KLINIK BAHASA MELAYU 2012 MEMBINA AYAT
Aktiviti – buat ayat dengan membezakan makna. Sempit – kesempitan Mara – kemaraan Jantan – kejantanan
Jawapan: Bilik itu menjadi sempit kerana ibu meletakkan kotak-kotak barang di sana. Aminah kesempitan wang setelah suaminya meninggal dunia pada bulan lalu.
2. Saya akan terus mara ke hadapan walaupun ada aral melintang 2. Saya akan terus mara ke hadapan walaupun ada aral melintang. kemaraan tentera British itu telah menyebabkan tentera Kosovo berundur dan mengaku kalah. 3. Pada siang hari, ayam jantan selalu berkokok dan turun untuk makan. Kejantanan Daud tercabar apabila terlihat bekas isterinya bermesra di hadapannya dengan suami baru.
Untuk permulaan, mari kita periksa keadaan ayat anda Kawan-kawan! Sila bina ayat dengan perkataan Jauh - jauh menjauhi
Terima Kasih Sebelum itu mari kita lihat bentuk-bentuk soalan membina ayat: BENTUK PERKATAAN YANG DIGUNAKAN 1- Perkataan Berimbuhan Kata dasar sama, imbuhan berbeza Contoh: tarian - menari
2- Perkataan Berganda Contoh: kunci-kunci – mengunci 3- Kata Dasar dan Kata Berimbuhan Contoh: laju - kelajuan
4- Homograf Perkataan yang sama ejaannya tetapi mempunyai perbezaan sebutan dan makna. Contoh: rendang - rendang 5- Homofon Sebutan dan ejaan sama tapi berlainan makna. (mempunyai banyak makna) Contoh: haus
Sekarang kawan-kawan semua… mari kita periksa ayat kawan-kawan tadi….. Adakah ayat kamu sihat..tidak ada luka-luka dan cedera parah?
Senarai Semak 1- Ayat 8 patah perkataan ke atas. 2- Perkataan yang diberi tidak boleh ditambah, dikurang atau ditukar. 3- Tidak boleh dijadikan tajuk/nama tempat/nama khas /kata majmuk dan sebagainya. 4. Tidak boleh dijadikan peribahasa. 5- Maksud haruslah jelas. 6- Perkataan berpasangan; harus menghasilkan dua ayat ( setiap satu perkataan satu ayat )
-Memanjangkan predikat. PANDUAN 1- Ayat 8 patah perkataan ke atas. Teknik mencapai lebih daripada lapan patah perkataan. - Memanjangkan subjek. -Memanjangkan predikat. Lelaki itu sedang bermain bola sepak di padang. Lelaki yang berbaju merah itu sedang bermain bola sepak di padang. Perempuan itu minum milo. Perempuan itu minum milo yang telah dibelinya di pasar tadi.
Pastikan selepas kata kerja ialah OBJEK Suhaimi melontar jauh lembing itu semasa pertandingan sukan sekolah . Suhaimi melontar lembing itu jauh-jauh dengan sepenuh tenaganya semasa pertandingan sukan sekolah.
Boleh menggunakan cakap ajuk, tetapi maknanya haruslah jelas Boleh menggunakan cakap ajuk, tetapi maknanya haruslah jelas. SUSUT “Saya akan menerangkan kepada mereka maksud susut” kata Adina. “Ira, kenapa berat badan awak semakin susut?” kata Adina kepada Ira.
Perkataan yang diberi tidak boleh ditambah, dikurang atau ditukar Perkataan yang diberi tidak boleh ditambah, dikurang atau ditukar. semak Cikgu sedang menyemak buku latihan kami di bilik pentadbiran sekolah. Buku latihan kami sedang cikgu semak di bilik pentadbiran. *Ayat aktif boleh dijadikan ayat pasif.
Tidak boleh dijadikan tajuk/nama tempat/nama khas/kata majmuk dan sebagainya. Mesyuarat Diana dipanggil ke bilik mesyuarat untuk mengambil slip peperiksaannya. Mesyuarat itu diadakan adalah untuk membincangkan masalah banjir yang dihadapi penduduk kampung.
Tidak boleh dijadikan peribahasa Tidak boleh dijadikan peribahasa. Seperti Halim seperti tikus membaiki labu kerana kereta yang dibaikinya semakin rosak pula. Makanan seperti roti dan nasi mengandungi banyak khasiat untuk kesihata tubuh badan kita.
Saya bermain perang-perang bersama adik saya. 6- Perkataan berpasangan; harus menghasilkan dua ayat ( setiap satu perkataan satu ayat ) Perang – perang Saya bermain perang-perang bersama adik saya. Perang yang berlaku pada zaman itu telah mengakibatkan banyaknya pertumpahan darah. Rambut Dina berwarna perang kerana telah diwarnakannya semasa bulan puasa lepas.
SOALAN DAN PERBINCANGAN Aktiviti ….. Semoga ayat abiskita tidak lagi sakit SEKIAN…..Selamat Mencuba.. Semoga Berjaya