Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TOPIK 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TOPIK 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI"— Transcript presentasi:

1 TOPIK 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

2 7.1 KONSEP DAN DEFINISI PENDEKATAN, GAYA DAN KAEDAH
Bermaksud mendekati. Pendekatan merupakan pelbagai sumber latihan dan prinsip yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran. Merujuk kepada cara untuk mencapai objektif jangka panjang dalam satu matapelajaran.

3 7.1.1 Pendekatan Ciri-ciri pendekatan ialah:
Objektif-objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka panjang Pendekatan berdasarkan teori dan model pengajaran Merangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akan digunakan Bersifat aksiomatik, iaitu diterima tanpa keraguan Mencerminkan satu falsafah

4 Gaya Adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan oleh guru. Terdapat tiga kategori gaya pembelajaran, iaitu gaya langsung, gaya tidak langsung dan gaya gabungan.

5 7.1.2 Gaya Dalam menentukan gaya pembelajaran
beberapa faktor perlu diambilkira: Kaedah dan teknik yang hendak digunakan Bahan bantu mengajar dan belajar yang tersedia Pengetahuan sedia ada pelajar Ciri-ciri pelajar Kepakaran guru Kawalan kelas

6 Kaedah adalah satu tindakan guru yang sistematik serta berurutan bertujuan mencapai objektif yang spesifik. Definisikan sebagai satu perancangan atau prosedur dalam melaksanakan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Kaedah pengajaran hendaklah berasaskan kepada pendekatan dan gaya yang dipilih. Guru perlu kreatif dan pandai memilih kombinasi kaedah yang sesuai serta merancang secara sistematik.

7 7.2 PENDEKATAN 3 pendekatan: Tradisional Humanistik Gabungan

8 7.2.1 Tradisonal Menggunakan prinsip pengajaran tradisional.
Akan memberi arahan dan pelajar akan mengikuti arahan. Mengaplikasikan pembelajaran sehala. Menganggap guru sebagai pengajar. Kebaikan ialah mudah dirancang dan diurus. Sesuai diaplikasikan dalam kegiatan berisiko tinggi atau kemahiran khas.

9 7.2.1 Tradisonal Ciri-ciri pendekatan tradisional ialah:
Kurikulum yang ditetapkan oleh agensi pendidikan digunakan Mementingkan pengajaran Guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar Tugasan yang sama diberikan kepada semua pelajar Guru menentukan ujian piawai Mengukur pengajaran dan pembelajaran mengikut gred Berfokuskan guru

10 Humanistik Menumpukan pada apa berlaku dalam diri seseorang individu seperti perasaan atau emosinya. Menekan kepada cara berfikir, pengamatan serta interpretasi individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Kuasa motivasi seseorang individu ialah kecenderungan untuk berkembang serta mencapai hasrat diri. Menitikberatkan perkembangan secara bebas. Pelajar bebas belajar apa yang mereka kehendaki dan ingin diketahui. Guru bertindak sebagai fasilitator yang akan memotivasi pelajar, memberi kesedaran kepentingan belajar dan merangsang proses pembelajaran di kalangan pelajar.

11 7.2.2 Humanistik Ciri-ciri pendekatan humanistik ialah:
Guru menentukan kurikulum sendiri dan murid menetapkan matlamat untuk membuat pilihan dan bertindak Mementingkan pembelajaran Murid menentukan tugasan sendiri Tidak mementing ujian piawai Gred bukan pengukur pengajaran Guru berperanan mencungkil potensi murid, memberi galakan dan maklumbalas pelakuan aktiviti

12 7.2.3 Gabungan Mengabungkan pendekatan tradisonal dan humanistik.
Diaplikasikan berdasarkan kandungan dan risiko matapelajaran, keadaan persekitaran serta ciri-ciri pelajar. Guru perlu membuat analisis keadaan fizikal, ciri pelajar dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

13 7.2.3 Gabungan Ciri-ciri pendekatan gabungan ialah:
Kurikulum dibekalkan oleh kementerian pendidikan namun guru mempunyai ruang untuk mencapai objektif kurikulum dengan cara sendiri. Guru memilih kaedah pengajaran atau pembelajaran berdasarkan kesesuaian pelajar dan kurikulum. Guru menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum memberi tugasan keupayaan pelajar. Ujian dilakukan berasaskan ciri-ciri pelajar. Pelajar dan sekolah mempunyai ruang untuk menilai diri sendiri. Memperluaskan penilaian gred dengan mempelbagai kayu pengukur, penilai dan bentuk ujian. Guru berperanan sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif.

