HAKIKAT DAN CIRI BAHASA MINGGU 3 PENGERTIAN BAHASA, HAKIKAT DAN CIRI BAHASA
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menerangkan: > pengertian bahasa > hakikat bahasa > ciri bahasa (dalaman dan luaran) > aspek bahasa > fungsi bahasa
BAHASA Istilah bahasa dalam BM, sama dengan taal (Belanda), langue (Perancis), lengua (Sepanyol), lingua (Itali) language (Inggeris), sprache (Jerman), kokugo(Jepun),lughatun (Arab), bhasa (Sanskrit)… Melalui bahasa, kita dapat: * berkomunikasi * meluahkan perasaan * menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya * mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana * mewariskan ilmu, budaya, peradaban dan agama Melalui pengkajian bahasa, kita akan menemukan hakikat kemanusiaan dan dapat memberikan sumbangan ke arah kebahagiaan
BAHASA: KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT Sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu dengan individu yang lain) Percakapan yang baik, tingkah laku yang baik, sopan santun (KD, 2005: 106)
BAHASA: KAMUS BESAR BAHASA MELAYU UTUSAN Dialek, loghat Bicara, ujaran, omong Adab, tatatertib, sopan santun, tingkah laku yang baik Pertuturan yang baik (KBBMU, 1995: 128)
BAHASA: KAMUS BESAR BAHASA INDONESIA EDISI KETIGA Sistem daripada lambang (tanda) yang berupa sebarang bunyi (bunyi bahasa) yang dipakai orang untuk meluahkan fikiran dan perasaan Perkataan yang dipakai oleh sesuatu bangsa (suku, bangsa, negara, daerah) Percakapan (perkataan) yang baik, sopan santun, tingkah laku yang baik (KBBI, 2001: 88)
UNSUR PENDEFINISIAN BAHASA Bahasa alat komunikasi yang bersifat langsung atau tidak langsung Bunyi bahasa dihasilkan oleh mekanisme artikulasi manusia, yang boleh dilafazkan dan dilambangkan Bunyi bahasa itu bersifat arbitrari (sewenang-wenang) Bunyi yang arbitrari itu bersistem dan bermakna
RUMUSAN DEFINISI BAHASA Bahasa ialah keupayaan fitrah manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari dan bermakna, yang dipersetujui bersama oleh satu kelompok sosial dan melaluinyalah manusia berkomunikasi, iaitu membentuk, mengungkapkan, dan menyampaikan fikiran dan perasaannya Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu: > bunyi ucapan > satuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna * Bahasa juga bersifat sosial budaya
HAKIKAT BAHASA Untuk memahami manusia dan kemanusiaan, kita mesti memahami dan mengetahui bahasa yang menjadikan kita sebagai manusia. Rialitinya kita sering menggunakan bahasa dalam pelbagai konteks dan pelbagai makna Keadaan ini dapat dijelaskan dari aspek penggunaan bahasa, iaitu bahasa tertentu, bahasa umum, etika bahasa, kebijaksanaan tindakan, laras kesusasteraan, dengan cara, ujaran dan hipotesis
HAKIKAT BAHASA bahasa tertentu: Mahasiswi belajar bahasa Hindi, mahasiswa belajar bahasa Parsi bahasa umum: Haiwan tidak mempunyai bahasa etika bahasa: Mahasiswa itu tidak tahu bahasa kebijaksanaan tindakan: Ideanya tidak tekal kerana dia menggunakan bahasa yang tidak sama laras kesusasteraan: Usman Awang menulis puisi menggunakan bahasa yang romantik dengan cara: Demontrasi tidak dapat dibanteras dengan bahasa kepolisan ujaran: Dia mengajarkan Bahasa Melayu dengan bahasa lisan hipotesis: Hang Tuah menguasai dua belas bahasa
CIRI BAHASA: DALAMAN Bahasa ialah satu sistem Bahasa ialah satu sistem simbol Bahasa ialah simbol bunyi Bahasa ialah arbitrari Bahasa ialah alat komunikasi Bahasa itu konvensional Bahasa itu produktif Bahasa itu unik Bahasa itu sejagat Bahasa itu dinamis Bahasa itu bervariasi Bahasa itu insani
