Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
unsur-unsur intrinsik dan ekstrinsik hikayat
Advertisements

Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa Indonesia
JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
PERJANJIAN AQABAH.
Sejarah Peradaban Islam “Perkembangan Islam di Asia Tenggara”
Kuliah 3 (M3) Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI
PENGGUNAAN KATA / UNGKAPAN KHUSUS DI DALAM SURAT RASMI
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
SEJARAH TING SATU BAB 1 : SEJARAH DAN KITA.
HIKAYAT MERONGMAHAWANGSA
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa melayu yang sudah mempunyai aksara atau tulisan tersendiri berbanding dengan bahasa Melayu praklasik.
BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu
WARISAN KESULTANAN MELAYU
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BBM 3104-Kuliah 8 Teks Bustanus al-Salatin Fasa ke-13
BAB 5 : KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
KUMPULAN 5 BUNGA RAYA.
BBM 3104 Kuliah 7 M4 Kitab Penulis Zaman Acheh
Bab 7.
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Kuliah 6 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu
BBM 3104-Kuliah 8 M4 Teks Bustanus al-Salatin Fasa ke-13
Pengasasan kesultanan melayu melaka
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
BAB 4 : KEDATANGAN ISLAM KE ASIA SELATAN DAN ASIA TIMUR
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BBM 3104 Kuliah 9 BAHASA MELAYU ABAD KE-18 SASTERA UNDANG-UNDANG
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
SEJARAH TAHUN 4 TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU
Nota Pertemuan Bersemuka Pertama BBM 5201 Pembangunan Bahasa Melayu
BBM 3104 Kuliah 9 BAHASA MELAYU ABAD KE-18 SASTERA UNDANG-UNDANG
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
PENGUKUHAN 1. Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BBM 3104 Kuliah 8 M5 Analisis Kandungan Bustanus Salatin
Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu
SEJARAH TING SATU BAB 1 : SEJARAH DAN KITA.
JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
SEJARAH PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu
Diploma Pengajian Islam (DPI)
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
Transcript presentasi:

Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5 Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM

Pengenalan Pendapat A. Teeuw, “….Sejarah Melayu adalah salah satu karangan yang terpenting dan yang memikat sekali dari kesusasteraan Melayu”

Kepentingan Sejarah Melayu Rujukan bagi mengetahui segala hal yang berkaitan dengan raja-raja Melayu, sejarah kebudayaan, adat istiadat Melayu, corak kehidupan masyarakat golongan istana pada zaman itu.

Naskhah Sejarah Melayu Terbahagi kepada 3 jenis naskah Raffles 18, Royal Asiatic Society, London Naskhah-naskhah edisi Abdullah Munsyi, edisi W.A Shellabear dan edisi Dulaurier Naskhah yang tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society of London

Aspek Ketatanegaraan Konsep kerajaan dan Negara Satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dan pembesar. Jajahan takluk Kuasa raja dalam menggubal undang-undang Perlantikan raja dan pengganti Konsep daulat dan derhaka

Aspek Kesusasteraan Aspek perwatakan Teknik penceritaan Penggunaan puisi tradisional Penggunaan bahasa perlambangan

Aspek budaya dan kemasyarakatan Kedudukan raja Melayu dalam masyarakat Pakaian diraja dan kelengkapannya Adat Mengadap raja dan budaya di istana Cara mengiringi raja Senjata dan kelengkapan perang Alat kebesaran dan perhiasan Adat perkahwinan Perayaan dan adat Islam yang diamalkan Amalan hidup rakyat jelata

Pengarangan Sejarah Melayu Naskhah Shellabear “ maka berkata ia kepada fakir, hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, dan mudah-mudahan beroleh faedah ia daripadanya…” Menunjukkan bahan kandungan SM disusun pada tahun 1612 M itu telah sedia ada, iaitu daripada Hikayat Melayu dari Goa yang dijadikan dasar atau rangka yang diperbaiki.

Nakhkah Raffles 18 “… maka fakir karanglah hikayat ini kama sama’tu min jaddi wa’abi dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala, supaya akan menyukakan duli hadhrati baginda.maka fakir namai hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni peraturan segala raja-raja….” Menunjukkan SM turut menggunakan bahan-bahan dari riwayat orang tua-tua yang mengetahui salasilah raja-raja Melayu ketika itu.

