Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara."— Transcript presentasi:

1

2

3 KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI
Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara keseluruhan. Kuasa meliputi pelbagai jenis dan peringkat seperti kuasa untuk membuat keputusan, kuasa untuk mengeluarkan arahan, kuasa untuk mengurniakan ganjaran dan hukuman, kuasa untuk melaksanakan apa jua perkara malah kuasa untuk menetapkan hala tuju sesebuah organisasi.

4 1. Kuasa Paksaan Merupakan aspek negatif kepada kuasa ganjaran kerana kuasa ini berasaskan kebolehan pemimpin untuk mendenda atau menghukum dan mengenakan tindakan tertentu terhadap orang bawahan apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Dendaan mungkin dalam bentuk teguran atau sehinggalah kepada dibuang kerja.

5 2. Kuasa Sah Merupakan autoriti formal yang wujud apabila orang bawahan sedia maklum bahawa pemimpin tersebut mempunyai hak secara perundangan. Pemimpin boleh menggunakan pengaruhnya dalam lingkungan perundangannya untuk mengambil sesuatu tindakan. Justeru itu, kuasa sah mempunyai perkaitan yang akrab dengan kedudukan atau jawatan seseorang. Dengan kata lain, pemimpin tersebut mempunyai obligasi untuk menerima kuasa ini.

6  3. Kuasa Pakar Merujuk kepada kuasa yang berasaskan kepada pemahaman, persepsi atau kepercayaaan bahawa pemimpin mempunyai sesuatu kepakaran yang relevan atau pengetahuan khusus yang tidak dimiliki oleh orang bawahan. Apabila orang bawahan akur dengan apa yang disuruh oleh seorang pemimpin dalam menangani sesuatu situasi, ini bermakna orang bawahan mengiktiraf kuasa pakar yang ada pada pemimpin tersebut.

7 Kemahiran Konseptual Iaitu kebolehan menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam pengeluaran idea dan penyelesaian masalah. Kemahiran Teknikal Iaitu pengetahuan tentang kaedah-kaedah prosedur-prosedur dan teknikteknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut. Kemahiran perhubungan manusia Iaitu pengetahuan tentang gelagat manusia dan kemahiran hubungan perorangan, kebolehan memahami perasaan dan sikap orang lain, kebolehan berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.

8 4. Kuasa Rujukan Berasaskan kepada kehendak dan kerelaan orang bawahan untuk ‘menyerupai’ pemimpin. Contohnya, pemimpin yang popular akan mempunyai kuasa rujukan apabila orang bawahan bermotivasi untuk mencontohi tabiat kerja yang baik yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut. Kuasa rujukan juga berfungsi di kalangan rakan sekerja di mana rakan yang berkarisma mungkin mempengaruhi rakan yang lain untuk menerima pandangan mereka.

9 Kesan Penggunaan Kuasa Ke Atas Organisasi dan Orang Bawahan
1. Kuasa paksaan mendorong ke arah penentangan yang kuat dibandingkan dengan kuasa ganjaran. 2. Pemimpin yang menggunakan kuasa ganjaran lebih diminati berbanding dengan pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan. 3. Orang-orang bawahan akan lebih patuh jika dendaan yang diterima itu berat. 4. Terdapat perkaitan yang tinggi di antara kuasa pakar dengan kepuasan dan prestasi orang bawahan. 5. Kuasa sah bersama-sama dengan kuasa pakar didapati mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang-orang bawahan.

10 6. Kuasa rujukan mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang bawahan dan prestasi organisasi.
7. Kuasa paksaan ialah yang paling lemah untuk membuat kakitangan menurut perintah dan mempunyai kaitan secara negatif dengan keberkesanan. 8. Kuasa pakar dan kuasa rujukan mempunyai perkaitan positif dengan kepuasan dan prestasi orang bawahan. 9. Dapatan kajian tentang kuasa sah, ganjaran dan paksaan didapati tidak tekal, dan perkaitan dengan kriteria keberkesanan adalah lebih kepada perkaitan yang negatif atau tidak signifikan. 10.Pemimpin yang berkesan banyak bergantung kepada kuasa pakar dan kuasa rujukan untuk mempengaruhi orang bawahan.

11 Selain daripada kuasa-kuasa di atas, seorang pemimpin seharusnya memiliki tektik yang boleh mempengaruhi orang bawahan

12 Taktik Pujukan Rasional
Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannya tercapai. Untuk menggunakan tektik ini, pemimpin haruslah mempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyai kemahiran berucap.

13 Taktik Daya tarikan yang memberikan inspirasi
Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkan semangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa mereka adalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. Untuk menggunakan taktik ini, pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menggunakan metafora, simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yang menarik dengan gerak-geri yang menawan.

14 Taktik Perundingan Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi pendapat, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin.

15 Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tactics)
Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa dia dihargai, misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang itu adalah yang layak melaksanakan tugas. Taktik ini kadang-kadang menjadi sebagai cara memanipulasi seseorang. Tetapi apabila seseorang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinnya, taktik ini akan menjadi berkesan.

16 Taktik Daya Tarikan Peribadi
Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahan melaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatan orang bawahan terhadap pemimpin mereka.

17 Taktik Pertukaran Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatu ganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorang yang membuat tugsan yang diminta olehnya. Taktik ini akan menjadi berkdsan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpin mempunyai kuasa memberi ganjaran kepada orang bawahannya dan juga jika orang bawahan memerlukan ganjaran itu.

18 Taktik Sah Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi, peraturan, program dan tradisi yang mana semua orang perlu mematuhinya. Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan ini diperlukan atau direstui pihak atasan.

19 Taktik Tekanan Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan, amaran, dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakan yang kerap. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi, orang bawahan akan dimarahinya. Kaedah ini digunakan sebagai tindakan terakhir setelah cara-cara lain gagal.

20 Selain daripada kuasa dan taktik-taktik, sifat pemimpin juga sering disebutkan sebagai faktor yang penting yang berupaya mempengaruhi orang bawahannya

21 Sifat-sifat fizikal seperti saiz badan, umur, berat badan, jantina, perawakan didapati tidak berkait dengan keberkesanan dan kemunculan kepemimpinan. Kecerdasan dan kepemimpinan didapati ada perkaitan tetapi kecerdasan semata-mata adalah bukan faktor tunggal yang menentukan kejayaan kepimpinan. Personaliti seseorang dikatakan berkait rapat dengan keberkesanan dan kemunculan pemimpin.


Download ppt "KUASA DAN PENGARUH DALAM ORGANISASI Kuasa amat penting bagi pemimpin di pelbagai lapisan bagi membolehkan pemimpin mengendalikan organisasi secara."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google