Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Perceraian Menurut Hukum Islam
Advertisements

Kelompok Agama Bagus,Arip,Rio,Hafiz
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
SIFAT-SIFAT TERPUJI ADIL Pengertian Adil
THAHARAH Ismail, S.Pd.I, M.Pd..
Fiqh wanita Minggu Kesembilan.
LARANGAN PERKAWINAN DALAM ISLAM
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perkara yang akan dipelajari:
Free Powerpoint Templates
PERCERAIAN (TALAK).
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
وَآتُوا النِّسَاءَ صَدُقَاتِهِنَّ نِحْلَةً
Dipresentasikan oleh Ahmad Rifai
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
ILMU PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT PENGENALAN
MEDIA PENDIDIKAN Disusun oleh : NUR AMIN : KLS : D/4
Hukum Islam Rabu, 21 Maret 2012 FHUI, Depok
Oleh Dr. tgk anwar ali, st. m.Ag. mt.
TALAK Secara etimologi kata talak الطلاقbermakna yaitu melepas, mengurai, atau meninggalkan; melepas atau mengurai tali pengikat, baik tali pengikat itu.
Hutang adalah memberikan sesuatu yang menjadi hak milik pemberi pinjaman kepada peminjam dimana pengembalian di kemudian hari dengan jumlah yang sama sesuai.
HADANAH. HADANAH Pengertian Hadanah Hadhanah → hadhnuash-sabhiy : mengasuh atau memelihara anak Terminologis : menjaga anak yang belum bisa mengatur.
TALAK Disusun Oleh: Ahmad Fauzi Anindya Dwi Utami Ansori Nur Aziz
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM Semester I Kelas XII Sekolah Menengah Atas
MUNAKAT Standar Kompetensi:
JUAL BELI YANG SAH Sebelum kita mempelajari dasar ini perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: Tiada suatu perintah mahupun larangan Allah S.W.T.
KITABUL BUYU’ KITAB JUAL BELI
PERKAHWINAN DALAM ISLAM.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Wakaf UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih.
HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’:
RIBA DEFINISI RIBA Dari segi bahasa : Bertambah
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي
PERKARA HALAL TAPI ALLAH MURKA KITA LAKUKAN ?
TASAWWUR ISLAM II WEEK 2 MUNAKAHAT DALAM ISLAM
SIMPANAN (WADI‘AH) Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk.
Fiqh Wanita Minggu Dua.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
Ila’,Zihar Dan Li’an Terdapat tiga perkara yang sama dengan talak atau ia bertukar menjadi talak.Perkara tersebut ialah: 1-Ila’ 2-Zihar 3-Li’an.
Ila’,Zihar Dan Li’an Terdapat tiga perkara yang sama dengan talak atau ia bertukar menjadi talak.Perkara tersebut ialah: 1-Ila’ 2-Zihar 3-Li’an.
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
JUAL BELI SALAM Definisi
Adab Ziarah dan Meminta Izin
KONTRAK PERNIAGAAN DALAM ISLAM
Ict dan media dalam pendidikan islam
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
MEMBUAT PILIHAN (KHIYAR) DALAM JUAL BELI
Andalus Corporation Pte Ltd
PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
Sessi 2 Qawaid Fiqhiyyah
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI (Sesi Ke-4)
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
ICT DAN MEDIA DALAM PENDIDIKLAN ISLAM
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع
PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Ila’ Ertinya: Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya
AQIDAH UNIT 1 Kelas Bimbingan Dewasa.
Perundangan Zaman Rasulullah
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
BAB 7: HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA
BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Pengertian Puasa KBD Unit 3.
Rujuk Ertinya: Mengembalikan ikatan pernikahan selepas berlaku perceraian semasa dalam iddah talak satu atau dua Ianya hanya berlaku dalam perceraian selepas.
Transcript presentasi:

Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas. Dari segi syarak:merungkai ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan sebagainya.

Dalil Naqli Talak Firman Allah s.w.t: “Talak itu dua kali (yang boleh dirujuk kembali).Sesudah itu boleh-lah dia (rujuk dan) boleh dipegang terus (isteri itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik” (Al-Baqarah:229) “Wahai Nabi!Apabila engkau dan umatmu hendak menceraikan isteri-isteri (kamu) maka ceraikan-lah mereka pada masa mereka dapat emulakan edahnya” (At-Talak:1)

Sabda Rasulullah s.a.w: “Perkara halal yang paling dimurkai oleh Allah Taa’la ialah talak” (H.R:Imam Abu Daud Dan Imam Tirmizi) *Ijmak Ulama bersepakat mengatakan talak disyariatkan tidak ada seorang pun mengingkarinya.

