Pengurusan Integriti Sektor Awam

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BUDAYA ORGANISASI.
Advertisements

CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
DALAM PERKHIDMATAN AWAM
TOPIK 1: Falsafah,Konsep dan Definisi Pendidikan Kesihatan
STRATEGI2 PENINGKATAN KUALITI DLM PERKHIDMATAN AWAM
NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
Menjana Peningkatan dan Mengekang Ketirisan Hasil PBT Melalui Integriti dan Kerjasama Swasta-Kerajaan Yang Berkesan: Sesi Perkongsian Pengalaman Dr. Abdul.
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2003
Teori-teori Hubungan Etnik
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Hotel Gurney Pulau Pinang
Tatacara Diri & Etika Sosial
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
PENGURUSAN PELANGGAN.
PELAJAR PRASISWAZAH Disediakan oleh: Panel Pakar Penilai HHHC 9101
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
INOVASI DALAM SISTEM PENYAMPAIAN
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
12 TONGGAK DUA BELAS.
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan
DSKP SEJARAH.
PERLINDUNGAN DATA PERIBADI STRATEGI PELAKSANAAN OLEH
DASAR SOSIAL NEGARA.
MENGENAL PASTI HALANGAN PERKEMBANGAN
SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH
TERJEMAHAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN
Program Bimbingan PTK Penampilan Diri Komunikasi & Hubungan Interpersonal Etika Sosial Hazlan Abdul Hamid 15 JUN 2006.
STRATEGI2 PENINGKATAN KUALITI DLM PERKHIDMATAN AWAM
EDU 3101 FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA
MODUL 7 KAUNSELING.
KONSEP DAN SISTEM KAWALAN
Program Bimbingan PTK Nilai-Nilai Utama Perkhidmatan Awam Etika Perkhidmatan Universiti Keutuhan Dalam Perkhidmatan Awam Zainon Hj. Din 18 JULAI 2005.
Latihan dan Pembangunan
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
DASAR AWAM INTAN WILAYAH UTARA.
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
TONGGAK DUA BELAS MENGHARGAI MASA KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
PANDUAN PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH (TQM) BAGI PERKHIDMATAN AWAM
Bil. Kriteria 1. Pengurusan 1.1 Pengurusan Organisasi
Hubungan majikan dan pekerja
AGENSI KERAJAAN DAN MASYARAKAT SEJAHTERA:
Etika Penggunaan Internet
UHAS 2092 KULIAH 11 PEMANTAUAN TERHADAP GOLONGAN PROFESIONAL (PENGUATKUASAAN PERATURAN, AUTONOMI, KOD ETIKA DAN PENDEKATAN BARU)
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
Pengurusan Krisis Organisasi AUDIT KRISIS
FAIL MEJA.
TOPIK 4 KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Latihan dan Pembangunan
Lt. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
HALUAN KERJA PENDIDIKAN
: DISEDIAKAN OLEH : FAIZAH BINTI OTHMAN ( P54507 ) TAJUK KURSUS:
Kerajaan dan Negara Apakah maksud kerajaan? Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit politik. Dalam erti kata.
Keusahawanan Keusahawanan  boleh ditakrifkan sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan.
HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN pemimpin perlu memperbetulkan tingkahlaku yang gagal dan memperkenalkan pula tingkahlaku berjaya. Apa.
TEORI-TEORI KEPIMPINAN Teori Sifat Kepimpinan Teori Gaya Kepimpinan Teori Kontegensi- Situasi Teori Kepimpinan Tradisional Teori Kepimpinan Transformasi.
BUDAYA ORGANISASI.
STRATEGI2 PENINGKATAN KUALITI DLM PERKHIDMATAN AWAM
SENYUMAN ANDA KEPUASAN KAMI
Transcript presentasi:

Pengurusan Integriti Sektor Awam

Pengenalan

Pengenalan Pd bulan Jan 2004 semasa menggariskan visi ekonominya kpd , YAB PM telah juga sentuh tng prestasi sektor awam Menurut beliau terdpt 2 perkara yg perlu segera diutamakan: Mengekalkan disiplin & bersikap cermat serta berhati-hati dlm usaha mencapai keseimbangan bajet; Sektor awam perlu perbaiki sistem penyampaian perkhidmatannya supaya dpt kurangkan kos operasi & meningkatkan ketelusan serta integriti tadbir urus (governans)

