Perkembangan Tamadun Islam BAB 3 Perkembangan Tamadun Islam (Zaman Pertengahan) Zaman Kerajaan Umayyah Zaman Kerajaan Abbasiyyah Zaman Kerajaan Uthmaniyyah
Zaman Kerajaan Bani Umayyah Diasaskan oleh Mu’awiyyah b. Abi Sufiyan selaku khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah selepas mengambil-alih jawatan khalifah daripada Saidina Ali Bermula sistem pemerintahan secara warisan Tahap pemerintahan: Di Damsyik Di Andalusia
Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah tahap 1 di Damsyik (661-750M): Politik dan pentadbiran Empat sistem Khilafah – meneruskan sistem khilafah Sistem wazarah – melantik wazir mengetuai sistem pentadbiran Sistem urus setia – melantik pegawai bagi mengumpul rekod dan mengurus surat Sistem hijabah – menjaga keselamatan khalifah
Pendidikan dan Sosial Sains dan teknologi mula berkembang seperti teknologi pembuatan kapal, alat peperangan dan teknik pertanian. Bermula aktiviti penterjemahan drpd bhs Latin ke bhs Arab sejajar dgn pemerintahan al-Walid b. Abdul Malik yg menjadikan bahasa Arab sbg bhs rasmi. Kota Basrah = pusat pengajaran dan penyebaran ilmu Ilmu al-Quran dan Hadith mula berkembang dan juga ilmu-ilmu sains terutama di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz Taraf kesihatan turut meningkat – dibina hospital pd zaman khalifah al-Walid b. Abdul Malik dan hospital kusta pd zaman khalifah Umar Abdul Aziz
Ekonomi dan kewangan Senibina Matawang Byzantine dan Parsi ditukar kpd matawang Islam pd zaman khalifah Abdul Malik b. Marwan Ditubuhkan baitulmal di setiap wilayah Senibina Senibina masjid semakin menyerlah dengan ukiran ayat- ayat al-Quran yang indah, adanya kubah, arca dan sebagainya
Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik Sistem pergantian khalifah melalui garis keturunan tidak jelas sehingga menimbulkan persaingan dalam kalangan anggota keluarga. Penentangan daripada golongan Syiah dan Khawarij yang tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan Umayyah Berlaku pertentangan etnik antara suku kaum Arab Utara (Bani Qais) dan Arab Selatan (Bani Kalb) sejak sekian lama yang menyukarkan kerajaan Bani Umayyah mewujudkan kesatuan Kelemahan pemerintahan disebabkan sikap hidup sebahagian pemerintah yang hidup bermewah dan kurang memberi perhatian terhadap perkembangan agama. Munculnya gerakan penentangan daripada keturunan al-Abbas b. Abdul Mutalib yang mendapat sokongan Bani Hasyim dan kaum Mawali (non-Arab) yang tidak berpuas hati dengan pemerintah kerajaan Bani Umayyah
Sumbangan Kerajaan Bani Umayyah tahap 2 di Andalusia (756-1031M): Penguasaan ke atas Andalusia oleh kerajaan Bani Umayyah mula berlaku pada zaman pemerintahan Abdul Rahman al- Dakhil 1 Zaman kegemilangan berlaku pada zaman khalifah Abdul Rahman III dan al-Hakam II Pendidikan Di zaman al-Hakam II, ramai sarjana Islam dihantar ke beberapa wilayah misalnya, Cairo, Damacus, Baghdad untuk mengumpul buku-buku dalam pelbagai bidang Di zaman beliau terdapat 17 pusat pengajian dan 70 perpustakaan di Andalusia Pusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III menjadi pusat pengajian terkenal di Eropah. Pusat pengajian terkenal lain terdapat di Seville, Toledo, Malaga dan Granada