variasi dan status bahasa penggunaan bahasa kontak bahasa CIRI BAHASA: LUARAN masyarakat bahasa variasi dan status bahasa penggunaan bahasa kontak bahasa bahasa dan budaya
BAHASA IALAH SATU SISTEM Susunan teratur berpola yang membentuk suatu keseluruhan yang bermakna, iaitu sistem bunyi dan sistem makna, bukan secara acak, dan diatur seperti pola yang berulang, sehingga jika satu unsur tidak wujud, kita dapat meramalkan kehadirannya. Contoh ayat: Emak …….. nasi untuk makan……. Sejumlah unsur yang bertalian secara fungsional, mengikut peraturan tertentu Peraturan tersebut ialah tentang bunyi dan urutannya, kata dan bentuknya, serta ayat dan susunannya Bahasa bersifat sistematis dan sistemis. Sistematis bermaksud susunan kata mengikut pola, dan tidak arbitrari. Sistemis bermaksud bahasa mempunyai subsistem, dan disusun mengikut hierarki Susunan ini dinamakan tataran linguistik atau tataran bahasa
TATATINGKAT BAHASA wacana (discourse): unit bahasa yang terlengkap dan tertinggi, terdiri daripada deretan kata atau ayat, bentuk lisan atau tulisan ayat (sentence): unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap, intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan predikat klausa (clause): unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih frasa (phrase): kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dengan klausa kata (word): morfem atau gabungan morfem, unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran morfem (morpheme): unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian fonem (phoneme): unit terkecil mujarad yang membedakan makna bunyi bahasa dalam bidang fonemik fon (phone): unit bunyi ujaran dalam bidang fonetik
SISTEM BAHASA peringkat fonologi: penyusunan bunyi BM: VKV (aku), KVK (hormat) BI: VKKKVK (abstrac) peringkat morfologi: penyusunan kata BM: hukum DM (Restoran Minang) BI: hukum MD (old man) peringkat sintaksis: penyusunan frasa BM: Orang itu malas BI: He is lazy
SISTEM BAHASA Setiap pengguna bahasa mesti mematuhi kaedah atau peraturan bahasa. Jika tidak, penyampaian maklumat akan bercelaru dan komunikasi tidak akan berlaku Dalam bahasa Melayu, untuk menyatakan sifat, kata adjektif selalunya hadir selepas kata nama (seluar baharu, rambut kerinting…) Penggunaan kata kerja transitif yang berawalan meN, pelakunya berfungsi sebagai subjek, selalunya hadir pada awal ayat, dan objeknya hadir selepas kata kerja transitif (Dia menendang bola)
BAHASA IALAH SISTEM SIMBOL Pertuturan seseorang mempunyai pertalian yang simbolik dengan objek atau peristiwa tertentu, iaitu menggambarkan pelbagai pengalaman Dalam pertuturan, dua keadaan terjadi, iaitu penanggapan bunyi, dan mempertalikan bunyi yang ditanggap itu dengan makna Simbol termasuk dalam ilmu semiotik, iaitu ilmu yang mempelajari tanda dalam kehidupan kita dan simbolmerupakan satu daripada tanda. Tanda yang lain ialah tanda, isyarat, gejala, gerak isyarat, kod, indeks, dan ikon Tanda dapat mewakili idea, fikiran, perasaan, benda dan tindakan secara langsung dan alamiah. Misalnya: kemalangan jalan raya, keadaan sebelum dan selepas hujan… Simbol menandai sesuatu yang lain secara konvensional, tidak secara alamiah. Misalnya: warna bendera, warna logo institusi, warna diraja… Tanda tidak bersifat arbitrari, sedangkan simbol bersifat arbitrari. Simbol amat erat hubungannya dalam kegiatan manusia. Ini dicerminkan oleh bahasa, kerana bahasa ialah simbol