Pengenalan Perhatian terhadap integriti sektor awam & integriti pengurusan meningkat akhir2 ini kerana terdpt banyak aduan berkaitan rasuah, salah laku, ketidak cekapan dll kesedaran bahawa cara tradisional mengurus integriti tak lagi cukup utk jamin terdptnya integriti dlm sektor awam integriti merupakan satu keperluan sektor awam – secara umum pekerja sektor ini mewakili kerajaan melalui tempat kerja mereka

Pengenalan Tumpuan & perhatian ini juga disebabkan org awam semakin menjangkakan perkhidmatan yg lebih cekap, telus, bersih, baik dsb dpd pekerja awam Penambahbaikan & reformasi pentadbiran yg berlaku dlm sektor awam itu sendiri menuntut peningkatan integriti

Liputan Ceramah Antara perkara yg akan disentuh: A. Konsep etika & integriti – juga kenapa tumpuan pd dua perkara ini B. Perlunya urus integriti C. Pelan Integriti Nasional (PIN) D. Pengurusan integriti dlm sektor awam (i) apa yg telah dilakukan (ii) apa lagi yg perlu dilakukan

Konsep Etika & Integriti

Konsep ETIKA ETIKA individu ialah himpunan nilai pd diri individu yang membimbingnya dlm membezakan benar-salah, baik-buruk, yg patut & boleh dilakukan serta yg tak patut & tak boleh dilakukan ETIKA dibentuk oleh nilai agama & juga didikan sosial – formal & tak formal

Konsep ETIKA ETIKA organisasi ialah set nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi seperti bersih, cekap, amanah, tekun, bertanggungjawab, menganggap kerja sebagai ibadat, mesra pelanggan, dsbnya

Konsep ETIKA Asas integriti Punya impak ke atas setiap indv Merujuk kpd himpunan nilai & moral yg menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi & profesion Cth isu etika: pengguguran; mengedar kondom utk kawal HIV/AIDS; euthanasia; hendak terima tak terima ‘hadiah’/rasuah

Konsep ETIKA Satu isu yg juga sering perlu ditangani di tempat kerja Di tempat kerja – isu etika berkisar peranan seseorg sbg pekerja am, pentadbir, pengurus, pegawai dll Macam mana tahu apabila berhadapan dgn dilema etika? Apabila timbul soalan dlm diri ‘apa yg harus/ patut dibuat’ Apabila guna perkataan spt ‘betul’; ‘salah’; ‘baik’; ‘buruk’; ‘bermoral’; ‘tak bermoral’

Konsep INTEGRITI INTEGRITI - berpandukan etika, atau merupakan pencerminan etika Ada kaitan dgn perasaan ‘boleh dipercayai’ & ‘boleh diharap’ Terjelma semasa berinteraksi secara sosial atau profesional; semasa berurusan atau berkerjasama antara indv; bertindak mematuhi nilai & standard yg telah diterima pakai

Konsep INTEGRITI Seorg yg berintegriti mempunyai peribadi yg utuh, berakhlak mulia, tulus, telus, jujur, ikhlas, sabar, berani, berilmu, berakal, beriman, beramal, berhemah, tekun & bertanggungjawab Di tempat kerja integriti berkaitan dgn menjlnkan tugas & t/jawab mengikut nilai & prinsip yg telah ditetapkan dlm PERINTAH AM & termasuk kawalan terhadap perbuatan rasuah, penipuan serta salah guna kuasa

Kenapa Etika & Integriti? Asas kpd banyak masalah yg terdpt dlm masy – rasuah, pecah amanah, memandu secara tak berhemah, menganiaya kanak2 & pelbagai lain pelanggaran undang2 & peraturan - berpunca kurang mantapnya nilai etika & integriti indv - melibatkan soal mengkhianati amanah & kepercayaan negara & rakyat Maka, sementara institusi & organisasi perlu telus, accountable, cekap & berkesan, indv dlm masy juga perlu diperkukuh & dimantapkan lagi dgn nilai-nilai murni, moraliti & etika

