SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN ABBASIYAH

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Start Perkembangan Islam Di Dunia
Advertisements

BAB KE-15 SEJARAH DAKWAH ISLAM.
KHILAFAH ABBASYIAH (132 H/750 M-656 H/1258 M)
A GAMA I SLAM DISUSUN OLEH: MISNANI. S.Ag. M.Pd. I.
KEBUDAYAAN ISLAM Konsep Kebudayaan Dalam Islam
SEMINAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM.
Anggota Kelompok 2 Asmawati Ike Atmaja Wati Radda Mutia Y. Riski Novita N. Amanda F.P.
Pemikiran Filsafat Ibnu Rusyd
Sejarah dan Perkembangan Hukum Islam
PAISAL SALMAN ALPARIDJI ( )
Perkembangan Ilmu Pengetahuan Islam
Assalamu’alaikum Wr Wb
PERTEMUAN KETIGABELAS
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI ANDALUS PADA ABAD VII-X M
IBNU BAJJAH AIK – 3 (Kimia dalam Perspektif Islam)
TUGAS ISLAM DAN IPTEK.
DINASTI ABBASIYAH KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN.
AL-KHAWARIZMI ( M) Oleh : Lia Lu’lu’ul Lutfiyah B2C014002
PEMIKIRAN ISLAM SEMASA (IUS 4183)
Perkembangan Peradaban Islam pada Masa Kejayaan
Pembaharuan dalam Islam
SEJARAH PERADABAN ISLAM DOSEN PENGAMPU : GHUFRON DIMYATI M. S
MASA PEMBINAAN, PENGEMBANGAN, DAN PEMBUKUAN (ABAD VII-X M)
Pemerintahan dan Budaya Masa Dinasti Abbasiyah
PERTUMBUHAN ILMU PENGETAHUAN PADA MASA BANI UMAYYAH
Perkembangan peradaban Islam pada masa kejayaan
Konsep Kebudayaan Dalam Islam
Islam dan Perkembangannya di Indonesia
MASA KEJAYAAN ISLAM YANG DINANTIKAN KEMBALI Periodesasi Sejarah Islam Kemajuan Islam pada Periode Klasik Tokoh-tokoh Kejayaan Islam Menelaah Perkembangan.
BAB 3 : PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W.
SEJARAH ISLAM DARI MASA NABI HINGGA KINI
ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI INDONESIA
Start Perkembangan Islam Di Dunia
Peradaban Islam Pada Masa Bani Abbasiyah
IUS 4183 PEMIKIRAN ISLAM SEMASA TAJUK: SAYYID JAMALUDDIN AL-AFGHANI
KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM DI ANDALUSIA
Sejarah Tamadun Islam 2 Intelektual Part 2.
KERAJAAN BANI UMAIYYAH
Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman ‘Abbasiyyah)
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Perkembangan Tamadun Islam (Pentadbiran Zaman ‘Abbasiyyah)
BAB 4 : KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN R.A.
Manusia dan Masyarakat Di Zaman Khulafa’ Rashidin
BAB 2 : KEDATANGAN ISLAM KE BENUA EROPAH
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
DSKP SEJARAH.
MENENGAH 3 SEJARAH ISLAM
Sumbangan Bani Umaiyah.
TAMADUN ISLAM Kata kunci
BAB 4 : KEDATANGAN ISLAM KE ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR
BAB4: KHALIFAH-KHALIFAH BANI UMAYYAH
PERKEMBANGAN KETENTERAAN KERAJAAN BANI UMAIYYAH
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
BAB 2: AKHLAK MUSLIM TERHADAP ILMU PENGETAHUAN
PERBANDINGAN KONSEP DAN PERSPEKTIF TAMADUN ISLAM & BARAT
BAB 3 : KEDATANGAN ISLAM KE BENUA AFRIKA
BAB 1 : UMAT ISLAM DAN DUNIA ISLAM
PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI
PELAJARAN 20 : PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH Disediakan oleh : SITI MARDHIAH BINTI ZAINAL ABIDIN AHNA ADRIANA BINTI ALZAHARI.
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
BAB 6 : SEBAB KEJATUHAN UMAT ISLAM DAN GERAKAN REFORMASI
DESIGN&CREATED BY: MUHAMMAD REIHAN REYDANU.  Pada masa kekuasaan Dinasti Abbasiyah, umat Islam telah mencapai puncak kemuliaan, baik dalam bidang ekonomi,
1 Sejarah Peradaban Islam dari masa Ke Masa Sejarah Peradaban Islam dari masa Ke Masa By: Hendra Bakti PDM Kota Payakumbuh.
SEJARAH ISLAM Sanlat Masjid Baitul Iman, 20 Ramadhan 1440/ 25 Mei 2019.
Diploma Pengajian Islam (DPI)
Sejarah Tamadun Islam 2 Intelektual Part 2.
Diploma Pengajian Islam (DPI)
BAB 5 : KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
DAULAH ABBASIYAH. OLEH EKA AULIA FITRIANA MUHAMMAD MUSTAKIM RIZKI MOCHAMAD WIRA AJI AGUNG PRABOWO ADI IRFANI ARYA CANGGIH.
Transcript presentasi:

