PERIBAHASA
1. Pengenalan Peribahasa - Peribahasa ialah susunan kata yang ringkas dan bijaksana, yang mengandungi maksud dan tujuan yang luas, halus dan dalam.
2. Faedah Peribahasa Menghiasi karangan atau percakapan. - Menguatkan atau menjelaskan sesuatu maksud atau tujuan dalam penulisan mahupun percakapan. - Menjadi panduan atau pedoman hidup kerana isinya yang benar dan luas.
3. Jenis-jenis Peribahasa Simpulan bahasa Perumpamaan Pepatah Bidalan Kata-kata hikmat Perambahan Brunei
PERIBAHASA (1) - PERUMPAMAAN Bagai air titik ke batu – sukar memberi nasihat atau ajaran kepada orang yang degil Genggam bara api biar sampai jadi arang – membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya Seperti ikan dalam belat – tempat yang sesak
4. Bagai lebah menghimpun madu – sangat rajin 5 4. Bagai lebah menghimpun madu – sangat rajin 5. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan – mengharapkan sesuatu barang yang masih belum tentu, barang yang telah ada dibuangkan 6. Bangkai gajah takkan boleh ditutup dengan nyiru – sesuatu kesalahan yang sudah diketahui umum, tidak akan dapat disembunyikan
7. Seperti kijang lepas ke rimba – orang yang sangat gembira kerana dapat kembali ke tempat asalnya 8. Umpama tikus membaiki labu – membaiki sesuatu yang dia tidak tahu mengenainya, akibatnya semakin rosak pula