DI SISI RINDA.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
MALAM JAHANAM KARYA MOTINGGO BOESJE.
Advertisements

My Mother And Me Cinta, perjuangan, kasih karunia,
Assalamualaikum.
TAHAP PENGEMBANGAN FILM KARTUN-4 M.SUYANTO
TAHAP PENGEMBANGAN FILM KARTUN-3 M.SUYANTO
Menghilangkan Rasa Takut pada Anak
Kisah Telaga Warna Kalau kita pergi ke daerah Puncak, Jawa Barat, di sana terdapat sebuah telaga jika dilihat pada hari yang cerah akan terkesan airnya.
PERJANJIAN AQABAH.
Suprastruktur.
Cinta, Kesedihan, Kecantikan, Kekayaan, Kegembiraan
“NASIB SEORANG ANAK DESA”
PERANG DUNIA PERTAMA.
CEMPAKA BERDARAH A.RAHIM ABDULLAH.
KARANGAN 1- Jenis Karangan 2- Format Karangan
KEINGINAN MEMBUNUH DIRI
PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
Ini Pilihan Kami.
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
GELANGGANG TUK WALI Oleh Ismail Kassan.
KERANA MANISNYA EPAL.
Biarkan Samudera Raihanah Salleh.
Melisa AbdullahHussain Edit by: Nur Syafiqah Binti Abdul Rahman.
Forum remaja 2020 Oleh Saharif Shaary.
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
TUJUH PUTERI TURUN KE DUNIA
CERPEN : PUSARAN.
KARANGAN JENIS GAMBARAN
SEJARAH 1 MULA DI SINI TINGKATAN.
PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA.
BAB VII YESUS SEBAGAI SAHABAT, TOKOH IDOLA, DAN JURUSELAMAT
BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
LAPORAN AKHIR PROJEK JELAJAH AMAL 2014
BAB VII YESUS, SAHABAT, TOKOH IDOLA, PUTRA ALLAH DAN JURUSELAMAT
TEKNIK MENCARI ISI KARANGAN BAHAGIAN ( B )
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMEROLEHAN BAHASA
Pengasasan kesultanan melayu melaka
NOTA KULIAH EPPE2053/EEEX3023 EKONOMI MALAYSIA
PANTANG LARANG KAUM INDIA
PROJEK : ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) TARIKH : FEBRUARI TEMPAT : KUALA SELANGOR, DARUL EHSAN TEMA : MAHASISWA ASPIRASI.
PANTUN EMPAT KERAT JENAKA DAN SINDIRAN.
غزوة بدر الكبرى إكمال مولان اكبر.
FAKTOR-FAKTOR PEMEROLEHAN BAHASA
HIKAYAT HANG TUAHHIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 6.
MELLISA OLEH: ABDULLAH HUSSAIN.
BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
SEJARAH TAHUN 4 TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU
BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Sajak pesan ibu beribu-ribu
KEGEMILANGAN MELAKA.
BAB 4 : PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
MELLISA OLEH: ABDULLAH HUSSAIN.
LAPORAN Nama : ASRINA BINTI ROSLAN No. Matrik : A149244
Forum remaja 2020 Oleh Saharif Shaary.
KERANA MANISNYA EPAL.
GELANGGANG TUK WALI Oleh Ismail Kassan.
AKTIVITI BERSAMA KELUARGA
HIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 7
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.
Forum remaja 2020 Oleh Saharif Shaary.
OLEH: ERDA ROSLAN KHAIRI
SEJARAH PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
OLEH: ERDA ROSLAN KHAIRI
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
Penulisan Kreatif 2015 Kelas 2NA Sekolah Menengah Clementi Town.
Fragmen Sebuah Kehidupan
Transcript presentasi:

DI SISI RINDA

SINOPSIS DI SISI RINDA

Jumari Jipan memerhati suasana sekitar selepas pengeboman Jepun subuh tadi.Ripin terkorban dan Jumari Jipan diamanahkan untuk menjaga Deliah yang kematian seluruh ahli keluarganya dalam serangan tersebut.Secara imbas kembali,Jumari Jipan mengingati semua peristiwa pengeboman Jepun yang telah meragut banyak nyawa termasuk semua ahli keluarga Deliah.Jumari Jipan mengenali Deliah sejak Deliah berumur tiga tahun.Dia menghadiahkan kucing Siam yang bernama “Rinda” kepada Deliah.