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN ABBASIYAH Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Latarbelakang Pemerintahan Abbasiyah Kerajaan Bani Abbasiyyah adalah sebuah rejim pemerintahan Islam yang berada di bawah kekuasaan keluarga Abbasiyyah yang berlangsung dari tahun 132 sehingga tahun 656 H. Nama Abbasiyyah diambil bersempena nama bapa saudara Rasulullah s.a.w, Abbas bin Abdul Muttalib dari Bani Hasyim, yang mana pengasasnya merupakan Abdullah as-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbas. Munculnya kerajaan ini dengan cara kekerasan yang berlaku di ambang kejatuhan kerajaan Umayyah dengan pergolakan kuasa dan politik yang diakhiri dengan terbunuhnya khalifah mereka yang terakhir iaitu Marwan bin Muhammad. Disamping itu terdapat khalifah-khalifah dalam kerajaan bani Umayyah yang tidak berminat dalam bidang politik bahkan menghabiskan masa mereka dengan berfoya-foya contohnya Yazid bin Muawiyah yang lebih mementingkan diri dari soal negara. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Revolusi Abbasiyah berjaya menggulingkan Umayyah pada tahun 750 m Revolusi Abbasiyah berjaya menggulingkan Umayyah pada tahun 750 m. Ibu kota pemerintahan Islam di pindah ke Ambar dan kemudiannya ke Baghdad. Fokus politik Islam berpindah dari Syria dan Mediterranean ke Mesopotamia. Sistem politik dan pemerintahan banyak dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Parsi. Baghdad menjadi pusat kegiatan ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid dan anaknya Al-Ma’mun. Tokoh-tokoh khalifah lain yang terkenal terkenal zaman Abbasiyah di antaranya ialah Khalifah Abu Abbas Al-Saffah, Al-Amin, dan lain-lain. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Ahli pengkaji sejarah telah membahagikan zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah kepada 5 period (jangkamasa). Period Pertama (132 H/750 M-232 H/847 M), disebut period pengaruh Persia pertama dimana ianya diperintah oleh para khalifah. Pada period pertama pemerintahan Bani Abbasiyyah mencapai masa keemasannya. Secara politik, para khalifah merupakan tokoh-tokoh yang kuat dan pahlawan-pahlawan yang memimpin angkatan tentera dan terlibat di dalam peperangan. Kebanyakkan dari para khalifah memiliki ilmu-ilmu Islam dan merupakan dikalangan pencinta ilmu serta mampu menyampaikan hujah dan pidato yang padat lagi menaikkan semangat para pendengar. Kemakmuran masyarakat mencapai peringkat tertinggi. Berhasil menyiapkan landasan bagi perkembangan falsafah dan ilmu pengetahuan dalam Islam. Setelah period ini berakhir, pemerintahan Bani Abbasiyyah mula menurun dalam bidang politik, meskipun falsafah dan ilmu pengetahuan terus berkembang. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Period Kedua (232 H/847 M-334 H/945 M), disebut period pengaruh Turki Pertama Period Ketiga (334 H/945 M-447 H/1055 M), masa kekuasaan dinasti Buwaih dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah. Period ini disebut juga masa pengaruh Persia kedua. Period Keempat (447 H/1055 M-590 H/l194 M), masa kekuasaan dinasti Bani Seljuk dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah; biasanya disebut juga dengan masa pengaruh Turki kedua Pada ketiga-tiga period ini, kekuasaan telah pun hilang dari tangan para khalifah yang berwibawa. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Period Kelima (590 H/1194 M-656 H/1258 M), masa khalifah bebas dari pengaruh dinasti lain, tetapi kekuasaannya hanya berkesan di sekitar kota Baghdad sahaja. Kerajaan Bani Abbasiyyah secara seluruhnya telah berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258M selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

