SARJANA TEKNOLOGI MAKLUMAT FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT TK6923 PENGATURCARAAN 2 SARJANA TEKNOLOGI MAKLUMAT FAKULTI TEKNOLOGI DAN SAINS MAKLUMAT
BAB 1 PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN
BAHASA PENGATURCARAAN DAN KOMPUTER - Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa pengantaraan yang digunakan oleh pengaturcara dengan komputer bahasa perantaraan dalam konteks pengaturcaraan bermakna pengaturcara memberi perintah/arahan kepada komputer.
KONSEP PENGATURCARAAN Aturcara merupakan satu set arahan yang disampaikan oleh manusia kepada komputer. Masalah dalam pengaturcaraan merupakan satu aktiviti yang sukar dilakukan oleh manusia secara manual. Terdapat teknik yang boleh digunakan untuk merancang penyelesaian masalah dinamakan alkhwarizmi dan carta alir.
PEMBANGUNAN ALKHWARIZMI Pengaturcara perlu memahami bahawa tugasnya adalah memberikan perintah kepada komputer Komputer akan melaksanakan apa sahaja perintah yang diberikan kepadanya. Mencampurkan dua nombor boleh ditulis dengan menggunakan penyelesaian alkhwarizmi seperti berikut :
Mula Ishtiharkan nombor dan jumlah Umpukkan jumlah =0 Baca nombor Jumlah = jumlah + nombor Papar jumlah Tamat
Selain dari menggunakan alkhwarizmi, pengaturcara boleh menggunakan perwakilan carta alir untuk merancang penyelesaiannya. Carta alir menggunakan perwakilan bersimbol. Setiap simbol mempunyai maksud yang tertentu. (Rujuk buku teks untuk perwakilan carta alir.)
PERLAKSANAAN ATURCARA Pembolehubah (variable) adalah ruangan yang perlu diishtiharkan sebelum data dibaca oleh komputer. Pengaturcara akan menggunakan banyak pembolehubah dalam pembinaan aturcara. Pembolehubah perlu diwakili dengan satu nama. Semasa perlaksanaan aturcara oleh komputer pembolehubah akan digunakan oleh komputer. Aturcara akan dilaksanakan baris demi baris dan akhirnya hasil perlaksanaannya akan disimpan dalam satu pembolehubah.
JENIS-JENIS BAHASA PENGATURCARAAN Pengaturcaraan berstruktur secara berjujukan, satu demi satu. B. Pengaturcaraan berorentasikan objek objek-objek dibangunkan sebagai kelas. Dalam membangunkan objek menggunakan aturcara, ia melibatkan beberapa isu logikal seperti hubungan dan warisan. C. Pengaturcaraan visual Pengaturcara diberikan satu persekitaran khas semasa membangunkan aturcara. Menggunakan pendekatan perwakilan grafik.
KEFAHAMAN CIRI DAN ACARA CIRI – satu objek grafik mempunyai ciri yang boleh ditukar ganti. Contoh : satu butang boleh diubahwarnanya, saiznya dan boleh diletakkan gambar di atasnya. ACARA – tindakan yang berlaku apabila pengguna melakukan sesuatu kepada objek tersebut.