Terjemahan Surah Al-Nasr Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai- ramai; Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Intisari Surah Al-Nasr Allah s.w.t. memberikan pertolongan kepada Nabi ketika pembukaan Kota Mekah. Semakin ramai manusia memeluk agama Islam dengan pembukaan Kota Mekah. Allah s.w.t. meminta manusia agar berzikir kepadaNya dengan memperbanyakkan bertasbih dan bertahmid. Memohon ampun (istighfar) dan bertaubat kepada Allah s.w.t. kerana Allah Maha Pengampun dan penerima taubat.
Sebab Turunnya Surah Al-Nasr Diriwayatkan oleh ‘Abdurrozzaq di dalam kitab al-Mushannaf, dari Ma’mar yang bersumber dari az-Zuhri, bahwa ketika Rasulullah s.a.w. memasuki kota Makah saat Fathu Makkah, Khalid bin Walid diperintahkan untuk memasuki Makkah dari jurusan dataran rendah untuk menggempur pasukan Quraisy (yang menyerangnya) serta merampas senjatanya setelah memperoleh kemenangan. Maka berbondong-bondonglah kaum Quraisy masuk Islam. Surah ini turun berkenaan dengan peristiwa tersebut, sebagai perintah untuk memuji syukur dengan memahasucikan Allah s.w.t. atas kemenangan yang telah diraih dan meminta ampunan atas segala kesalahan yang telah dilakukan.