UNIT 9 DASAR MORFOLOGI.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
STRUKTUR KALIMAT.
Advertisements

Morfologi Dewi Puspitasari.
Penerjemahan I Materi I.
BENTUK DAN MAKNA.
KATA, FRASA, KALIMAT.
BENTUK DAN MAKNA FONEM bunyi terkecil yang dapat membedakan arti, sedangkan huruf adalah lambang bunyi atau lambang fonem. Apakah fonem sama.
Dirman, mpd morfologi.
Morfologi Dewi Puspitasari.
SATUAN-SATUAN GRAMATIK
Struktur Bahasa Indonesia “Morfologi Bahasa”
MORFOLOGI BAHASA INDONESIA (PBIN4106)
PROSES MORFOLOGIS BAHASA INDONESIA
MORFOLOGI BAHASA INDONESIA (PBIN4106)
TUGAS SOFTSKILL PENJELASAN KALIMAT
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN
AYAT PASIF.
Nor Asiah Ismail Ayat.
Morfologi adalah ilmu bahasa yang mempelajari tentang seluk beluk bentuk kata (stuktur kata) serta pengaruh perubahan bentuk kata terhadap golongan dan.
MORFEM DAN PROSEDUR PENGALAMANNYA
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA WACANA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Linguistik sebagai Ilmu:
Pengertian Tatabahasa,
EED 3211 PRINSIP PENGAJARAN BACAAN
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
TATABAHASA (10) - KATA ADJEKTIF
PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Tatacara Pembentukan Istilah BM
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
Kesalahan Umum Tatabahasa
BAHASA MELAYU TATABAHASA AYAT MAJMUK
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
Kriteria Penskoran ULBS B. Melayu
PEMBAKUAN ISTILAH Sumber Istilah Tatacara Pembentukan Istilah BM
Penggunaan dan Fungsi Bahasa (BBM3401)
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Kemahiran Berfikir Arifin Amir Hamdan Ali Jeya Anand.
MINGGU 12 Sintaksis.
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
PENGERTIAN TATABAHASA,
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
PROSEDUR KLOZ.
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
Kuliah 3-4 KAJIAN BAHASA DARI SUDUT STILISTIK
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
KULIAH M11 TATABAHASA (BBM3401)
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3105 FALSAFAH BAHASA MELAYU SESI BERSEMUKA KEDUA
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
BBM 3206 SEMANTIK SESI BERSEMUKA KEDUA.
Tatabahasa (9) Kata Kerja
TATABAHASA KONSEP IMBUHAN
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
 MATA KULIAH MORFOLOGI BAHASA INDONESIA KELOMPOK 2
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka I Oleh Prof. Madya Dr
Transcript presentasi:

UNIT 9 DASAR MORFOLOGI

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: > merumuskan maksud morfologi > membandingkan morfologi dengan leksikografi, etimologi, dan sintaksis > mengenal pasti cara mengenal morfem > menghuraikan morfem dan jenisnya > membedakan kata dengan morfem > menjelaskan proses morfologi

MORFOLOGI Morfologi berasal daripada bahasa Latin, iaitu morf yang bermakna bentuk, dan logos yang bermakna ilmu Ilmu yang mengkaji soal yang berhubungan dengan selok belok bentuk kata, kemungkinan adanya perubahan golongan kata (fungsi gramatik), dan kemungkinan perubahan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata (fungsi semantik) Morfologi sesuatu bahasa ialah pembentukan katanya Bahasa di dunia mempunyai persamaan dan perbedaan dalam pembentukan katanya, seperti penggunaan imbuhan atau gandaan (bahasa Melayu), atau penggunaan kaedah mengubah bentuk dalaman kata akar untuk menerbitkan kata baharu (bahasa Arab) Atas dasar pembentukan kata berasaskan penggandaan, maka bahasa Melayu digolongkan sebagai bahasa aglutinatif

MORFOLOGI DAN LEKSIKOLOGI (morphology) Leksikologi (lexicology ) Mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dan makna yang wujud akibat peristiwa gramatis Contoh : runcing (KA) keruncingan (KN) meruncingi (KKT) meruncingkan (KKT) Memperuncing (KKT) Mengkaji dan menyelidiki kosa kata serta makna dan evolusinya Contoh : runcing : berhujung tajam keruncingan : perihal runcing meruncingi : meraut meruncingkan : membuat jadi runcing Memperuncing : mempertajam atau memperhalus