BAHASA IALAH SISTEM SIMBOL Isyarat ialah tanda yang disengajakan supaya penerima bertindak balas. Isyarat juga bermakna perintah. Misalnya: isyarat dalam acara sukan, lalu lintas… Gerak isyarat (gesture) ialah tanda yang dilakukan dengan gerakan badan yang mungkin berupa tanda atau lambang. Misalnya: gerakan manusia dan haiwan Gejala (symptom) ialah tanda yang tidak disengajakan, tanpa maksud tertentu, tetapi bersifat alamiah untuk menunjukkan bahawa sesuatu akan berlaku. Misalnya: ramalan doktor terhadap pesakit Ikon ialah tanda yang mirip dengan sesuatu yang diwakilinya. Misalnya: gambar bangunan, patung… Ada waktunya ikon bermaksud lambang Indeks ialah tanda kewujudan sesuatu yang lain seperti asap yang menunjukkan wujudnya api, tanda penunjuk arah … Kod ialah tanda wujudnya sistem, sama ada berupa lambang, isyarat atau gerak isyarat yang mewakili fikiran, perasaan, idea, benda dan tindakan. Misalnya: bahasa rahsia
BAHASA IALAH SISTEM SIMBOL Perkataan ialah abstraksi daripada sesuatu yang konkrit atau mujarab Dengan adanya lambang yang mewakili benda dalam menyatakan sesuatu, kita tidak berhadapan langsung dengan benda itu kerana konsepnya sudah ada dalam fikiran yang berupa lambang Untuk menamakan sesuatu benda yang konsepnya sudah ada dalam fikiran, perlulah digunakan rangkaian bunyi yang dihasilkan oleh mekanisme artikulasi manusia
BAHASA IALAH SIMBOL BUNYI Bunyi ialah kesan pada saraf akibat getaran gegendang telinga yang terjadi kerana perubahan tekanan udara. Bunyi ini bersumberkan gesekan benda alat suara manusia dan satwa Bunyi seperti siren polis, ambulans, gendang, beduk, terompek tentera… bukanlah bunyi bahasa. Bunyi bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh mekanisme artikulasi manusia, iaitu bunyi non-instingtif, dalam fonetik disebut fon, dan dalam fonemik disebut fonem Tidak semua bunyi yang keluar dari mekanisme artikulasi itu dianggap bunyi bahasa, seperti bunyi batuk, bersin, teriak… kerana bunyi ini tidak termasuk dalam sistem bunyi bahasa. Walaupun kadang-kadang bunyi itu bermakna, namun tidak dapat dianggap sebagai bunyi bahasa kerana bunyi itu tidak dapat digabungkan dengan bunyi lain untuk menyampaikan maklumat
BAHASA IALAH SIMBOL BUNYI Ujaran lisan merupakan bahasa primer, dan bahasa tulisan merupakan bahasa sekunder. Bahasa tulisan ialah rakaman daripada bahasa lisan Bahasa yang harus diucapkan dalam bahasa tulisan digantikan dengan tulisan huruf dan tanda lain mengikut sistem bahasa Melayu. Antara tulisan yang mempengaruhi BM pada peringkat dini ialah huruf jawi dan huruf latin. Terdapat banyak masyarakat bahasa di dunia ini mempunyai bahasa lisan, tetapi tidak mempunyai bahasa tulisan
BAHASA ITU BERMAKNA Bahasa sebagai lambang, tentulah ada yang dilambangkannya. Yang dilambangkan itu ialah pengertian, konsep, idea atau fikiran yang disampaikan dalam bentuk wujud bunyi Oleh itu, bahasa tentulah mempunyai makna. Contoh: UNTA binatang besar yang lehernya panjang (kuku berbelah dan belakangnya berbonggol satu atau dua), digunakan sebagai binatang pengangkut, hidup di tanah Arab, Afrika Utara, Asia Tengah… lambang bentuk wujud bunyi Lambang bunyi unta itu kemudiannya dihubungkan dengan benda nyata yang wujud