Kenapa Etika & Integriti? Semua anggota harus digembeleng & diperkasakan utk sama-sama membina sebuah masy yg berertika, berintegriti tinggi & bebas daripada amalan rasuah serta amalan negatif yg lain Dari segi organisasi pula perkembangan & perubahan yg berlaku dlm sektor awam membawa bersama peningkatan risiko pencabulan integriti - perlukan tatacara & sikap kerja baru

Kenapa Etika & Integriti? Integriti memainkan peranan penting menyumbang kpd kualiti & imej organisasi Berasaskan apa yg terdpt dlm budaya & nilai masy, perlembagaan ng & perintah am, terdpt jangkaan tertentu terhadap etika & integriti pekerja awam Maka, etika & integriti merupakan prasyarat utk sektor awam peroleh keyakinan org ramai

Faktor Menjejas Integriti

KEMEROSOTAN INTEGRITI STRUKTUR & INSTITUSI Kurang ketelusan Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan Kurang penguatkuasaan, penguatkuasaan berpilih Kurang pemantauan dan penilaian Keupayaan sumber manusia dan material yg terhad Kerangka undang-undang lapuk dan percanggahan dalam undang-undang BUDAYA Budaya masyarakat yang kurang menitiberatkan integriti: takut membuat laporan dan takut pada tindakan balas KEPIMPINAN Masalah kepimpinan kurang berteladan Arahan pengurusan/politik yang melanggar prosedur dan peraturan INDIVIDU Kelemahan Individu: kurang pendidikan dan penghayatan nilai-nilai murni etika kerja lemah tamak ego  tidak nampak kelemahan sendiri Tekanan ekonomi KEMEROSOTAN INTEGRITI

Perlu Urus Integriti Kotakan kata – walk the talk Mudah utk cakap saja tanpa membuat apapun atau kurang laksanakan apa yg telah dikatakan Kod etika kerja bukan saja patut ditulis & diedar kpd pekerja, tapi juga harus diterangkan & dibincang bersama & kemudian diamalkan dlm kehidupan berkerja

Perlu Urus Integriti Lazimnya fokus pengurusan etika ialah utk menghalang, kawal & hukum pencabulan integriti yg serius – penipuan, rasuah, nepotisme dsb Cara tradisional ini masih penting, tapi harus lebih dpd itu Harus juga mampu beri sokongan apabila pekerja terpaksa berhadapan dgn dilema etika & masalah integriti yg lain yg mungkin dtg bersama perubahan ug terdpt dalam masy & dlm sis pentadbiran sendiri

Pelan Integriti Nasional (PIN)

Abdullah Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia 23 April 2004 Putrajaya

Pelan Integriti Nasional (PIN) Isu integriti tak boleh ditangani secara ad hoc, tapi secara terancang & menyeluruh Justeru, Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal & Institut Integriti Malaysia (IIM) ditubuhkan PIN bantu ungkapkan & tangani isu berkaitan integriti melalui pemantapan tadbir urus baik

Pelan Integriti Nasional (PIN) PIN – suatu PELAN INDUK yg memberikan hala tuju & bimbingan kpd pelbagai sektor/ pihak supaya dpt bekerjasama dlm usaha besar membina masy lebih bermoral, beretika & berintegriti tinggi - Lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka - Mengambilkira perkembangan & pengalaman a/bangsa serta impak globalisasi

Pelan Integriti Nasional (PIN) Merangkumi falsafah dan prinsip PERLEMBAGAAN MALAYSIA Kepelbagaian kaum suatu kurniaan dan kelebihan untuk dimanfaatkan Menyerap falsafah dan prinsip RUKUN NEGARA membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik dan sejahtera serta berpegang teguh pada lima prinsip rukun tersebut Dibimbing oleh falsafah dan cabaran WAWASAN 2020 mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020

Objektif PIN Objektif umum – merealisasikan hasrat Wawasan 2020: Menjadikan Malaysia sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur” (Cabaran ke-4 Wawasan 2020)

Objektif PIN Objektif khusus: - 5 Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor negara dan masyarakat terhadap integriti Menjadikan integriti budaya masyarakat Memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi

