Sejarah Perkembangan Drama

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Assalamualaikum Wr.Wb. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم.
Advertisements

Sekolah Standar Nasional (SSN) Mata Pelajaran : Bahasa &stra Indonesia Selamat Datang di SMP Negeri 7 Jakarta Sekolah Standar Nasional (SSN) Mata.
TEATER RAKYAT INDONESIA
B. MAKNA DAN PERANAN TEATER DALAM KONTEKS BUDAYA DAERAH.
OKTI ROSIANA, Struktur Dramatik Wayang Dalam Lakon Gathotkaca Wisuda oleh Ki Mantep Soedarsono.
Membaca Ekspresif Naskah Drama
Klasifikasi Sistem Lambang menurut Tadeuz Kowzan
Mahasiswa mampu menjelaskan dan menyebutkan jenis sastra dramatik
Hand Out Drama & teater.
APRESIASI KARYA SENI TEATER
SENI TEATER.
Ragam Kesenian Tradisional JOGJA
Menjelaskan mengenai kesenian mamanda
SASTRA ANAK (2) PERTEMUAN KE-14 Khusnul Fatonah, M.Pd. PGSD.
TUGAS TEKKOM “SENI TARI SALAH SATU BAGIAN DARI KEBUDAYAAN INDONESIA”
Menanggapi pementasan drama
BELAJAR MEMAHAMI DRAMA
KPS 5042 SEKOLAH DAN MASYARAKAT
Fungsi Drama.
DRAMA MELAYU.
 NAMA KELOMPOK : ANGGA NOFRIADY MUHAMMAD BAIHAQI XII IPA 1.
Robiatul adawiyah XI IPS 2.
Soalan: Jati diri masyarakat Malaysia teras kekuatan menghadapi arus
Dasar Perlengkapan Pementasan
KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU SEMINAR TAMADUN dan TUNJUK AJAR MELAYU Judul Topik : Agama Kelompok 5 : 1. NADIA WAHYU W EBET OKTAFIANSAH.
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
MODUL 4 – PENDEKATAN PENULISAN SKRIP RANCANGAN TUTURAN
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
MENU Tutup KONSEP BENTUK PENGUCAPAN AWAM TUJUAN CARA PROSES PENUTUP.
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
Jenis-jenis Wacana Lisan
PEMENTASAN SENI SPK2102 SENI DALAM PENDIDIKAN Oleh
Aliran Kesusasteraan.
Bab 3 & 4 Pluraliti Masyarakat Alam Melayu dalam Sejarah & Pluraliti Masyarakat Malaysia Kontemporari.
EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
HUBUNGAN ETNIK ZZZT1043 TAJUK : PERANAN PENDIDIKAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM NAMA KUMPULAN : No Name Pensyarah : Pn.Maznah Binti Hj.Ibrahim Disediakan.
BAB 2 : KEDATANGAN ISLAM KE BENUA EROPAH
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALIME
Bab 7.
KERANGKA MASA TAMADUN HWANG HO PALEOLITIK (PEKING MEN)-400,000SM
Perpaduan dan Integrasi Kaum
NOTA KULIAH EPPE2053/EEEX3023 EKONOMI MALAYSIA
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan.
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
UNIT 1: SEJARAH KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
Jenis-jenis Wacana Lisan
Interaksi Dalam Bilik Darjah
DRAMA Suatu teks yang menggambarkan kehidupan dan watak manusia melalui tingkah laku (akting) yang dipentaskan.
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
UNIT 1: SEJARAH KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
MODUL 5 – PENDEKATAN PENULISAN SKRIP
Nota 2 BBM5201: Pembangunan Bahasa Melayu
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
OLEH : NUR HAMIZAH BINTI A. HAMID NUR AMIRAH BINTI LIAKAT ALI KHAN
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
Isu-Isu Semasa Pengenalan
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN
BAB 6: Isu-Isu Semasa Pengenalan
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
Transcript presentasi:

Sejarah Perkembangan Drama Perkembangan awal pementasan drama di Malaysia ada pertalian erat dengan pertumbuhan drama pentas di Greek, Mesir, India, China, Jepun atau Indonesia. Memasukkan unsur-unsur dan amalan ritual iaitu kepercayaan kepada amalan nenek moyang yang bersifat animisme; kepercayaan terhadap alam sekeliling yang dianggap mempunyai kuasa-kuasa tertentu.

