MINGGU 13 Ayat Terbitan.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PEMERINTAH KABUPATEN JEMBER
Advertisements

Sintaksis Dewi Puspitasari.
KALIMAT DALAM BAHASA INDONESIA
Sintaksis Dewi Puspitasari.
Frasa Kerja dan Frasa Sendi Nama
Ciri Kebahasaan Teks Cerita Sejarah
KALIMAT Pertemuan Ke-6.
TUGAS SOFTSKILL PENJELASAN KALIMAT
Nomina 1. Pengertian Nomina atau kata benda adalah kata yang mengacu pada manusia, binatang, benda, dan konsep atau pengertia. 2. Ciri-ciri Dalam kalimat.
Nor Asiah Ismail Jenis ayat.
AYAT PASIF.
Nor Asiah Ismail Ayat.
SINTAKSIS (1) PERTEMUAN KE-8 Khusnul Fatonah, M.Pd. PGSD.
MATA KULIAH: BAHASA INDONESIA
Setiap ayat terdiri diri daripada dua bahagian a. subjek b. predikat
(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)
(ayat inti dan jenis ayat)
Pengertian Tatabahasa,
MINGGU 13 AYAT TERBITAN.
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) Frasa Kerja (FK) dalam Bahasa Melayu
Penggolongan Kata Hamdan Arifin Jeya.
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN A
BMM 3110 – SINTAKSIS IPG KAMPUS IPOH
UNIT 14 AYAT TERBITAN.
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
Lima Dimensi Pembelajaran Bahasa Kedua
PENGERTIAN TATABAHASA,
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
Unit-unit Bahasa dalam Analisis Tatabahasa
(ayat inti dan jenis ayat)
KLINIK BAHASA MELAYU 2012 MEMBINA AYAT.
Kesalahan Umum Tatabahasa
BAHASA MELAYU TATABAHASA AYAT MAJMUK
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
MINGGU 12 Sintaksis.
MINGGU 12 Sintaksis.
AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
(ayat inti dan jenis ayat)
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
KALIMAT DASAR & KALIMAT TURUNAN
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
(AYAT INTI DAN JENIS AYAT)
(ayat inti dan jenis ayat)
Frasa Kerja.
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
Ayat Aktif dan Ayat Pasif
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PROSEDUR KLOZ.
(ayat inti dan jenis ayat)
MINGGU 12 Sintaksis.
Nota 2 BBM5201: Pembangunan Bahasa Melayu
AYAT TERGANTUNG ATAU AYAT TAK GRAMATIS
MINGGU 12 AYAT MAJMUK.
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
MINGGU 12 Ayat Majmuk.
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
MINGGU 12 Sintaksis.
Tatabahasa (9) Kata Kerja
TATABAHASA AYAT MAJMUK.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
MINGGU 13 Ayat Terbitan.
Transcript presentasi:

MINGGU 13 Ayat Terbitan

HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: pengertian ayat terbitan proses penerbitan ayat, iaitu dari aspek: > pengguguran > penyusunan semula > peluasan

* ayat yang mengalami proses gramatis, AYAT TERBITAN Ayat terbitan ialah: * ayat yang mengalami proses gramatis, * ayat yang menerapkan rumus transformasi * ayat yang merobah peraturan struktur ayat, dan * ayat yang memperluas sesuatu unsur dalam frasa, klausa dan ayat.

RUMUS TRANSFORMASI Rumus dalam TTG yang menentukan tatacara penukaran satu pola tatabahasa kepada pola tatabahasa yang lain. Rumus ini dapat merobah satu jenis ayat menjadi jenis ayat yang lain, dengan cara pengguguran atau penambahan unsur dalam untaian. Contoh: Mahasiswa itu penyanyi Penyanyikah mahasiswa itu? (Ayat Penyata Ayat Tanya)

PROSES PENERBITAN AYAT Proses pengguguran: pengguguran subjek FN, pengguguran FPred, dan pengguguran FN yang mendahului FRelatif. Proses penyusunan semula: penyusunan FN sebagai subjek, penyusunan FN sebagai objek, dan penyusunan semula melalui ayat songsang. Proses peluasan: peluasan FN sebagai subjek, peluasan FPred, peluasan dengan kata hubung, dan peluasan melalui proses komplementasi.

