TASAWWUR ISLAM II WEEK 2 MUNAKAHAT DALAM ISLAM DISEDIAKAN OLEH: PUSAT PENDIDIKAN ANDALUS dan USTAZ ISMAIL HARON FEB 2012 AHAD WOODLANDS
PENDEKATAN TOPIK MUNAKAHAT DALAM TASAWWUR ISLAM 2 APPROACH & FOKUS TOPIK KEPADA ISU-ISU yg BERBENTUK ‘TASAWWUR’: Perkahwinan dalam Islam Poligami dalam Islam Perceraian dalam Islam Indahnya Rujuk Keistimewaan Iddah Konsep Nafkah Dan isu-isu munakahat masakini…
Pengertian nikah Dari segi bahasa: Bersatu dan berkumpul Dari segi syarak: Satu akad yang menghalalkan penyatuan dan perkongsian hidup lelaki dan wanita Dalil pensyariatan pernikahan ialah Surah An-Nisa’ : 3, Surah An-Nur:32, Surah Ar-Rum:21
Hikmah-hikmah pernikahan Menyahut seruan fitrah manusia Melahirkan keturunan yang sholeh Mewujudkan ketenangan jiwa Memelihara akhlak dari keruntuhan Memelihara kewujudan manusia Meluaskan ikatan persaudaraan
Hukum pernikahan Sunat – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan Makruh – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi ada keinginan Wajib – Bagi yang mampu secara zahir dan batin dan ada keinginan kuat yang dikhuatiri jatuh zina Haram – Bagi yang tidak mampu secara zahir dan batin tapi bertujuan menzalimi isterinya Harus – Bagi yang mampu tapi tiada keinginan
Persediaan sebelum nikah Memilih jodoh yang terbaik Hadith Nabi s.a.w.:”Dinikahi wanita kerana empat perkara: hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Utamakan yang kuat beragama, pasti kamu selamat.”
Ciri-ciri bakal isteri yang baik Kuat pegangan agama Memiliki sifat kasih sayang dan lemah lembut Subur iaitu dapat melahirkan anak Berasal keturunan yang mulia Berilmu pengetahuan Digalakkan yang masih perawan
Ciri-ciri suami idaman Kuat pegangan agama Berakhlak mulia Mempunyai harta Berilmu pengetahuan Berketurunan mulia Sihat jasmani
Tujuan pemilihan calon pasangan Supaya rumahtangga yang bakal dibina menjadi harmoni Supaya lahir perasaan kasih-mengasihi dan reda-meredai Supaya melahirkan zuriat yang mulia dan berguna
Peminangan dan pertunangan Peminangan adalah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita untuk dinikahi Pertunangan adalah ikat janji tempoh pengenalan dan persiapan untuk berumahtangga
Jenis-jenis pinangan Pinangan terus terang Contoh berkata: “ Saya ingin mengambil anak awak sebagai isteri saya.” – Ini dibenarkan untuk meminang anak dara, wanita yang tidak berada dalam iddah dan bukan mahram
Jenis-jenis pinangan Pinangan sindiran/kiasan Contoh berkata: “ Anak awak cantik dan ramai orang sukakannya.” Pinangan ini dibenarkan untuk wanita yang dalam iddah kematian suaminya atau iddah talak bain(talak tiga atau fasakh)
Pinangan yang diharamkan Kepada wanita yang bersuami Kepada wanita yang mahram Kepada wanita yang dalam iddah talak raj’i Kepada wanita yang sudah dipinangi dan diterima pinangan
Minta pandangan orang tentang pasangan Mesti menjelaskan dengan jujur kebaikan dan keburukan pasangan itu. Dalilnya ialah hadith Fatimah binti Qais yang meminta pandangan Nabi saw mengenai dua lelaki yang meminangnya. Nabi saw menceritakan keburukan mereka dan menyuruhnya bernikah dengan Usamah bin Zaid
Maskahwin Harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya setelah akad nikah Tujuannya ialah menunjukkan kemampuan dan kesungguhan suami memelihara keluarganya Hukumnya wajib sebaik sahaja selesai akad nikah
Maskahwin Dalilnya dalam Surah An-Nisa’:4 Menyebutkan kadar maskahwin ketika akad nikah adalah sunat Maskahwin adalah milik mutlak seorang isteri tetapi wali akan menerimanya bagi pihak isteri Tiada had minima dan maksima maskahwin.Ia bergantung kepada kemampuan suami.