KOTA BAGHDAD SEBAGAI PUSAT PEMERINTAHAN Kota Baghdad telah dipilih kerana lokasinya yang strategik yang menjadi tempat laluan timur dan barat. Mempunyai tempat-tempat yang menarik para pedagang Parsi ke kota itu yang dinamakan Souq Baghdad dan terdapat ladang pertanian dan penternakan serta sebuah pasar yang dikenali dengan Souq Al-Baqar. Ternyata keputusan Khalifah Abu Jaffar Al-Mansur adalah tepat dengan memindahkan pusat pemerintahan dari Damsyik ke Baghdad kerana berjaya merancakkan aktiviti ekonomi disebabakan Baghdad memiliki banyak keistimewaan. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

PERKEMBANGAN ILMU DI ZAMAN ABASIYYAH Pendidikan berkembang dengan sangat hebat di seluruh negara Islam sehingga sekolah atau madrasah-madrasah tumbuh seperti cendawan di seluruh kota hingga ke desa. Sekalian lapisan masyarakat dari kalangan anak- anak dan pemuda-pemuda masing-masing dahagakan ilmu pengetahuan. Mereka mengambil kesempatan ini untuk berlumba-lumba menuntut ilmu di institusi pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaan pada kala itu dengan meninggalkan tempat asal mereka demi untuk memperkasakan diri dengan ilmu serta peradaban yang kian menular pada zaman itu. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Pengaruh daripada budaya ilmu yang telah lama terjadi membuatkan kerajaan bani Abbasiyyah tetap meneruskan perjuangan mengangkat kepentingan ilmu dalam hidup. Walaupun menentang kerajaan bani Umayyah, kerajaan baru ini tetap menyambung legasi budaya cintakan ilmu pengetahuan bahkan mereka telah memperkukuhkan lagi institusi-institusi yang sedia ada. Para pencinta ilmu yang berlumba-lumba belajar dan mengajar semakin ramai dengan adanya galakkan dari para khalifah yang menubuhkan pelbagai fasiliti atau persediaan-persediaan yang cukup lengkap berbanding dengan zaman sebelumnya. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Antara perkembangan yang telah disediakan adalah Baitul Hikmah, Madrasah Nizamiyah, dan Majlis Munadzarah. BAITUL HIKMAH Baitul Hikmah adalah sebuah akademi atau pusat penyelidikan dan pengajian di Baghdad yang telah diperkembangkan pada zaman pemerintahan Al-Ma’mun sekitar tahun 198- 218H. Pengasas-pengasas baitul hikmah ini adalah Abu Jaafar Al-Mansur (136-158H) dan ayahnda Al-Ma’mun sendiri, Khalifah Harun Ar- Rasyid sekitar zaman pemerintahannya pada tahun 170-194H. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Madrasah Nizamiyah didirikan pada pertengahan akhir abad ke-5H. Pengasasnya, Nizam Al-Mulk atau nama asalnya Abu Ali al-Hasan bin Ali ibn Ishaaq at-Tusi yang merupakan seorang perdana menteri Seljuk telah bernaung dengan salah seorang nama besar di dalam ahli cendekiawan Islam iaitu Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali. Persepsi Nizam Al-Mulk bahawa Imam Al-Ghazali mempunyai potensi untuk menyangkal aliran fikiran yang didatangkan oleh para esoteric (yang mana karya puisinya hanya difahami oleh beberapa orang sahaja), anthropomorfian (mengaitkan sifat-sifat fizik manusia terhadap objek atau konsep bukan manusia), dan ahli- ahli falsafah yang menyebabkan banyak kekeliruan dikalangan masyarakat Islam pada ketika itu. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

