PUISI Terdapat beberapa jenis puisi. Antaranya: a) pantun/seloka b) sajak c) syair
PUISI Ciri-ciri puisi: a) pantun/seloka mempunyai pembayang dan maksud. mempunyai rangkap yang genap. (2 kerat, 4 kerat, 6 kerat,8 kerat) biasanya menggunakan tanda baca (;) untuk membahagikan pembayang dengan maksud. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh beribu batu, Hilang di mata di hati jangan. pembayang maksud
PUISI INTONASI PANTUN Burung merpati terbang seribu, Hinggap seekor di tengah laman; Hendak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan. Lagu filem: Gurindam Jiwa
PUISI Ciri-ciri puisi: b) sajak Bebas, tidak terikat Suku kata tidak terhad dalam sesuatu baris, Tidak memerlukan rima yang sama.
PUISI INTONASI SAJAK Ibu, Kasihmu bak lautan biru damai yang tak bertepi, Sayangmu umpama butiran permata, Yang bergemerlapan disinar cahaya, Didikanmu laksana sebuah kitab kebaikan, Yang takkan terjangkau ku cari dari sebuah buku. Nukilan: Suera
PUISI Ciri-ciri puisi: c) syair mempunyai rima yang sama dan terdiri daripada empat baris/rangkai ayat. Semua rangkai katanya mempunyai maksud Intonasi-berlagu/berirama tersendiri
PUISI INTONASI SYAIR Lima Mutiara nama diberi, Muridnya pandai bijak bestari, Arahan tak pernah mereka ingkari, Sayangnya cikgu tidak terperi. Nukilan: Suera