TAKLIMAT AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (AKTA 652) 11/6/2018 TAKLIMAT AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (AKTA 652) JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA. 11/6/2018
KEPENTINGAN AKTA Peningkatan kualiti latihan kemahiran 11/6/2018 KEPENTINGAN AKTA Peningkatan kualiti latihan kemahiran - Pertambahan bilangan Pusat Bertauliah yang pesat menyukarkan pemantauan dan kawal selia terhadap Pusat Bertauliah, terutamanya dalam aspek kualiti penyampaian latihan. - Kepentingan aspek penyelarasan dan pemantauan bagi memastikan kualiti keluaran tenaga mahir. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AKTA 652 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AKTA 652 Tujuan Akta 652 Menggalakkan melalui latihan kemahiran, pembangunan dan kemajuan kebolehan seseorang yang diperlukan bagi kerjaya dan mengadakan peruntukan yang berkaitan dengannya. Fungsi Majlis (Seksyen 4) - Bertanggungjawab meluluskan Standard dan menasihati Menteri ke atas perkara berkaitan dengan latihan kemahiran. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AKTA 652 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AKTA 652 Keanggotaan Majlis (Seksyen 5) Majlis terdiri daripada:- i) Pengerusi; ii) Ketua Pengarah JPK; iii) 9 wakil: 4 ahli terdiri daripada UPE, JPA, Kem. Pelajaran, Kem. Pengajian Tinggi; 5 ahli mewakili Kem. yang mengendalikan latihan kemahiran (KSM, KPUK, KBS, KPAT & KKR) iv) 10 ahli: Terdiri daripada 6 wakil sektor swasta, 1 wakil penyedia latihan kemahiran swasta dan 1 wakil pertubuhan wanita serta 2 orang perseorangan yang didapati sesuai. Nota: Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KPUK), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (KPAT), dan Kementerian Kerja Raya (KKR) 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Mesyuarat Majlis (Seksyen 12) - Majlis hendaklah bermesyuarat dengan seberapa kerap yang tidak luput lebih daripada tiga bulan antara mesyuarat dengan kuorum 12 orang Kuasa Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (Seksyen 17 dan 18) - Bertanggungjawab bagi pentauliahan program latihan kemahiran dan pentadbiran serta pengawalan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Kuasa Menteri Memberi Arahan (Seksyen 19) Memberi arahan dari masa ke semasa selaras dengan peruntukan Akta ini kepada Ketua Pengarah. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (Seksyen 20, 21 dan 22) - Ketua Pengarah dipertanggungjawabkan mewujudkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan kelulusan dibuat oleh Majlis. - Ketua Pengarah boleh membenarkan mana-mana orang, pertubuhan atau kumpulan lain orang untuk membangunkan standard bagi pihaknya. Semua Standard yang dibangunkan menjadi harta Kerajaan. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (Seksyen 20, 21 dan 22) - Ketua Pengarah boleh dari masa ke semasa mengkaji semula standard dan mengubah mana-mana standard yang kemudiannya dikemukakan kepada Majlis untuk kelulusan. - Standard digunakan untuk membangunkan kurikulum kebangsaan untuk program latihan kemahiran dan sebagai ukuran kecekapan yang membawa kepada penganugerahan Sijil. - Bagi maksud menjalankan latihan kemahiran, semua program yang ditauliahkan hendaklah mematuhi Standard. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Pentauliahan Program Latihan (Seksyen 23, 24, 25 dan 26) - Penyedia latihan kemahiran yang menjalankan program latihan menggunakan NOSS hendaklah memohon kelulusan daripada Ketua Pengarah. Perakuan pentauliahan diberikan untuk tempoh 3 tahun dan permohonan pembaharuan dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tamat tempoh. - Ketua Pengarah boleh, semasa atau selepas penganugerahan sijil pentauliahan, mengenakan, meminda atau membatalkan mana-mana syarat atau mengenakan syarat-syarat baru dari semasa ke semasa jika difikirkan perlu. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Rayuan Kepada Menteri (Seksyen 31, 32 dan 33) - Rayuan dibuat secara bertulis kepada Menteri dalam masa 30 hari dari tarikh notis tentang keengganan, penggantungan atau pembatalan pentauliahan program latihan kemahiran. Sijil dan Pengiktirafan (Seksyen 34, 35 dan 36) - Penganugerahan SKM/DKM/DLKM dan Penyata Pencapaian oleh Ketua Pengarah berdasarkan ketrampilan yang ditetapkan di dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia. - Majlis boleh mengiktiraf mana-mana kelayakan kemahiran yang dikeluarkan oleh mana-mana badan atau organisasi dalam dan luar Malaysia sebagai setaraf dengan Sijil yang dianugerahkan. