Pengertian Tamadun dari Sudut Pengistilahan Idris al-Marbawi Tamadun ialah kehalusan adat pencapaian manusia yang hidup di kota dan berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran serta penghasilan teknologi. Arnold Toynbee Kebudayaan yang berkembang di dalam kota Syed Mohammad Naquib al-Attas Keadaan kehidupan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur Kesimpulan Tamadun diertikan sebagai pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (spt. sains dan teknologi, kesenian, kesusasteraan dll) yang tinggi, luhur, baik, halus dan sopan yang berpusat di kota/bandar
Ciri-ciri Tamadun
Ciri Tamadun Wujud sistem kepercayaan dan agama Wujud penempatan di sesebuah @ beberapa kawasan yang membentuk bandar seperti Lembah Nil, Lembah Indus Peningkatan kualiti hidup yang lebih baik Wujud sistem institusi sosial spt politik, pendidikan yg teratur Muncul penggunaan bahasa yang serumpun dan sistem tulisan tersendiri sebagai perantaraan komunikasi Wujud sistem perundangan yang teratur dan sistem nilai Lahir daya reka cipta dlm teknologi dan pembinaan bg keselesaan hidup Lahir dan berkembang daya kreativiti dlm menghayati falsafah, kesenian, sastera dan nilai estetika.
Hubungan Tamadun Dengan Agama, Budaya dan Bangsa
Hubungan Tamadun dengan Kepercayaan / Agama Agama berperanan penting dalam kehidupan manusia dan mempunyai pertalian. Agama Islam menjadi sumber inspirasi dan kekuatan umat utk bentuk tamadun. Tamadun barat bersumberkan fahaman materialism bukan agama. Pekerti mulia dan bermoral terhasil drpd kepercayaan beragama dan ianya penting dalam kehidupan bertamadun. Peninggalan tamadun-tamadun silam menggambarkan penghayatan yg tinggi terhadap kehidupan berasaskan kepercayaan dan beragama. Dalam konteks hubungan, agama pentingkan hubungan sesama manusia dan dengan Tuhan. Tetapi yang menolak agama hanya pentingkan hubungan sesama manusia dan kebendaan sahaja. Tamadun Barat kontemporari memperlihatkan memisahkan nilai keagamaan dlm kehidupan. Kesimpulan, terdapat 2 pandangan: Agama mempunyai pengaruh dan peranan terhadap tamadun Sangsi tentang peranan agama terhadap tamadun
Hubungan Tamadun Dengan Budaya Budaya ialah tatacara bertindak ke atas persekitarannya dlm mengurus kehidupan bermasyarakat. Tamadun dan budaya berkait rapat kerana budaya yang terpuji menandakan kehidupan bertamadun. Masyarakat berbudaya terpuji bermakna mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral Tamadun berbeza daripada budaya apabila: Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan berbanding pengaruh dan natijah budaya. Erti kata lain, budaya yang kekal lama adalah natijah tamadun Cth: kesetiaan kpd maharaja (natijah tamadun) dlm masyarakat Jepun walaupun sistem politik telah berubah. Berbeza dgn cara berpakaian dan pemilihan jenis makanan yang berubah (natijah budaya) Tamadun melampaui batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya dikaitkan dengan negara/wilayah. Cth: tamadun Islam mengandungi beberapa budaya mengikut negara
Hubungan Tamadun dan Bangsa Suatu bangsa lazimnya ada pertalian dgn sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Tamadun pula bersifat universal merentasi sempadan geografi dan melampui bangsa dan kebangsaan. Terdapat tamadun yg dimiliki oleh lebih drpd satu bangsa spt tamadun Barat di Eropah dan Amerika. Tamadun Islam berkembang dgn pelbagai budaya dan bangsa. Teorinya, tamadun dan bangsa adalah berkaitan dan tamadun akan melampui batas kebangsaan. Namun imej tamadun itu banyak ditentukan oleh bangsa peneraju. Cth: tamadun Islam yg berkembang di Alam Melayu – memperlihatkan imej kemelayuan dan pd masa yg sama Islam sebagai asas nilai.
Kelahiran dan Perkembangan Tamadun
Faktor Kemunculan / Kelahiran Tamadun Kedudukan Strategik Rangsangan keagamaan dan kerohanian Penghayatan terhadap moral Kesengsaraan hidup Toleransi Terhadap tamadun lain Budaya masyarakat yang tinggi Politik kukuh Ekonomi mantap Interaksi antara tamadun
Kejatuhan dan Kemerosotan Tamadun
Kemerosotan Tamadun Sejarah merakamkan, setiap tamadun mengalami zaman kemerosotan / kejatuhan Menurut Ibn Khaldun, kebangkitan dan kejatuhan sesebuah tamadun adalah mengikut hukum kitaran sejarah. Pada peringkat permulaan Berjaya kerana mempunyai nilai2 baik, namun akhirnya jatuh akibat kemewahan, penyelewengan dsb akibat nilai2 buruk.
Faktor Kejatuhan / Kemerosotan Jurang kaya-miskin Sikap tertutup Bencana Alam Penindasan dan kezaliman Keruntuhan akhlak / moral
Persamaan dan Perbezaan Antara Tamadun Perbezaan antara tamadun lazimnya dilihat dari aspek teologi / kepercayaan. Ianya sering menimbulkan percanggahan pendapat. Namun persoalan etika kurang menimbulkan kontrovesi. Persamaan dan perbezaan antara tamadun, dpt dilihat pada persoalan etika berikut: Alam sekitar Keluarga Masyarakat Kerajaan Ekonomi Pendidikan Kesihatan dan Kesejahteraan Memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun sewajar menjadikan kita bersikap terbuka ke arah keharmonian.
