Definisi Pengelolaan , Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan serta Skop Pengurusan Pendidikan Jasmani 5 PISMP BC/PJ/RBT_1
Definisi Pengelolaan
Pengelolaan dalam organisasi zaman ini merujuk kepada usaha dalam pengurusan yang berperanan menentapkan jenis tugas dan mengenal pasti sumber. Penentapan ini kemudian dikelolakan secara bersama dengan tersusun dan bersistematik.
Pengelolaan juga boleh menjadi sebahagian dari perancangan atau digabungjalinkan dengan fungsi pengurusan yang lain. Secara kolektifnya anda perlu melihat proses dan fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengelolaan, pelaksanaan, dan pengawalan sebagai satu aktiviti mengurus.(managing)
Pengelolaan ini sebagai satu usaha pengurusan yang bertujuan menetap keutamaan pelbagai tugasan yang perlu dijalankan bagi memenuhi objektif sesebuah organisasi.
PENGELOLAAN Masa latihan, prapertandingan dan pertandingan Masa yang diperuntuk Bilangan peserta Menyenarai pegawai Jenis pertandingan Belanjawan yang diberi Kemudahan tersedia Kemudahan alatan yang tersedia
Definisi Pengurusan
Pengurusan sebagai proses merancang, mengelola, mengarah dan mengawal aktiviti manusia dengan campuran sumber lain dalam organisasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Kelly, Blanton dan Bertel (1990) mendefinisikan pengurusan sukan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan perancangan pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan budget, kepimpinan dan penilaian dalam konteks sesebuah organisasi atau jabatan di mana produk atau perkhidmatan berkaitan dengan sukan.
AKTIVITI DALAM PENGURUSAN Mengurus masa mengelola Mengetuai Mengarah Melaksanakan Berkomunikasi merancang
Konsep Utama Pengurusan Sukan
Konsep utama Pengurusan Sukan Autoriti Kuasa yang diberi kepada seseorang untuk bertindak Kuasa Keupayaan untuk mengarah dan mengawal Karisma Keupayaan untuk merancang dan melakukan sesuatu di luar kemampuan
Definisi Pentadbiran
Cara sesebuah organisasi membuat keputusan dan mendorong kegiatan ke arah mencapai tujuan dan matlamat yang dikehendaki melalui kerjasama sesama ahli. Pentadbiran organisasi yang berkesan bertujuan memastikan organisasi tersebut mencapai visi dan misinya. Pentadbiran yang berjaya ialah pentadbiran yang mempunyai idea kreatif, kemahiran kemanusiaan dan ilmu khusus dalam pengurusan pentadbiran.
Ciri-ciri Pentadbir yang berwibawa
Memiliki idea dan pengetahuan untuk merancang,mengorganisasi,memimpin,dan mengawal ahli-ahli organisasinya. Pengalaman mentadbir juga perlu ada bagi seorang pentadbir sebagai pelengkap kepada ilmu pentadbiran yang dipelajari. Perlu cekap mengaplikasikan ilmu dan pengalaman dunia kerja sebenar,lebih-lebih lagi dalam organisasi sukan itu sendiri.
Jenis Pentadbiran
3 jenis Pentadbiran : A.D.L. ? Pentadbiran Autokratik Pentadbiran Demokratik Pentadbiran Laissez-faire
Pentadbiran Autokratik Jenis kepimpian tunggal yang mana semua keputusan dan kuasa daripada ketua kumpulan adalah mutlak. Pemimpin memberi arahan dan kawalan yang ketat terhadap individu atau kumpulan bawah jagaannya.
Pentadbiran seperti ni tidak memberi peluang kepada kakitangan bawahan bertanya atau membuat sebarang cadangan. Kakitangannya kurang bermotivasi. Tidak berinisiatif dan bersikap pasif terhadap arahan yang diberikan.
Pentadbiran Demokratik Pemimpin yang mengikut ideologi ini membentangkan segala masalah secara perbincangan. Mesyuarat antara kakitangan diadakan secara tetap dan berkala. Ahli bebas menyuarakan pendapat masing-masing.
Keputusan terakhir bergantung kepada persetujuan bersama dalam kumpulan. Sistem demokrasi kadangkala gagal membawa golongan pelampau dan pakatan dalaman sehingga menyebabkan petukaran pemimpin yang terlalu kerap.
Pentadbiran Laissze faire Pemimpin yang mengikut ideologi ini akan memberi bimbingannya kepada ahli,tetapi memulangkan kepada ahli-ahli kumpulannya membuat keputusan. Pemimpin seperti ini tidak dianggap sebagai pemimpin sejati.
Pemimpin tidak menggunakan kuasa kewibawaanya dan tidak menggunakan sepenuhnya ciri-ciri kepimpinannya. Ideologi pentadbiran mudah menyebabkan keadaan yang tidak terkawal dan boleh merugikan organisasi sepenuhnya.
Skop Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan
Pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan antarabangsa Pengurusan permainan tradisional
Program Pembangunan Sukan Undang-undang dan pentadbiran sukan Isu-isu dalam sukan Nilai dan Etika dalam sukan
Rujukan a) Buku rujukan Fouzee H.A. (1989). Panduan Pengelolaan Sukan dan Permainan. Penerbit Siri Maju Sdn. Bhd. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (1990). Pentadbiran Pendidikan. Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Pengelolaan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Open Universiti Malaysia. Wee Eng Hoe,(1994) Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani. Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam. Omardin Ashaari.(1998) Pengurusan Sukan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Rujukan b) Laman web http://www.scribd.com/doc/14286633/Word16x16-Definisi-Pentadbiran-dan-Pengurusan-Sekolah http://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1 http://ifah.tripod.com/urus.htm http://www.scribd.com/doc/40678061/Pentadbiran-Sukan http://members.tripod.com/steadfast_uiam/Asas%20Pengurusan.htm http://www.scribd.com/doc/33154242/Apa-itu-pengurusan
Sekian teRima kaSih