Konsep Nasionalisme Perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa kepada gerakan membebaskan tanah air Tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja tetapi juga bebas daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing
Faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara Dasar penjajahan Barat Pengaruh agama Karya kesusasteraan Sistem pendidikan Kemunculan golongan intelektual Pengaruh media massa Sistem pengangkutan dan perhubungan Pengaruh luar
Dasar Penjajahan Barat Menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat Sistem birokrasi Barat tidak memberikan peluang kpd rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran moden Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional Dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo di Filipina menindas rakyat tempatan Jurang sosial wujud – orang Barat berada dalam kelas yang tinggi dan tidak layak berdampingan dengan rakyat biasa Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kerana penguasaan dalam bidang ekonomi
Pengaruh Agama Berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu,Persatuan Belia Buddha di Burma – peranan agama sebagai alat perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme Gerakan Islah memperjuangkan Pan-Islamisme –penyatuan dunia Islam menentang penjajahan Barat
Karya kesusasteraan Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yg akhirnya membangkitkan kesdaran bangsa dan kecintaan terhadap negara Filipina – novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan menjadi inspirasi terhadap gerakan nasinalisme di Asia Tenggara Di Indonesia – Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar Di Tanah Melayu – Putera Gunung Tahan – Pak Sako
Sistem Pendidikan Sikap pilih kasih penjajah menyediakan kemudahan pendidikan – bahasa penjajah Pendidikan rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar Di Indonesia – anak golongan priyayi diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan dpd anak orang kebanyakan bertujuan utk memecahkan perpaduan rakyat tempatan Di Burma – pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha Di Tanah Melayu – lulusan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding sekolah Inggeris
Kemunculan Golongan Intelektual Pencetus gerakan nasionalisme Berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan idea falsafah Barat dan Islam Menyedarkan mereka penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri Menjadi pemimpin gerakan nasionalisme Menuntut taraf hidup bangsa dibela (peringkat awal) dan meminta penjajah membebaskan negara mereka
Pengaruh Media Massa Akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat nasionalisme Berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanamkan perasaan antipenjajah kepada rakyat Di Vietnam- Tribune Indigene dan Cloche Felee Di Tanah Melayu –Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis Penjajah menganggap perkembangan ini sebagai satu ancaman terhadap politik mereka dan sikap ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan di negara mereka
Perkembangan Sistem Pengangkutan dan Perhubungan Telefon dan telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis Jalan kereta api dan jalan raya – dapat menghubungkan kawasan yang terpisah Memudahkan rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme
Pengaruh Luar Mencetuskan nasionalisme Kejayaan Jepun menewaskan China -1895 dan Rusia (1905) – membuka mata nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah negara yang kecil mengalahkan negara besar Perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberi inspirasi kepada nasionalis di Asia Tenggara
PERKEMBANGAN NASIONALISME Dibahagikan kepada 2 tahap Tahap pertama Penentangan masyarakat secara terbuka tetapi bersifat setempat Tidak berorganisasi Menggunakan isu kebudayaan, agama dan hak pribumi Dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat Lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik Menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup dibaiki Tidak meminta kemerdekaan secara serta merta
Tahap kedua Gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan berorganisasi Dipimpin oleh golongan yang berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat Mereka menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah dan kesannya terhadap bangsa dan negara Matlamat perjuangan lebih jelas iaitu menuntut kemerdekaan dan membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat
FILIPINA Tahap pertama Gerakan dakyah yang dipimpin oleh Jose Rizal – pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat Tuntutan : -Filipina dijadikan wilayah Sepanyol – -bangsa Filipina diberikan hak yang sama seperti diperoleh bangsa Sepanyol -bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara
Tuntutan tidak berjaya Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina(1892)bertujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial Kerajaan Sepanyol berasa tergugat – menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri ke Dapitan di Mindanao dan akhirnya dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan
JOSE RIZAL
Tahap kedua Bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andres Bonifasio Memulakan penentangan secara radikal terhadap Sepanyol Matlamat untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi Menggunakan media cetak (Kalayan) untuk menyebarkan fahaman revolusi kepada rakyat 1896 – Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan Sepanyol tetapi gagal Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo(1897) Kartipunan menjadi semakin lemah
Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol(1898) Bermulanya penjajahan Amerika Syarikat di Filipina Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Filipina(1899) tetapi tidak disahkan oleh Amerika Revolusi diteruskan oleh Aguinaldo dan beliau ditangkap(1901)
Kerajaan Amerika membenarkan penubuhan parti-parti politik sederhana Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan setelah partinya iaitu Parti Nasional memenangi pilihan raya(1907) Mulai tahun 1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar kepada yang lebih liberal
INDONESIA Tahap pertama Tumpuan terhadap isu-isu pendidikan yg akan mengubah nasib rakyat Indonesia Raden Adjeng Kartini cuba memajukan pendidikan untuk kaum wanita – karya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa Mendedahkan kemunduran & penindasan Belanda Telah memberikan inspirasi kpd nasionalis selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan yang lebih tersusun
Muhammadiyah Pertubuhan yg terpenting pada tahap ini Matlamat : - Untuk menyebarkan Islam yang sebenar & menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian Kejayaan: - Banyak membina sekolah, klinik dan masjid
Tahap kedua Memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal spt Sarekat Islam(SI), Parti komunis Indonesia(PKI) dan Parti Nasional Indonesia(PNI) Parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan(secara kekerasan) PNI di bawah Soekarno – amat popular kerana perjuangannya mendapat sokongan kuat rakyat Tindakan Belanda – menangkap pemimpin yang radikal termasuk Soekarno & mengharamkan PNI
PRESIDEN SOEKARNO
INDOCHINA Tahap awal Lebih tertumpu di Vietnam Dipelopori oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin -Memperjuangkan sistem pemerintahan beraja Golongan menengah berpendidikan Barat -memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat Phan Boi Chau – memimpin gerakan revolusi tetapi gagal Beliau menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi(VNQPH) Melancarkan beberapa pemberontakan di Tongkin & melancarkan gerakan dakyah di Veitnam Beliau telah dipenjarakan & VNQPH diharamkan.
