KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PENULISAN JURNAL TAKLIMAT PRAKTIKUM 12/20/ /20/2017
Advertisements

HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
K E P I M P I N A N Pemimpin ialah orang yang pimpin - pandu - bimbing
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PENGENDALIAN MESYUARAT
TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI
Ini Pilihan Kami.
EKSPOSITORI KARANGAN EKSPOSITORI.
PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)
PENULISAN MINIT MESYUARAT
PEMBUKTIAN HP NILAI,SIKAP,ETIKA DAN PROFESIONALISM SET 3
Perkembangan Sosial.
PELAJAR PRASISWAZAH Disediakan oleh: Panel Pakar Penilai HHHC 9101
MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)
Memahami tingkah laku manusia
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
KHIDMAT MASYARAKAT Ialah kerja amali yang dijalankan di luar waktu persekolahan. Penyertaan aktif dalam kerja khidmat kepada komuniti sekolah atau komuniti.
KOMUNIKASI.
KAEDAH MENGENDALIKAN MESYUARAT
NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALIME
SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
LMCK1531 KEPIMPINAN DAN KREATIVITI
Program Anak Muda NADI Malaysia
PEMBENTANGAN PROJEK ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) KOLEJ UNGKU OMAR NOOR ATIKAH BINTI SAMSUL BAHAR A AJK POST CENDERAMATA.
TAJUK : CABARAN MAHASISWA
LAPORAN AKHIR PROJEK JELAJAH AMAL 2014
PROGRAM XPDC KEMBARA SISWI KOLEJ DATO’ ONN
HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN.
HP 4 : NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
Memahami tingkah laku manusia
Memahami tingkah laku manusia
UNIT 8 PERHUBUNGAN KEMASYARAKATAN.
Program Anak Muda NADI Malaysia
HHHC KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF Cikgu Ariyanti Sukaimi
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
Tajuk: Adat Perkahwinan Melayu
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PdP
HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (set 34)
NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD POZI NO. MATRIK : A145407
HHHC9401 – KEMAHIRAN NILAI , SIKAP , ETIKA DAN PROFESIONALISME
PROJEK : ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) TARIKH : FEBRUARI TEMPAT : KUALA SELANGOR, DARUL EHSAN TEMA : MAHASISWA ASPIRASI.
SET 46 HHHC 9201-KEMAHIRAN KOMUNIKASI
NORA BATRISYIA BINTI AHMAD DZUBIR A
Interaksi Dalam Bilik Darjah
TOPIK 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Program Bitara 2013 kemahiran komunikasi (HHHC 9201)
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
Pembentangan Akhir Kursus HHHC9601
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN Dr. FADLAN BIN MOHD OTHMAN
PENYELIDIKAN DALAM PERHUBUNGAN AWAM
MINIT MESYUARAT BERKUALITI
Orientasi Pelajar Baru
LAPORAN Nama : ASRINA BINTI ROSLAN No. Matrik : A149244
PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELSAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK
Kajian Tabiat Membaca oleh Perpustakaan Negara 1996 mendapati
HHHC 9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
PENGHUBUNGKAITAN PENGENALAN
HHHC 9501 Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik.
PROGRAM KEUSAHAWANAN.
KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH
Memahami tingkah laku manusia
MENCARI RAHMAT RAMADHAN
HHHC 9801 kemahiran kreatif dan inovatif
Transcript presentasi:

KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN PEMBUKTIAN HHHC9101 SET32 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN A146011

Penerangan program Nama Program : Program Tautan Kasih Bersama Anak- Anak Yatim Al-Kausar Penganjur : Sekretariat HP Sosial Dan Kebertanggungjawaban, Pelajar Tahun 1 2013/2014 UKM Dengan kerjasama : Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Burhanuddin Helmi Tarikh Program : 8 Mac 2014 – 17 Mei 2014 Tempat Program : Rumah Bakti Al-Kausar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Selangor Jumlah peserta (Anggaran) : 25 Orang Jumlah peserta ( Sebenar) : 25 Orang

perbincangan pertama tentang perancangan program Diusulkan oleh penasihat HHHC9101, Dr Khadijah berikutan program kemasyarakatan bersama anak-anak yatim di Al-Kausar semasa perjumpaan pertama. Ajk yang dilantik perlu menjalankan tugas yang telah diberikan mengikut skop ajk masing-masing bagi melancarkan pelaksanaan program. perbincangan pertama tentang perancangan program

PERANAN DALAM PROGRAM Menjadi ajk program merupakan satu pengalaman yang bermakna di mana kami di barisan ajk program perlu mengaturkan jadual yang bersesuaian bagi setiap pelajar yang akan menjalankan khidmat sosial bersama anak yatim di al-Kausar. Akibat pelajar mempunyai kekangan masa kuliah serta komitmen lain di Ukm, jadual yang dibuat akan berubah dari semasa ke semasa dan memerlukan pantauan ajk program sepanjang program berlangsung. Komunikasi di antara pelajar amatlah penting bagi memastikan setiap pelajar melaksanakan amanat yang telah diberikan iaitu khidmat sosial yang dijalankan bersama anak yatim tersebut.

PELAKSANAAN PROGRAM Program yang dijalankan adalah meluangkan masa untuk beramah mesra bersama anak-anak yatim antara pukul 7 hingga 11 malam di rumah anak yatim al-Kausar secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian pelajar pada hari Selasa sehingga Khamis. Antara program utama yang dirancang semasa ramah mesra tersebut adalah menolong dan bersama-sama mereka dalam menyiapkan kerja rumah serta memberikan mereka kefahaman tentang apa-apa pelajaran yang tidak difahami di sekolah.