14 7.3 GAYA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Gaya-gaya yang dipraktikan mestilah membawa kepada satu objektif iaitu setiap murid dapat manfaat daripada gaya yang dikemukakan. 3 kategori yang utama iaitu: 1. Gaya Langsung 2. Gaya Gabungan 3. Gaya Tidak Langsung

15 7.3.1 Gaya Langsung Berpusatkan guru.
Guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menganggap bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar ke dalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul.

16 7.3.1 Gaya Langsung Jadual 7.2: Kelemahan dan Kelebihan Gaya Langsung
Kaedah yang berkesan. Berfokus kepada yang ingin dipelajari. Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Tidak ambilkira perbezaan individu (kesesuaian perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuaian umur kumpulan). Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

17 Contoh gaya langsung ialah:
Gaya Arahan Gaya Tugasan

18 Gaya Langsung Gaya Arahan Guru mengawal pembelajaran dan pengajaran serta bagaimana pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Memberi kuasa penuh kepada guru menjalankan aktiviti dari mula hingga akhir.

19 7.3.1 Gaya Langsung Gaya Arahan
Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut: Guru Pelajar Mengawal penuh pengajaran. Memilih aktiviti. Menentukan bagaimana dan bila proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Mengawal tingkah laku. Menilai keputusan. Menjimatkan masa untuk membuat percubaan. Pengembangan individu kurang mendapat perhatian.

20 7.3.1 Gaya Langsung Ciri-ciri gaya arahan:
Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demonstrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar. Pelajar berlatih. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demonstrasi lanjut. Pelajar berlatih. Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau berkumpulan. Pelajar menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai. Guru menilai pelakuan.

21 7.3.1 Gaya Langsung Gaya Tugasan
Guru mempunyai kuasa penuh dalam menentukan arah pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri gaya tugasan ialah: Dalam gaya tugasan guru akan menetapkan tugasan yang diberikan kepada pelajar. Guru memberi arahan secara lisan atau menggunakan kad latihan. Pelajar membuat latihan dalam masa yang diperuntukan oleh guru. Guru memerhatian pelakuan pelajar seterusnya memberi maklum balas kepada pelajar tentang pelakuannya.

22 7.3.2 Gaya Tidak Langsung Berpusatkan pelajar.
Pembelajaran seharusnya melibatkan proses kognitif iaitu melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Gaya tidak langsung berpandukan teori pembelajaran kognitif yang menganggapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dengan hasil pembelajaran berkenaan.

23 7. 3. 2 Gaya Tidak Langsung Jadual 7
Gaya Tidak Langsung Jadual 7.3: Kelebihan dan Kekurangan Gaya Pembelajaran Tidak Langsung Kelebihan Kelemahan Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya. Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab. Mengambilkira perbezaan di kalangan pelajar. Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri. Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoaljawab. Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya ini sentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan. Sukar untuk mengawal kelas. Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran.

24 Contoh gaya tidak langsung ialah:
Gaya penyelesaian masalah Gaya tindakbalas

25 Gaya Penyelesaian Masalah
Gaya Tidak Langsung Gaya Penyelesaian Masalah Memerlukan pelajar memberi tumpuan masa yang panjang. Pelajar perlu memahami masalah serta memikir dengan logik dan sistematik.

26 7.3.2 Gaya Tidak Langsung Gaya Penyelesaian Masalah
Pelajar-pelajar perlu menyelesaikan masalah mengikut langkah-langkah berikut: menganalisis dan memahami masalah. menyenaraikan keperluan dan syarat untuk menyelesaikan masalah. menguna pelbagai kemahiran untuk mendapatkan maklumat-maklumat. meramal jawapan yang mungkin. memilih dan uji penyelesaian alternatif. memilih penyelesaian paling sesuai. menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

27 Kelebihan menggunakan gaya penyelesaian masalah:
Gaya Tidak Langsung Kelebihan menggunakan gaya penyelesaian masalah: Menggalakkan interaksi antara pelajar-pelajar. Memupukkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi. Menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.

28 Gaya Tidak Langsung Kelemahan menggunakan gaya penyelesaian masalah: Memakan masa yang lama. Sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

29 Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada:
Gaya Tidak Langsung Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada: Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing proses penyelesaian masalah.

30 Gaya Tidak Langsung Gaya Tindakbalas Seperti gaya penyelesaian masalah di mana kebanyakkan proses pengajaran berpusatkan pelajar. Nilai kerjasama dan bantu membantu dapat diserapkan dengan menggunakan gaya ini.