MADRASAH NIZAMIYAH Madrasah Nizamiyah ini mempunyai satu sistem pendidikan yang disusun rapi dan menjadi tanda pencapaian terhadap kematangan institusi pengajian tinggi di dunia Islam. Menurut George Makdisi, Nizam Al-Mulk lebih menonjol peranannya sebagai pengasas madrasah. Dia berpendapat bahawa perpindahan lembaga pendidikan Islam dari masjid ke madrasah terjadi secara tidak langsung, tetapi melalui tahap perantaraan, iaitu masjid-masjid. Dalam kajiannya lebih terfokus pada Madrasah Nizamiyah ini, dan dia mengajukan teori bahawa asal penumbuhan madrasah adalah hasil perkembangan dari tiap tahap, iaitu tahap masjid, tahap khan dan tahap madrasah. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

MAJLIS MUNADZARAH Majlis Munadzarah merupakan lembaga pengkajian keagamaan yang diselenggarakan di rumah-rumah, masjid-masjid, dan istana khalifah. Tanda kekuatan penuh kebangkitan Timur, di mana Baghdad mula menjadi pusat kebudayaan ilmu pengetahuan dan puncak keemasan Islam. Majlis ini juga merupakan tempat pertemuan para pujangga, ilmuan, para ulama, cendikiawan dan para ahli falsafah dalam menyeminarkan dan mengkaji ilmu yang mereka cintai. Majlis ini juga dipergunakan untuk sarana perdebatan mengenai suatu masalah oleh para ulama. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

KURIKULUM PENDIDIKAN PADA ZAMAN ABBASIYYAH Kurikulum pendidikan pada zaman ini dapat dibahagikan kepada dua: ilmu naqli, iaitu segala ilmu agama yang berteraskan wahyu seperti ilmu tafsir, ilmu hadith, ilmu fiqh dan ilmu tauhid ilmu aqli iaitu segala ilmu yang berteraskan akal seperti ilmu matematik, ilmu falak, ilmu kimia, ilmu fizik, ilmu geografi, ilmu sastera, muzik, senibina dan ilmu perubatan. Dengan kesepaduan antara ilmu fardu ain (roots) dengan ilmu fardu kifayah (branches) pada masa itu telah membentuk umat yang kuat dari segi fizikal, mental dan spiritual. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

KEPELBAGAIAN BIDANG ILMU DI ZAMAN ABBASIYAH FALSAFAH Proses penterjemahan yang dilakukan umat Islam pada zaman kerajaan Bani Abbasiyyah mengalami kemajuan yang cukup besar. Para penterjemah tidak sekadar menerjemahkan ilmu pengetahuan dan peradaban bangsa- bangsa Yunani, Romawi dan Parsi sahaja bahkan mereka juga memindahkannya ke dalam bentuk pemikiran. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Al-Kindi: satu-satunya yang berketurunan asal Arab. Di antara tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu dan falsafah Islam adalah: Al-Kindi: satu-satunya yang berketurunan asal Arab. Abu Nasr Al-Farabi: banyak menulis buku tentang falsafah, logika, jiwa, kenegaraan, etika, dan interpretasi terhadap falsafah Aristoteles. Ibnu Sina: dikenali di barat dengan nama Avicenna, mula menunjukkan minat dalam ilmu falsafah pada umur yang muda dengan membaca kitab-kitab falsafah hasil karya dari ilmuwan Yunani. Mempelajari ilmu logika dan ilmu-ilmu yang lain melalui Abu Abdullah Natili, ahli falsafah yang terkenal pada masa itu. Ibnu Sina juga cendrung dalam bidang kedoktoran sewaktu mudanya. Al-Ghazali: beliau diberi gelaran sebagai hujjatul islam, karyanya tidak kurang dari 70. Ibnu Rusydi: di barat lebih dikenali dengan nama Averoes, banyak berpengaruh di barat dalam bidang falsafah, sehingga di sana terdapat aliran yang disebut averroisme. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Menurut A. Hasimy lahirnya ilmu kalam adalah kerana dua faktor: Membela Islam dengan bersenjatakan falsafah. Semua masalah termasuk masalah agama telah berkisar dari rasa kepada akal dan ilmu. Diantara tokoh ilmu kalam adalah: Wasil bin Atha’ (pengasas Mu’tazilah), Baqilani, Asy’ary, Al-Ghazali, Sajastani dan lain-lain. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