Kepercayaan animisme dihubungkaitkan dengan pemikiran manusia purba dengan melihat fenomena alam sekeliling seperti hujan ribut, banjir dan kemarau yang menjurus kepada penyembahan dan pemujaan. Amalan ini dianggapkan mampu dan boleh mengubah nasib mereka. Melalui upacara `penjamuaan’ terhadap roh-roh, dikatakan mampu membangkitkan rasa kekuasaan. Kemunculan drama ada pertaliannya dengan keagamaan (Francis Edward;1976). Di Mesir Tua misalnya ada upacara keagamaan yang berbentuk tarian dan lakonan. Di Malaysia -main pantai, puja pantai, main puteri yang memperlihatkan unsur animisme (Mana Sikana;1991).

Tradisi main pantai yang telah dipraktikkan sejak 200-300 tahun dahulu diadakan selepas musim menuai padi bertujuan supaya padi akan menjadi. Upacara tersebut dimulai dengan jampi serapah, makan sirih lalu diikuti dengan istiadat berararak, bersanding, menyanyi dan menari dengan iringan muzik dombak, gong dan rebana. Main Puteri - satu aktiviti perubatan yang dipenuhi dengan dialog-dialog perbomohan, nyanyian dan tarian dan diikutsertakan dengan cerita-cerita dan lakonan yang secara miripan memiliki ciri-ciri sebuah drama.

Berasaskan aktiviti keagamaan itu telah mengarah kepada penciptaan drama tradisional. Fungsi aktiviti tersebut juga berubah daripada persembahan untuk supernatural berfungsi pula sebagai hiburan. Walaupun fungsinya sudah berubah namun kegiatan tersebut belum berhasil membentuk drama tradisional yang baru. Kegiatan Main Puteri dan lain-lain kegiatan wujud seperti seadanya. Kegiatan ritualisme itu sekadar menjadi akar landasan bagi membentuk drama tradisional yang lebih bersifat dramatik.

Wayang Kulit wujud sekitar abad ke-13 dan ke-14 yang dikatakan berasal dari Jawa. Merupakan drama tulen Indonesia yang dikesan kewujudannya sejak kurun pertama sebelum masihi. Terdapat juga sejenis wayang kulit dari Thailand yang dinamai wayang kulit Siam. Bentuk drama ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada rakyat jelata sebagai satu sumber hiburan yang cukup memberi kesan.

Namun, dalam abad ke-18 telah muncul pula sebuah drama dari Thailand yang khalayaknya daripada golongan bangsawan yang dikenali sebagai Makyung. Ia bukan sebagai wayang kulit yang dihidupkan oleh dalang tetapi manusia sendiri yang bertindak sebagai pelakon dan melakonkannya. Makyung sudah memiliki ciri-ciri pendramaan yang terungkapnya cerita, lakonan dan tarian walaupun sebaran khalayaknya berkisar di Kelantan sahaja disebabkan faktor bentuk dan bahasa tempatan yang mendominasi kewujudan ciri-cirinya.

Drama tradisional Melayu lebih cenderung dan bercorak tempatan seperti boria di Pulau Pinang yang mengandungi tarian dan lakonan yang bermotif masyarakat pada peringkat awal sebelum disampaikan nyanyian. Di Negeri Sembilan ditemui randai yang terkandungnya lakonan dan cerita. Di Johor terkenal dengan kuda kepang yang memperlihatkan jampi serapah dan gerak gerinya melambangkan pendramaan. Di Perak terdapat pula Dabus yang seakan-akan kuda kepang tetapi mengandungi unsur-unsur teater.

Drama-drama Melayu tradisional berkait dengan sikap dan sistem kemasyarakatan. Penyebarannya berkisar dalam daerah tempatan Abad ke-19 dilihat sebagai satu titik mula dalam drama Melayu merobah lingkaran persempadanan keseluruh negara.

Drama Bangsawan Kemunculan drama bangsawan dikatakan berasal dari benua kecil India. Pada 1870 datang rombongan dari India yang dikenali sebagai “Rombongan Wayang Parsi” atau “Mandu” yang anggotanya terdiri daripada lelaki dan perempuan dan persembahannya menggabungkan unsur lakonan, nyanyian dan tarian. Tema yang dipilih pula berkisar mengenai cerita-cerita fantasi, pengembaraan ke alam khayal manakala tujuan persembahannya ialah sebagai hiburan.