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Pemeriksaan Penyedia Latihan Kemahiran (Seksyen 37, 38 dan 39) - Ketua Pengarah boleh melantik dan memberi kuasa Inspektor untuk membuat pemeriksaan terhadap penyedia latihan kemahiran. Penguatkuasaan dan Penyiasatan (Seksyen 40, 41, 42, 43, 44, 45, 46, 47, 48 dan 49) - Mana-mana pegawai penguat kuasa yang dilantik mempunyai kuasa untuk melaksanakan penguatkuasaan, penyiasatan, penyitaan dan penggeledahan terhadap penyedia latihan kemahiran yang melanggar syarat-syarat yang dikenakan. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Kesalahan dan Penalti a) Pengambilan pelatih tanpa sijil pentauliahan (Seksyen 52) Pengambilan pelatih untuk mengikuti program yang tidak mempunyai sijil pentauliahan. (Penalti tidak lebih RM100,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya) b) Larangan dan kawalan tentang pengiklanan (Seksyen 53 dan 54) - Membuat promosi sebagai Pusat Bertauliah sebelum mendapat kelulusan. Membuat pengiklanan yang mengandungi pernyataan palsu dan mengelirukan. (Penalti tidak lebih RM300,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya) 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Kesalahan dan Penalti c) Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan persijilan (Seksyen 55):- Mengeluarkan atau menganugerahkan sijil palsu. Tidak kurang dari 20,000.00 tetapi tidak melebihi 200,000.00 atau Penjara Tidak kurang 1 tahun tetapi tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya Penyedia latihan tidak ditauliahkan (Tidak melebihi 200,000.00 atau penjara tidak kurang 5) Kesalahan dan penalti berhubungan pentauliahan (Seksyen 56):- Pelanggaran syarat pentaulihan. (Penalti tidak lebih RM20,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya) 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Kesalahan dan Penalti d) Kesalahan dan penalti berhubungan permohonan dan sijil pentauliahan (Seksyen 57 dan 58):- Membuat penyataan palsu, tidak benar atau memberikan maklumat mengelirukan semasa permohonan pentauliahan. (Penalti tidak lebih RM20,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya) Gagal mempamerkan sijil pentauliahan atau gagal menyerahkan sijil setelah tidak lagi menjalankan latihan. (Penalti tidak lebih RM20,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya atau kompaun tidak melebihi RM10,000) 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Kesalahan dan Penalti e) Kesalahan dan penalti berhubungan pemeriksaan, penguatkuasaan dan penyiasatan (Seksyen 59):- Kegagalan mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain yang dikehendaki oleh Inspektor / pegawai penguat kuasa. Menghalang Inspektor / pegawai penguat kuasa semasa menjalankan mana-mana kuasanya. (Penalti tidak lebih RM20,000 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya atau kompaun tidak melebihi RM10,000) 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Pengkompaunan kesalahan (Seksyen 64) - Ketua Pengarah boleh dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah seksyen / peraturan-peraturan di bawah Akta ini. - Wang kompaun akan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Pengiktirafan Sijil (Seksyen 67) - Sijil yang dianugerahkan hendaklah dipertimbangkan bagi maksud kelayakan masuk bekerja ke dalam perkhidmatan awam, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan mengikut cara dan tatacara yang ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan (Seksyen 72) - Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan dengan baik peruntukan Akta ini. - Pelanggaran mana-mana peruntukan dalam peraturan-peraturan adalah suatu kesalahan. 11/6/2018
PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA 11/6/2018 PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA Kuasa Menteri untuk mengecualikan (Seksyen 73) - Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan mana-mana orang atau kumpulan orang atau penyedia latihan kemahiran daripada semua atau mana-mana peruntukan/peraturan di bawah Akta ini tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut. 11/6/2018
TERIMA KASIH 11/6/2018 JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA. 11/6/2018