Stratifikasi Sosial: (Murali Murugasen)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
STRATIFIKASI SOSIAL Pengertian :
Advertisements

BAB 09 MOBILITAS SOSIAL Dalam sosiologi dikenal yang dinamakan dengan Mobilitas Sosial artinya adalah perpindahan status dalam stratifikasi sosial. Mobilitas.
Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
BAB 2 STRATIFIKASI SOSIAL.
Bab 1: : KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
KPS 5042 SEKOLAH DAN MASYARAKAT
“STRATIFIKASI SOSIAL”
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Perakaunan Antarabangsa
PERANG DUNIA PERTAMA.
Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional
BAB 8 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
ELEKTIF BAB 3 Perniagaan dan Keusahawanan.
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA.
PENSYARAH : CIK NOOR HASIAH SULAIMAN UNIT K3
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
PERUBAHAN ORGANISASI.
PENGURUSAN ANTARABANGSA
Bermula di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Isu-isu Kontemporari Peradaban
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Teori-teori Hubungan Etnik
BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
Manusia dan Masyarakat Di Zaman Khulafa’ Rashidin
REKABENTUK ORGANISASI
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN
DSKP SEJARAH.
Muhammad Hasmi Abu Hassan Asaari
B Antara berikut yang manakah menerangkan Zaman Pra Sejarah ? (Hlm.2)
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS HE
TAMADUN MESIR.
ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
Perpaduan dan Integrasi Kaum
NOTA KULIAH EPPE2053/EEEX3023 EKONOMI MALAYSIA
Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
DASAR AWAM INTAN WILAYAH UTARA.
BAB 3 : ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA DAN DARURAT
KESATUAN GURU.
UNIT 1: SEJARAH KEWARTAWANAN PEMBANGUNAN
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
KUALITI DALAM ORGANISASI
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK
PENGURUSAN STRATEGI ANTARABANGSA
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
ASAS MAKROEKONOMI DAN PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA
PENDIDIKAN DAN MOBILITI SOSIAL
KESATUAN GURU.
DASAR-DASAR PEMBANGUNAN NEGARA DATIN DR. SARVINDER KAUR
TEKNOKRAT: KONSEP, PROSES KEMUNCULAN & PERANAN
En.Wan Mat Noor b. Wan Omar
STRATIFIKASI SOSIAL.
CABARAN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA DAN GLOBAL
Kerajaan dan Negara Apakah maksud kerajaan? Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit politik. Dalam erti kata.
TEORI-TEORI KEPIMPINAN Teori Sifat Kepimpinan Teori Gaya Kepimpinan Teori Kontegensi- Situasi Teori Kepimpinan Tradisional Teori Kepimpinan Transformasi.
UNIT 2: TAMADUN DAN BUDAYA.
Diploma Pengajian Islam (DPI)
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Transcript presentasi:

Stratifikasi Sosial: (Murali Murugasen) Stratifikasi Sosial merujuk kepada satu sistem yang mana terdapat pelbagai kategori manusia dalam sesuatu masyarakat.

Masyarakat dalam zaman perindustrian mengandaikan kedudukan seseorang dalam masyarakat ditentukan oleh kebolehan diri serta usaha mereka. Adakah penumpang kelas pertama terselamat apabila kapal laut Titanic tenggelam? Anak-anak dari keluarga kaya besar kemungkinan berjaya dalam kehidupan berbanding dengan kanak-kanak dari keluarga miskin.

Bagi memahami stratifikasi sosial dari sudut ketidaksamaan (inequality), stratifikasi sosial wujud dari satu generasi ke generasi yang lain. Kebanyakan ibubapa, mewariskan kedudukan sosial mereka kepada anak-anak mereka. Kadangkala, berlakunya juga Mobiliti Sosial (Social Mobility) yang mana seseorang akan bertambah maju atau bertambah mundur.

Masyarakat bangga dengan kejayaan penyanyi seperti Beattles atau Madonna yang tiba-tiba menjadi popular walaupun pada mulanya miskin (Mobiliti Sosial Meningkat). Namun begitu banyak orang mengalami (Mobiliti Sosial Menurun) kerana kegagalan dalam perniagaan, penyakit, pengangguran, dll. Manusia akan bergerak secara Mendatar (Horizontal) sekiranya mereka bergerak dari satu pekerjaan kepada pekerjaan yang lain.

Stratifikasi Sosial sebenarnya wujud dalam semua masyarakat Stratifikasi Sosial sebenarnya wujud dalam semua masyarakat. Cuma ketidaksamaan (Inequality) antara mereka berbeza dari segi bentuk masyarakat, gender, umur, dll. Orang yang mempunyai Kuasa, Status serta kedudukan Ekonomi yang kukuh mungkin mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Terdapat juga sistem lain yang terdapat seperti Perhambaan (Slavery), Kasta (Caste) dan Kelas (Class).