BAHASA ITU BERMAKNA Tidak semua lambang bahasa yang bentuk wujud bunyi mempunyai hubungan dengan benda konkrit, iaitu tidak mempunyai rujukan, misalnya kata bahagia (keadaan atau perasaan senang dan tenteram ) dan adil (sama berat, tidak berat sebelah, tidak memihak) Lambang bunyi bahasa yang bermakna itu merupakan satuan bahasa bentuk wujud morfem, kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Oleh sebab tingkatnya berbeda, maka maknanya juga berbeda morfem makna leksikal frasa, klausa, ayat makna gramatikal wacana makna pragmatik / makna konteks Bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apa pun, tidak boleh dianggap sebagai bahasa kerana fungsi bahasa menyampaikan maklumat, konsep, idea atau pemikiran
BAHASA IALAH ARBITRARI Bunyi pertuturan dan makna tidak mempunyai hubungan falsafah yang sah dan mutlak, iaitu tiada hubungan wajib antara lambang dengan konsep atau pengertian yang dimaksudkan oleh lambang itu Kita tidak dapat menghuraikan mengapa cecair yang terbentuk daripada dua bahagian, iaitu hidrogen dan oksigen dinamakan air, bukannya iar atau ria Kita juga tidak dapat menjelaskan mengapa dalam BM disebut burung, bahasa Perancis oiseau, bahasa Inggeris bird, bahasa Belanda vogel, bahasa Sepanyol pajaro, bahasa Jepun tori, bahasa Itali uccello, dan bahasa Jerman vogel. Mengapa wanita dalam bahasa Melayu, women bahasa Inggeris, pen bahasa Tamil dan funi bahasa Cina. Ini menunjukkan bahawa antara sebutan dengan benda yang dilambangkan itu tiada hubungan Ini demikian kerana kearbitrarian lambang bunyi (penanda), dan konsep yang dikandungnya (petanda). Penanda tidak memberikan petunjuk terhadap konsep yang diwakilinya penanda = apa yang digunakan sebagai tanda petanda = tanda atau alamat
BAHASA IALAH ARBITRARI Jika ada hubungan wajib antara penanda dengan petanda, tentulah tidak wujud jamak bahasa. Perbedaan yang wujud jika ada, tidaklah terlalu banyak Konsep onomatopeia (pembentukan kata berdasarkan peniruan bunyi semula jadi) memang wujud, seperti kata cicak yang berasal daripada bunyi cak, cak, cak, cak, atau pipit yang berasal daripada kata pit, pit, pit, pit, namun bentuk seperti itu amat terhad. Lagipun tidak persis antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Contoh lain: kokok, citcit, kekek, wakwak, ngiau, dering, ngaum, ngembek, nguak, desir… Bunyi ayam jantan berbeda mengikut tempat. Dalam bahasa Indonesia, ayam jantan berbunyi kukuruyuk, bahasa Sunda berbunyi kongkorongok, bahasa Melayu berbunyi ?. Demikianlah juga dengan bunyi letupan senjata api, bunyi anjing …
BAHASA IALAH ARBITRARI Contoh bunyi anjing: bahasa Ingggeris wow-wow,wow, bahasa Melayu woo-woo-woo, bahasa Perancis graf-graf-graf, bahasa Jepun wan-wan-wan, bahasa Irish amh-amh-amh, bahasa Sebro Croation av-av-av, bahasa Cina wang-wang-wang… Semua bunyi itu dianggap tepat dan betul kerana bahasa itu arbitrari. Ahli masyarakat bahasa berkenaan mempunyai persefahaman untuk memberikan makna sesuatu bunyi yang didengar Lambang berubah sesuai dengan perubahan masa: tetuang udara radio sakar gula Lambang tidak berubah, tetapi makna berubah: wisma, khalwat
BAHASA IALAH ARBITRARI Sama bunyi lambang, tetapi konsep yang didokongnya berlainan Contoh: kata makna BM baku makna dialek Kelantan dan kata hubung sempat loghat dialek sibuk gaduh kelahi sibuk kopek koyak payu dara pelawak ahli lawak bohong selalu sentiasa masa itu juga teksi kereta sewa beca