KEDOKTORAN DAN FARMASI Seiring dengan ilmu-ilmu lain, ilmu kedoktoran juga sempat mencapai masa keemasannya, zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah telah melahirkan ramai doktor ternama. Sekolah-sekolah tinggi kedoktoran juga banyak didirikan pada masa ini. Ilmuwan muslim dalam bidang ini antara lain: Al-Haitham: ahli mata dengan karyanya optics Ibnu Sina: telah mengkaji dan menemui sistem peredaran darah pada manusia di antara karyanya adalah Al- Qur’an fi al rhibb yang merupakan ensiklopedia kedoktoran paling besar dalam sejarah dan buku Qamm fit Tibbi. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Bidang matematik dan sains juga di antara ilmu yang berkembang pesat. FIZIK DAN MATEMATIK Bidang matematik dan sains juga di antara ilmu yang berkembang pesat. Antara punca masyhurnya pelajaran ini ialah untuk mendapatkan perkiraan yang tepat bagi pembinaan bangunan tamadun yang berprestij. Antara tokoh- tokohnya: Al-Khawarizmi: dengan bukunya al jabr dan al Mukabala yang merupakan asal istilah aljabar (algebra) dalam matematik. Bahkan kemajuan ilmu matematik yang dicapai pada masa ini telah menyumbangkan pemakaian angka-angka Arab dalam matematik. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

KIMIA Ilmu kimia juga termasuk salah satu ilmu pengetahuan yang dikembangkan oleh kaum muslimin. Dalam bidang ini mereka memperkenalkan eksperimen objektif. Hal ini merupakan suatu pembaikkan yang tegas dari cara spekulasi yang ragu-ragu dari masyarakat Yunani. Di antara tokoh kimia yaitu: Jabir bin Hayyan, yang dikenali di barat dengan nama Geber. Beliau dilaporkan orang pertama yang menemui ilmu kimia. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

Di antara para ahli ilmu astronomi pada masa ini adalah: Ilmu astronomi atau perbintangan berkembang dengan baik, bahkan sampai mencapai puncaknya dan kaum muslimin pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah mempunyai modal yang terbesar dalam mengembangkan ilmu perhitungan. Mereka mempersatukan aliran-aliran ilmu bintang yang berasal atau dianut oleh Yunani, Persia, India, Kaldan dengan ilmu falak arab jahiliyah. Di antara para ahli ilmu astronomi pada masa ini adalah: Al-Battani atau Albatagnius: seorang ahli astronomi yang terkenal di masanya. Al-Fazzari: seorang pencipta atrolobe, iaitu alat pengukur tinggi dan jarak bintang. Abul Wafak: mengkaji dan menemui jalan ketiga dari bulan, jalan pertama dan kedua telah ditemui oleh ilmuan yang berbangsa Yunani. Rahyan Al Bairuny: seorang ahli astronomi. Abu Mansyur Al Falaky: seorang ahli ilmu falaq. Sebagai pendorong perkembangan ilmu ini, para khalifah telah banyak membangunkan observatorium di pelbagai kota, disamping observatorium milik peribadi ilmuan sendiri. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

SEJARAH DAN GEOGRAFI Dalam bidang sejarah, ulama yang terkenal : Ibu Ishaq, Ibnu Hisyam, Al- Waqidi, Ibnu Qutaibah, Al-Thabari dan lain-lain. Dalam bidang ilmu bumi atau geografi ulama yang terkenal: Al-Yakubi dengan karyanya al Buldan, Ibnu Kharzabah dengan bukunya al mawalik wa al Mawalik dan lain-lain Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

KESIMPULAN Sistem pendidikan di zaman pemerintahan Bani Abbasiyyah secara amnya merupakan sistem yang teratur dan rapi dari segi perancangan kurikulumnya. Terdapat pelbagai kemudahan fasiliti dan pengangkutan bagi para pencinta ilmu. Gerakan agama, falsafah dan yang paling terkemuka iaitu gerakan penterjemahan. Para tokoh terkenal di dunia Islam juga dikenali di dunia barat kerana kehebatan mereka. Kajian dan ilmu mereka masih diguna pakai di dalam kurikulum pembelajaran di seluruh dunia. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA

KESIMPULAN Namun kerajaan yang gemilang ini akhirnya tewas di tangan tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan (1258M) yang memerangi khalifah dan sekalian rakyat di Baghdad. Kejatuhan Baghdad yang dulu dianggap sebagai satu kota yang ternama dari segi ilmu dan ketamadunan di seluruh dunia telah merupakan satu kehilangan yang dirasakan oleh semua. Ustaz Mohd Amin Bin Kadir, MA