Sasaran PIN: TEKAD 2008 Pencapaian objektif PIN secara bertahap Lima tahun pertama, 2004-2008 (dirujuk sebagai TEKAD 2008) meliputi lima dimensi: Sasaran 1 - Mengurangkan gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan secara berkesan Sasaran 2 - Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian khidmat awam, dan mengatasi karenah birokrasi

Sasaran PIN: TEKAD 2008 Sasaran 3 - Meningkatkan tadbir urus korporat & etika perniagaan Sasaran 4 - Memantapkan institusi keluarga Sasaran 5 - Meningkatkan kualiti hidup & kesejahteraan masyarakat 3 sasaran pertama berkaitan usaha mengawal & mengurangkan amalan rasuah, mempastikan penyampaian perkhidmatan yg cekap & meningkatkan kualiti tadbir urus korporat serta etika perniagaan menunjukkan komitmen kerajaan menangani isu ini

Pendekatan Umum Gerakan Pemantapan Integriti Menggerakkan semua komponen & sektor negara & masyarakat supaya mendukung & menghayati objektif & matlamat PIN; bekerjasama & berkoordinasi di antara satu sama lain utk mencapai cita-cita PIN

Komponen Terlibat Keluarga Komuniti Masyarakat Sivil (Pertubuhan Bukan-Kerajaan) Sosiobudaya Pendidikan; Kesihatan, Sukan & Rekreasi; Media massa, Seni, Sastera & Warisan Agama Ekonomi Politik Pentadbiran

Pelaksanaan & Penyelarasan Program Integriti PIN – satu dokumen hidup (living document) Bermakna sbg satu pelan induk yg memberikan hala tuju & bimbingan, dokumen ini masih terus boleh diperbaiki, diperhalusi, dimantapkan & dilengkapkan Setiap komponen atau sektor perlu mempunyai dan melaksanakan strategi dan program integriti masing-masing Strategi, program dan aktiviti itu perlu diulangkaji dari semasa ke semasa utk menilai keberkesanannya

Faktor Penentu Kejayaan

Penentu kejayaan pelaksanaan objektif & program PIN

Pelan Tindakan

Pelan Tindakan Bermula dengan keluarga sebagai unit paling asas, kemudian komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya, agama, membawa kepada ekonomi, politik dan pentadbiran Setiap satu daripada dimensi itu mempunyai objektif, strategi dan program pelaksanaan masing-masing

PELAN INTEGRITI NASIONAL & INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA MODEL PEMANTAPAN INTEGRITI NEGARA & MASYARAKAT PENTADBIRAN POLITIK EKONOMI MASYARAKAT SIVIL KELUARGA KOMUNITI AGAMA SOSIOBUDAYA PELAN INTEGRITI NASIONAL & INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

Pelan Tindakan Keluarga: Komuniti: 3 Objektif, 3 Strategi, 27 Program/Aktiviti Komuniti: 3 Objektif, 4 Strategi, 13 Program/Aktiviti Masyarakat Sivil (Pertubuhan Bukan-Kerajaan): 3 Objektif, 4 Strategi, 8 Program/Aktiviti Sosiobudaya 3 Objektif, 5 Strategi, 46 Program/Aktiviti Agama: 3 Objektif, 3 Strategi, 12 Program/Aktiviti Ekonomi: 4 Objektif, 5 Strategi, 21 Program/Aktiviti Politik: 4 Objektif, 6 Strategi, 34 Program/Aktiviti Pentadbiran: 2 Objektif, 5 Strategi, 24 Program/Aktiviti

Pelan Tindakan: Inst. Sosiobudaya 3 Objektif, 5 Strategi, 46 Program/ Aktiviti 3 Objektif Pembinaan insan yg berinetgriti dlm persekitaran sosiobudaya yg berintegriti Peningkatan integriti dlm pengurusan kesihatan jasmani & rohani Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan & pembentukan identiti 5 Strategi: Membina insan yg berpengetahuan, berkemahiran, beretika, berintegriti & bertanggungjawab Meningkatkan taraf kesihatan, kecergasan, keceriaan & produktiviti Meningkatkan penerapan, penghayatan & pengamalan nilai-nilai murni Memantapkan perpaduan antara kaum & membina Bangsa Malaysia Mengembangkan budaya yang kreatif, berinovasi, & bert/jawab melalui penyebaran maklumat