Maskahwin Maskahwin boleh disegerakan atau ditangguhkan menurut persetujuan kedua pihak Maskahwin wajib diberikan sepenuhnya jika suami telah menyetubuhi isterinya atau salah seorang sama ada suami atau isteri meninggal dunia sebelum atau sesudah persetubuhan
Maskahwin Maskahwin wajib diberikan separuh jumlahnya jika suami menceraikan isterinya selepas akad nikah sebelum dia menyetubuhi isterinya. Maskahwin tidak wajib diberikan jika isteri berpisah dengan suaminya sebelum berlaku persetubuhan dan ianya berlaku disebabkan isteri seperti murtad atau kecacatan.
Syarat-syarat maskahwin Mestilah benda yang suci Memberi faedah seperti mengajar ilmu agama atau Al-Quran Diketahui sifat dan jumlahnya Ia adalah milik suami
Hantaran Barang yang daripada maskahwin, persalinan, buah-buahan dan makanan. Ia diberikan oleh pihak lelaki dan wanita dalam jumlah yang ganjil seperti 7,9,11 dulang. Tiada kadar tertentu.Hukumnya harus Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membazir.
Hikmah hantaran Mengeratkan hubungan kekeluargaan Memuliakan pengantin lelaki dan perempuan Saling bertukar hadiah antara kedua belah pihak
Wanita yang haram dinikahi Pengharaman ini kerana beberapa sebab seperti penghormatan, fitrah semulajadi manusia dan membina hubungan kekeluargaan. Wanita seumpama ini digelar mahram. Mereka terbahagi kepad dua golongan:
Pembahagian mahram Mahram muabbad iaitu mereka yang haram dinikahi selamanya Mahram muaqqat iaitu mereka yang haram dinikahi untuk sementara waktu sahaja Sebab-sebab pengharaman selamanya: Hubungan keturunan
Mahram muabbad Ibu, nenek moyang ke atas sebelah bapa atau ibu Anak perempuan, cucu cicit ke bawah Adik-beradik kandung atau sebapa atau seibu Anak saudara kandung atau sebapa atau seibu
Mahram muabbad Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu (sebelah bapa) Emak saudara kandung atau sebapa atau seibu(sebelah ibu) Pengharaman kerana susuan Golongan wanita ini adalah sama seperti mahram keturunan
Mahram muabbad Pengharaman dengan susuan disebabkan pernikahan, contoh: Ibu mertua susuan Anak tiri susuan Isteri bapa susuan Isteri menantu susuan
Mahram muabbad Pengharaman kerana pernikahan Isteri bapa,datuk ke atas(ibu tiri) Isteri anak,cucu ke bawah (menantu) Ibu mertua Anak tiri
Mahram muaqqat Wanita yang diharamkan dinikahi untuk sementara waktu kerana ada halangan Adik-beradik isteri (ipar) Emak saudara dan anak saudara isteri Isteri yang kelima Wanita kafir penyembah berhala Isteri orang lain Isteri dalam iddah Isteri talak tiga
Rukun-rukun nikah Ijab dan kabul Ijab adalah ucapan wali pengantin wanita kepada pengantin lelaki Kabul ialah balasan pengantin lelaki kepada ucapan wali pengantin wanita Tujuannya ialah menzahirkan kerelaan pasangan pengantin terhadap pernikahan itu
Syarat-syarat ijab kabul Menggunakan lafaz nikah atau kahwin Ijab kabul bersambung ucapannya Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikah Tidak bersyarat Tidak bertempoh
Rukun kedua nikah Pengantin wanita, syarat-syaratnya: Beragama Islam atau ahli Kitab Bukan mahram,dalam iddah,isteri orang lain atau sudah dipinang Ditentukan siapakah orangnya Bukan dalam ihram haji atau umrah
Rukun ketiga nikah Pengantin lelaki, syarat-syaratnya: Beragama Islam Bukan mahram Ditentukan siapakah orangnya Bukan dalam ihram haji atau umrah Tidak mempunyai empat orang isteri
Rukun keempat nikah Wali iaitu ahli keluarga lelaki yang hampir dengan pengantin wanita Wali terbahagi kepada dua golongan; wali mujbir dan wali bukan mujbir Wali mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa kepada seorang gadis Wali bukan mujbir ialah wali-wali selain bapa dan datuk sebelah bapa
Hikmah adanya wali Menjaga keselamatan dan kehormatan wanita dari dipermainkan Menonjolkan sifat prihatin dan tanggungjawab ahli keluarga wanita Memelihara sifat malu wanita
