UNIT 5: PEMPROSESAN ANGKA DAN NOMBOR
PENGENALAN Microsoft Excel merupakan salah satu aplikasi di dalam Microsoft Office. Fungsinya membolehkan anda mengelolakan data kepada baris-baris dan lajur-lajur yang telah disediakan. Anda boleh menggunakan ia untuk menjalankan pengiraan matematik dengan cepat bagi pengiraan yang mudah ataupun kompleks.
Excel menggunakan konsep Buku kerja (Workbook) dan Helaian kerja (Work Sheet) untuk kegunaan pengguna memasukkan data dan kemudian menyimpannya sebagai fail. Apabila Excel dibuka, buku kerja 1 (Workbook 1) akan dipaparkan. Anda boleh membuka helaian kerja 2 atau menambah lagi helaian jika perlu
Microsoft Excel berguna untuk menyimpan dan memanipulasikan data, pengiraan, ringkasan dan juga penganalisaan data, memasukkan gambar, carta dan data dari internet.
1. Mencipta jadual berangka. Ciri-ciri Ms Excel 1. Mencipta jadual berangka. 2. Melaksanakan pengiraan yang mudah dan kompleks, samada menggunakan formula yang dicipta sendiri ataupun menggunakan formula yang sudah dibina di dalam Excel. 3. Mencipta carta dan graf dalam pelbagai bentuk seperti bentuk pai, graf, garisan, radar dan lain-lain lagi mengikut keperluan pengguna berdasarkan sumber jadual yang telah dipilih. 4. Memasukkan objek dan gambar pada dokumen
5. Menyimpan data-data di dalam berbilang lembaran kerja di dalam satu satu fail. 6. Hasil dari carta ataupun graf yang dibina, analisa terhadap sesuatu data boleh dilakukan. 7. Merakam langkah-langkah yang biasa dilakukan oleh pengguna dengan mencipta satu makro. 8. Mencipta aturcara sendiri bagi memenuhi kehendak pengguna.
MANUAL PENGGUNAAN MS EXCEL RUJUKAN: KURSUS KKSL 2010