Contoh lain bermasak : yang sudah masak bermasak-masak : sedang memasak lauk-pauk bermasakan / bermasak-masakkan : sedang masak ( buah-buahan ) memasak / mempermasakkan : mengolah makanan supaya masak memasak-masak : membuat pelabagai kuih masak-memasak : hal / urusan memasak makanan memasakkan : memasak untuk orang lain atau menjadi masak masakan : apa-apa yang dimasak pemasak : orang yang memasak pemasakan : hal memasak semasak : selama masa yang perlu

MORFOLOGI DAN ETIMOLOGI ETIMILOGI Mengkaji / menyelidik asal usul dan perkembangan sesuatu kata secara khusus Contoh : kena-berkenan lupa-alpa lekuk-keluk cilik-kecil saya-sahaya psikologi wisma Menyelidik peristiwa / kejadian umum yang dapat dikatakan sebagai sistem bahasa Contoh : melupakan-dilupakan melupai-dilupai memberi-diberi memberikan-diberikan kata-mengatakan nyata-menyatakan

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS Mengkaji morfem dan kata Contoh : Aminah akan mengadakan Perjalanan jauh Aminah : satu morfem akan : satu morfem mengadakan : tiga morfem meN- ada kan perjalanan : dua morfem per….an jalan jauh : satu morfem unsur ke…an dengan tidak adil, tidak mampu, tidak serasi… Mengkaji frasa, klausa, ayat dan wacana Contoh : Aminah akan mengadakan perjalanan jauh Aminah : subjek akan mengadakan : predikat perjalanan jauh : frasa objek Hubungan kata tidak dengan adil mampu serasi cukup

MORFOLOGI FOKUS KAJIAN STRUKTUR KATA BENTUK KATA PENGGOLONGAN KATA Susunan bunyi ujaran / tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna BENTUK KATA Rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau terbitan daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan PENGGOLONGAN KATA Penjenisan kata berasaskan persamaan bentuk / rupa dan fungsi / peranan dengan anggota lain dalam golongan yang sama

MORFEM Unit tatabahasa / bentuk yang paling kecil Bentuk yang bermakna leksikal atau fungsian Tiada bentuk lain sebagai unsurnya ditendang di + tendang ialah morfem kerana tiada lagi bentuk lain yang lebih kecil daripada bentuk di dan tendang

ALOMORF baja membaja, membujang tadbir mentadbir, mendayung asas mengasas, mengguling langgar melanggar, menanti had mengehad, mengeram meN + meN ialah morfem. Apabila meN ini hadir dengan bentuk lain (morfem bebas), maka perubahan bentuk terjadi akibat kehadiran fonem awal yang dilekatinya

Makna morfem ini tetap, walaupun bentuknya berubah, Makna morfem ini tetap, walaupun bentuknya berubah, iaitu melakukan pekerjaan seperti makna kata dasar Oleh itu, bentuk me, men, mem, meng dan menge merupakan anggota meN. Anggota morfem seperti ini disebut alomorf, dan setiap unsur itu disebut morf Alomorf (allomorph) ialah anggota suatu morfem yang wujudnya berbeda, iaitu kelainan yang tidak distingtif tetapi mempunyai fungsi dan makna yang sama Distingtif ialah sifat pembeda ciri sesuatu unit linguistik yang membedakan satu unit linguistik dengan unit linguistik yang lain

CARA MENGENAL MORFEM Morfem dapat dikenali melalui prinsip tertentu Salah satu prinsip yang popular ialah analisis konstituen terdekat, analisis unsur langsung atau IC ( Immediate Constituent ), iaitu : unsur yang secara langsung dapat membentuk suatu bentuk yang lebih besar

Caranya, mencari bentuk yang satu tingkat lebih kecil Caranya, mencari bentuk yang satu tingkat lebih kecil daripada bentuk yang dianalisis, berasaskan penggunaannya oleh penutur jati bahasa itu Misalnya bentuk kepanasan. Berasaskan paradigma, kita dapat tentukan bahawa bentuk dasarnya ialah panas. Jika kita gunakan kaedah mencari, mungkin kita memperoleh bentuk satu tingkat lebih kecil, iaitu kepanas atau panasan Oleh sebab bentuk ini tidak digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu, maka bentuk ini sewajarnya ditolak. Bentuk yang lebih wajar ialah panas

Cara pembentukannya dapat digambarkan seperti berikut : ke panas an kepanasan Bentuk kepanasan mengandung dua morfem, iaitu ke….an dan panas Bentuk menjalankan mengandung dua morfem, iaitu men…kan dan jalan jalan men kan menjalankan