Pusat Penterjemahan Senibina Ekonomi Pusat penterjemahan terkenal terletak di Toledo Kesan kegiatan penterjemahan menjadikan Andalusia pusat kegemilangan tamadun Islam dan menjadi penggerak kepada kebangkitan masyarakat Eropah. Senibina Antara senibina terkenal – istana al-Hamra’ dan masjid jamek Cordova Ekonomi Sistem kewangan ditubuhkan bg mengimbang pendapatan dan perbelanjaan. Sumber pendapatan – zakat, jizyah, kharaj dsb. Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Andalusia juga menjadi pusat membuat tembikar, perhiasan perak dan emas, memproses kulit, mengeluar senjata Sektor pertanian dimodenkan
Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di Andalusia Terdapat pegawai pemerintah yang tidak amanah dan gila kuasa, seperti Ibn Abi Amir yang diamanahkan untuk menjaga harta pusaka anak khalifah al-Hakam 1 iaitu Hisyam telah melakukan pembelotan dan cubaan merampas kuasa. Berlakunya permusuhan dalam kalangan masyarakat pelbagai bangsa. Perpecahan dan permusuhan juga berlaku dalam keluarga khalifah dan pegawai atasan serta golongan ulama. Sikap boros dan membelanjakan wang negara untuk kepentingan diri berlaku di kalangan khalifah seperti Khalifah Abdul Rahman II. Terdapat pemerintah yang menghabiskan masa untuk majlis hiburan. Masalah kewangan yang meruncing disebabkan perbelanjaan yang tinggi untuk peperangan dan mengatasi masalah pemberontakan di samping perbelanjaan untuk mengurus jajahan yang luas. Untuk mengatasinya cukai yang dikenakan ke atas rakyat dinaikkan. Kesannya, rakyat bangkit memberontak. Perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan lebih 20 puak mempunyai negeri sendiri, antaranya Bani Jahur, Bani Ibad, Bani al-Aftas dan lain-lain lagi
Zaman Kerajaan Bani Abbasiyyah Pemerintahan Abbasiyah adalah berketurunan daripada al-Abbas B. Abdul Mutalib, bapa saudara Nabi s.a.w. Pengasas kerajaan keturunan al-Abbas ialah Abdullah as-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al- Abbas Pusat pemerintahan di Baghdad. Pemerintahan Abbasiyah bermula dari tahun 132H hingga tahun 656H. Tempohnya ialah selama 524 tahun. Pada tahun 656H, kaum Tatar melanggar dunia Islam, membunuh khalifah Abbasiyah serta ramai kaum keluarganya. Maka, berakhirlah zaman pemerintahan Abbasiyah.
Sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyyah Pendidikan Pemerintah menggalakkan masyarakat menimba ilmu Setiap masjid dilengkapi sekolah dan perpustakaan Golongan penyelidik dan ahli karya dianugerahkan hadiah Khalifah Abu Jaafar al-Mansur pelupor kegiatan intelektual. Pengasas kota Baghdad dan kolej perubatan. Menjemput Jurjis b Jibril, pengarah hospital Jundishapur ke Baghdad sebagai pengarah kolej perubatan. Baghdad menjadi pusat intelektual terunggul pada masa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) yang juga pengasas ‘Khizanah al-Hikmah’. Kemuncak kegiatan keilmuan berlaku pada zaman al-Ma’mun Harun al-Rasyid (813-833M). Lahir ramai sarjana dalam pelbagai bidang ilmu. Khizanah al-Hikmah dibesarkan dan ditukar nama kepada ‘Baytul Hikmah’. Dilantik Hunayn b. Ishaq sebagai pengarahnya.