Persembahan tersebut jelas mendapat sambutan luar biasa kerana kelainan yang ditunjukkan. Ini mendorong Syed Abdul Rahman al-Masyhor menubuhkan kumpulan yang pada awal pembabitannya tertumpu kepada nyanyian dan tarian tetapi kemudiannya berubah kepada bentuk kumpulan drama. Bertitik tolak dari sinilah bermulanya sejarah pertumbuhan bangsawan.

Tahap Perkembangan Lima tahap sejarah pertumbuhan bangsawan i. 1870-1884 – tahap pengenalan drama India ke alam Melayu ii. 1885-1902 – zaman permulaan pertapakan bangswan iii. 1902 –1935 zaman kecemerlangan- wujud pembaharuan dengan memasukkan unsur barat misalnya drama Shakespeare. iv. 1936- 1945 zaman kemerosotan terutama zaman pemerintahan Jepun v.  Tahun-tahun selepas itu sebagai zaman kemalapan atau kegelapan.

Bangsawan merupakan drama tradisional. Penggolongan ini berdasarkan: Peristiwa bangsawan berpanjangan dan merupakan struktur daripada beberapa episod. Bentuk lakonan yang ditokok tambah dengan unsur-unsur lucu, farce, melodrama. Bersifat didaktik Plot yang hampir sama Watak-watak streo-type dan peranannya hampir sama iaitu orang muda, seri panggung, ahli lawak, jin afrit dan orang jahat (Mana Sikana; 1989).

Peringkat awal, pelakon bangsawan lelaki Peringkat awal, pelakon bangsawan lelaki . Pelakon perempuan hanya dibenarkan memegang watak `Sri Panggung’. Tarikan utama pada tarian pelakon-pelakon lelaki dan perempuan. Dalam satu-satu persembahan, drama bangsawan mengandungi 15 hingga 20 babak dan dilangsungkan dalam beberapa malam. Sambutan penonton menjadi penentu panjang atau pendeknya sesuatu bangsawan itu.

Bangsawan dipersembahkan tanpa skrip Bangsawan dipersembahkan tanpa skrip. Penggunaan pentas dan setting menjadi salah satu faktor kejayaan persembahan bangsawan. Penukargantian `backdrop’ atau `curtain’ yang menggambarkan suasana disesuaikan dengan situasi. Penggunaan special effect atau dalam bangsawan dikenali sebagai `tasmat’ iaitu penggunaan kesan seperti cahaya api, aspek-aspek teknikal yang lain.

Watak utama iaitu Orang Muda dan Sri Panggung mengenakan pakaian atau kostum yang menarik dan indah sesuai dengan peranan yang dibawakan. Watak antogonis yang dimainkan oleh watak jin, hantu dan gergasi memakai bentuk kostum atau warna yang menakutkan. Hubungkait antara pakaian dan kostum ini dapat menghidupkan jalan cerita atau mood pelakon. Alam khalayan atau alam imaginasi turut diwujudkan .

DRAMA REALISME Perkembangan drama Melayu menempuh era baru pada dekad 1960-an - pementasan drama berbentuk realisme yang dipelopori oleh Kala Dewata. Pementasan drama yang didasarkan persoalan semasa, cinta budi orang Melayu, pendidikan dan konflik tentang kerakusan hidup di kota dan keharmonian hidup di desa. (Mana Sikana, 1995:11). Persoalan semasa untuk membentuk dan membangunkan negara serta diikutselarikan dengan dasar kerajaan menjadi asas kepada para dramatis mementaskan drama bentuk ini. Kesediaan para dramatis bersama-sama pihak lain memberi satu nafas baru kepada perkembangan drama di Malaysia. Dekad ini dikenali juga sebagai zaman drama realisme.

