PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)
MAKSUD Rangkap 1: - Apa guna beristeri cantik, jika tidak pandai menumbuk sambal. Rangkap 2: - Sesuatu pekerjaan dibuat oleh orang yang tidak sepatutnya. Rangkap 3: - Orang gagah dan kuat sudah hilang kuasa. Rangkap 4: - Berasa bimbang apabila perangai pelik berlaku. Rangkap 5: - Banyak perkara terbalik boleh berlaku.
TEMA DAN PERSOALAN Tema - Menyampaikan sindiran untuk memberikan pengajaran kepada kita. Persoalan - Perempuan yang sudah berumah tangga. - Kuasa yang hilang, tidak boleh berbuat sesuatu. - Banyak perkara pelik boleh berlaku.
GAYA BAHASA Anafora - Pengulangan di awal baris pada rangkap pertama. “kalau tidak memakai capal” Imejan - “rotan bunga”, “ikan” Sinkope - “kalau tak pandai menumbuk sambal”
NILAI MURNI Tanggungjawab - Contoh: Seorang isteri perlu tahu untuk menguruskan hal rumah tangga. Rasional - Contoh: Kita perlu memikirkan sesuatu dari segi logik untuk mendapatkan kebenaran.
PENGAJARAN Jika memilh bakal isteri, jangan hanya melihat paras rupa sahaja. Kita perlu sedar kuasa yang dimiliki tidak akan berkekalan selama-lamanya. Kita mesti mengakui bahawa tiada sesuatu yang pelik jika sudah ditentukan Tuhan.