PELAKSANAAN PROGRAM Tetapi, oleh sebab kami akan sampai di rumah tersebut pada waktu maghrib, kami membuat perancangan baru iaitu selain daripada mengajar mereka membuat kerja rumah, kami cuba isikan masa maghrib dan isyak dengan perkara-perkara yang berfaedah. Kami mengerjakan solat berjemaah maghrib dan isyak bersama-sama serta kami turut mengajar mereka mengaji al-Quran selepas maghrib bagi menunggu isyak untuk solat berjemaah bersama- sama.

Solat berjemaah maghrib dan isyak Membaca al-Quran

PELAKSANAAN PROGRAM Setelah solat isyak berjemaah, bermula agenda utama kami iaitu membantu mereka dalam menyiapkan kerja rumah dan beramah mesra bersama mereka. menelaah pelajaran

Suasana ramah mesra di rumah anak yatim al-Kausar PELAKSANAAN PROGRAM Suasana ramah mesra di rumah anak yatim al-Kausar

Keadaan pembelajaran di al- Kausar PELAKSANAAN PROGRAM Keadaan pembelajaran di al- Kausar

LAPORAN AKHIR Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan menjalankan Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Al-Kausar , pelbagai kenangan dan pengalaman yang saya dapat. Hanya kesyukuran yang mampu diucapkan kepada yang Maha Kuasa di atas kesempatan dan peluang yang diberikan kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada penggerak kepada program ini Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Al-Kausar yang telah diusulkan oleh Dr Khadijah merupakan satu idea yang sangat menarik. Tidak pernah terbayang di fikiran saya bahawa suatu masa saya mampu menjadi sebahagian daripada masyarakat yang peka terhadap keadaan masyarakat yang lain dan turut sama membantu mereka yang dalam kesusahan dan kurang bernasib baik. Sesungguhnya, anak yatim di al-Kausar merupakan insan yang sangat mulia yang perlu diberikan kasih sayang yang lebih kerana nasib mereka yang kurang bernasib baik di usia yang masih muda di antara lingkungan 5 tahun sehingga 16 tahun.

LAPORAN AKHIR Peranan dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada saya di dalam program ini adalah ajk program. Peranan yang agak rumit berikutan dalam penyusunan jadual bagi pelajar-pelajar dalam melaksanakan tugas sepanjang program. Perbincangan demi perbincangan turut diadakan bagi memastikan pergerakan program ini berjalan seperti yang dirancang. Perancangan awal program seperti mana yang telah dibuat di dalam kertas kerja adalah aktiviti di hujung minggu sahaja iaitu membantu anak-anak yatim tersebut mengikut mata pelajaran. Tetapi hasil perbincangan oleh penasihat iaitu Dr Khadijah bersama pengasas rumah anak yatim tersebut, kami telah membuat perancangan yang baru iaitu aktiviti setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula pukul 7 malam hingga 11 malam.

LAPORAN AKHIR Berikutan perubahan masa program menyebabkan ajk program terpaksa membuat perancangan dan jadual yang baru. Oleh sebab masa yang dijalankan merupakan masa kuliah, pelajar-pelajar mempunyai banyak komitmen lain seperti kelas malam, perjumpaan program lain, perbincangan kumpulan serta banyak lagi masalah yang dihadapi menyebabkan ajk program perlu mempunyai komunikasi yang baik bagi menyusun jadual pelajar mengikut kesesuaian masa masing-masing. Sebelum program berjalan setiap minggu kami perlu berhubung dengan pelajar bagi menyusun jadual bagi melancarkan program ini. Walaupun program ini mempunyai banyak kekangan dan kesulitan, itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan sebuah program sosial yang mampu membuat anak-anak yatim itu tersenyum. Sebagai ajk program yang telah dilantik bagi memastikan kelancaran program, Alhamdulillah kerana dengan izin-Nya, saya serta rakan-rakan yang lain mampu berganding bahu bagi memastikan kelancaran program ini sehingga ke penghujungnya.

LAPORAN AKHIR Pengalaman dan pembelajaran yang saya dapat daripada program ini adalah menjadi seseorang yang tanggungjawab, kehidupan bersosial serta memupuk kemahiran berkomunikasi. Sesungguhnya kita bertanggungjawab terhadap kesusahan dan penderitaan masyarakat setempat dan tugas kita sebagai masyarakat yang prihatin untuk melakukan lebih banyak kerja- kerja sosial bagi membantu masyarakat yang dalam kesusahan. Kemahiran komunikasi turut dapat dipupuk sepanjang menjalankan program ini apabila saya sebagai ajk program perlu berkomunikasi dengan pelajar bagi menyusun jadual yang bersesuaian. Di samping itu, kemahiran komunikasi ini turut dipupuk apabila bersama anak-anak yatim itu di mana saya perlu berkomunikasi dengan baik semasa bersama mereka menjalankan aktiviti. Saya perlu memastikan cara dan bahasa komunikasi yang betul digunakan semasa bersama mereka supaya tidak menyinggung perasan mereka.

LAPORAN AKHIR Akhir sekali, sebagai kesimpulan bagi laporan akhir mengenai Program Tautan Kasih Bersama Anak-Anak Yatim Al- Kausar, saya ingin melafazkan kesyukuran kepada Allah serta ucapan terima kasih kepada Dr Khadijah di atas bimbingan serta komitmen sepanjang program ini dijalankan. Selain daripada memenuhi keperluan kemahiran insaniah, banyak perkara yang saya dapat sepanjang program ini dijalankan dan bersesuaian dengan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban serta kemahiran komunikasi. Semoga pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh sepanjang program ini mampu digunakan dalam kehidupan seharian.

MAJLIS PENUTUPAN