Pelan Tindakan: Inst. Pentadbiran 2 Objektif, 5 Strategi, 24 Program/ Aktiviti 2 Objektif: Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban & tadbir urus terbaik Peningkatan integriti jentera pengurusan & pentadbiran 5 Strategi: Memantapkan keberkesanan tadbir urus terbaik Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Melaksanakan program kesedaran memerangi jenayah rasuah, penyelewengan & salah guna kuasa serta meningkatkan integriti Memantapkan pentadbiran sistem keadilan Memantapkan pengurusan sumber manusia

Contoh (i) Strategi 1 Program 1 Program/ Aktiviti Matlamat Kumpulan Sasaran Agensi Pelaksana Meningkatkan tadbir urus terbaik (good governance) Mempastikan jentera pentadbiran setiap organisasi atau institusi ditadbir dengan efisyien, efektif & berintegriti tinggi Semua lapisan kepimpinan Setiap organisasi & institusi Semua agensi & institusi Institusi latihan semua agensi

Contoh (i) Strategi 2 Program 2 Program/ Aktiviti Matlamat Kumpulan Sasaran Agensi Pelaksana Melaksanakan prosedur perolehan & pembekalan perkhidmatan & kontrak secara telus, rasional, terbuka & adil Pengendalian pengurusan perolehan & kontrak yg terbuka & telus Menjamin keadilan dlm pemberian kontrak Membuat pilihan kontrak atau pembekalan kpd mereka yg layak Pegawai & staf dlm perkhidmatan MOF Bahagian kewangan sesebuah jabatan Sektor swasta

Contoh Strategi 3 Program 3 Program/ Aktiviti Matlamat Kumpulan Sasaran Agensi Pelaksana Memperluaskan kempen kesedaran masyarakat memerangi jenayah rasuah, penyelewengan & salahguna kuasa serta usaha pemantapan integriti & nilai-nilai murni Meningkatkan tanggungjawab pentadbiran & pengurusan organisasi supaya sentiasa memberi kefahaman & kesedaran kpd warga organisasi peri pentingnya usaha mempertingkatkan integriti & menghapuskan rasuah Pegawai & staf semua jabatan & organisasi Orang awam Semua jabatan, organisasi & orang awam BPR

Institut Integriti Malaysia (IIM)

Institut Integriti Malaysia (IIM) IIM sebuah institusi bebas Menjadi jentera pelaksana & pemantau pelaksanaan PIN ke arah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yg lebih berintegriti, beretika, berdaya tahan & menghayati nilai-nilai murni sejagat

Fungsi IIM Menjalankan penyelidikan mengenai etika & integriti serta membina pangkalan data mengenainya Menjalankan pendidikan dan latihan mengenai integriti dan etika untuk negara & masyarakat Berkerjasama & berkongsi pengalaman dgn pelbagai organisasi dlm melaksanakan program integriti masing-masing Memberi khidmat kepakaran berkaitan etika & integriti

Fungsi IIM Memantau & menilai keberkesanan program integriti yg dilaksanakan oleh pelbagai sektor Mengemukakan saranan utk meningkatkan tahap integriti di pelbagai sektor Mempastikan semak & imbang (check and balance) berhubung isu integriti khususnya akauntabiliti, ketelusan & pertanggungjawaban pelbagai agensi pelaksana

Nilai Utama Individu Tak pentingkan diri (selflessness) Integriti Objektiviti Bertanggungjawaban Telus/ terbuka (transparent) Terus terang (honest) Jujur

Nilai Utama Sektor Awam Adil & keadilan (justice & fairness) Bertanggungjawab & accountable Kesamaan Kecekapan & keberkesanan Telus Integriti Kesahan (Legality) Rajin & responsif Tak berat sebelah (Impartial) Nilai2 ini terdpt dlm norma sosial masy, prinsip demokrasi & dlm etika profesional

Pengurusan Integriti dlm Sektor Awam

Pengurusan Integriti dlm Sektor Awam Nilai-nilai utama organisasi & individu hendak disepadu & diterapkan dlm sektor awam Jadikan amalan hidup & amalan kerja Supaya capai kecemerlangan & kecekapan, dipercayai & dihormati