Keistimewaan wali mujbir Bapa atau datuk berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa kebenaran dan kerelaannya kerana sifat kasihsayang yang mendalam Ada tiga syarat wali mujbir: Tiada permusuhan ketara antara wali dan wanita itu Pernikahan hendaklah sekufu Bakal suami mampu segera bayar maskahwin
Hukum nikah tanpa wali Nikahnya tidak sah. Pasangan wajib dipisahkan. Jika berlaku persetubuhan, wanita itu berhak mendapat mahar misil Pasangan akan dikenakan hukuman ta’zir sama ada penjara, denda atau sebat
Susunan wali-wali nikah Bapa Bapa kepada bapa (datuk) Adik-beradik lelaki kandung Adik-beradik lelaki sebapa Anak saudara lelaki kandung Anak saudara lelaki sebapa
Susunan wali-wali nikah Bapa saudara kandung sebelah bapa Bapa saudara sebapa sebelah bapa Sepupu lelaki kandung Sepupu lelaki sebapa
Syarat-syarat wali Islam Adil iaitu tidak buat dosa besar atau berterusan buat dosa kecil Baligh Berakal Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
Hukum wali enggan kahwinkan wanita Jika pilihan wanita itu seorang lelaki yang setaraf dengannya dengan mahar misil, wali mesti mengahwinkannya. Jika tidak, wanita berhak mengadu kepada hakim yang akan menikahkannya. Jika pilihan itu tidak setaraf atau maharnya bukan misil atau wali ada pilihan setaraf, maka berhak wali menghalanginya dan hakim tidak boleh masuk campur.
Hukum jika wali dekat tiada Jika wali terdekat dengan wanita berada di tempat yang jaraknya dua marhalah atau lebih, maka hak wali berpindah kepada wali hakim. Jika wali terdekat berada kurang dua marhalah, maka tiada siapa boleh mengahwinkan wanita itu tanpa izinnya atau perwakilannya.
Dua wali yang sama taraf Contohnya dua adik beradik kandung, dua anak saudara kandung,dua pakcik Dalam hal ini,disunatkan jadi wali: Orang yang paling faham hal pernikahan Orang yang lebih warak Orang yang lebih tua
Tiada wali langsung Dalam hal ini, wanita itu akan dinikahkan oleh wali hakim atau seorang muslim di tempat itu.
Rukun kelima nikah Dua orang saksi,syarat-syaratnya: Islam Lelaki Berakal dan baligh Adil Mendengar dan melihat
Hak dan tanggungjawab Hak bagi suami isteri bersetubuh dalam keadaan yang dibenarkan Isteri wajib mentaati dan melayan suami dengan baik Suami wajib menyerahkan maskahwin Suami wajib memberi nafkah
Hak dan tanggungjawab Suami wajib berlaku adil jika poligami Anak yang lahir dinasabkan kepada bapanya Mewarisi harta pusaka pasangan
Sunat-sunat akad nikah Khutbah nikah sebelum akad nikah dimulakan Mendoakan kebaikan untuk pengantin Menghebahkan pernikahan dan memukul gendang Membaca doa ketika ingin bersatu
Sunat akad nikah Mengadakan walimah (kenduri kahwin) Hukumnya adalah sunat muakkad Kadarnya menurut kemampuan Hikmahnya ialah untuk merapatkan persaudaraan dan mengelakkan fitnah Hukum menghadiri majlis walimah adalah wajib
Poligami Hukum asal adalah harus. Hukumnya menjadi sunat jika isteri pertama sakit atau mandul dan suami mampu berlaku adil. Hukumnya makruh jika sekadar berseronok dan suami meragui kemampuannya berlaku adil Hukumnya haram jika suami yakin tidak mampu berlaku adil
Maksud keadilan Keadilan yang diwajibkan bagi suami yang berpoligami adalah dari segi nafkah zahir seperti makan minum, tempat tinggal, giliran tidur dan pergaulan yang baik ( Surah An-Nisa’ : 3 ) Suami tidak diwajibkan berlaku adil dari segi perasaan kasih sayang selagi ianya tidak membawa kepada tindakan zalim ( Surah An-Nisa’ : 129 )
Hikmah poligami Menjaga kesucian lelaki yang mampu Mengelakkan wanita dari menjadi andartu atau wanita simpanan Terdapat keadaan di mana poligami membawa faedah yang besar seperti keadaan di mana ada keinginan yang tinggi sedangkan isterinya sakit tidak mampu melayan suaminya dan keadaan di mana bilangan lelaki berkurangan dibandingkan dengan wanita disebabkan peperangan atau musibah
Peringatan Penyalahgunaan orang-orang yang zalim terhadap konsep poligami tidak menafikan hikmah diharuskan poligami. Islam tidak bertanggungjawab atas tindakan mereka. Poligami disyariatkan untuk menyahut keperluan, melindungi masyarakat dan menghapuskan maksiat.
