Fiqh Munakahat
Topik-topik pengajian Bab Munakahat: Pernikahan dalam Islam Poligami dalam Islam Nusyuz Fasakh, talak, khuluk dan rujuk Iddah Nafkah dan penjagaan anak Ila’, zihar dan li’an
Pengertian nikah Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul Dari segi syarak: Satu akad yang menghalalkan penyatuan dan perkongsian hidup lelaki dan wanita Dalil pensyariatan pernikahan ialah Surah An-Nisa’ : 3, Surah An-Nur:32, Surah Ar-Rum:21
Hikmah-hikmah pernikahan Menyahut seruan fitrah manusia Melahirkan keturunan yang sholeh Mewujudkan ketenangan jiwa Memelihara akhlak dari keruntuhan Memelihara kewujudan manusia Meluaskan ikatan persaudaraan
Hukum pernikahan Sunat – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan Makruh – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginan Wajib – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina Haram – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi bertujuan menzalimi isterinya Harus – Bagi yang mampu tapi tiada keinginan
Persediaan sebelum nikah Memilih jodoh yang terbaik Hadith Nabi s.a.w.:”Dinikahi wanita kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakan yang kuat beragama, pasti kamu selamat.”
Ciri-ciri bakal isteri yang baik Kuat pegangan agama Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut Subur iaitu dapat melahirkan anak Berasal keturunan yang mulia Berilmu pengetahuan Digalakkan yang masih perawan
Ciri-ciri suami idaman Kuat pegangan agama Berakhlak mulia Mempunyai harta Berilmu pengetahuan Berketurunan mulia Sihat jasmani
Tujuan pemilihan calon pasangan Supaya rumahtangga yang bakal dibina menjadi harmoni Supaya lahir perasaan kasih-mengasihi dan reda-meredai Supaya melahirkan zuriat yang mulia dan berguna
Peminangan dan pertunangan Peminangan adalah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dinikahi Pertunangan adalah ikat janji tempoh pengenalan dan persiapan untuk berumahtangga
Jenis-jenis pinangan Pinangan terus terang Contoh berkata: “ Saya ingin mengambil anak awak sebagai isteri saya.” – Ini dibenarkan untuk meminang anak dara, wanita yang tidak berada dalam iddah dan bukan mahram
Jenis-jenis pinangan Pinangan sindiran/kiasan Contoh berkata: “ Anak awak cantik dan ramai orang sukakannya.” Pinangan ini dibenarkan untuk wanita yang dalam iddah kematian suaminya atau iddah talak bain(talak tiga atau fasakh)
Pinangan yang diharamkan Kepada wanita yang bersuami Kepada wanita yang mahram Kepada wanita yang dalam iddah talak raj’i Kepada wanita yang sudah dipinangi dan diterima pinangan
Minta pandangan orang tentang pasangan Mesti menjelaskan dengan jujur kebaikan dan keburukan pasangan itu. Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais yang meminta pandangan Nabi saw mengenai dua lelaki yang meminangnya. Nabi saw menceritakan keburukan mereka dan menyuruhnya bernikah dengan Usamah bin Zaid
Maskahwin Harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya setelah akad nikah Tujuannya ialah menunjukkan kemampuan dan kesungguhan suami memelihara keluarganya Hukumnya wajib sebaik sahaja selesai akad nikah
Maskahwin Dalilnya dalam Surah An-Nisa’:4 Menyebutkan kadar maskahwin ketika akad nikah adalah sunat Maskahwin adalah milik mutlak seorang isteri tetapi wali akan menerimanya bagi pihak isteri Tiada had minima dan maksima maskahwin.Ia bergantung kepada kemampuan suami.
Maskahwin Maskahwin boleh disegerakan atau ditangguhkan menurut persetujuan kedua pihak Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika suami telah menyetubuhi isterinya atau salah seorang sama ada suami atau isteri meninggal dunia sebelum atau sesudah persetubuhan
Maskahwin Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya jika suami menceraikan isterinya selepas akad nikah sebelum dia menyetubuhi isterinya. Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri berpisah dengan suaminya sebelum berlaku persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau kecacatan.
Syarat-syarat maskahwin Mestilah benda yang suci Memberi faedah seperti mengajar ilmu agama atau Al-Quran Diketahui sifat dan jumlahnya Ia adalah milik suami
Hantaran Barang yang daripada maskahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang. Tiada kadar tertentu.Hukumnya harus Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.