Pengurusan Integriti dlm Sektor Awam: Yg telah dilakukan Pelbagai tindakan telah diambil oleh sektor awam dlm usaha tingkatkan akauntabiliti, ketelusan & tadbir urus baik Supaya capai kecemerlangan Antara langkah: One-stop counter/ agency Sistem beratur secara elektronik One-stop center utk bayar bil Tempoh menunggu dipendekkan – cth imigresen

Pengurusan Integriti dlm Sektor Awam: Yg telah dilakukan Lagi langkah…. Garis panduan berurusan melalui telefon Manual prosedur pejabat berkaitan pengurusan mesyuarat dsb utk tingkatkan kecekapan, penyampaian perkhidmatan dll Konsep terbuka pejabat – utk mudahkan komunikasi & mudahkan pemantauan Sediakan piagam pengguna Permudahkan cara isi borang& kurangkan maklumat yg diperlukan Perkenalkan cara baru ukuran prestasi – SSM utk pekerja

Peringkat pengurusan – cth Pengurusan Integriti dlm Sektor Awam: Yg perlu ditambah atau ditingkatkan Peringkat pengurusan – cth Tingkatkan perlakuan & piawai etika Tingkatkan kesedaran mengenai pengurusan penipuan & rasuah Sediakan sistem kawalan yg sesuai Menguruskan perancangan halang rasuah, penyelewengan & penipuan

Pengurusan Integriti dlm Sektor Awam: Yg perlu ditambah atau ditingkatkan Pengurus perlu selalu & secara sistematik menilai potensi berlakunya kecurian, penipuan & rasuah bagi pastikan prosedur kawalan yg relevan sentiasa dipatuhi & berkesan Apabila agensi telah mengambil atau bercadang mengambil pemberi perkhidmatan dpd luar, risiko integriti syarikat atau badan berkenaan perlu dinilai & ditangani berdasarkan rancangan halang rasuah & penipuan

Pengurusan Integriti dlm Sektor Awam: Yg perlu ditambah atau ditingkatkan Peringkat individu - cth Semasa berurusan & menyampaikan perkhidmatan Harus punyai maklumat yg tepat, cukup & sesuai Bersikap responsif Berusaha utk membantu Layan pelanggan dgn penuh sopan santun & budi bahasa serta peka terhadap hak mereka, tugas dsb Tidak harass atau bully pelanggan atau pekerja lain

Pengurusan Integriti dlm Sektor Awam: Yg perlu ditambah atau ditingkatkan Penggunaan internet & mel elektronik Pastikan surat-menyurat peribadi (i) tidak mengganggu tugas rasmi ; (ii) dibuat di luar waktu pejabat/ semasa waktu rehat Tidak capai atau mengkomunikasi bahan yg offensive Sentiasa menjaga kerahsiaan pejabat Laporkan penipuan, penyelewengan & maladministration

Akhir Kata

Akhir Kata INTEGRITI – bukan saja keperluan utama perkhidmatan awam, juga merupakan kualiti yg tak ternilai dlm sektor swasta & dlm interaksi sosial antara indv dlm masy Namun, utk sektor awam integriti punyai kelebihannya Banyak dasar & tindakan yg diambil oleh organisasi & institusi kerajaan mempengaruhi & mengesani kehidupan rakyat Keluarkan lesen, pungut cukai, pantau kepatuhan pd undang2 & peraturan, kenakan hukuman jika perlu dll.

Akhir Kata Maka, terdapat tuntutan yg tinggi supaya pentadbiran awam sentiasa berkualiti tinggi Dan supaya mereka yg bekerja dlm sektor ini juga berkualiti tinggi & bertanggungjawab Lagipun, integriti dlm perkhidmatan awam merupakan prasyarat sebelum autoriti kerajaan dpt diterima sepenuhnya dan undang2 serta peraturan dipatuhi Dgn itu, adalah penting etika & integriti sentiasa diurus & diamalkan di tempat kerja

Akhir Kata INTEGRITI dibudayakan NILAI MURNI diamalkan RASUAH dihapuskan AMANAH dilaksanakan PEMANTAPAN INTEGRITI - tanggungjawab kita bersama

Terima Kasih & Salam Ta’zim