SJK( C ) TAMAN CONNAUGHT, KL LAPORAN TAHUNAN 2010 PUSAT SUMBER SEKOLAH SJK( C ) TAMAN CONNAUGHT, KL
LAPORAN TAHUNAN 2010 PUSAT SUMBER SEKOLAH SJK( C ) TAMAN CONNAUGHT, KL Laporan aktiviti sepanjang tahun Pusat Sumber Sekolah bagi tahun 2010 dikemukakan seperti yang berikut: Pengerusi : Pn. Cheng Sook Choo Naib Pengerusi I : Pn. Ong Lay Jin Naib Pengerusi II : En. Low Chong Keong Naib Pengerusi III : En. Cheng Chee Boon Naib Pengerusi IV : Pn. Loke Chow Hong Guru Perpustakaan : Pn. Loo Mee Lan dan Media Setiausaha : Cik Amy Lim Sook Hoon Ahli Jawatankuasa : 1. Semua Ketua Panitia 2. Guru bilik-bilik Khas 3. Badan Pengawas Pusat Sumber
Aktiviti Tahunan Pusar Sumber Sekolah SJKC Taman Connaught 2010
1. Program Hari Orientasi Tahun 1 Tujuan Hari Orientasi Tahun Satu ini diadakan adalah bertujuan bagi memberi sedikit pendedahan kepada murid – murid tahun satu tentang suasana persekitaran di sekolah iaitu tentang rutin kelas, budaya bunyi loceng, perhimpunan khas serta memperkenalkan lokasi tandas, bilik guru, Pejabat, Pusat Sumber dan Kantin. Ini bagi memudahkan murid – murid sebelum memulakan sesi persekolahan sebenar yang akan bermula pada 04 Januari 2010 ini.
2. Perlantikan Jawatankuasa Pengawas PSS Aktiviti ini dijalankan pada 18 Januari 2010. Seramai 50 orang murid telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber bagi memastikan perjalanan aktiviti PSS berjalan dengan lancar. Upacara perlantikan, kursus orentasi pengawas dan kepimpinan telah dijalankan pada hari tersebut.
3. Pembentukan wartawan junior SJKC Taman Connaught Kelab Kewartawanan Pusat Sumber Sekolah telah berjaya diadakan pada bulan Oktober 2009 yang melibatkan 32 orang peserta daripada kalangan wartawan-wartawan junior .Kelab Kewartawanan ini dikendalikan oleh Encik Cheng Chin Hor, bekas wartawan Sin Chew Daily yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan dan penulisan berita. Kelab Kewartawanan antara lain bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta berkenaan ciri-ciri penulisan berita yang baik, di samping berkongsi pengalaman daripada wartawan junior tentang cara untuk menghasilkan berita yang mampu menarik perhatian massa.Selain pendedahan daripada aspek-aspek teori, para peserta juga dikehendaki menyiapkan tugasan berita yang memerlukan mereka mempraktikkan ilmu-ilmu kewartawanan yang telah dipelajari.
4. 10 minit bersama buku Melalui aktiviti ini, murid akan dikumpulkan di tapak perhimpunan dan setiap murid akan membaca bahan bacaan masing-masing selama 10 minit.Aktiviti ini dijalankan awal pagi sebelum masuk ke kelas pada setiap hari Selasa. Selepas itu, beberapa orang murid akan dipanggil untuk memberikan sedikit ulasan tentang bahan yang mereka baca. Program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca di kalangan murid dan sentiasa bersama dengan buku walau di mana sahaja berada. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk melatih murid supaya tidak membazir masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
5. Sudut bacaan di dalam kelas Sudut bacaan di dalam kelas atau dikenali sebagai Pusat Sumber Kelas bertujuan untuk mengisi masa lapang murid sekiranya guru mata pelajaran lewat masuk ke kelas. Melalui sudut bacaan ini, murid-murid akan membaca buku bersama-sama sementara menuggu guru. 6. Pertandingan Mengarang Esei Bahasa Cina secara Online 2010 Pertandingan ini diadakan untuk memupuk budaya membaca dan mencetuskan pemikiran kritis menerusi aktiviti penulisan dalam kalangan pelajar. Pertandingan Mengarang Esei Bahasa Cina secara Online 2010 ini juga merupakan salah satu program untuk menggalakan penggunaan bahasa cina yang baik dan betul untuk mencungkil bakat menulis dan meluahkan pendapat serta melengkapkan pengetahuan diri pelajar.