BAHASA IALAH ALAT KOMUNIKASI Sesuatu bahasa bergantung pada struktur dan bentuk masyarakatnya. Masyarakat yang tidak terdedah dengan sains dan teknologi tentulah berkurangan istilah dalam bidang berkenaan Dalam masyarakat bahasa yang sama juga terdapat perbedaannya. Misalnya bahasa masyarakat bandar dengan bahasa masyarakat desa Leksikon sesuatu bahasa akan ditentukan oleh keadaan masyarakat bahasa itu, termasuklah pengaruh luar sama ada secara akulturasi atau sosialisasi pendidikan Kegagalan kita mempelajari bahasa akan memberikan kesan terhadap proses komunikasi kerana unsur penting dalam komunikasi ialah maklumat, dan proses yang penting dalam komunikasi ialah penggunaan bersama, iaitu melibatkan diri bersama orang lain dalam pemikiran, perasaan atau aksi leksikon = kosa kata, perbendaharaan kata yang berupa perkataan umum dalam kamus dan perkataan khusus dalam glosari, termasuk makna dan penggunaannya
BAHASA ITU KONVENSIONAL Penggunaan lambang untuk sesuatu konsep tertentu bersifat konvensional. Ahli masyarakat mematuhi persetujuan bahawa lambang tertentu mewakili konsep tertentu. Jika persetujuan itu diubah, komunikasi akan terganggu Terdapat tiga keadaan konvensi, iaitu: > Satu lambang dapat melambangkan konsep lebih daripada satu: polisem (kepala = ketua, lutut, kain…) > Satu konsep dapat dilambangkan oleh lebih daripada satu lambang: sinonim (meninggal dunia, mati, mampus, korban…) > Satu lambang untuk satu konsep: Istilah baharu dalam bentuk akronim (gasar, curat, pulihara…)
BAHASA ITU PRODUKTIF Walaupun unsur bahasa itu terbatas, tetapi unsur yang terbatas itu dapat membentuk unsur lain yang tidak terbatas jumlahnya, sesuai dengan sistem bahasa itu Contoh fonem / a /, / t /, / k /, / i /: i + k + a + t, k + a + t + i, k + i + t + a, k + a + i + t, t + i + k + a Leksikon sesuatu bahasa terhad, tetapi ayat yang dapat dihasilkan tidak terhad. Misalnya dalam BM terdapat 90 ribu leksikon, tetapi bentuk ujaran yang dapat dibuat tidak terjumlah, termasuklah ciptaan kalimat baharu Keproduktifan bahasa terbatas pada tingkat parole dan langue. Tingkat parole bermaksud ketidaklaziman bentuk yang dihasilkan, dan tingkat langue bermaksud keterbatasan akibat kaedah atau sistem bahasa Keproduktifan pembentukan kata dengan imbuhan tertentu bergantung juga pada ciri inheren bentuk dasarnya.Misalnya terdapat bentuk membukit, menaik, meninggi, tetapi tidak terdapat bentuk dibukit, dinaik, ditinggi… inheren = berhubungan erat; tidak dapat dipisahkan
BAHASA ITU UNIK Unik bermaksud ciri khusus yang spesifik yang tiada pada yang lain. Ciri khusus menyangkut sistem bunyi, pembentukan kata, pembentukan ayat, dan sistem yang lain Antara ciri keunikan BM ialah tekanan kata tidak bersifat morfemis, tetapi bersifat sintaksis. Ini bermakna tekanan pada kata, tidak merobah makna kata tetapi merobah seluruh ayat. Contoh: * Orang itu menjolok buah
BAHASA ITU UNIK Bahasa lain pula bersifat morfemis, iaitu tekanan pada kata akan menyebabkan makna kata berobah. Contoh: bahasa Batak ‘bontar darah bon’tar putih ‘bagas rumah ba’gas dalam ‘hotang rotan ho’tang keras ‘hunik kunyit hu’nik kuning bahasa Inggeris ‘import import im’port mengimnport ‘insult penghinaan in’sult menghina ‘object objek ob’ject berkeberatan ‘permit izin per’mit mengizinkan
BAHASA ITU UNIK Bagi bahasa Jawa, setiap kata yang dimulai konsonan / b /, / d /, / g /, / k /, / p / dan / t / akan didahului oleh konsonan nasal yang relevan. Contoh: bandung mbandung depok ndopek gopek ngopek lompat lo-mpat tendang te-ndang tongkat to-ngkat Ciri kelainan setiap bahasa, disebut ciri unik untuk bahasa itu, tetapi ciri kelainan yang menjadi ciri sekelompok bahasa tidak disebut unik, tetapi ciri kelainan bahasa serumpun
