Topik 2: Sejarah Pengajian Krisis
Objektif Setelah mengikuti kursus ini para pelajar akan dapat: 1. Menerangkan perkembangan bidang pengurusan krisis di dunia 2. Menjelaskan perkaitan di antara bidang perhubungan awam (PR) dan pengurusan krisis organisasi 3. Menjelaskan kepentingan pengurusan krisis organisasi dalam masyarakat yang maju
Pengenalan Krisis bukan perkara baru Keadaan krisis berubah mengikut perkembangan teknologi, pendapat umum, kadar literasi masyarakat Perkembangan pendapat umum pada kurun ke 20 berkait dengan perbincangan tentang pengurusan krisis Bagaimana organisasi dianggap oleh umum menggambarkan nilai, penghormatan yang diberi, keupayaan organisasi menghadapi sebarang masalah
Peranan Media dan ICT Perkembangan teknologi maklumat (IT) membolehkan kita menerima maklumat terkini tentang perkembangan di merata pelusuk dunia dalam masa yang singkat. Keadaan ini membolehkan kita mengetahui tentang krisis tebusan di Sipadan/Abu Sayyaf ; krisis rampasan kuasa di Fiji dan pelbagai lagi beberapa ketika selepas perkara tersebut berlaku. Kes keracunan bahan tenusu dengan dioksin yang berlaku di Belgium tentu tidak diketahui sekiranya pihak media tidak melaporkan perkara tersebut.
Pengurusan Krisis Kaitan rapat di antara: kejadian yang berlaku laporan media, dan tindakan pihak organisasi bagi membendung masalah atau krisis yang berlaku.
KAITAN PERHUBUNGAN AWAM DAN PENGURUSAN KRISIS PR mempunyai peranan penting dalam pengurusan krisis. Bagaimana organisasi berurusan dengan pihak awam, media, mangsa, dan pelbagai pihak yang terlibat dengan krisis menunjukkan kepakaran pihak pengurusan krisis berkomunikasi secara bijak bagi memastikan imej, reputasi, dan kewujudan organisasi tidak tergugat disebabkan krisis.
Krisis Abad ke-20 Di peringkat dunia perang dunia pertama dan kedua, perang Iraq-Iran, pembunuhan pemimpin dunia seperti JF Kennedy, Anwar Sadat, Martin Luther King, pembunuhan pelajar di Tiananmen Square, letupan loji nuklear Chernobyl, dan banyak lagi kejadian yang telah melanda negara-negara di dunia dan organisasi-organisasi besar.
KEPENTINGAN PENGURUSAN KRISIS Sebarang krisis yang berlaku dalam organisasi atau negara perlu diurus dengan teratur supaya kesannya terhadap organisasi dan pihak-pihak lain tidak teruk. Pemimpin organisasi dan pasukan yang dibentuk perlu mahir mengurus krisis kerana krisis yang tidak diurus dengan betul mengakibatkan kemalangan jiwa, organisasi yang terpaksa ditutup, diambil alih dan pelbagai lagi kesan buruk yang memberi kesan terhadap pekerja, pelanggan, pemegang saham dan masyarakat umum.
Pengurusan Krisis JF Kennedy Pada peringkat dunia contoh pengurusan krisis oleh JF Kennedy semasa serangan Bay of Pigs menggambarkan ketidakupayaan beliau dalam mebuat keputusan yang tepat kerana terlalu membuat agihan tugas dan terlalu mempercayai orang lain. Walau bagaimanapun beliau dapat membuat perubahan besar dalam gaya pengurusan krisis semasa mengurus krisis peluru berpandu Cuba.
Peranan Pengurus Pengurus perlu berupaya membentuk pendapat umum yang hebat supaya organisasi dapat menggunakannya apabila berhadapan dengan krisis Pendapat umum wujud dalam masyarakat tetapi dikawal oleh tapisan (censorship), pemerintahan tentera, atau propaganda Perkembangan berubah dengan kemudahan akses kepada maklumat menggunakan teknologi komunikasi, eg. CNN membolehkan maklumat dari segala pelusuk dunia diperolehi dengan cepat
Perkembangan Semasa Perkembangan pendapat umum banyak dibantu oleh media massa Media memberi gambaran tentang individu, organisasi, syarikat korporat supaya lebih dikenali umum Syarikat korporat perlu mendidik pekerja, pemegang saham, masyarakat umum supaya memahami mereka dan bersedia untuk menghadapi krisis
Reputasi pengurus dan integriti akhbar Pihak media berperanan memberitahu tentang krisis kepada umum dan cuba untuk menyelesaikannya. Fungsi laporan media ialah untuk mendokumen keputusan dan kejadian kepada umum
Reputasi pengurus dan integriti akhbar Pemberita perlu memberi laporan yang seimbang berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada sumber Pengurus perlu sedar media bukan musuh. Mereka perlu bekerjasama dengan media supaya laporan yang lengkap dan tepat tentang organisasi dapat dibuat
Pengurus dan Media Semasa krisis orang selalunya kurang berminat untuk bercakap dengan pihak media kerana mungkin merasa terancam, takut dikritik, takut tindakan undang-undang atau takut menunjukkan perasaan marah atau bimbang kepada umum. Media mungkin mendapat maklumat bukan dari sumber yang sah tetapi sumber maklumat alternatif, hingga memberi gambaran yang berat sebelah.
