KOMUNIKASI TIDAK FORMAL DALAM ORGANISASI UNIT 6 KOMUNIKASI TIDAK FORMAL DALAM ORGANISASI
GRAPEVINE Merupakan apa sahaja bentuk komunikasi yg berlaku dalam organisasi selain dari komunikasi formal. Grapevine boleh dibezakan dari jenis-jenis komunikasi lain dalam organisasi kerana ia mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Samb… Ciri-ciri tersebut ialah: Membawa mesej dengan cepat dalam organisasi. Kebanyakannya dalam bentuk lisan. Lebih cenderung kepada usaha untuk menangani perkara-perkara luar biasa dalam organisasi. Berorientasikan manusia Dikawal oleh pekerja. Didorong oleh pekerja.
KEBAIKAN/MANFAAT GRAPEVINE Ia merupakan petunjuk kepada suasana organisasi. Arena tidak formal untuk mengumpul maklumat bagi pengurus yang peka. Merupakan tempat luahan rasa. Mempengaruhi persekitaran sosial dan kualiti kerja. Sebagai alternatif untuk menampung kelemahan dalam pemprosesan maklumat yang tidak tertampung oleh saluran formal.
KELEMAHAN GRAPEVINE Ada darjah kesilapan tertentu pada maklumat yang dibawa oleh grapevine. Adakalanya pekerja memanipulasikan maklumat demi kepentingan peribadi. Tidak ada pihak yang mahu bertanggungjawab dalam penyebaran grapevine.
KHABAR ANGIN (RUMORS) Salah satu bentuk grapevine yang paling biasa berlaku dalam organisasi. Faktor berlakunya khabar angin: Prinsip Kawalan Luaran Prinsip Kognitif Tidak Jelas Prinsip Penerangan Bersepadu
JARINGAN KOMUNIKASI Dibentuk oleh corak interaksi komunikasi antara warga organisasi. Terdapat 3 peringkat jaringan komunikasi dalam organisasi: Keseluruhan organisasi sebagai jaringan. Jaringan individu untuk memudahkan kerja. Jaringan kumpulan seperti jabatan, unit atau kumpulan-kumpulan tertentu.
JENIS JARINGAN KOMUNIKASI Greenbaum mengenalpasti 4 jenis jaringan yg wujud dalam sesebuah organisasi. Jaringan regulatif Jaringan inovatif Jaringan informatif-instruktif Jaringan integratif
FAKTOR PEMBENTUKAN JARINGAN Baird- 4 faktor yg mempengaruhi pembentukan jaringan. Jaringan terbentuk di sepanjang garis setiakawan. Seseorang yg berjaya dalam menjalankan tugas dengan menggunakan satu saluran komunikasi, besar kemungkinan akan menggunakan terus saluran tersebut. Seseorang yg menggunakan satu saluran komunikasi untuk sesuatu tujuan dan memperoleh kejayaan atau kepuasan darinya, besar kemungkinan akan menggunakannya untuk tujuan yang lain pula. Kedekatan (propinquity).
STRUKTUR JARINGAN KOMUNIKASI STRUKTUR RODA K
Ketua merupakan pusat jaringan. Tiada penyertaan ahli-ahli dalam pembuatan keputusan. Boleh menimbulkan gaya pembuatan keputusan autokratik.
STRUKTUR BULATAN
Tiada ketua yang jelas. Setiap ahli sama sahaja dan setiap ahli berpeluang berkomunikasi dengan dua dan hanya dua ahli lain sahaja. Kelebihan: setiap ahli turut serta dalam pembuatan keputusan, wujudnya persamaan antara ahli, hubungan antara ahli baik, kualiti keputusan yang dibuat lebih baik dari struktur roda.
KELEMAHAN Pemprosesan maklumat perlahan. Pengaliran maklumat mengambil masa kerana setiap ahli cuma berhubung dengan orang di kiri dan kanannya sahaja. Kadar kerosakan maklumat tinggi.
STRUKTUR RANTAIAN
Struktur ini biasanya terdapat dalam jaringan tidak formal. Ahli-ahli di hujung rantaian biasanya pendiam yang hanya berhubung dengan seorang ahli sahaja. Ketua mungkin wujud atau mungkin juga tidak wujud dalam struktur ini.
KEBAIKAN STRUKTUR INI: aliran maklumat lebih sepat dari struktur bulatan, maklumat yang dipindahkan lebih tepat dan kurang berlaku kerosakan. KELEMAHAN STRUKTUR INI: ahli-ahli kumpulan jarang bersemuka dan kepuasan ahli kumpulan jarang tercapai.
STRUKTUR GABUNGAN
Struktur ini memberikan penyertaan ahli yang optimum. Sekiranya ada ketua, maka ia akan menjadi ketua yang banyak melibatkan diri dengan ahli-ahli kumpulan.
KEBAIKAN STRUKTUR INI: melahirkan keputusan yang terbaik dan kepuasan ahli yang tinggi. KELEMAHAN STRUKTUR INI: paling perlahan mencapai keamanan dan kerosakan maklumat tinggi sebab terlalu banyak saluran yang boleh dipilih.