JENIS MORFEM Morfem Bebas Morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata, dan mempunyai makna yang tersendiri, serta berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak memerlukan kata lain. Contoh : ikan, meja, baju, kertas, manusia, jalan, wanita Morfem Terikat Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata, dan hanya wujud sebagai imbuhan yang dilekatkan dengan morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran, seperti ber, kan, ke…an, mem, per, an… Contoh : ber + jalan = berjalan tulis + kan = tuliskan ke + tulang + an = ketulangan

Morfem Dasar Morfem berfungsi sebagai dasar untuk membentuk morfem yang lebih besar, iaitu kata terbitan. Contoh: ber + buru = berburu buru ialah morfem dasar untuk kata berburu ke + adil + an = keadilan adil ialah morfem dasar untuk kata keadilan Morfem Kecuali Morfem yang kehadirannya tidak menjejaskan morfem dasar yang dilekatinya. Contoh: mem + berangkat + kan berangkat + kan berangkat Morfem mem dan kan ialah morfem kecuali

Morfem Wajib Morfem yang perlu dilekatkan morfem lain untuk membolehkannya berfungsi dalam ujaran. Contoh : juang daya juang berjuang memperjuangkan perjuangan temu temu duga janji temu temu janji bertemu menemukan menemui kesejukan kesejuk sejukan ke dan an tidak berfungsi jika salah satunya tiada

Morfem Tidak Wajib Morfem yang tanpa kehadirannya, morfem lain masih boleh berfungsi dalam ujaran. Contoh : di dimakan Morfem Tertutup Morfem yang tidak menerima morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh : Yang kerana dan bahawa berkepemimpinan berkesudahan

Morfem yang kehadirannya terhad pada morfem tertentu sahaja. Contoh : Morfem Terbuka Morfem yang masih memungkinkan morfem lain untuk melekat pada morfem itu, dan dapat menerbitkan makna lain. Contoh : kesudahan > berkesudahan pemimpin > kepemimpinan banyak > kebanyakan bersih > kebersihan indah > keindahan > memperindah Morfem Unik Morfem yang kehadirannya terhad pada morfem tertentu sahaja. Contoh : kering kontang pucat lesi merah menjahang hitam legam Kontang, lesi, menjahang dan legam tidak dapat digabungkan dengan unsur lain

Morfem Intonasi Pola intonasi yang membedakan pelbagai jenis ujaran. Contohnya intonasi menaik dalam ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh : Sudah bertunang ? Anda hendak makan ? Morfem Terbahagi ke + ada + an > keadaan mem + besar > membesar mem + besar + kan > membesarkan mem+ per + besar > memperbesar pe + pimpin > pemimpin ke + pe + pimpin + an > kepemimpinan meng + ubah > mengubah Meng + ubah + kan > mengubahkan me + tunjuk +kan > menunjukkan

Morfem yang berubah fungsi tatabahasa dengan tidak mengubah bentuk. Morfem Kosong Morfem yang berubah fungsi tatabahasa dengan tidak mengubah bentuk. Contoh : deer deer = rusa sheep sheep = kambing biri-biri saudara saudara Deer dan sheep tunggal atau jamak sama sahaja. Begitu juga saudara yang bermaksud tunggal dengan saudara yang bermaksud jamak. They hit me. Kata hit sama untuk kini dan kini Morfem Tunggal: morfem yang terdiri daripada satu morfem. Contoh: duduk, bangun, makan, minum, jatuh Morfem Kompleks Morfem yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contoh : temu duga, perjalanan, ketua polis negara

KATA Kata ialah satuan bahasa yang memiliki satu pengertian Kata ialah deretan huruf yang diapit oleh dua spasi (jarak) dan mempunyai satu makna Kata ialah satuan bebas terkecil Kata ialah bentuk yang mempunyai satuan fonologis yang stabil, dan luwes dalam ayat > setiap kata mempunyai susunan fonem yang tetap dan tidak boleh diubah atau disisipkan fonem lain. makan : /m/, /a/, /k/, /a/, /n/ > setiap kata bebas berpindah tempat dalam ayat atau digantikan dengan kata lain

KATA Kata mempunyai ciri yang berikut: satuan bebas yang paling kecil dua satuan bebas, iaitu satuan fonologi dan satuan gramatis mempunyai makna lengkap dapat berdiri sendiri dalam ayat Satuan fonologi bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa suku kata, dan suku kata itu sendiri terdiri daripada satu atau beberapa fonem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh : ber + ma + lam > 3 suku kata ber > 3 fonem /b/, /e/, /r/ ma > 2 fonem /m/, /a/ lam > 3 fonem /i/, /a/, /m/ bermalam > 8 fonem