Hikmah Talak Disyariatkan *Elakkan dari kedua pasangan menderita jika ikatan masih berterusan. *Menyenangkan hati kedua pasangan dari bebanan dan tekanan jika perpisahan sebagai jalan penyelesaian. *Dapat membebaskan diri pasangan masing-masing secara damai tanpa perbalahan.

Talak Menunjukkan Kehebatan Syariat Islam *Islam mengutamakan keperluan manusia sebab itu talak disyariatkan. *Menunjukkan perbezaan antara Islam dengan agama lain yang tidak bersetuju bahawa penceraian sebagai jalan penyelesaian. *Talak hanya akan berlaku jika sebuah pasangan tersebut tidak amalkan ajaran Islam dengan sepenuhnya.

Jenis-Jenis Talak Talak Terbahagi 3 bahagian: Pertama: Sorih dan kinayah Kedua: Talak Sunni,Talak Bid’ie dan Selain Keduanya Ketiga: Talak Biasa dan Khulu’ (Tebus Talak)

Talak Sorih Dan Kinayah *Talak Sorih: ialah lafaz talak yang digunakan jelas menunjukkan kepada makna talak dan lafaz itu tidak boleh ditafsirkan dengan makna yang lain. Contoh:Suami berkata pada isteri “aku CERAIKAN/BEBASKAN engkau” “Engkau berpisah daripada aku” Firman Allah s.w.t: “Wahai Nabi!Appabila engkau dan umatmu hendak mentalakkan isteri-isteri (kamu) maka talakkan-lahmereka pada masa mereka dapat emulakan edahnya” (At-Talak:1) “Dan aku bebaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya” (Al-Ahzab:28) “Atau pisahkan-lah mereka dengan cara yang sepatutnya” (Al-Talak:2)

*Kinayah:bermaksud semua lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai talak atau selain talak. Contoh: suami kata pada isteri “kamu bebas dari aku” “kamu berpisah dengan aku” “kamu terputus hubungan dengan ku” “kembalilah kepada keluarga kamu” “kamu haram ke atas ku” Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Kamu telah meminta perlindungan daripada Tuhan Yang Maha Besar.Oleh itu balik-lah kepada keluargamu” (H.R:Imam Al-Bukhari)

Hukum Talak Sorih Dan Kinayah *Jika seorang suami melafazkan talak sorih maka telah gugur talak sama ada dia berniat talak mahupun tidak. *Lafaz talak kinayah jika seorang suami melafazkan seperti ‘kamu haram ke atasku’ tidak akan gugur talak melainkan dengan niat untuk ceraikan isterinya baru dikira talak.

Dalil Lafaz Kinayah Tidak Gugur Kisah taubat Ka’ab bin Malik r.a apabila dia tidak turut serta dalam peperangan Tabuk. Ka’ab berkata: “Kembali-lah kamu kepada keluargamu” Setelah taubatnya diterima maka isterinya kembali semula kepadanya tanpa ada akad nikah yang baru.

Talak Sunni,Bid’ie Dan Selain Keduanya Talak Sunni: Diceraikan dalam keadaan suci daripada haid dan nifas dan suaminya tidak menyetubuhinya pada masa suci itu. Talak Bid’ie: Telah disetubuhi oleh suaminya dan diceraikan dalam keadaan haid atau nifas,atau diceraikan dalam keadaan suci tetapi suaminya menyetubuhinya semasa suci itu. Talak bukan sunni dan bukan bid’ie: Diceraikan tanpa haid disebabkan masih kecil atau sudah terputus dari haid disebabkan sudah lanjut usia yang tua atau diceraikan dalam keadaan hamil atau juga belum pernah disetubuhi setelah akad nikah atau isteri yang meminta khulu’.

Hukum Bagi Setiap Jenis Talak Talak Sunni: Hukumnya harus dan bagi suami disunatkan menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua dalam satu masa suci. Firman Allah s.w.t: “Wahai Nabi!Apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikan-lah mereka pada masa mereka dapat memulakan edahnya” (At-Talak:1)

Talak Bid’ie: Hukumnya haram walau bagaimanapun talak dalam keadaan ini tetap gugur dan suami tersebut dikira dosa. Hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar: “Beliau telah menceraikan isterinya ketika haid di zaman Nabi s.a.w. Saidina Umar Al-khattab r.a bertanya kepada Nabi s.a.w mengenai perkara itu.Rasullullah s.a.w bersabda: “Perintahkan supaya beliau rujuk kembali.jangan ceraikan sehingga dia suci kemudian datang haid semula dan kemudiannya suci kembali” (H.R:Imam Al-Bukhari)

