Tafsir 2 Minggu 4 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Bte Ramlan Mentaati Ibu Bapa Tafsir 2 Minggu 4 Dikemaskini oleh Siti Fairuz Bte Ramlan
Petikan Pertama Surah Luqman Ayat 14 & 15
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ Dan Kami perintahkan kepada manusia pada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah demi lemah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.
Sebab Turun Ayat Surah Luqman ayat 15 Diriwayatkan bahawa Sa’ad ibn Abi Waqqas r.a menceritakan: “Aku merupakan pemuda yang taat kepada ibuku. Apabila aku memeluk Islam, ibuku berkata: “Wahai Sa’id, agama baru apa yang telah kau cipta ini? Tinggalkan agamamu ini, atau aku tidak akan makan atau minum sehingga aku mati, lalu engkau akan malu dan digelar sebagai pembunuh ibu sendiri. Maka ku katakan padanya: “Jangan begitu, ibu, kerana aku tidak akan meninggalkan agama ini!”
Kemudian ibuku seharian tidak makan dan minum sehinggakan dia lemah, pada hari seterusnya pun beliau tidak makan dan minum sehingga menjadi lebih lemah. Apabila keadaanya menjadi terlalu lemah, aku berkata kepadanya: “Ketahuilah wahai ibu, seandainya ibu mempunyai 100 nyawa pun, jika diambil satu persatu – aku tetap tidak akan meninggalkan agama ini. Oleh itu, ibu makan dan minumlah seperti biasa”.
Ringkasan Kandungan Ayat Berbuat baik dengan ibu bapa adalah cara yang paling minimum untuk membalas kesusahan ibu mengandungkan dan membesarkan. Menghargai jasa ibu bapa dgn mengenang jerih payah mereka Mendahulukan tuhan dari ibu bapa Tetap menghormati ibu bapa yang berlainan agama
Petikan Kedua Surah Al-Israa’ Ayat 23 & 24
وَقَضَى رَبُّكَ أَلاَّ تَعْبُدُواْ إِلاَّ إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلاَهُمَا فَلاَ تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلاً كَرِيمًا Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”
Ringkasan Kandungan Ayat Suruhan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa dan bukan hanya pada ibu Larangan menyakiti mereka dengan kata-kata mahupun dengan perbuatan Menyemai sifat mengasihi mereka apabila mereka sudah tua dan tidak berdaya Sabar dengan kerenah mereka apabila sudah lanjut usia
Ringkasan Kandungan Ayat Menyenangkan hati mereka dengan kata-kata yang baik cth pujian Mendoakan kesejahteraan mereka semasa hayat dan setelah tiada di dunia ini Doa seorang anak yang soleh adalah diantara amalan yang tidak terputus apabila seseorang itu meninggal dunia
Petikan Ketiga SurahAl-Ahqaaf Ayat 15
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya; ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan.
حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku pada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”.
Ringkasan Isi Kandungan: Mentaati ibu bapa merupakan suatu kewajipan Berdoa supaya dikurnia rasa bersyukur kepada Allah dan dijauhi dari sifat kekufuran Mengganggap ibu bapa sebagai sautu nikmat dari Allah S.W.T Umur 40 tahun merupakan usia kematangan dan kekuatan seseorang insan Sentiasa merendah diri di hadapan Allah
Suruhan supaya merendahkan diri dan memberi penghormatan atau sanjungan tinggi kepada ibu bapa. Ajaran mendoakan kesejahteraan mereka dan juga rahmat Allah s.w.t bagi mereka sebagaimana rahmat mereka terhadap anak-anak dalam mendidik mereka sewaktu kecil. Tempoh mengandung dan menyusu bayi yang disebutkan ialah 30 bulan.
Hadis-hadis yang berkaitan Hadis Abdullah bin Mas’ud R.A yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim berkata: Aku bertanya Nabi S.A.W manakah amalan yung paling disukai Allah Azza Wa Jalla. Baginda bersabda: Solat pada waktunya. (Setelah itu) aku bertanya: Kemudian? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa. (Setelah Itu) aku bertanya (lagi): Kemudian? Berjihad di jalan Allah.
Dari Abdullah bin Umar R.A berkata: Seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah S.A.W dan berkata: Aku datang (utk) berbai’ah dengan kamu (utk berhijrah) dengan mu dan aku tinggalkan kedua ibu bapaku menangis Baginda bersabda: Kembalikah kepada mereka dan buatlah mereka ketawa sebagaimana kamu telah membuat mereka menangis.
Dari Abi Umamah R.A: Bahawa ada seorang lelaki berkata: Ya Rasulullah apakah hak kedua ibu bapa keatas anaknya? Baginda bersabda: Merekalah Syurga dan Nerakamu Dari Ibn Umar R.A berkata: Rasululllah S.A.W bersabda: Berbaktilah dengan ibu bapamu, (nescaya) anak-anak kamu akan berbuat baik dengan kamu.
Kisah-kisah berkaitan Kisah 3 lelaki yang terperangkap dalam gua ( Hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah) Kisah lelaki yang menderhakai ibunya dan tidak boleh mengucap ketika nazak (Hadis diriwayatkan Abdullah bin Abi Aufi/ Ufi) Hadis seorang lelaki yang mati dan berbunyi seperti himar (Diriwayatkan al-Awwam bin Husyab/ Hausyab)
Perbincangan 1: Hukum-Hukum Bersangkutan Hak anak-anak ke atas ibu bapa Nafqah hidup Wajib jika memenuhi 3 syarat: Masih kecil dan belum baligh, sekiranya anak perempuan sehingga bersuami Masih tidak berupaya mencari rezki Anak berstatus merdeka Nafqah termasuk makanan, pakaian, perubatan (ayah) menyusukan anak (ibu)
Hadhanah (Penjagaan) Menjaga semasa kecil dengan kadar kemampuan, mendidik mereka dan menjaga kebajikan mereka, mengatur kehidupan mereka, memberi makan Pendidikan ilmu dan moral Kasih sayang dan pengertian
Hak ibu bapa ke atas anak-anak Nafkah ke atas mereka: Mereka susah dan tak mampu makan/minum/ pakaian Anak mampu menyara ibu bapa Boleh berbakti walaupun berlainan agama Menjaga mereka apabila mereka tak berdaya Mentaati suruhan mereka yang mentaati Allah