Sejarah Tamadun Islam 2 Intelektual Part 2.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Start Perkembangan Islam Di Dunia
Advertisements

Sains dan Teknologi menurut I S L A M
A GAMA I SLAM DISUSUN OLEH: MISNANI. S.Ag. M.Pd. I.
KEBUDAYAAN ISLAM Konsep Kebudayaan Dalam Islam
Perkembangan Ilmu Pengetahuan Islam
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI ANDALUS PADA ABAD VII-X M
IBNU BAJJAH AIK – 3 (Kimia dalam Perspektif Islam)
TUGAS ISLAM DAN IPTEK.
DINASTI ABBASIYAH KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.
AL-KHAWARIZMI ( M) Oleh : Lia Lu’lu’ul Lutfiyah B2C014002
BAB 5 KONSEP PERADABAN DAN TAMADUN
Perkembangan Peradaban Islam pada Masa Kejayaan
Konsep Kebudayaan Dalam Islam
MASA KEJAYAAN ISLAM YANG DINANTIKAN KEMBALI Periodesasi Sejarah Islam Kemajuan Islam pada Periode Klasik Tokoh-tokoh Kejayaan Islam Menelaah Perkembangan.
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
IUS 4183 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA TAJUK: SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN.
KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM DI ANDALUSIA
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
IDA Islam dan Peradaban
AKIDAH KETUHANAN DAN SAINS
Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman ‘Abbasiyyah)
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN ABBASIYAH
Manusia dan Masyarakat Di Zaman Khulafa’ Rashidin
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
BAB 2 : KEDATANGAN ISLAM KE BENUA EROPAH
PENEROKAAN & PENJELAJAHAN
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
TAMADUN ISLAM Kata kunci
NOR RADIAH BINTI MD ZAID (023048) NOR SAADAH BINTI TULUS (023068)
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 931 USULUDDIN
BAB 4 : IDEOLOGI DAN ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
BAB 2: AKHLAK MUSLIM TERHADAP ILMU PENGETAHUAN
DEFINISI TAMADUN 1. Membezakan manusia dengan manusia yang tidak bertamadun atau dianggap barbarian (orang gasar). Cina bangga dengan pencapaian budayanya.
Pengenalan Kursus Kod Kursus : MPU3123/MPU312
Fleksibiliti Dakwah Apakah maksud kreatif?
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
KONSEP ILMU PENGETAHUAN
PERBANDINGAN KONSEP DAN PERSPEKTIF TAMADUN ISLAM & BARAT
> Menilai persoalan tentang ilmu dari perspektif barat dan Islam
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 6 Etika Pembangunan: Satu Disiplin Baru Dalam Ilmu Dan Sains Pembangunan.
BAB 1 : UMAT ISLAM DAN DUNIA ISLAM
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Isu-isu Bahasa Melayu Adi Yasran Abdul Aziz.
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
PELAJARAN 20 : PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH Disediakan oleh : SITI MARDHIAH BINTI ZAINAL ABIDIN AHNA ADRIANA BINTI ALZAHARI.
BAB 7 ISLAM DI ASIA TENGGARA.
Modul Pemikiran Islam Sederhana di Singapura
DESIGN&CREATED BY: MUHAMMAD REIHAN REYDANU.  Pada masa kekuasaan Dinasti Abbasiyah, umat Islam telah mencapai puncak kemuliaan, baik dalam bidang ekonomi,
Sejarah Tamadun Islam 2 Intelektual Part 2.
Diploma Pengajian Islam (DPI)
ALIRAN MODEN Oleh: Dr Mohd Daud Awang
Pengenalan Kursus Kod Kursus : MPU3123/MPU312
Said Jamaluddin Al-Afghani
Transcript presentasi:

Sejarah Tamadun Islam 2 Intelektual Part 2

Ibnu Khaldun (732-808H) Nama penuhnya Abdul Rahman ibn Muhammad ibn Khaldun al-Hadrami Beliau adalah seorang sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan tokoh agama.

Ibnu Khaldun (732-808H) Beliau dianggap sebagai: Seorang ahli falsafah sejarah & Sarjana teragung sepanjang zaman.

“Muqaddimah” Ibnu Khaldun Menurut B. Lewis, ia merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan dapat membantu ahli sejarah menghasilkan kajian yang benar dan ilmiah.

“Muqaddimah” Ibnu Khaldun Ia dianggap sebagai kajian awal untuk memahami pola perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia melalui pensejarahan.

AL-BIRUNI Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) di Birun, ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematik dan alam.

AL-BIRUNI Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi.

AL-BIRUNI Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.

AL-BIRUNI Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya, Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang mengandungi 138 tajuk.

AL-BIRUNI Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.

AL-BIRUNI Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

AL-BIRUNI Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.

AL-BIRUNI Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.

AL-BIRUNI Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli falsafah itu sendiri.

PERTEMBUNGAN TAMADUN Pertembungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun lain sudah berlaku sejak awal Islam lagi. Sebelum Kelahiran Rasulullah, sudah wujud beberapa tamadun seperti Tamadun Babylon di Mesopotamia,Iraq Tamadun Yunani Tamadun Rome Tamadun Parsi Tamadun India Tamadun China

PERTEMBUNGAN TAMADUN Pengaruh Islam meluas sehingga ke China dan India pada zaman Umayyah dan Abbasiyah. Pertembungan dengan Tamadun Eropah berlaku sewaktu orang Islam memerintah Andalusia dan Sicily. Pertembungan dengan Tamadun Eropah berlaku melalui perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Para Intelektual Islam telah memberi sumbangan yang besar terhadap peradaban dan tamadun dunia.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM 1) Falsafah dan Pemikiran Tamadun Islam telah mencelikkan orang Eropah terhadap hubungan manusia dengan alam dan tamadun tinggi lagi holistik (merangkumi seluruh kehidupan manusia).

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun segelintir ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban Islam. Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara China.

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.

Perubatan Buku al-Razi, al-Hawi telah telah dijadikan rujukan di Eropah dalam bidang kimia. Begitu juga dengan buku Ibnu Sina, al-Qanun.

Mathematik Ramai penuntut Eropah datang belajar ke Andalus pada zaman pemerintahan Islam. Adelard dari Britain telah berguru dengan orang Islam dan menterjemahkan karya al-Khawarizmi tentang geometri dalam matematik dan statistik.

Astronomi Karya Abu Ma’syar dan al-Khawarizmi telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin. Bahasa Eropah telah meminjam beberapa istilah bahasa Arab. Umat Islam berjaya mencipta kompas, astrolab, alat pengukur bulatan dunia dan alat menimbulkan kapal yang tenggelam.

Botani Di kota2 besar seperti Cordova, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Ibn Arabi menulis buku tentang Botani. Al-Ghafiqi menerbitkan buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis pohon buah-buahan. Ibn Baytar menyusun buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang,tumbuh-tumbuhan dan bahan galian.

Architecture & Seni Halus Masjid-masjid di seluruh dunia Islam sebagai bukti umat Islam memiliki kemahiran dan estetika tinggi dalam seni bina, seni halus, seni lukis dll.

Pelayaran Ramai tokoh pelayaran Islam seperti al-Mas’udi, Ibn Jubayr dan Ibn Batuttah. Kehebatan Orang Islam dalam bidang pelayaran dan perkapalan tidak menjadikan mereka bangsa perosak seperti bangsa Eropah – Portugis, Belanda, Sepanyol, British – yang menggunakan kapal mereka untuk menjarah dan menjajah orang lain.