PELAJARAN 2 : koNSEP KERASULAN...
…MaKsUd NaBi… Ialah manusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu untuk dirinya & tidak dikehendaki menyampaikan kepada orang lain.
…MaKsUd RaSuL… Ialah manusia lelaki pilihan Allah s.w.t yang diberikan wahyu dan dikehendaki menyampaikan kepada orang lain.
PeRbEzAaN AnTaRa NaBi DeNgAN RaSuL...
…RaSuL… Diberikan wahyu untuk dirinya & disampaikan kepada kaumnya Bilangan rasul 313 orang. Setiap rasul ialah seorang nabi. Rasul menerima kitab dan suhuf untuk disampaikan kepada umatnya. Wajib mengetahui bilangan dan nama 25 orang rasul.
…NaBi… Diberikan wahyu untuk dirinya. Bilangan nabi telalu ramai (ada yang berpendapat seramai 124000 orang). Seorang nabi tidak semestinya rasul. Tidak diturunkan kitab kepada para nabi. Tidak diwajibkan mengetahui bilangan dan nama nabi.
…RaSuL UlUl AzMi… Maksud rasul Ulul Azmi ialah mereka yang memiliki kesabaran yang amat tinggi dalam menyampaikan dakwah dan seruan kepada kaumnya.
…NaMa-NaMa RaSuL UlUl AzMi…. Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Ibrahim a.s. Nabi Isa a.s. Nabi Nuh a.s. Nabi Musa a.s.
…SiFaT RaSuL… Sifat wajib Sifat mustahil Sifat harus As-Sidq (benar) Al-kizb (berdusta) Rasul hidup sebagaimana manusia biasa yang tidak menjejaskan martabat mereka sebagai utusan Allah s.w.t seperti berkeluarga,makan minum,tidur & bekerja Al-Amanah (jujur) Al-Khiyanah (pecah amanah) At-Tabligh (menyampaikan) Al-Kitman (menyembunyikan) Al-Fatanah (bijaksana) Al-Baladah (bodoh)
…MakSuD MaKsum… Ialah para nabi & rasul terpelihara daripada melakukan sebarang dosa kecil atau dosa besar serta perkara-perkara yang boleh mencacatkan kemuliaan mereka sebagai utusan pilihan Allah s.w.t.
…PeRaNaN RaSuL… Mengajar & menerangkan perkara-perkara ghaib seperti hakikat ketuhanan, syurga, neraka, & kehidupan di alam barzakh. Menyampaikan berita gembira dan bertindak sebagai pemberi ingatan. Menyeru kepada perkara kebaikan dan membaiki akhlak manusia. Menyampaikan segala perintah & larangan Allah s.w.t kepada manusia, Mengajar manusia cara beribadat yang betul.
…AdAb KePaDa RaSuL… Sentiasa berselawat kepada rasul. Beriman dengan ajaran yang dibawa oleh rasul. Mengamalkan sunnah rasul dalam amalan harian. Mengasihi & mencintai mereka melebihi makhluk yang lain. Mentaati ajaran yang disampaikan oleh rasul dengan hati yang ikhlas.
…MaKsUd MuKjIzAt… Ialah perkara luar biasa yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada para nabi & rasul untuk membuktikan kebenaran, kenabian, kerasulan serta melemahkan musuh-musuh mereka.
PeRkArA - PeRkArA LuAr BiAsA...
…KaRaMaH… Keterangan : Perkara luar biasa yang belaku kepada manusia biasa yang tinggi darjatnya di sisinya Allah s.w.t. Contoh : Maryam yang dianugerahi hidangan dari langit ketika beribadat.
…Ma’UnAh… Keterangan : Perkara luar biasa yang berlaku kepada umat islam tanpa diusahakan untuk mempelajarinya. Contoh : Terlibat dalam suatu kemalangan yang dahsyat, namun dia terselamat.
…SiHiR… Keterangan : Perkara luar biasa yang boleh dipelajari oleh seseorang dengan bantuan kuasa jahat seperti jin. Contoh : Seseorang yang kebal atau tidak lut senjata.
…IrHaS… Keterangan : Perkara luar biasa yang belaku kepada orang yang bakal dilantik oleh Allah s.w.t sebagai rasul. Contoh : Seperti awan yang melindungi Rasulullah s.a.w.
…IsTiDrAj… Keterangan : Pekara luar biasa yang berlaku kepada orang yang tidak taat & derhaka kepada Allah s.w.t untuk menyesatkannya lagi. Contoh : Qarun yang beroleh kekayaan yang luar biasa telah beransur-ansur menjadi sombong & kufur.
...TeRiMa KaSih...
DiSeDiAkAn oLeH : FaTiN HaNaNi Bt RoSlAn & SiTi ZuBaIdAh Bt UmAr..