Etika Persamaan Perbezaan Alam Sekitar Semua agama menerima prinsip hidup harmoni dgn alam Alam anugerah Tuhan dan manusia berperanan mentadbirnya Alam bukan sahaja perlu dipelihara malah ada setengah tamadun menyembah alam yg kaitkan dengan kuasa dewa. Keluarga Asas pembentukan masyarakat Wujud hierarki kuasa yg menentukan kedudukan lelaki dan perempuan Pengabaian hubungan kekeluargaan oleh kebanyakan masyarakat Barat moden yg bertentangan dgn kosep keadilan Dalam Islam hubungan kasih sayang dan hormat menghormati adalah penting Komuniti Cukup berpengaruh bg menentukan identiti seseorang Dapat memastikan nilai2 murni dlm masyarakat dihormati Sejarah membuktikan identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan seperti Islam dan Buddhisme Kerajaan Akhlak dan moral ditekankan sbg dasar kerajaan Sifat raja adil diutamakan Sebahagian tamadun memperlihatkan rakyat ada kuasa menyanggah pemerintah yang melanggar konsep adil
Etika Persamaan Perbezaan Kegiatan Ekonomi Konsep Moral Semesta seperti dlm ajaran Buddha iaitu Jalan Lapan Lapis Dalam Islam, prinsip halal dan haram amat ditekankan yg mampu membentuk akhlak manusia Pendidikan Matlamat pendidikan iaitu bina sifat manusia Manusia perlu kuasai dalaman terlebih dahulu sebelum luaran Ajaran Islam menekankan persoalan tauhid dlm pembentukan insan. Dalam ajaran Buddha n Hindu pembentukan insan melalui proses mengenal diri sendiri Kesihatan Menjaga kesihatan merupakan suatu diberi perhatian melalui konsep holistik iaitu kesihatan dipengaruhi oleh alam Kesan konsep holistic bg rawatan penyakit begitu mendalam. Mengubati penyakit bermakna memulihkan keseimbangan seseorang
INTERAKSI ANTARA TAMADUN
Interaksi = hubungan yang saling bertindak balas / saling mempengaruhi antara satu sama lain Agama, pegangan nilai, Bahasa, budaya, adat dan system social mempengaruhi interaksi Wujudnya interaksi disebabkan semangat toleransi dan saling menghormati
Faktor Interaksi Peranan pemimpin Peranan golongan agama Kedudukan geografi yg strategic Perkahwinan Perdagangan Misi politik
Lingkungan Budaya dan Bangsa yang Sama Tamadun yang Kuat dengan yang lemah Jenis Interaksi Budaya dan Tamadun yang Berbeza Interaksi dalam Sejarah
Penghalang Interaksi Kedudukan geografi atau daerah yg berbeza Semangat nasionalisme yg sempit Tiada toleransi antara kaum migran dan bukan migran Perbezaan Bahasa Perbezaan agama Perbezaan budaya Penguasaan ekonomi yg tidak seimbang Penguasaan politik yang tidak seimbang Tiada kumpulan dominan Pemikiran penjajah Penguasaan teknologi Konflik antara etnik peperangan Penghalang Interaksi
Interaksi dengan Tamadun India Contoh Interaksi Sejarah di Malaysia Percampuran Bahasa – maharaja, mahaguru, kepala, mantra, amma Kesenian – seni taman, seni bina berunsur India spt masjid India Kesusasteraan – wayang kulit, hikayat Seri Rama Pengaruh system pemerintahan – konsep dewaraja, institusi beraja, pembinaan candi, pertabalan Penggunaan gelaran – duli yang maha mulia, seri paduka baginda Interaksi dengan Tamadun India
Interaksi dengan Tamadun Arab Kebudayaan – baba dan nyonya Kesenian – seni bina cina seperti masjid Tanjung Kling Bahasa – tauke, tauhu, mi, cincau Interaksi dengan tamadun Cina Agama Bahasa dan tulisan Sastera Pendidikan Budaya Interaksi dengan Tamadun Arab
Kesan Pertembungan Antara Tamadun
Kesan Positif Mendapat perlindungan, keamanan, kestabilan. Penyebaran agama Pengembangan dan pertukaran ilmu dan kemahiran Pengembangan ekonomi Kemajuan teknologi dan kebendaan Pengaruh budaya Kesan Negatif Peperangan dan pembunuhan atas factor agama dan kuasa serta ekonomi
DIALOG ANTARA TAMADUN / PERADABAN
Dialog : satu perbincangan @ perundingan antara dua pihak yang bertelingkah (Kamus Dewan) Suatu percubaan antara dua pihak yang berlainan pendapat, kepercayaan, pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat dgn tujuan menambah pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan membolehkan utk saling memahami. Perlunya dialog apabila manusia menyedari kepelbagaian masyarakat dari segi geografi, budaya dan agama.
Pembudayaan Dialog di Malaysia Berlaku sejak 1980an – seperti dialog antara agama Melibatkan sarjana, ahli agama dan cendiakawan Dialog dalam kehidupan harian melalui proses bekerjasama dan komunikasi – pekerjaan, perniagaan, sekolah
Prinsip Dialog Memahami dan menyedari tujuan dialog Mendatangkan manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat Dialog perlu dijalankan dengan keikhlasan Berupaya menjelaskan pandangan (kepercayaan dan nilai) Cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialog Menunjukkan sikap berhemah semasa memberi pandangan Tidak mempunyai prejudis
Halangan Dialog Ada yang beranggapan dialog boleh mengakibatkan pendialog bertukar agama atau berpaling tadah Perasaan rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog Sindiran sosial iaitu mempersoalkan kemampuan wakil pendialog sekiranya ia berbaik-baik dengan pendialog daripada agama atau tamadun lain. Syak wasangka terhadap penganjur terhadap tujuan dialog diadakan