Orang yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh sudah pastinya akan menyokong kewujudan Stratifikasi Sosial manakala orang miskin mahukan sistem ini mengalami perubahan. Ahli-ahli Sosiologi telah mengenalpasti beberapa Pembahagian Sosial (Social Division) yang terdapat dalam masyarakat iaitu: Gender, Sex, Ethnik, Usia dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan Ketidaksamaan Sosial (Social Inequality) iaitu: i. Orang yang dipinggirkan (Marginalisation). ii. Orang yang mengalami eksploitasi. iii. Orang yang tidak ada Kuasa, Status dan Imej. iv. Orang yang mengalami Penjajahan Budaya (Cultural Imperialism). v. Keganasan (Violence).

Sistem Terbuka dan Tertutup: Perhambaan, Kasta, Estet, Kelas Sistem Terbuka (Open System) membenarkan Mobiliti Sosial berlaku manakala Sistem Tertutup (Closed System) tidak membenarkan langsung berlakunya perubahan kedudukan dalam masyarakat. Sistem yang terdapat dalam masyarakat juga berlaku kerana faktor sosio-ekonomi, kemiskinan, pembangunan negara. Pada hakikatnya, satu masalah yang timbul ada hubungan dengan masalah yang lain.

Sistem Perhambaan Sistem Perhambaan (A Slave System) merupakan satu bentuk Stratifikasi Sosial yang mana seorang manusia menjadi hak milik (Property) orang lain. Kerajaan Tamadun Awal seperti Mesir, Iran, Greek dan Rom telah menggunakan perkhidmatan hamba bagi memajukan negaranya. Di Athens, golongan hamba diberi peluang untuk memegang sesuatu jawatan walaupun mereka dimiliki oleh orang lain. Hamba yang bekerja untuk membina piramid, di sektor perlombongan, perladangan serta membina jalan dilayan lebih teruk daripada binatang.

Sistem Perhambaan Moden (Modern Slavery) Kerajaan British telah menghapuskan Sistem Perhambaan pada tahun 1833. Perang Saudara Amerika (American Civil War) tamat pada tahun 1833. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation, 2006) melaporkan bahawa sistem perhambaan tradisional masih wujud di mana kira-kira 100,000 orang penduduk di Mauritania (Afrika Barat) dijadikan hamba. Namun begitu, adalah dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 27 juta penduduk dunia yang terlibat dalam Sistem Perhambaan Moden (Modern Slavery).

Keadaan ini termasuklah: i. Buruh Paksa (Forced Labour) ii. Buruh Hutang (Debt Bondage) iii. Pelacuran (Prostitution) iv. Kahwin Paksa (Servile Marriage) v. Menjual Organ Badan (Hughes, 2000) Terdapat kira-kira 3 ribu majikan yang menggunakan hamba di Paris.(Bales, 2003).

Sistem Estet (The Estate System) Pada Zaman Pertengahan Eropah, Sistem Feudel telahpun diamalkan. Terdapat 3 kumpulan yang utama iaitu: i. Golongan Aristokrat (Nobility) ii. Golongan Agama (Clergy) iii. Rakyat Biasa (Commonner) .Tanah dikawal oleh Tuan Tanah yang menggunakan kekuatan tentera untuk mengawalnya. .Petani (Peasant) digunakan oleh golongan Aristokrat untuk mengerjakan tanah. .Orang yang menyewa tanah dipanggil (Vassal). .Raja akan mendapat cukai daripada kutipan golongan Aristokrat.

Sistem Kasta (The Caste System) Sistem Kasta yang diamalkan adalah berdasarkan Status Yang Diwarisi (Social Stratification Based on Inherited Status). Sistem kasta ini sangat ketara di India. Orang yang lahir dikategorikan berdasarkan kepada Sistem Kasta. Terdapat 4 kategori yang utama iaitu:- i. Brahman (Sami) ii. Kshatriyas (Pahlawan) iii. Vaishyas (Pedagang) iv. Shurdas (Petani) v. Paria (Rakyat Bawahan Yang Dipinggirkan)

Sistem Kasta di India ini telah mengongkong Golongan Paria ini daripada berinteraksi dengan masyarakat lain dari Kasta yang lebih tinggi. Golongan Paria ini tidak ada peluang untuk mendapat peluang pekerjaan, pendidikan, mobiliti sosial, dll dalam masyarakat. Ibu bapa dari Kasta Tinggi di India akan memastikan bahawa anak mereka tidak berkahwin dengan sesiapa dari Kasta Rendah. Terdapat juga Sistem Kasta yang diamalkan di Afrika Selatan yang mana 5 juta orang kulit putih telah menguasai 30 juta rakyat kulit hitam.

Sistem Kelas (The Class System) Masyarakat Industri telah membolehkan sesiapa yang mempunyai kemahiran tertentu untuk maju serta mendapat Mobiliti dalam Sistem Sosial (Social Class System). Sistem Kelas ini lebih bersifat terbuka tetapi Sistem Kasta, Estet dan Perhambaan lebih bersifat tertutup. Sistem Kelas memberi lebih banyak peluang kepada semua orang untuk memecahkan Sempadan Kelas Sosial (Social Boundaries) dengan berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari pekerjaan serta pelajaran (Lipset dan Bendix, 1967).