Hikmah hantaran Mengeratkan hubungan kekeluargaan Memuliakan pengantin lelaki dan perempuan Saling bertukar hadiah antara kedua belah pihak
Wanita yang haram dinikahi Pengharaman ini kerana beberapa sebab seperti penghormatan, fitrah semulajadi manusia dan membina hubungan kekeluargaan. Wanita seumpama ini digelar mahram. Mereka terbahagi kepad dua golongan:
Pembahagian mahram Mahram muabbad iaitu mereka yang haram dinikahi selamanya Mahram muaqqat iaitu mereka yang haram dinikahi untuk sementara waktu sahaja Sebab-sebab pengharaman selamanya: Hubungan keturunan
Mahram muabbad Ibu, nenek moyang ke atas sebelah bapa atau ibu Anak perempuan, cucu cicit ke bawah Adik-beradik kandung atau sebapa atau seibu Anak saudara kandung atau sebapa atau seibu
Mahram muabbad Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu (sebelah bapa) Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu(sebelah ibu) Pengharaman kerana susuan Golongan wanita ini adalah sama seperti mahram keturunan
Mahram muabbad Pengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan, contoh: Ibu mertua susuan Anak tiri susuan Isteri bapa susuan Isteri menantu susuan
Mahram muabbad Pengharaman kerana pernikahan Isteri bapa,datuk ke atas(ibu tiri) Isteri anak,cucu ke bawah (menantu) Ibu mertua Anak tiri
Mahram muaqqat Wanita yang diharamkan dinikahi untuk sementara waktu kerana ada halangan Adik-beradik isteri (ipar) Emak saudara dan anak saudara isteri Isteri yang kelima Wanita kafir penyembah berhala Isteri orang lain Isteri dalam iddah Isteri talak tiga
Rukun-rukun nikah Ijab dan kabul Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelaki Kabul ialah balasan pengantin lelaki kepada ucapan wali pengantin wanita Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan pengantin terhadap pernikahan itu
Syarat-syarat ijab kabul Menggunakan lafaz nikah atau kahwin Ijab kabul bersambung ucapannya Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikah Tidak bersyarat Tidak bertempoh
Rukun kedua nikah Pengantin wanita, syarat-syaratnya: Beragama Islam atau ahli Kitab Bukan mahram,dalam iddah,isteri orang lain atau sudah dipinang Ditentukan siapakah orangnya Bukan dalam ihram haji atau umrah
Rukun ketiga nikah Pengantin lelaki, syarat-syaratnya: Beragama Islam Bukan mahram Ditentukan siapakah orangnya Bukan dalam ihram haji atau umrah Tidak mempunyai empat orang isteri
Rukun keempat nikah Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin wanita Wali terbahagi kepada dua golongan; wali mujbir dan wali bukan mujbir Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa kepada seorang gadis Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa dan datuk sebelah bapa
Hikmah adanya wali Menjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari dipermainkan Menonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli keluarga wanita Memelihara sifat malu wanita
Keistimewaan wali mujbir Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat kasihsayang yang mendalam Ada tiga syarat wali mujbir: Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita itu Pernikahan hendaklah sekufu Bakal suami mampu segera bayar maskahwin
Hukum nikah tanpa wali Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib dipisahkan. Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak mendapat mahar misil Pasangan akan dikenakan hukuman ta’zir sama ada penjara, denda atau sebat
Susunan wali-wali nikah Bapa Bapa kepada bapa (datuk) Adik-beradik lelaki kandung Adik-beradik lelaki sebapa Anak saudara lelaki kandung Anak saudara lelaki sebapa
Susunan wali-wali nikah Bapa saudara kandung sebelah bapa Bapa saudara sebapa sebelah bapa Sepupu lelaki kandung Sepupu lelaki sebapa
Syarat-syarat wali Islam Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecil Baligh Berakal Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
Hukum wali enggan kahwinkan wanita Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf dengannya dengan mahar misil, wali mesti mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya. Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka berhak wali menghalanginya dan hakim tidak boleh masuk campur.
Hukum jika wali dekat tiada Jika wali terdekat dengan wanita berada di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak wali berpindah kepada wali hakim. Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah, maka tiada siap boleh mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya atau perwakilannya.
Dua wali yang sama taraf Contohnya dua adik beradik kandung, dua anak saudara kandung,dua pakcik Dalam hal ini,disunatkan jadi wali: Orang yang paling faham hal pernikahan Orang yang lebih warak Orang yang lebih tua
Tiada wali langsung Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan oleh wali hakim atau seorang muslim di tempat itu.
Rukun kelima nikah Dua orang saksi,syarat-syaratnya: Islam Lelaki Berakal dan baligh Adil Mendengar dan melihat
Hak dan tanggungjawab Hak bagi suami isteri bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan Isteri wajib mentaati dan melayan suami dengan baik Suami wajib menyerahkan maskahwin Suami wajib memberi nafkah
Hak dan tanggungjawab Suami wajib berlaku adil jika poligami Anak yang lahir dinasabkan kepada bapanya Mewarisi harta pusaka pasangan
Sunat-sunat akad nikah Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan Mendoakan kebaikan untuk pengantin Menghebahkan pernikahan dan memukul gendang Membaca doa ketika ingin bersatu
Sunat akad nikah Mengadakan walimah (kenduri kahwin) Hukumnya adalah sunat muakkad Kadarnya menurut kemampuan Hikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan mengelakkan fitnah Hukum menghadiri majlis walimah adalah wajib
Poligami Hukum asal adalah harus. Hukumnya menjadi sunat jika isteri pertama sakit atau mandul dan suami mampu berlaku adil. Hukumnya makruh jika sekadar berseronok dan suami meragui kemampuannya berlaku adil Hukumnya haram jika suami yakin tidak mampu berlaku adil
Maksud keadilan Keadilan yang diwajibkan bagi suami yang berpoligami adalah dari segi nafkah zahir seperti makan minum, tempat tinggal, giliran tidur dan pergaulan yang baik ( Surah An-Nisa’ : 3 ) Suami tidak diwajibkan berlaku adil dari segi perasaan kasih sayang selagi ianya tidak membawa kepada tindakan zalim ( Surah An-Nisa’ : 129 )
Hikmah poligami Menjaga kesucian lelaki yang mampu Mengelakkan wanita dari menjadi andartu atau wanita simpanan Terdapat keadaan di mana poligami membawa faedah yang besar seperti keadaan di mana ada keinginan yang tinggi sedangkan isterinya sakit tidak mampu melayan suaminya dan keadaan di mana bilangan lelaki berkurangan dibandingkan dengan wanita disebabkan peperangan atau musibah
Peringatan Penyalahgunaan orang-orang yang zalim terhadap konsep poligami tidak menafikan hikmah diharuskan poligami. Islam tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka.Poligami disyariatkan untuk menyahut keperluan, melindungi masyarakat dan menghapuskan maksiat.
Perbincangan minggu depan Apa erti nikah mut’ah? Apa hukumnya dan mengapa ianya berubah-ubah? Golongan mana yang mengharuskan nikah ini? Keburukan nikah mut’ah.