Konsep pementasan drama realisme masih mengekalkan bentuk aksi seperti dalam drama bangsawan. Persembahannya lebih lancar kerana tidak diselang selikan dengan selingan seperti tarian, nyanyian sama ada sebelum atau selepas sesuatu adegan. Penggunaan bahasa lebih realistik dan tidak bersifat melankolik dengan kebanyakan pelakon memahami dan menghafal dialog secara eksplisit. Bentuk pentasnya pula berbentuk bilik tamu dengan ruang-ruang pentas yang tidak dibahagi-bahagikan kepada beberapa bahagian tertentu seperti yang wujud dalam drama bangsawan.

Selain Kala Dewata dramatis realisme yang terkenal ialah seperti Usman Awang, Awang Had Salleh, Othman Zainuddin, Bidin Subari, A. Shukor Harun dan A. Samad Said. Kebanyakan drama mereka bertemakan kehidupan masyarakat sebenar yang berlaku sekitar dekad 1960-an. Keterlibatan pada dramatis ini memberi senario baru kepada kerancakkan dunia pementasan. Hal ini turut didorong oleh isu pembangunan dan soal pemikiran serta pengisian kemerdekaan negara yang akhirnya menuntut perubahan paradigma aktivis drama untuk beralih daerah dan kaedah pementasan yang lebih realistik sifatnya. Perubahan kedah pementasan yang bercorak kepahlawanan atau kebenaran sejarah kepada pementasan drama yang menggambarkan kehidupan masyarakat semasa.

Sejarah Perkembangan Drama Realisme Konsep pementasan drama realisme telah diperkenalkan oleh beberapa orang aktivis drama seperti George Bernard Shaw, Henrik Ibsen, August Strinberg dan Anton Chekhov di Eropah. Dramatis Barat ini menggunakan peralatan realistik dalam pementasan drama mereka untuk menarik perhatian masyarakat kepada isu-isu semasa. Pengaruhan pementasan bentuk ini akhirnya berkembang keserata tempat termasuk Malaysia yang dicubabawakan pada dekad 1960-an itu.

Penggaraban realistik Penggaraban realistik . Latar & setting cth dalam Atap Genting Atab Rumbia (Mustaffa Kamal Yassin, Tamu di Bukit Kenny (Usman Awang). Perkembangan yang sama turut wujud dalam drama-drama radio yang antara lain mengemukakan dramatis seperti Salim Bachik, Fatimah Yassin, Othman Zainuddin. Kemunculan televisyen sebagai medium penyiaran telah turut sama merancakkan drama di televisyen. Nama-nama seperti Zain Mahmud, Aziz Jahpin, Azizi Haji Abdullah mewarnai jalur perkembangan drama pada waktu itu.

Kegiatan drama 1970-an lebih kepesatan. Faktor - IPT membuka ruang pementasan kepada para pensyarah dan pelajar masing-masing. Penampilan kembali beberapa orang yang berpendidikan barat dalam kegiatan pementasan seperti Dinsman, Noordin Hasan, Syed Alwi mewujudkan gabungan bersama dengan kelompok sedia ada antaranya Hatta Azad Khan, Salleh Joned, Krishen Jit dan Johan Jaafar. Kesan lahirnya drama beraliran `absurd’ atau abstrak. Beberapa aliran drama muncul seperti surealisme (Tok Perak - Syed Alwi), absurdisme (Bukan Bunuh Diri - Dinsman) di samping mempergiatkan drama-drama beraliran realisme.

. Kekaburan, protes sosial serta perkembangan plot yang bercelaru dianggap sebagai ciri drama pada waktu itu. Kebanyakan penulisnya mengkritik secara lantang terutama permasalahan yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan keadilan sosial. Ini terpapar dalam drama-drama Noordin Hassan (Tiang Seri Tegak Berlima), Johan Jaafar (Kotaku oh Kotaku) dan Hatta Azad Khan (Mayat).

Perkembangan mutakhir menampakan kelainan. Aliran neo-realisme yang menampilkan persoalan-persoalan konvensional dari prespektif pemikiran baru dan segar. Watak-watak tradisional diberi perwatakan baru untuk disesuaikan dengan permasalahan semasa. Aliran ini dipelopori oleh aktivis drama iaitu Zakaria Ariffin menerusi dramanya Pentas Opera, Rahmah Bujang dalam drama Si Tanggang dan Noordin Hassan yang menampilkan drama “Malam Ini Penyu Menangis”. Memberi kesan kepada perkembangan drama pentas di Malaysia.

Sekian, terima kasih