Memahami Stratifikasi Karl Marx lebih mementingkan dimensi ekonomi sebagai Kuasa menerangkan Stratifikasi manakala Max Weber melihat kesan ekonomi ke atas Stratifikasi. Menurut Kark Marx, mereka yang mempunyai Modal (Bourgeosie) akan memerintah manakala para Pekerja (Proletariat) akan diperintah. Golongan Kapitalis akan menguasai kerja, agama, pemerintah, perundangan dan moraliti yang ditentukan oleh masyarakat. Marx Weber berpendapat kuasa ekonomi yang ada boleh digunakan untuk memajukan kepakaran dan bukannya untuk mendapatkan kuasa. Ada yang paling berkuasa tetapi tidak kaya.

Ahli Falsafah terkenal, Plato (427-347) telah bercakap perihal keadilan dari sudut ‘Siapa harus memiliki apa’?. Aristotle (384-322), telah mempertahankan Sistem Perhambaan yang wujud pada zaman awal Agraria memandangkan golongan ini bukanlah manusia yang bijak untuk menjalankan kerja-kerja pentadbiran. Sistem Kelas ini adalah ditentukan oleh tuhan melalui kelahiran.

Menurut Davis-Moore (Sistem Meritokrasi) mesti diamalkan Menurut Davis-Moore (Sistem Meritokrasi) mesti diamalkan. Tujuannya adalah untuk memberi penghargaan kepada semua yang memberikan sumbangan kepada kemajuan sesebuah organisasi. Menurutnya lagi, banyak pemain bola sepak dan penyanyi menjadi kaya dalam sekelip mata tetapi guru yang mendidik anak bangsa dipinggirkan. Kaum wanita, kumpulan etnik, orang kurang upaya, dll tidak mempunyai peluang dalam Sistem Sosial. Stratifikasi Sosial yang wujud telah memajukan sesetengah orang secara maksimum dengan menafikan peluang orang lain.

Tidak dapat dinafikan bahawa Teknologi telah menambahkan pendapatan serta produktiviti pekerja. Taraf hidup rakyat semakin baik dengan adanya Undang-Undang Buruh di Amerika Syarikat. Revolusi tidak pernah berlaku di negara Perindustrian seperti yang dijangka oleh Karl Marx. Revolusi cuma pernah berlaku di negara pertanian seperti Soviet Union (1917), Cuba (1959), dan Nicaragua (1979).

Seorang ahli Ekonomi serta pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Ekonomi, Simon Kuznets mendapati kadar pendapatan yang diperoleh oleh masyarakat perindustrian adalah lebih tinggi berbanding dengan negara pertanian. Walaupun tidak wujud banyak perbezaan dari segi pendapatan di China (negara pertanian) namun begitu pendapatan mereka sangat rendah. Kebebasan penduduk dikawal dengan ketat oleh pihak pemerintah Komunis.

Novelis seperti Kurt Vonnegut (1961), George Orwell’s (Animal Farm) telah membincangkan tentang hak yang sama untuk semua orang (Equality/Egalitarian) . Mereka tidak besetuju dengan idea Kesamaan (Equality) kerana setiap orang mempunyai kebolehan tersendiri. Oleh itu, mereka mesti berusaha untuk memajukan potensi mereka.

Revolusi berlaku di Rusia pada tahun 1917 di bawah pimpinan Lenin. Soviet Union mengalami satu lagi transformasi baru di bawah pimpinan Mikhail Gorbachev pada tahun 1985.Program ekonomi beliau dikenali sebagai ‘Perestroika dan Glasnot’. Ini merupakan Sistem Pasaran Bebas. Tindakan beliau membolehkan Sistem Pemerintahan Komunis yang dikuasai oleh kerajaan pusat jatuh. Banyak negara komunis membebaskan diri daripada cengkaman Rusia.

Kewujudan Stratifikasi Global Negara-negara juga turut diklasifikasikan menurut pendapatan ekonominya iaitu: i. Negara berpendapatan Tinggi. ii. Negara Berpendapatan Sederhana iii. Negara Miskin. .Walaupun ketidakseimbangan telah wujud di Amerika Syarikat, namun penduduknya percaya bahawa mereka mempunyai peluang untuk memajukan diri.

Negara-negara Kaya kebanyakannya merupakan negara Kapitalis seperti England, German, Peranchis, Norway, Finland, Denmark, Sweden, Switzerland, Luxemberg, Australia, New Zealand, Kuwait, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, dll. Negara-negara Sederhana kaya ialah seperti Rusia, Poland, Bulgaria, Latvia, Romania,Hungary, dll. Negara-negara miskin bermula dari selatan Amerika, Afrika, Indonesia, Asia Selatan, dll. Kira-kira 60% penduduk dunia tinggal di kawasan ini.