Sebab-Sebab Talak Bid’ie Diharamkan Talak Bid’ie diharamkan kerana ia mendatangkan mudarat kepada kaum wanita.Ini kerana tempoh edahnya akan menjadi lebih panjang kerana masa haidnya tidak boleh dikira sebagai permulaan edahnya. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak boleh mudaratkan dan tidak boleh memudaratkan” (H.R:Imam Malik)

Talak Bukan Sunni Dan Bukan Bid’ie Talak seumpama ini gugur,diharuskan dan tidak diharamkan kerana tidak memberi mudarat kepada isteri yang diceraikan.Edah isteri yang masih kecil atau yang sudah putus haid dihitung dengan kiraan bulan.

Talak Biasa Dan Khulu’ 1-Talak biasa ialah talak yang berlaku kerana keinginan suami. 2-Khulu’ ialah talak yang berlaku dengan keinginan isteri dan kesungguhannya untuk bercerai.Khulu’ disyariatkan sebagai memenuhi kemahuan isteri. Khulu’ ialah isteri menebus dirinya agar dibebaskan oleh suaminya dengan cara mengembalikan mas kahwin yang telah mereka sepakati sebelum ini kepada suaminya.

Dalil Khulu’ Disyariatkan Firman Allah s.w.t: “Oleh itu kalau kamu khuatir kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukuman Allah,maka tidak-lah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran tersebut)” (Al-Baqarah:229) Kisah Isteri Sabit Bin Qais “Rasulullah s.a.w: bertanya: ‘Bolehkah kamu pulangkan kebunnya? ‘Dia menjawab: Boleh! Sabda Nabi s.a.w kepada Sabit bin Qais: Terima-lah kebun itu dan ceraikannya dengan talak satu” (H.R:Imam Al-Bukhari)

Hukum-Hukum Khulu’ 1-Hukum khulu’ adalah harus.Khulu’ tidak akan berlaku melainkan dengan tebusan berbentuk harta yang diberikan oleh isteri kepada suaminya. 2-Khulu’ tidak akan berlaku melainkan daripada isteri yang berakal dan matang. 3-Jika suami yang melafazkan talak khulu’ maka isteri boleh menguruskan dirinya sendiri tanpa suami berhak keatasnya.Jika mereka ingin rujuk semula maka wajib untuk akad nikah serta berikan mas kahwin yang baru. 4-Isteri yang sudah di Khulu’ maka suami tidak boleh talakkannya lagi kerana tidak ada ikatan . 5-Suami diharuskan melafazkan khulu’ ketika isterinya berada dalam keadaan suci walaupun selepas dia mensetubuhinya.

Dalil Talak Milik Suami Firman Allah s.w.t: “Atau pihak yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin itu sepenuhnya) (Al-Baqarah:237) Pihak yang memegang ikatan nikah ialah suami.

Hak Isteri Dapatkan Talak 1-Jika dia dimudaratkan oleh suaminya. 2-Jika suami cuai dan tidak memenuhi sebahagian daripada hak-hak isteri.Kemudian hubungan mereka tidak boleh dibaiki maka ketika itu qadi boleh jatuhkan talak dengan keinginan isteri.

Syarat Sah Talak 1-Akad nikah telah sabit berlaku. Firman Allah s.w.t: “Wahai orang-orang yang beriman!Apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman,kemudian kamu ceraikan mereka sebelum menyentuhnya maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang edah yang kamu boleh hitungkan masanya” (Al-Ahzab:49) Sabda Rasulullah s.a.w: “Talak tidak berlaku sebelum akad nikah” (H.R:Imam Hakim)

2-Waras serta sempurna akalnya. Sabda Rasulullah s.a.w: “Diangkat qalam daripada tiga golongan:daripada orang yang tidur sehingga dia sedar kembali,daripada kanak-kanak sehingga dia baligh dan daripada orang-orang gila sehingga dia kembali berakal” (H.R: Imam Abu Daud)

3-Mempunyai kuasa memilih yang sempurna dan mencukupi. Talak yang dilafazkan secara paksa tidak gugur. Syarat-syarat talak paksaan: *Jika suami memberi mudarat kepada isteri lalu hakim memaksanya menceraikan isterinya maka gugur talak tersebut kerana ianya syar’ie. *Paksaan yang boleh memudaratkan suami. *Orang yang memaksa mampu melaksakan ugutannya. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tidak berlaku talak dan tidak berlaku pembebasan hamba dalam keadaan dipaksa” H.R: Ibnu Majah)