Pengarang Sejarah Melayu- Pandangan Winstedt Tun Seri Lanang Bendahara Paduka Raja Melaka Keturunan Bendahara Melaka dan Johor Hidup pada akhir abad ke-16-awal abad ke-17 Menyelesaikan SM pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah Seorang yang bijak dan mempunyai jiwa seni. Rapat dengan golongan istana Sudah membaca buku-buku hikayat seperti Hik.hamzah, Hik Muhammad Ali Hanafiah dsb Mengetahu bahasa Arab, Parsi, Jawa, Portugis dan Tamil.

Pendapat Sheikh Nurudin Al Raniri Sejarah Melayu disusun oleh Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka Raja untuk menjunjung titah Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tarikh perintah itu dicatat pada 12 Rabiulawal tahun 1021 H bersamaan 13 Mei 1612 bertempat di Pasir Raja

Pendapat tokoh tentang pengarang Sejarah Melayu Ismail Hussein, “ Tun Seri Lanang bukan pengarang tetapi penyalin nakhkah asli yang dibawa dari Goa. Penulis asal Sejarah Melayu ialah orang Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi. Apabila Tun Seri Lanang(TSL) menyalin dan membangun semula Sejarah Melayu, beliau telah membuat banyak perubahan daripada nakhkah asal. TSL mempunyai gaya bahasa yang indah dan khayalan yang segar.

Seni Kepengarangan Sejarah Melayu Pengarang ialah sebagai pewaris “yang empunya ceritera”. Istilah yang digunakan ialah …menurut yang empunya ceritera, alkisah maka tersebutlah……. Pengarang atau”penyalinnya” mengambil bahannya, malah ilhamnya daripada hasil terkumpul yang ditinggalkan oleh “ceritera orang tuha-tuha” Pengarang Sulalatus Salatin misalnya berkata, bahawa dia menerima titah daripada rajanya supaya mengarangkan (diperbuatkan) “hikayat….perteturun segala raja-raja Melayu dengan isti’adatnya supaya didengar oleh anak cucu kita…..” dan untuk melaksanakan titah ini pengarang berkata bahawa “ fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan menyukakan hati duli hadhrat baginda.

Pengarang SS /SM tidak seluruhnya bertujuan untuk menyukakan hati duli hadhrat baginda. Pengarang tidak selalu berusaha untuk menutup kesalahan raja atau untuk “menyorok” kisah buruk yang mungkin tidak disukai oleh raja atau keturunannya. Pengarang cuba menceritakan apa yang “sebenarnya’ berlaku menurut ceritera orang dahulu kala. Contoh: Kalaulah Sultan Mahmud Syah membaca hikayat SS /SM, mungkin baginda akan berasa malu atau murka kepada pengarangnya kerana menceritakan “kezaliman” raja membunuh Bendahara Tun Mutahir dan seluruh anggota keluarga semata-mata berdasarkan fitnah orang, tanpa usul periksa.

Sultan Mahmud Shah digambarkan sebagai raja Melayu yang agung, yang gah, sehingga semua negeri dan raja-raja lain menyembah kepada beliau. Kemudian pengarang menceritakan kisah kejatuhan Sultan Mahmud ini apabila Portugis menawan Melaka. Sultan yang agung ini terpaksa lari ke Bentan dan apabila Portugis menyerang dan mengalahkan Bentan, baginda terpaksa lari ke hutan, berjalan “ terpelecok-pelecok” dan terpaksa meminta nasi daripada orang desa. Akhirnya baginda merempat ke Kampar dan di situ baginda meninggal dunia dalam keadaan yang hina dan tidak mempunyai kuasa agung lagi. Pengarang menyampaikan cerita ini tanpa menyebelahi mana-mana pihak kerana dia bukan pengkritik atau pengulas tetapi “tukang cerita” atau seniman yang taat kepada warisannya, kepada cerita orang tuha-tuha dahulu kala. Pengarang mahu pembacanya menyedari bahawa “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”

Rumusan Kandungan Sejarah Melayu Nakhkah Raffles 18 megandungi 31 bab dan kandungannya lebih tua daripada nakhkah Shellabear Nakhkah Shellabear mengandungi 34 bab.

Latihan Nyatakan perbezaan kandungan antara Sejarah Melayu nakhkah Raffles 18 dengan nakhkah Shellabear.

Sekian, terima kasih