Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF Cikgu Ariyanti Sukaimi

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF Cikgu Ariyanti Sukaimi"— Transcript presentasi:

1 MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF Cikgu Ariyanti Sukaimi
PENGURUSAN KELAS MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF Cikgu Ariyanti Sukaimi

2 1. Struktur Pembelajaran Koperatif 2. Kumpulan Pembelajaran Koperatif
PENGURUSAN KELAS Konsep Pembelajaran Koperatif 1. Struktur Pembelajaran Koperatif 2. Kumpulan Pembelajaran Koperatif 3. Pengurusan Pembelajaran Koperatif 6. Kemahiran sosial 7. PaSTI - Partisipasi seimbang Saling memerlukan Tanggungjawab individu Interaksi serentak

3 PENGURUSAN KELAS Apa itu Pembelajaran Koperatif? Pembelajaran koperatif adalah struktur pembelajaran yang dirancang oleh guru untuk mendorong murid supaya bekerjasama agar pembelajaran kendiri dan bersama rakan-rakan dapat dimaksimakan.

4 Pembelajaran Koperatif
PENGURUSAN KELAS Pembelajaran Koperatif = Aktiviti Berkumpulan?

5 PENGURUSAN KELAS PaSTI PaSTI ialah singkatan bagi prisip-prinsip asas pembelajaran koperatif iaitu,  Partisipasi seimbang – Setiap ahli kumpulan akan berpeluang untuk menyumbangkan idea, tenaga, kreativiti demi kejayaan kumpulan  Saling memerlukan – Setiap ahli kumpulan saling memerlukan untuk melengkapkan sesuatu tugasan. Murid akan sedar bahawa sekiranya salah satu ahli gagal bekerjasama, maka prestasi kumpulan mereka pasti akan terjejas.

6 PENGURUSAN KELAS  Tanggungjawab individu – Setiap ahli tahu bahawa mereka memikul tanggungjawab yang penting untuk memastikan kejayaan kumpulan mereka. Guru boleh memastikan setiap ahli kumpulan memikul tanggungjawab yang berbeza dan penting.  Interaksi serentak – Setiap aktiviti boleh dilakukan oleh beberapa murid secara serentak. Misalnya, dalam pembelajaran koperatif, aktiviti membaca boleh dilakukan oleh beberapa orang murid pada masa yang sama berbanding dengan cara konvensional yang mana murid membaca bergilir-gilir.

7 Kumpulan Pembelajaran Koperatif
PENGURUSAN KELAS Kumpulan Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif memerlukan pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mana bilangan ahlinya ditentukan oleh guru. Bilangan yang paling elok ialah empat orang ahli. Setiap kumpulan mestilah heterogeneous. Ini bermakna, setiap kumpulan mempunyai kepelbagaian dari segi kemahiran, kebijaksanaan pelbagai (MI) dan sebagainya. Tujuannya ialah supaya setiap pelajar boleh menyumbang kemahiran mereka untuk memastikan kejayaan kumpulan masing-masing.

8 Pengurusan Pembelajaran Koperatif
PENGURUSAN KELAS Pengurusan Pembelajaran Koperatif Pengurusan kelas merupakan kunci kepada pembelajaran koperatif yang berkesan. Pengurusan pembelajaran koperatif memerlukan kemahiran guru untuk mengawal tahap kebisingan Peraturan Pembelajaran Koperatif perlu dilakarkan sebelum guru menjalankan aktiviti. Galakkan murid-murid untuk sama-sama melakarkan peraturan tersebut supaya mereka lebih bertanggungjawab dalam memastikan peraturan itu dituruti.

9 2. memilih susunan kelas yang sesuai
PENGURUSAN KELAS 2. memilih susunan kelas yang sesuai Setiap kumpulan kecil mestilah mengandungi antara 2 hingga 6 ahli (bergantung kepada saiz kelas). Namun, bilangan ahli yang paling ideal ialah 4 orang. Guru bolehlah menyusun meja seperti berikut: Bayangkan kelas anda. Apakah susunan yang boleh anda

10 Bayangkan kelas anda. Apakah susunan yang boleh anda gunakan?
PENGURUSAN KELAS Bayangkan kelas anda. Apakah susunan yang boleh anda gunakan? Lukiskan pada kertas kosong di atas meja anda.