7. ASTRO XIAOTAI YANG 325 Juru Acara ASTRO XIAO TAI YANG Danny (Ah Boy) mengunjungi SJKC Taman Connaught untuk membuat rakaman wartawan junior pada Hari Kitaran Semula. Guru Besar Pn. Cheng Sook Choo, juru latih Kelab Kewartawanan Encik Cheng Chin Hor dan Penyelaras Kelab Kewartawanan Pn. Loo Mee Lan (GPM) dan wartawan junior turut ditemu ramah dan muncul di kaca TV ASTRO 325.
8. Penerbitan Surat khabar "Bang Bang Tang" 2010 Bengkel ini disampaikan oleh wartawan senior Encik Cheng Chin Hor daripada "Sin Chew Daily" . Beliau membimbing wartawan junior cara-cara penyuntingan dan penerbitan surat khabar secara DIY. Surat khabar "Bang Bang Tang" akan diterbitkan oleh wartawan junior sekolah ini pada bulan April 2010. Tujuan penerbitan surat khabar ini adalah memberikan pendedahan kepada wartawan junior mengenai cara penerbitan senaskhah surat khabar,.Di samping itu, aktiviti ini mempromosikan reformasi pendidikan Bahasa Cina secara mendalam, mengukuhkan hubungan dan komunikasi antara sekolah dengan masyarakat.
9.Pelancaran Website PSS e-library-sjkctc.weebly.com Website ini dicipta oleh Guru Perpustakaan dan Media Pn. Loo Mee Lan. Website ini merangkumi pentadbiran dan pengurusan PSS, jenis-jenis perkhidmatan PSS, maklumat sekolah dan segala aktiviti-aktiviti yang dilancarkan di sepanjang tahun. Website ini dilancarkan oleh Guru Besar Pn. Cheng Sook Choo pada bulan Mei 2010.
10.Jualan Murah / Flea Market Flea Market dianjurkan oleh murid-murid Tahun 6 dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah pada 21 Julai bermula jam 9 pagi sehingga 3 petang, mampu menjadi destinasi menarik untuk dikunjungi kerana menghidangkan pelbagai aktiviti daripada penjualan produk makanan, minuman, pakaian, kosmetik, taman hiasan hingga lelongan barangan peribadi dan antik. Jumlah jualan dijadikan sumbangan dana sekolah dan sumber pendapatan PSS.
11.Program NILAM peringkat sekolah Program Nilam diadakan atas rasional mewujudkan budaya suka membaca dikalangan murid-murid sekolah. Atas kesedaran inilah, SJKC TAMAN CONNAUGHT melancarkan Program Nilam Peringkat Sekolah. Guru Perpustakaan Pn Lee Kim Lin menjana idea baru Untuk menjayakan Program NILAM ini. Bagi kelas yang terbanyak mencatat buku Program Nilam dapat memasuki pertandingan bola sepak antara kelas. Idea ini mendapat sambutan hangat dari murid-murid Tahun 3 – Tahun 6, maka bermula aktiviti membaca dan mencatat oleh murid dengan pencapaian yang menakjubkan.
12.Bengkel kemaskini ABM secara automasi PSS menggunakan prosedur pinjaman/pemulangan bahan bukan buku secara sistem automasi. Bengkel ini telah dijalankan pada Julai 2010 berikutan cuti sekolah pada November 2010. Semua panitia telah mengemaskini Alat Bantu Mengajar masing-masing dan mengumpulkannya bagi tujuan pengumpulan ABM hujung tahun.
13.Lawatan Sambil Belajar Pada 17 Nov 2010, seramai 50 orang pengawas Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke A Famosa Melaka. Lawatan yang diketuai oleh PK Hem Encik Low Chong Keong bertolak dengan bas yang disewa khas pd jam 9 pagi. sebelum berangakat, cikgu mengikatkan pelajar agar menjaga disiplin.
Disediakan: ……………………………….. (Amy Lim Sok Hoon) Setiausaha, Pusat Sumber Sekolah, SJK( C ) TAMAN CONNAUGHT, KL Tarikh:30-11-2010 Disahkan: (Pn. Cheng Sook Choo) Pengerusi, SJK( C ) TAMAN CONNAUGHT, KL Tarikh:30-11-2010