TAKLIMAT EDU5988 KERTAS PROJEK pelajar semester 3 dan 4 Prof. Dr. Zaidatol Akmaliah Lope Pihie Penyelaras Program Pentadbiran Pendidikan
Pilihan PELAJAR SEM 3 Kertas projek – EDU5988 Peperiksaan komprehensif
Edu5988 – KERTAS PROJEK Kursus ini meliputi penyediaan kertas projek yang merangkumi sorotan literatur, pengumpulan data dan analisis, penafsiran keputusan, penilaian kritis, perbincangan dan kesimpulan projek. Di akhir kursus, pelajar perlu mengemukakan dan membentangkan laporan.
edu5988 Kertas projek ditawarkan kepada pelajar yang ingin menjalankan kajian pada semester 3 dan semester 4 pengajian masing-masing. Pelajar yang mengambil kertas projek tidak perlu lagi mengambil peperiksaan komprehensif. Jumlah keperluan untuk jam kredit bergraduat masih sama iaitu 40 jam kredit (pelajar ambil kertas projek tidak perlu ambil dua kursus elektif).
Edu5988 – HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir kursus pelajar dapat: Menilai cadangan projek penyelidikan (C6, CTPS), Mereka bentuk projek berdasarkan cadangan penyelidikan (P7, CS), dan Membentang laporan projek penyelidikan (A5, EM).
edu5988 Pelaksanaan: Kertas projek ( 6 kredit) akan dilaksanakan dalam tempoh dua(2) semester, setiap semester bernilai 3 kredit. Pelajar akan diselia oleh seorang penyelia kertas projek dan perlu berhubung dengan pensyarah berkenaan. Pelajar perlu mencari tajuk kajian, menyusun jadual pertemuan / penyeliaan dengan pensyarah berkenaan.
edu5988 Pelaksanaan: Semester 1 kertas projek – pelajar perlu siapkan bab 1, 2 dan 3 dengan bimbingan penyelia yang dilantik. Semester 2 kertas projek – penulisan bab 4 dan 5 serta penghantaran kertas projek pada akhir semester. Kertas projek akan diperiksa oleh seorang pemeriksa. Pelajar perlu membentang kertas projek untuk penilaian (20 MINIT).
edu5988 Bab 1:Pendahuluan Pengenalan Latar belakang kajian Penyataan masalah Objektif kajian Persoalan kajian Batasan kajian Kepentingan kajian Definisi istilah / operasional
edu5988 Bab 2: Sorotan Literatur Pengenalan Sorotan literatur berkaitan Teori / model yang relevan Kajian lepas Kerangka konsep kajian
edu5988 Bab 3: Metodologi Pengenalan Reka bentuk kajian Populasi dan sampel kajian Instrumen kajian Pelaksanaan kajian / tatacara pengumpulan data Kajian rintis, kesahan, kebolehpercayaan instrumen, dll Analisis data
edu5988 Bab 4: Dapatan kajian Pengenalan Hasil kajian mengikut objektif / soalan kajian Pembentangan data Min, Ujian T, Korelasi, Anova, regression analysis dll
edu5988 Bab 5: Perbincangan, rumusan, kesimpulan, cadangan (ada juga perbincangan yang ditulis di bab 4 – rujuk penyelia masing- masing) Pengenalan Rumusan kajian Perbincangan Kesimpulan Implikasi kajian Cadangan
edu5988 Bibliografi dan Lampiran Soal selidik Data Surat-surat berkaitan
edu5988 Komponen penilaian: Proposal kajian, Penyataan Masalah, Objektif Kajian, Soalan Kajian Sorotan Literatur Metodologi Analisis dan Interpretasi Keputusan Kajian Pembentangan Rujukan / Bibliografi Komitmen
Format PENULISAN Perlu rujuk format UPM mengenai penulisan tesis Muka hadapan, Isi kandungan, Abstrak (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Bab 5 Lampiran
FONT Times New Roman – 12 1 ½ line
plagiarism Elakkan melakukan plagiat – lihat Peraturan Akademik
PERKARA penting Pelantikan penyelia kepada pelajar sem 3 yang mendaftar untuk mengambil kertas projek Tarikh penghantaran kertas projek Tarikh pembentangan Tarikh untuk dapatkan persetujuan penyelia sebelum dihantar untuk pemeriksaan
PELAJAR SEM 3 Pastikan selepas mendapat penyelia anda terus berkomunikasi dengan penyelia berkenaan. Anda perlu sediakan tajuk kajian yang sesuai dan mendapat persetujuan penyelia. Anda perlu memulakan penulisan kertas projek untuk bab 1, 2 dan 3. Pastikan pada peringkat ini sudah ada soal selidik dan bersedia untuk mendapatkan kebenaran daripada EPRD KPM jika ingin jalankan kajian di sekolah.
PeLAJAR SEMESTER 4 Pastikan peringkat ini data telah dikumpul atau sekurang-kurangnya anda dalam proses mengutip data. Pastikan ada perjumpaan dengan penyelia Pastikan ada persetujuan daripada penyelia mengenai kerja / kajian anda.
TARIKH PENTING PENGHANTARAN KERTAS PROJEK – DUA MINGGU SELEPAS PEPERIKSAAN AKHIR (9 Jan 2015) PEMBENTANGAN KERTAS PROJEK – DUA MINGGU SELEPAS PENGHANTARAN – (23 Jan 2015) PENGHANTARAN KERTAS PROJEK SELEPAS PEMBETULAN – DUA MINGGU SELEPAS PEMBENTANGAN – (6 Feb 2015)
Terima kasih dan selamat berjaya