31 7.3.2 Gaya Tidak Langsung Ciri-ciri gaya tindakbalas ialah:
Guru menetapkan latihan atau di dalam kad latihan yang disediakan. Latihan dalam kumpulan kecil dibahagikan mengikut kebolehan atau secara rawak. Kerjasama antara pelajar dengan pelajar juga pelajar guru ditekankan. Pasangan atau ahli kumpulan akan bekerjasama dalam menilai dan membantu rakan kumpulan. Guru menjadi pemerhati pelakuan pelajar yang menjalani latihan dan cara rakannya memberi maklumbalas.

32 Gaya Gabungan Mengabungkan antara gaya pembelajaran berpusatkan pelajar dan guru. Sesuatu pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya guru dapat memilih gaya pembelajaran mengikut kesesuaian kurikulum dan ciri pelajar. Pelajar akan menyelesaikan masalah dan guru bertindak sebagai pembimbing serta memberi motivasi kepada pelajar dalam menyelesaikan masalah. Pelajar digalakkan menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis.

33 Gaya Gabungan Ciri-ciri gaya gabungan: Mengamalkan aspek-aspek positif dari kedua-dua gaya langsung dan tak langsung. Membenarkan guru menyesuaikan cara mengajar mengikut situasi yang dihadapinya. Memberi peluang kepada murid-murid menunjukkan kebolehan masing-masing. Menggalakkan daya pemikiran di kalangan murid semasa mencuba sesuatu gerak kerja. Pelajaran dikendalikan dalam suasana yang informal.

34 Gaya Gabungan Penemuan Terbimbing Juga dikenali sebagai kaedah llimitasi. Ini memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi kreatif. Pelakuan pelajar dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.

35 Kelebihan-kelebihan:
Gaya Gabungan Kelebihan-kelebihan: Membenarkan penglibatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran. Mengambilkira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. Memupuk pembangunan arah kendiri.

36 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Terdapat pelbagai kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah yang selalu digunakan ialah: Kaedah Kuliah Kaedah Demonstrasi Kaedah Pembelajaran Masteri Kaedah Pembelajaran Koperatif Kaedah Perbincangan Kaedah Projek Kaedah Pembelajaran Kolaboratif

37 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Kuliah Digunakan dalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan praktikal. Merupakan sesi taklimat berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran. Boleh memberi manfaat jika dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat.

38 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Contoh langkah kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan jasmani: (a) Pengenalan - Menerang dan menjelaskan skop pelajaran - Memberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka - Cuba membangkitkan minat - Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.

39 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Persembahan - Kuat tetapi nada mesra - Jelaskan arahan dengan memilih perkataan yang sesuai - Huraikan istilah yang digunakan - Bercakap dengan semua pelajar - Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstrasi dan lain-lain - Ulang butiran penting - Guna unsur kecindan namun tidak keterlaluan - Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin

40 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Penutup - Mengulangi isi-isi utama - Menggalakkan perbincangan - Meneguhkan isi yang lemah

41 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Demonstrasi Merupakan kaedah utama digunakan oleh guru, pelajar atau kumpulan pelajar. Melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan. Digunakan bagi menerangkan keadaan yang sukar hendak diterangkan dengan perkataan atau eksperimen yang terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan. Memberi peluang kepada pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Juga boleh menggunakan alatan sebagai bahan bantu mengajar.

42 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikkan: Pendahuluan - Susun pelajar supaya mereka boleh mendengar dan melihat dengan jelas - Perkenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah - Hubungkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

43 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Demonstrasi - Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar - Ikut cara dan prosedur yang piawai - Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

44 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Demonstrasi dan pengajaran - Semasa membuat pelakuan, beri butiran yang sepatutnya - Beri setopik tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan - Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat - Gunakan kaedah ansur maju dan mengikut turutan yang sebenarnya. - Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas - Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan - Beri butiran penting

45 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Penutup - Ulang butiran penting - Galakkan pelajar berbincang tentang kemahiran yang dipelajari - Bentuk pengukuhan kepada pelajar

46 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Masteri Dipercayai boleh menangani masalah pelajar yang mempunyai pelbagai peringkat kebolehan. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), mentakrifkan pembelajaran masteri ialah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan perancangan juga pelaksanaan yang berkualiti. Setiap pelajar boleh belajar mengikut kebolehan serta objektif mereka. Juga membenarkan pelajar menggunakan bahan yang berbeza mengikut kebolehan mereka.