BAHASA ITU SEJAGAT Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia. Ciri yang bersifat umum, dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain Antara ciri umum bahasa yang bersifat ujaran ialah kewujudan bunyi vokal dan konsonan, walaupun jumlahnya tidak sama. Contoh: bahasa Melayu: 6 vokal, 22 konsonan bahasa Arab: 3 vokal pendek, 3 vokal panjang, 28 konsonan bahasa Inggeris: 16 vokal (termasuk diftong), 24 konsonan Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang bermakna, seperti satuan kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Cara pembentukannya mungkin tidak sama
BAHASA ITU DINAMIS Kegiatan manusia tidak tetap dan sering berobah. Bahasa juga ikut berobah, tidak statik, dan inilah yang dinamakan dinamis Perubahan bahasa boleh terjadi pada semua peringkat linguistik jati. Contoh: > urutan konsonan: klinik, abstrak, psikologi… > kehadiran fonem baharu: / f /, / kh /, / sy / … falak, khilaf, syahid > kehadiran alomorf: mengehadkan, mengebom, mengeram… Perubahan radikal terjadi pada peringkat leksikon dan semantik kerana wujudnya perubahan budaya. Satuan bahasa menjadi wadah untuk menampung konsep dalam masyarakat bahasa. Kepesatan perubahan ini tercermin dalam bidang perkamusan
BAHASA ITU DINAMIS Perubahan bahasa boleh juga terjadi dalam bentuk negatif sesuai dengan perubahan masyarakat bahasa berkenaan. Pelbagai alasan sosial, politik dan ekonomi menyebabkan orang meninggalkan bahasanya, dan menggunakan bahasa lain dalam urusan kehidupannya Jika perubahan itu berterusan, maka bahasa berkenaan tiada lagi penuturnya, dan menjadi bahasa dokumentasi sahaja untuk ditempatkan di muzium, seperti bahasa Latin, bahasa Sanskrit, Bahasa Carnish (1977), bahasa Tasmania (1888), bahasa Dalmation (1898)…
BAHASA ITU BERVARIASI Masyarakat sesuatu bahasa terdiri daripada pelbagai status sosial dan latar belakang budaya. Oleh itu, bahasa yang digunakan bervariasi dan beragam Variasi bahasa dicerminkan oleh ideolek, dialek dan ragam ideolek: variasi atau ragam bahasa yang bersifat individu dialek: variasi bahasa yang digunakan oleh sekelompok masyarakat pada tempat dan waktu tertentu ragam: variasi bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu, seperti ragam baku, ragam lisan, ragam tulisan, ragam sastera…
BAHASA ITU INSANI Bahasa sebagai alat komunikasi bersifat insani, dengan maksud bahasa itu milik manusia, dan manusialah yang menggunakannya Alat komunikasi satwa (lebah, burung, babi, musang, ikan lumba-lumba, monyet, cimpanzi, orang utan, krustasia…) amat terbatas, iaitu untuk memenuhi keperluan hidup kesatwaannya sahaja dengan menghasilkan bunyi asas Jika ada satwa yang mengerti bahasa manusia, dan dapat menurut perintah, itu hanyalah kerana latihan bukan kerana kecendekiaannya Bahasa sebagai alat komunikasi manusia yang produktif dan dinamis yang berbeda dengan alat komunikasi satwa bukanlah terletak pada bahasa itu, tetapi pada perbedaan besar antara hakikat manusia dan kemanusiaannya dengan hakikat satwa dan kesatwaannya
Ciri bahasa dapat dikenal pasti dari aspek dalaman dan luaran KESIMPULAN Bahasa ialah satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan melaluinyalah manusia berkomunikasi Bahasa boleh berupa bahasa tertentu, bahasa umum, etika bahasa, kebijaksanaan tindakan, laras kesusasteraan, dengan cara, ujaran dan hipotesis Ciri bahasa dapat dikenal pasti dari aspek dalaman dan luaran
MADAH PUJANGGA KEKUATAN BUKANLAH BERSUMBERKAN KEMENANGAN. PERJUANGAN ANDALAH YANG MELAHIRKAN KEKUATAN. KETIKA MENGHADAPI KESULITAN, DAN ANDA TIDAK MENYERAH. ITULAH KEKUATAN ANDA Wahai anakanda dengarlah petuah dalam berunding janganlah lengah lapangkan dada lembutkan lidah mana yang baik jangan dibantah