Satuan gramatis bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa morfem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh : bermalam > 2 morfem ber + malam kemalaman > 2 morfem ke…an + malam berkepemimpinan > 4 morfem ber, ke….an, pe + pimpin Satuan fonologi dan satuan gramatis ini menunjukkan bahawa definisi kata berdasarkan kriteria : makna fonologi (tanda sebagai gabungan arbitrari antara representasi fonologi yang utuh dan distingtif dengan makna) - fungsi sebagai unsur minimum yang bebas

Pokok kata bermaksud satuan yang tidak dapat berdiri dalam ujaran biasa, dan secara gramatis tidak bersifat bebas Satuan ini tidak termasuk dalam golongan imbuhan kerana satuan ini mempunyai sifat tersendiri, dan dapat dijadikan bentuk dasar. Contoh : temu > bertemu juang > pejuang, berjuang tawa > ketawa ambil > ambilan, mengambil main > bermain, mainan jabat > jabatan, pejabat baca > membaca, bacaan sandar > penyandar, bersandar alir > aliran

Berikut ialah contoh kata satuan bebas : kertas, baju, mentah, nasi, jagung, kenegaraan, warganegara, tanggungjawab, tamadun, ketidakadilan, kebahagiaan, kesedihan, kesepakatan, berdarmawisata, sabun, dirgahayu, kesinambungan, toksid, abstrak, tekal, lestari, matra, citra, matahari, bulan,bintang, dewa, raja, menteri, sultan, sabut, indah, cantik, menawan, buku, almari, berkelah, menghadap, bertanya, pintu, belakang, hadapan, pagar, rumah, batu, anjung, bumbung, tangga, kereta api, alat tulis…

Berikut ialah contoh kata yang bukan satuan bebas, tetapi bersifat satuan bebas. Oleh itu, dianggap satuan bebas : dari, daripada, sangat, amat, paling, nian, begitu, kepada, kerana oleh, sebagainya, juga, sungguhpun, sekalipun, namun, pada, paling, walau, bagaimana, dapat, boleh, ialah, adalah, maka, al-kisah, memang, biar, jika, jikalau Berikut ialah contoh dua satuan bebas : jatuh hati, masuk hantu, rampas kuasa, tumbuk rusuk, luar musim, racun serangga, luar negara, rumah sakit, rumah putih

BENTUK KATA Dari segi bentuknya, kata dapat dibahagikan kepada kata akar, kata dasar, kata selapis, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk Kata akar ialah kata yang tidak menerima apa-apa imbuhan, gandaan dan yang bukan unsur kata majmuk. Contoh: meja, kerusi, orang, makan, tendang, adil, bahagia… Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar kepada sesuatu kata, iaitu apabila kata akar itu diberikan imbuhan atau digandakan. Kata dasar mungkin berupa kata, pokok kata, frasa, kata + kata, kata + pokok kata, dan pokok kata + pokok kata

Contoh bentuk kata dasar : Bentuk akar / dasar Bentuk dasar pakai sudah oleh tua pakaian kesudahan peroleh ketua ke tepi anak tiri berpakaian berkesudahan pemerolehan pengetua mengetepikan dianaktirikan

KATA SELAPIS Kata selapis ialah kata yang tidak perlu diberikan imbuhan, walaupun digunakan dalam bahasa formal Kata ini juga dikenali dengan nama kata tunggal. Contoh: pergi, datang, tidur, bangun, mandi… > orang itu telah pergi ke seberang > dia datang sejak awal pagi > anaknya telah bangun > isterinya mandi di sungai

PROSES MORFOLOGI Proses morfologi, iaitu proses terjadinya kata yang berasal daripada morfem dasar melalui perubahan morfemis Antara proses morfologi tersebut ialah: > kegramatisan > pengimbuhan > penggandaan > pemajmukan

KEGRAMATISAN Proses perubahan daripada morfem kepada kata. Morfem bebas ialah kata, sedangkan morfem terikat seperti ber-, ter- , ke- bukan kata morfem kata wanita kegramatisan wanita

PENGIMBUHAN proses penambahan imbuhan pada bentuk dasar yang bersifat inflektif dan derivatif Inflektif apabila pengimbuhan itu tidak mengubah golongan kata, dan derivatif apabila mengubah golongan kata Unit/unsur tertentu (morfem terikat) yang ditambah/dilekatkan pada unsur/bentuk lain, sama ada bentuk dasar atau bentuk akar kata untuk mewujudkan satu kata lain, yang berfungsi dalam ujaran, serta mengakibatkan perubahan makna ketatabahasaan kata baharu yang terhasil itu Jenis imbuhan dapat diasaskan kepada tiga kriteria, iaitu: posisi, keproduktifan, asal Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagikan kepada lima, iaitu : awalan, akhiran, sisipan, apitan, dan gabungan

Awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata akar atau kata dasar untuk membentuk kata ber + tambah > bertambah ter + senyum > tersenyum mem + bantu > membantu pe + laksana > pelaksana per + sada > persada di + pantau > dipantau ke + tua > ketua Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata akar atau kata dasar untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh : lari + an > larian gemar + i > gemari sejuk + kan > sejukkan butir + an > butiran awas + i > awasi mandi + kan > mandikan

Sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah kata akar atau kata dasar (morfem dasar yang dimulai konsonan) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh : er + gigi > gerigi em + guruh > gemuruh el + gegar > gelegar in + sambung > berkesinambungan Apitan ialah imbuhan yang terdiri daripada gabungan serentak awalan dan akhiran untuk mengiringi kata akar atau kata dasar (pengimbuhan serentak) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Imbuhan bukanlah satu, dan mungkin mengungkapkan beberapa makna gramatis. Contoh : ke + aib + an > keaiban pe + laksana + an > pelaksanaan me + tunjuk + kan > menunjukkan me + wujud + kan > mewujudkan ke + silap + an > kesilapan

Gabungan ialah imbuhan yang terdiri daripada dua atau lebih imbuhan yang tidak perlu hadir serentak untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Satu imbuhan dengan satu makna gramatis. Contoh: mem + per + lebar > memperlebar mem + per + indah > memperindah di + per + luas > diperluas Berasaskan keproduktifan, imbuhan dilihat dari sudut produktif dan nonproduktif. Imbuhan produktif ialah imbuhan yang mempunyai keupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran meN me + ledak > meledak men + ternak > menternak mem + bawa > membawa meng + galas > menggalas menge + ram > mengeram di di + jual > dijual di + guna + kan > digunakan an lapis + an > lapisan suku + an > sukuan

Imbuhan nonproduktif ialah imbuhan yang tidak berkeupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain. Contoh : el + tunjuk > telunjuk, em + gilang > gemilang, er + gigi > gerigi Berdasarkan asalnya, imbuhan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu imbuhan asli dan imbuhan pinjaman. Imbuhan asli ( jati ) ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa ibunda penutur. Contoh dalam bahasa Melayu ialah : ber + rantai > berantai me + nanti > menanti ter + cinta > tercinta per + tapa > pertapa pe + laris > pelaris di + sunting > disunting hangat + kan > hangatkan akhir + i > akhiri ed + gebuk > gedebuk ke + gelap + an > kegelapan

Imbuhan asing ialah imbuhan yang belum berupaya keluar daripada lingkungan bahasa imbuhan itu. Contoh : hadir + in > hadirin, hadir + at > hadirat, muslim + in > muslimin, muslim + at > muslimat, ustaz + ah > ustazah Imbuhan serapan ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa lain (yang bukan bahasa penutur) tetapi imbuhan ini sudah dianggap sebati dengan bahasa penutur, iaitu imbuhan ini sudah berupaya keluar daripada lingkungan bahasa asal. budaya + wan > budayawan seni + man > seniman karya + wan > karyawan seni + wati > seniwati harta + wan > hartawan derma + wan > dermawan

pertapaan AKAR daratan pengeposan TUNGGAL KATA DASAR YANG MENERIMA IMBUHAN keberkesanan keberuntungan TERBITAN berdaya serap keibubapaan MAJMUK ketidaksempurnaan ketidakmampuan RANGKAI KATA

KESIMPULAN Morfologi ialah ilmu yang mengkaji soal yang ada hubungannya dengan selok belok bentuk kata, fungsi gramatik dan fungsi semantik Morfologi berbeda dengan leksikografi, etimologi dan sintaksis Morfem dapat dikenal pasti menerusi ciri tertentu Antara jenis morfem ialah morfem bebas, terikat, dasar, wajib, tidak wajib, terbuka, intonasi, dan kosong Proses morfologi ialah proses terjadinya kata yang berasal daripada morfem dasar melalui perubahan morfemis Dari segi bentuk, kata terdiri daripada kata akar, kata dasar, kata selapis, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk

Wahai anakanda bunda berpesan eloklah berani disimpai iman MADAH PUJANGGA KEBAHAGIAAN TIDAK BERGANTUNG PADA SIAPA ANDA, DAN APA YANG ANDA MILIKI, MELAINKAN BERGANTUNG PADA APA YANG ANDA FIKIRKAN Wahai anakanda bunda berpesan eloklah berani disimpai iman pada yang benar engkau pertahan terhadap yang batil engkau jauhkan batil = sia-sia, tidak benar, palsu