Pengurus dan Media Pengurus perlu tahu kepentingan memberi maklumat kepada media kerana media perlu melaporkan perkara yang sebenar yang ingin diketahui oleh umum. Pengurus perlu berupaya berkomunikasi – mendengar, bercakap, menulis dan membaca - dengan baik.
SOALAN 1 Kenapa organisasi berjaya mengatasi krisis sementara yang lain tidak? Ini kerana setengah organisasi secara proaktif membuat persediaan dan berlatih awal sebelum krisis berlaku sementara yang lain bertindak kepada krisis tanpa persediaan atau pengalaman
SOALAN 2 Apakah aspek pengurusan yang penting untuk membuat persediaan menghadapai krisis? Bermula dengan kefahaman tentang kefahaman betapa pentingnya pendapat umum dalam masyarakat dan diikuti dengan kemahiran perhubungan awam, memahami perlakuan organisasi dan mempunyai tanggungjawab sosial.
SOALAN 3 Bagaimana menguji kemahiran mengurus krisis dalam tugas dan di luar tugas untuk digunakan dalam organisasi? Boleh guna ‘role play’ atau main peranan untuk melihat bagaimana krisis diurus dalam organisasi. Guna krisis olok-olok dan lihat bagaimana pihak pengurusan bertindak terhadap krisis berkenaan. Maklumat dibekalkan kepada pihak organisasi untuk mewujudkan suasana sebenar yang mungkin berlaku. Barton (1993) memberi contoh bagaimana syarikat Shell menggunakan kaedah tersebut beberapa minggu sebelum Iraq menyerang Kuwait semasa Krisis Teluk.
SOALAN 4 Apakah pandangan pengurus yang pernah mengurus krisis dan pernah berbincang tentang pengalaman mereka? Mereka kesal kerana tidak pernah didedahkan kepada latihan formal pengurusan krisis semasa belajar tentang pengurusan. Setengah pengurus berkata krisis membantu mereka dalam kerjaya manakala yang lain pula mengatakan pengajaran pengurusan krisis hanya diperolehi setelah terlalu lewat dan organisasi mendapat malu.
SOALAN 5 Bagaimana pengurus dapat melatih pasukan secara baik untuk menangani krisis bagi mengurangkan kerosakan kepada organisasi? Dengan mengurus secara seimbang dari segi latar belakang dan kemahiran profesional pada permulaan.
SOALAN 6 Apakah pelan pengurusan krisis (CMP) dan kenapa ia penting? Kenapa mereka yang belajar tentang pengurusan mengambil berat tentang pengurusan krisis? Satu krisis yang berlaku boleh mengubah kehidupan dan kerjaya seseorang pengurus. CMP membolehkan anda menguji bagaimana anda akan bertindak terhadap orang di dalam dan di luar organisasi semasa keadaan tertekan. Ia akan mencabar anda untuk menimbangkan isu dan individu yang perlu dihubungi yang tidak pernah anda hubungi sebelum ini. CMP merupakan satu alat yang boleh menyelamatkan nyawa, melindungi aset, dan mengekal atau meningkatkan imej organisasi.
Rumusan Sebagai kesimpulan kita boleh katakan bahawa perkembangan krisis berkait rapat dengan perkembangan teknologi komunikasi, perubahan pesat yang berlaku, dan juga perkembangan pendapat umum. Perkembangan dunia kurun ke 20 dengan kejadian seperti perang dunia, pembunuhan pemimpin dunia, pembunuhan, kemalangan melibatkan syarikat korporat/agensi memberi gambaran tentang krisis yang berlaku dan kepentingan mengurus krisis
Kesimpulan Kita juga menerima kenyataan bahawa krisis bukanlah satu perkara yang negatif tetapi berpotensi menguatkan kewujudan organisasi sekiranya diuruskan dengan baik. Oleh itu satu organisasi yang berupaya muncul dengan imej yang lebih positif setelah dilanda krisis akan dilihat sebagai berpotensi wujud dalam dunia yang mencabar dan dapat dijadikan contoh oleh pihak lain.
Soalan Ulangkaji Kenapa krisis semakin banyak berlaku masa kini berbanding dahulu? Kenapa perkembangan media merupakan satu sebab berlakunya krisis? Apa yang mungkin berlaku sekiranya pencemaran dioksin dalam bahan tenusu tidak diketahui di Malaysia? Kenapa PR penting dalam pengurusan krisis? Apakah yang perlu dilakukan oleh pengurus organisasi yang menghadapi krisis?