Tahap kedua Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk mendapatkan kerjasama Perancis telah melahirkan gerakan nasionalisme yang lebih radikal Perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang(VNQDD) & Parti Komunis Vietnam(PKV) Perancis menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD dan menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc Ho Chi Minh(pemimpin PKV) –melarikan diri ke Hong Kong Sikap keras Perancis menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak sederhana di nawah pimpinan Maharaja Bao Dai Usaha-usaha pembaharuan baginda disekat & dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme
HO CHI MINH
BURMA Tahap pertama Golngan sami Buddha & golongan elit berpendidikan Barat Golongan sami Buddha menubuhkan Persatuan Belia Buddha (1906) Bertujuan untuk : - mengekalkan tradisi Buddha - memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma Menggunakan Isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme Menjelang tahun 1916, Persatuan Belia Buddha telah dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U Ba Pe. Pemimpin-pemimpin ini kemudiannya menubuhkan Majlis Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma pada tahun 1920 yang lebih radikal
Tahap kedua Muncul apabila Laporan Montagu-Chelsford – menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri Menjelang tahun 1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti Gerakan seterusnya- golongan sami Buddha melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San – diketuai oleh Saya San(bekas pongyi dan pemimpin di Tharawaddy)
Liga Antipemisahan yang menganggap pemisahan dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan Pengenalan Perlembagaan Burma 1935 memberikan peluang ke arah berkerajaan sendiri Golongan Thakin(siswazah)menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada tahun 1935 untuk menuntut kemerdekaan Pemimpinnya terdiri dpd Aung San, Khaw Nein & U Nu yg menggelarkan diri mereka sebagai “Tuan”. Dr Ba Maw yang memenangi pilihan raya 1037 telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang pertama
THAILAND Gerakan nasionalisme berbeza kerana tidak bersifat antipenjajah Tahap pertama Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja & juga penentangan terhadap raja yang berkuasa mutlak Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi & sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand Kelemahan sistem pentadbiran & sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak berpuas hati Membawa kepada penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong 1932 dan Field Marshall Phibul Songram Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai pada 1932 yang menamatkan sistem raja berkuasa mutlak
Tahap kedua Berpunca daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi orang Cina. Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan Rakyat peribumi digalakkan terlibat dalam aktiviti ekonomi Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha Tahun 1939- beliau menukar nama Siam kepada Thailand (Tanah Bebas) Hasil kerjasama dgn Jepun semasa Perang Dunia Kedua Thailand telah berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu
Rumusan Kehadiran imperialis Barat adalah untuk kepentingan ekonomi mereka Pengenalan birokrasi Barat telah mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial negara-negara di Asia Tenggara. Pentadbiran kerajaan penjajah mengamalkan diskriminasi dan penindasan Semua perkara yang tidak disenangi oleh rakyat tempatan ini telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang menuntut pembaikan terhadap taraf hidup dan seterusnya menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Perjuangan para nasionalis telah memperlihatkan semangat juang yang kental, keberanian serta pengorbanan yang tinggi. Di samping itu, perpaduan, kepimpinan dan kebijaksanaan – faktor penting kejayaan sesuatu perjuangan. Oleh itu, sebagai generasi pewaris, kita seharusnya menghargai perjuangan nasionalis silam dengan berusaha untuk mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan negara serta mengisi kemerdekaan tersebut dengan kemajuan.