PERCERAIAN DALAM ISLAM Asas perkahwinan dalam Islam adalah al-mawaddah (kasih-sayang) dan ar-rahmah (kasih-mengasihi) antara suami dan isteri. Firman Allah SWT maksudnya: “...dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya ialah bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih- sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir)...”. (ar-Rum: 21)
Sekiranya perasaan kasih-sayang sudah tidak wujud lagi di antara pasangan suami isteri maka adalah tidak wajar untuk memaksa diri untuk terus hidup bersama kerana apalah ertinya menjalinkan hubungan dalam keadaan benci-membenci di antara satu sama lain. Bahkan rumahtangga yang tidak bahagia menyebabkan masyarakat menjadi kucar kacir seterusnya boleh mengancam kesejahteraan negara. Oleh yang demikian Islam sebagai agama yang mementingkan keharmonian dan ketenangan hidup manusia telah membenarkan untuk dibubarkan sesebuah perkahwinan itu sebagai salah satu daripada cara terbaik dalam menyelesaikan konflik suami isteri.
Firman Allah SWT yang maksudnya: “ Firman Allah SWT yang maksudnya: “...tidak ada suatu pun dosa atas kamu jika kamu menceraikan isteri.” (al-Baqarah: 236). Walaupun begitu di dalam Islam perceraian tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan malah bercerai itu sekalipun halal namun amat dibenci oleh Allah SWT. (Abu Daud dan Ibnu Majah).
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas berlaku persetubuhan Hukum rujuk adalah harus bagi suami Rujuk adalah hak suami semata-semata
Rujuk Hikmah rujuk adalah: Untuk memberi suami peluang menyedari kesilapannya Supaya isteri sedar kesilapannya dan memperbaikinya Peluang untuk bermaaf-maafan Berhati-hati dalam membuat tindakan dan berazam membina hidup baru
Rujuk Rukun rujuk ada tiga: Suami yang merujuk Isteri yang dirujuk Kata-kata atau perbuatan yang menunjukkan rujuk
Rujuk Syarat bagi suami yang merujuk: Waras Cukup umur (baligh) Dengan kemahuan sendiri Islam
Rujuk Syarat isteri yang dirujuk: Bercerai dengan talak, bukan fasakh Isteri itu telah disetubuhi Isteri tidak diceraikan dengan tebus talak Belum sempurna bilangan talak Masih dalam penantian iddah
Rujuk Ucapan rujuk terbahagi kepada dua: Lafaz sorih(jelas) atau lafaz kinayah(sindiran) Contoh lafaz sorih ialah: Aku rujuk kepadamu, aku balik kepadamu Rujuk jenis ini tidak perlu kepada niat, izin atau redha isteri atau penyaksian atau wali
Rujuk Contoh rujuk kinayah adalah: Marilah sini, abang sayangkanmu,awak cantik dan seumpamanya Rujuk juga sah jika dengan perbuatan suami seperti bersatu, ciuman, berasmara Rujuk mengurangkan bilangan talak suami
Rujuk Keadaan isteri yang diceraikan suaminya: Berlaku perceraian sebelum persetubuhan Perceraian secara tebus talak(khuluq) Perceraian talak satu atau dua selepas persetubuhan Perceraian dengan talak tiga sama ada sekaligus atau satu persatu
Rujuk Bagi isteri yang diceraikan talak satu atau dua sebelum disatui, tiada rujuk dan iddah baginya Dalilnya ialah Surah Al-Ahzab:49 Ini bermakna talak itu adalah talak bain Kalau mereka ingin kembali sebagai suami isteri, mesti diadakan majlis akad nikah dan maskahwin yang baru