Perumitan awal berlaku apabila kematian Ripin,datuk Deliah Perumitan awal berlaku apabila kematian Ripin,datuk Deliah.Jumari Jipan begitu bimbang akan keselamatan Deliah sekiranya Deliah dibawa belayar bersama-samanya.Dalam suasana perang,keselamatan Deliah tidak terjamin.Jumari Jipan menemui keris pusaka yang sering dimimpi-mimpikan oleh Deliah di kawasan perkhemahan rejimen Melayu.Secara tiba-tiba Jumari dikejutkan oleh kemunculan tentera Jepun yang mencari sesuatu.Dia bersiap sedia dengan keris pusaka yang ditemui untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Jumari menyuruh Deliah lari menyelamatkan diri dengan bersembunyi di dalam bot di jeti.Tembakan tentera Jepun yang bertalu-talu mengenai rakan mereka sendiri.Rinda,Deliah dan Jumari Jipan selamat sampai ke jeti.Menurut Deliah mereka terselamt kerana keris pusaka yang ada bersama-sama mereka.Jumari Jipan terkejut apabila mendapati keris pusaka tersebut hilang secara tiba-tiba.

PERSOALAN DI SISI RINDA

Kehidupan dalam suasana perang yang terdedah kepada bahaya. Huraian : Tidak ada tempat yang benar-benar selamat dalam suasana perang.Banyak yang menderita dan kematian orang yang tersayang kerana perang. Contoh : Deliah kehilangan seluruh ahli keluarganya akibat serangan bom Jepun. Hubungan kemanusiaan. Huraian : Perasaan kemanusiaan yang kuat mendorong seseorang untuk melakukan kebaikan. Contoh : Perasaan simpati Jumari Jipan mendorongnya mengambil tanggungjawab menjaga Deliah. Jalinan antara Deliah dan Rinda pula bertaut atas naluri kasih sayang antara seorang anak piatu dengan binatang kesayangan yang menjadi teman sejatinya. Persahabatan. Huraian : Persahabatan sejati tidak akan terjejas dengan apa jua keadaan sekalipun. Contoh : Ripin dan Jumari Jipan menjalin persahabatan sejak remaja malah mereka pernah mencintai wanita yang sama dan yang lebih pendekar berjaya menawan gadis idaman.Persahabatan sejati antara mereka terus utuh sehingga Ripin terkoban akibat perang.

LATAR TEMPAT DI SISI RINDA

Bot Peristiwa : Tempat Jumari Jipan memerhati burung-burung laut selepas serangan bom yang menyebabkan Ripin terkorban. Tepi jeti Peristiwa : Jumari Jipan menemui Deliah dan Rinda selepas Ripin mati. Kawasan perkhemahan rejimen Melayu Peristiwa : Kampung halaman Jumari Jipan.Di sini Jumari menemui keris pusaka yang sering dimimpikan oleh Deliah. Belukar senduduk Peristiwa : Deliah bermain dengan Rinda dan terserempak dengan tentera Jepun.

LATAR MASA DI SISI RINDA

Subuh. Peristiwa : Serangan bom pihak Jepun yang membunuh Ripin. Senja. Peristiwa : Jumari Jipan duduk di kerusi kayu di atas dek bot dan mengingati pelbagai peristiwa yang pernah dilaluinya. 8 hari sebelum Jumari sampai ke jeti. Peristiwa : Ibu,ayah dan kakak Deliah mati akibat serangan bom pihak Jepun. 2 hari sebelum Jepun menemui bekas kem rejimen Melayu. Peristiwa : Jumari Jipan dan Deliah menemui keris pusaka yang tersembunyi di bawah timbunan buyung. Hari ke-2 tentera Jepun ke kampung Jumari Jipan. Peristiwa : Deliah bertembung dengan tentera Jepun yang sedang mencari pasangan kucingnya.

LATAR MASYARAKAT DI SISI RINDA

Golongan pelaut. Peristiwa : Golongan ini belayar dari satu negara ke satu negara.Akibat perang pelayaran mereka terdedah kepada serangan Jepun.Jumari Jipan seorang kelasi kapal Inggeris. Mangsa perang. Peristiwa : Keluarga Deliah mewakili orang awam yang menjadi korban pengeboman tentera Jepun. Tentera Jepun. Peristiwa : Golongan penjajah yang ingin menjajah Tanah Melayu.Mereka tidak akan mempunyai perikemanusiaan terhadap orang awam.

GAYA BAHASA DI SISI RINDA

Personifikasi. Contoh : Daun-daun semalu di sekitarnya banyak yang sudah layu dan terkuncup merajuk. Metafora. Contoh : Langit di sebelah barat daya separuh pucat dan separuh pekat. Simile. Contoh : Membiarkan dirinya melayang seolah-olah bebas tak terarah. Repitisi. Contoh : Mereka sama-sama sekolah,sama-sama seiring remaja,sama-sama sehari bersunat,sama-sama beransur dewasa…