Penterjemahan Ekonomi dan kewangan Aktiviti penterjemahan karya klasik Yunani, Parsi dan India bermula pada pemerintahaan al-Ma’mun. Usaha ini dilakukan oleh sarjana yang bertugas di ‘Baytul Hikmah’. Kegiatan penulisan dan penyusunan kitab hadis, fiqh dan tafsir al-Quran giat dijalankan. Aktiviti penterjemahan ke bahasa Arab membolehkan sarjana Islam mempelajari ilmu sains zaman sebelum Islam. Ekonomi dan kewangan Perkembangan dapat dilihat melalui peranan baitulmal – menjaga khazanah negara dan mengagihkan mengikut keperluan. Sumber ekonomi – perdagangan dan pertanian Sumber kewangan – zakat dan cukai-cukai
Politik dan Pemerintahan Wujud fahaman politik Melengkapkan angkatan perang bagi mempertahankan negara dan memelihara kestabilan politik Memperkasakan institusi kehakiman Kemunculan mazhab Muncul golongan mujtahid (ulama-ulama Islam yang melakukan ijtihad dalam usaha menentukan hukum bagi suatu masalah yang timbul dalam masyarkat). Mereka terdiri dari ahli ‘qias’ atau ahli hadis. Ahli ‘qias’ = ulama yang banyak menggunakan fikiran atau qias untuk menetapkan suatu hukum. Ahli hadis = ulama mengeluarkan hukum bersandarkan hadis. Muncul pelbagai mazhab termasuk mazhab Hanafiyah, Malikiyah, Shafi’iyah dan Hanbaliyah. Perbezaan pendapat dalam mazhab tidak membawa kepada perpecahan kerana perbezaan pendapat/fahaman berlaku pada perbezaan perkara cabang (furu’) bukan perkara asas dalam Islam
Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah Kelemahan pemerintah seperti khalifah al-Wasiq yang tidak melakukan pembaharuan dan banyak bergantung kepada pegawai2 Turki utk tadbir negara. Banyak jawatan disandang oleh bangsa Turki dan Parsi menyebabkan kuasa khalifah terbatas. Perebutan kuasa khalifah di antara putera2 al-Mutawakil menyebabkan pentadbiran lemah. Kegawatan ekonomi disebabkan berlakunya rusuhan dan pemberontakan di akhir zaman kegemilangan. Serangan daripada musuh2 luar seperti tentera Georgia dan Armania, tentera Salib dan tentera Monggol. Terdapat juga wilayah-wilayah jajahan Islam menuntut kemerdekaan. Ini menyebabkan kerajaan pusat di Baghdad tidak dapat mengawal Melakukan tindakan yang keterlaluan ke atas golongan Syiah dan orang-orang Umayyah serta golongan ulama termasuk Imam Abu Hanifah disebabkan tidak sependapat dan enggan menerima jawatan yang ditawarkan oleh khalifah.
Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah (1258- 1924) Nama Uthmaniyah diambil bersempena nama sultan Uthman – sultan pertama kerajaan Turki Uthmaniyah. Pengasas kerajaan ini – Uthman bin Sauji Bin Erturgul b. Sulaiman Shah. Mula bertapak di Asia Kecil dan kemudian di Istanbul.
Sumbangan Zaman Kerajaan Bani Uthmaniyah Pentadbiran dan Perundangan Sultan Sulaiman telah memperkenalkan peraturan bagi kerajaannya – Kanun Sulaiman Sistem organisasi dan perundangan Islam diwujudkan Jawatan kadi, mufti dan sheikhul diperkenalkan Ekonomi Wujud hubungan perdagangan antara Timur dan Barat meliputi laut tengah, laut Merah, lautan Hindi dan Mediterranean. Istanbul menjadi pusat perdagangan. Sosial Menghapuskan sistem berasaskan keturunan dan susun lapis masyarakat
Peranan Kerajaan Uthmaniyah Kesatuan umat dan dunia Islam Berjaya menyatukan dunia Islam seperti Iraq, Palestin, Mesir, Algeria, Sem. Tanah Arab, Tunis sebagai satu kesatuan dgn semenanjung Balkan dan Turki serta Eropah Timur bagi menghadapi serangan Portugis dan Sepanyol. Mempertahankan umat Islam dan ajaran Islam Menyekat kemaraan serangan tentera salib Mempertahankan Tanah Suci Umat Islam Pertahankan Mekah, Madinah dan Palestin dari serangan yahudi. Misalnya, Sultan Salim 1 melarang orang2 yahudi berhijrah ke Sinai.
Mengekalkan amalan syura Meneruskan dakwah Islam Kejayaan Sultan Muhammad al-Fatih menawan kota Constantinopel dan menukar nama kepada Istanbul Membina jaringan keretapi Membina landasan keretapi dari Syam ke Madinah yang menghubungkan Hijaz, Turki dan Semananjung Balkan dan Eropah Selatan. Usaha ini dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid Menjalinkan hubungan baik dengan non-muslim Penguasaan tiga lautan Iaitu Laut Mediteranean, Laut Merah dan Laut Hitam. Ini menjadikan kawasan Afrika dan Asia aman dan bebas daripada pengaruh salibiyah.