Rujuk Bagi isteri yang diceraikan talak tiga sebelum bersatu, maka tiada rujuk dan iddah dan dia tidak boleh kembali kepada suami pertama sehingga dia bernikah suami lain Jika suami menceraikan isteri dengan tebus talak sama ada sebelum atau sesudah persetubuhan, maka tiada rujuk dan ia diangap talak bain. Jika belum bersatu, tiada iddah tapi wajib iddah kalau sudah bersatu
Rujuk Jika isteri diceraikan dengan talak satu atau dua selepas persetubuhan, maka dia boleh dirujuki dan ada iddah Dalilnya ialah Surah Al-Baqarah:228 Jika isteri diceraikan dengan talak tiga, maka tiada rujuk tapi ada iddah
Rujuk Isteri yang dijatuhkan talak tiga hanya boleh kembali kepada suami pertama dengan syarat-syarat berikut: Iddah dengan suami pertama sudah selesai Dia bernikah dengan lelaki lain Dia disetubuhi oleh suami kedua Suami kedua menceraikannya Iddahnya dengan suami kedua selesai Dalilnya ialah Surah Al-Baqarah:230
Iddah Ertinya: Tempoh penantian wanita yang diceraikan atau difasakh atau kematian suami Hukum iddah adalah wajib Hikmah disyariatkan iddah: Melaksanakan hak suami yang baru meninggal dunia
Iddah Memastikan isteri tidak mengandung anak dari suami sebelumnya Memberi peluang suami lama untuk merujuk isterinya Memberi ketenangan kepada isteri kematian suami untuk memulakan hidup baru Memberi penghormatan kepada isteri yang berhak mendapatkan nafkah sepanjang iddah
Iddah Jenis-jenis iddah ada empat: Iddah isteri yang ada haid – 3 kali suci Iddah isteri yang telah putus haid- 3 bulan Iddah isteri yang kematian suami – 4 bulan 10 hari atau 130 hari Iddah isteri yang hamil – sehingga bersalin
Iddah Jika seorang isteri ditalak raj’ie kemudian kematian suaminya ketika iddah kemudian didapati dia mengandung semasa iddah, maka iddahnya sehingga dia bersalin Jika isteri ditalak raj’ie kemudian kematian suami semasa iddah, maka iddahnya 130 hari Jika isteri ditalak raj’ie kemudian dia hamil atau sebaliknya, maka iddahnya sehingga dia bersalin
Iddah Keadaan isteri ketika iddah talak raj’ie: Isteri itu masih kekal isteri dan berhak mendapatkan nafkah (makan/minum/tempat tinggal) Suami berhak rujuk bila-bila masa tanpa pengetahuan atau izin isteri atau saksi Isteri tidak boleh keluar rumah suami tanpa izinnya atau keadaan darurat Isteri dilarang menerima pinangan orang lain
Iddah Keadaan isteri ketika ditalak bain: Dia wajib iddah jika sudah disetubuhi Dia wajib tinggal di rumah bekas suaminya sehingga selesai iddahnya Dia tidak mendapat nafkah makan, minum dan pakaian Jika isteri hamil, maka dia berhak mendapatkan semua nafkah
Iddah Jika isteri kematian suami, maka dia hanya berhak mendapatkan nafkah tempat tinggal sahaja kerana dia akan mewarisi pusaka suaminya Isteri ini juga perlu berkabung selama 130 hari dengan mengikuti syarat-syarat berikut:
Iddah Meninggalkan memakai perhiasan dan wangi-wangian atau pakaian menarik perhatian, bercelak dan bersolek Tidak boleh keluar rumah kecuali ada hajat penting