MODUL SIRAH NABAWIYAH
Objektif Memahami cara-cara dakwah Rasulullah s.a.w Mengetahui cabaran dakwah yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dan bagaimana baginda menghadapinya.
Turunya Wahyu Berkhalwat(menyepi) di Gua Hira, terletak di Jabal Nur. Menerima wahyu ketika berumur 40 tahun, pada hari Isnin, 21 Ramadhan 610. Wahyu yang pertama dari surah al-Alaq ayat 1-5.
1. (Wahai Muhammad!) Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan (seluruh makhluk). 2. Ia telah menciptakan manusia dan segumpal darah. 3. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah. 4. Yang mengajar dengan pena. 5. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.
Setelah itu, Rasulullah s. a. w. pulang dalam keadaan gementar Setelah itu, Rasulullah s.a.w. pulang dalam keadaan gementar. Baginda mendapatkan Khadijah binti Khuwailid r.ha. seraya berkata: "Selimutkan aku, selimutkan aku.“ Khadijah segera menyelimutkan Baginda sehingga hilang rasa takut. Baginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata: "Aku bimbangkan diriku."Lantas Khadijah berkata: "Tak mungkin. Demi Allah, Allah tidak sekali-kali akan menghina kamu. Kamu menyambung silaturrahim, menanggung pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang hak.
Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s. a. w Setelah itu, Khadijah bersama Rasulullah s.a.w. berangkat menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin 'Abdul 'Uzza. Waraqah merupakan sepupu Khadijah. Beliau seorang lelaki yang menganut agama Nasrani semasa jahiliyah. Setelah mendengar apa yang diceritakan Khadijah, ia berkata: “ Saudaraku, jangan khuatir, suamimu telah dipilih sebagai Rasul Allah. Allah telah berbicara dengan dia, sebagaimana Dia telah berbicara dengan Musa di gunung Tursina.” Dengan nama sedih Warqah berkata lagi dengan Nabi, “ Sekiranya umurku panjang, aku akan membelamu sekuat tenagaku pada saat engkau diusir oleh kaummu.”
Beberapa bulan kemudian Jibril muncul lagi menyampaikan wahyu menyuruh baginda untuk memulai memimpin hamba Allah ke jalan yang benar. Wahyu tersebut yang bermaksud: “Hai orang yang berselimut bangunlah lalu berilah peringatan!” [ Al Muddatsir:1-2]
Dakwah secara sembunyi-sembunyi Berdakwah secara sembunyi-sembunyi selama 3 tahun. Menyeru Islam kepada orang-orang yang paling dekat dengan beliau (keluarga dan teman- teman). Berpusat di rumah al-Aqram.
Kenapa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi? FIKIRKAN! Kenapa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi? Kenapa baginda berdakwah mula dengan orang yang paling dekat dengannya?
Siti Khadijah Abu Bakar Ali bin Abi Tholib Zaid bin Tsabit Orang yang pertama menerima Islam Siti Khadijah Abu Bakar Ali bin Abi Tholib Zaid bin Tsabit
Dakwah secara terang-terang Rujuk buku teks m/s: 12-14
Peristiwa Penting sebelum Hijrah Ujian yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w Firman Allah yang bermaksud: “Alim laam mim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) menyatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang- orang yang dusta.” [al-Ankabuut:1-3]
Kaum Musyrikin Quraisy berkumpul mengadakan musyawarah . Diketuai Abu Lahab dan memutuskan untuk mengambil tindakan secara fizikal terhadap Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Rujuk buku teks m/s: 16
Hijrah ke Habasyah Penganiayaan dan keganasan orang-orang musyrik semakin menjadi- jadi dan Rasulullah tidak mampu memberikan perlindungan. Rasulullah memerintahkan sebahagian dari kaum Muslim untuk berhijrah ke Habasyah. Raja Habasyah bernama Najasyi menerima mereka bahkan masuk Islam.
Bai’atul Aqabah I (Penjanjian Aqabah 1), rujuk m/s: 17 Israk Mikraj, rujuk m/s 18 Bai’tul Aqabah II (Perjanjian Aqbah II), rujuk m/s: 20