11 3. memberi arahan dengan baik
PENGURUSAN KELAS 3. memberi arahan dengan baik Untuk memastikan bahawa arahan guru difahami oleh setiap murid, guru perlulah memancarkan soalan/arahan di papan atau layar (Differentiated Instructions). Selain daripada itu, guru juga disarankan supaya memberikan arahan secara berperingkat. Contohnya dalam soalan berikut:

12 PENGURUSAN KELAS Baca teks yang diberikan. Cari perkataan-perkataan yang mengandungi imbuhan ‘me-‘, ‘meng-‘ dan ‘mem-‘. Kemudian, bina sepotong ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan itu.

13 PENGURUSAN KELAS Bahagian 1 Kamu diberi masa lima minit untuk baca teks yang diberikan. Mula sekarang. (Arahan juga dipancarkan di papan/layar dan bunyikan loceng bila tamat masa) Bahagian 2 Dengan melakukan ‘roundtable’, isikan tempat kosong di lembaran ini dengan perkataan-perkataan yang berimbuhan ‘me-‘, ‘meng-‘ dan ‘mem-‘. Kamu diberi masa sepuluh minit untuk melengkapkan aktiviti ini. (Arahan juga dipancarkan di papan/layar dan bunyikan loceng bila tamat masa)

14 PENGURUSAN KELAS Bahagian 3 Sekarang, dengan melakukan ‘numbered heads together’, bina sebuah ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah camu cari itu. Kamu diberi masa lima belas minit untuk melengkapkan aktiviti ini. (Arahan juga dipancarkan di papan/layar dan bunyikan loceng bila tamat masa)

15 4. membantu kumpulan yang bermasalah
PENGURUSAN KELAS 4. membantu kumpulan yang bermasalah Semasa melakukan pembelajaran koperatif, kadang-kala boleh berlaku perselisihan faham/pendapat antara ahli kumpulan. menukarkan ahli yang bermasalah kepada kumpulan lain. Namun, guru perlu menekankan kepada kumpulan tersebut tentang kepentingan saling hormat-menghormati dan cara berkomunikasi yang baik supaya persilisihan antara ahli kumpulan dapat dielakkan. Guru juga boleh bawa perhatian murid kepada peraturan pembelajaran koperatif yang telah mereka sama-sama lakarkan.

16 Struktur Pembelajaran Koperatif
PENGURUSAN KELAS Struktur Pembelajaran Koperatif Strukur pembelajaran koperatif ialah cara guru menguruskan interaksi di kalangan murid di dalam kelas. Penggunaan struktur ini boleh diulang dalam satu pengajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang berbeza.

17 Perancangan Pembelajaran Koperatif
PENGURUSAN KELAS Perancangan Pembelajaran Koperatif Semasa melakarkan rancangan pengajaran yang menggunakan pembelajaran koperatif, guru perlu menetapkan terlebih dahulu objektif pengajaran.

18 (1) Menetapkan objektif pengajaran
PENGURUSAN KELAS Penting: Elakkan daripada menyesuaikan objektif pengajaran kepada struktur pembelajaran koperatif yang ingin digunakan. Secara ringkas, proses merancang pengajaran adalah seperti berikut: (1) Menetapkan objektif pengajaran (2) Memilih struktur pembelajaran koperatif yang sesuai untuk mencapai item (1) dan (2).

19 PENGURUSAN KELAS . Bagaimanakah perasaan "Abah" di pertengahan klip video ini? . Apakah yang patut dilakukan oleh pasangan suami isteri itu? Mengapa?


Download ppt "MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF Cikgu Ariyanti Sukaimi"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google