47 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Prinsip asas dalam pembelajaran masteri iaitu: Setiap murid berpotensi untuk diajar oleh guru Pembelajaran boleh dipecahkan kepada beberapa unit kecil bagi memudahkan pelajaran dikuasai Pelajar perlu diberi masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran Guru perlulah memberi arahan dengan jelas bagi setiap pengajaran dan pembelajaran.

48 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Prinsip asas perancangan pembelajaran masteri melibatkan beberapa langkah iaitu: Guru menyediakan satu set hasil pembelajaran yang hendak dicapai oleh pelajar Hasil pembelajaran perlu disusun mengikut hieraki atau unit pembelajaran Guru perlu menyediakan aktiviti yang bermakna, berkesan, menarik dan mengembirakan Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (UKR) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang telah ditetapkan sebelum berpindah ke unit pembelajaran lain Melaksanakan aktiviti permulihan bagi pelajar yang belum menguasai aras masteri Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid cemerlang

49 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Langkah melaksanakan pembelajaran masteri adalah seperti berikut: Mengajar dan menyampaikan pelajaran kepada pelajar Memberikan latihan dan melihat maklumbalas Melaksanakan ujian formatif untuk mengukur sama ada objektif sesuatu unit pelajaran itu boleh dikuasai oleh pelajar Menyediakan aktiviti pemulihan bagi pelajar yang tidak menunjukkan penguasaan Memberi semula ujian formatif kepada pelajar yang telah mengikuti aktiviti pemulihan

50 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Pembelajaran Koperatif Digunakan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelajar dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berlainan. Pelajar akan bekerja dalam kumpulan kecil ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran yang sama. Contohnya kemahiran membawa bola dalam hoki, guru boleh mengadakan aktiviti permainan dalam kumpulan. Setiap pelajar dalam sesuatu kumpulan berkongsi pengetahuan dan kemahiran bagi membolehkan kumpulan mereka memenangi pertandingan. Guru memfokus peranannya untuk memupuk perhubungan kumpulan selain daripada pengajaran.

51 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Pembelajaran Koperatif Guru bertindak sebagai fasilitator untuk menggalakkan interaksi antara murid serta menyelia aktiviti pembelajaran. Kaedah ini boleh membina kemahiran berkomunikasi secara lisan, kemahiran sosial, berfikiran kritis untuk sama-sama menyelesaikan masalah atau terlibat dalam satu projek yang bermakna. Menggalakkan pelajar berdikari, bebas memberi dan mendengar pendapat serta menghormati pendapat orang lain.

52 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Perbincangan Melibatkan interaksi dua hala antara pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan guru. Merupakan kaedah dinamik yang dapat merangsang perhubungan ahli bilik darjah dan melibatkan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Berkongsi maklumat, memberi dan menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan yang berkaitan. Dapat dilatih berfikiran secara kiritis, kreatif dan analitik.

53 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Perbincangan Pelajar akan dapat berfikiran dengan rasional, menerima perbezaan pemikiran sebagai satu keuntungan dan sentiasa berusaha memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah. Menggalakkan mereka menilai logik dengan pandangan sendiri atau rakan-rakan yang lain. Perbincangan juga memberi maklum balas serta-merta kepada guru tentang kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep yang berkaitan.

54 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Perbincangan Tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru: Kemahiran menyoal Kemahiran mengurus aliran maklumat atau jawapan Reaksi terhadap soalan pelajar Boleh dijadikan sebagai alat dalam mengukur dan menilai pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.

55 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan di luar kelas. Memerlukan tempoh masa tertentu untuk disiapkan. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Guru perlu mengenal pasti terlebih dahulu objektif yang hendak dicapai. Pelajar perlu mencari bahan yang sesuai dan merancang langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut.

56 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Projek Berkonsepkan belajar sambil mempraktik (learning by doing) boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran. Objektif projek perlulah diberitahu pada awal pembelajaran supaya pelajar lebih bermatlamat dan boleh merancang strategi dalam menyiapkan projek berkenaan dengan jayanya.

57 7.4 KAEDAH DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
Kaedah Pembelajaran Kolaboratif Pembelajaran berlaku apabila pelajar belajar menerusi interaksi dengan orang lain. Kolaborasi mempunyai dua aspek asas iaitu: Membentuk hubungan antara para pelajar, pelajar akan dapat bekerja bersama-sama sebagai rakan sebaya. Guru perlu bertugas sebagai model dan penunjuk arah, menunjukkan bagaimana untuk memperkembangkan pengetahuan mereka dan memberikan tunjuk ajar apabila mereka mempunyai kesulitan.


Download ppt "TOPIK 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google