SELOKA EMAK SI RANDANG
MAKSUD Emak Si Randang lebih mengutamakan orang lain berbanding keluarga sendiri. Hal ini boleh diumpamakan tiada kayu rumah diruntuhkan, anak pulang kelaparan, anak dipangkuan diletakkan dan kera dihutan disusui. Apabila orang bertandang pergi banyak hutang terpaksa ditanggung. Lebih malang lagi selepas menolong orang bekalan beras habis padi pula tidak mengeluarkan hasil.
TEMA DAN PERSOALAN Tema - manusia boleh berjasa kepada orang lain tetapi biarlah mengikut kemampuan. Persoalan - Mengutamakan orang lain lebih dari keluarga sendiri. - Menyerahkan segala-galanya kepada dagang.
GAYA BAHASA Imejan - Penggunaan imeh alam seperti “kera”, “hutan”, dan “padi”. Sinkope - “beras habis padi tak jadi” Peribahasa - “kera di hutan disusui”
NILAI MURNI Kesederhanaan - Sederhana dalam menimbangkan diri dan kepentingan orang lain tidak terlalu menjaga kepentingan orang lain.
PENGAJARAN Kita hendaklah mengutamakan keluarga sendiri daripada orang lain. Kita perlu bijak membuat pertimbangan.