A + B + C menjadi A + C apabila B digugurkan. PROSES PENGGUGURAN Proses meninggalkan bahagian sesuatu binaan, iaitu pembuangan butir linguistik daripada untaian. A + B + C menjadi A + C apabila B digugurkan. Unsur yang digugurkan itu tidak wujud lagi dalam untaian.

PENGGUGURAN FN SEBAGAI SUBJEK Pengguguran KGN diri kedua dalam ayat perintah. Contoh: Kamu diam. Diam. Anda semua masuklah ke dalam dewan ini. Masuklah ke dalam bilik ini. Awak jangan datang lagi. Jangan datang lagi. Silalah anda jawab soalan ini. Silalah jawab soalan ini.

PENGGUGURAN SUBJEK DALAM AYAT MAJMUK Contoh: Mahasiswa itu kuat + Mahasiswa itu berani Mahasiswa itu kuat dan berani. Baju ini mahal kerana baju ini diimport dari Itali. Baju ini mahal kerana diimport dari Itali. Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama + Mahasiswa itu gigih belajar. Mahasiswa itu mendapat Bacelor Sastera kelas pertama kerana gigih belajar.

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT Pengguguran seluruh FPred FK. Contoh: Halimah pensyarah di UPM + Arbak pensyarah di UPM. Halimah dan Arbak pensyarah di UPM. Berlari dapat mengeluarkan peluh + Berjalan dapat mengeluarkan peluh. Berlari dan berjalan dapat mengeluarkan peluh. Hantu berkeliaran + Syaitan berkeliaran Hantu dan syaitan berkeliaran.

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT Pengguguran FPred FN. Contoh: Bunga raya lambang negara + Tugu kebangsaan lambang negara. Bunga raya dan tugu kebangsaan lambang negara. Lelaki itu bukan suaminya + Lelaki ini bukan suaminya Lelaki itu dan lelaki ini bukan suaminya. Kesantunan amalan kita + Kebersihan amalan kita Kesantunan dan kebersihan amalan kita.

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT Pengguguran FPred FAdj. Contoh: Suami sangat amanah + Isteri sangat amanah Suami dan isteri sangat amanah. Mahasiswa harus sabar + Mahasiswi harus sabar Mahasiswa dan mahasiswi harus sabar. Perangainya amat unik minggu ini + Sikapnya amat unik minggu ini. Perangainya dan sikapnya amat unik minggu ini.

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT Pengguguran FPred FSN. Contoh: Suami di Kelantan + Isteri di Kelantan Suami dan isteri di Kelantan Dia akan ke Moscow + Pekerjanya akan ke Moscow Dia dan pekerjanya akan ke Moscow. Kain ini untuk ibu + Jam ini untuk ibu Kain dan jam ini untuk ibu.

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT Pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif. Contoh: Bola ditendang oleh Ali Bola ditendang. Taj Mahal telah dibina oleh Shah Jahan dalam masa 40 tahun. Taj Mahal telah dibina. Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam oleh pendatang asing. Polis yang baru berkhidmat itu telah ditikam. Murid itu telah dipukul oleh gurunya. Murid itu telah dipukul.

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT Pengguguran kata bantu. Contoh: Dia dapat memandu kereta + Dia dapat memandu lori Dia dapat memandu kereta dan lori. Orang itu boleh berpantun + Orang itu boleh bersyair Orang itu boleh berpantun dan bersyair. Anaknya belum dapat berjalan + Anaknya belum dapat bertutur. Anaknya belum dapat berjalan dan bertutur.

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT Pengguguran FN sebagai objek. Contoh: Orang itu mengejar ayam + Orang itu menangkap ayam Orang itu mengejar dan menangkap ayam. Dia menutup pintu + Dia membuka pintu Dia menutup dan membuka pintu. Kami menyokong wawasan negara + Mereka menentang wawasan negara Kami menyokong tetapi mereka menentang wawasan negara. Ayahnya menembak burung + Anaknya memikat burung Ayahnya menembak dan anaknya memikat burung.

PENGGUGURAN BAHAGIAN PREDIKAT Pengguguran FN sebagai objek selepas KKJ yang bermakna adjektif. Contoh: Pemandangan itu amat mengagumkan kami. Pemandangan itu amat mengagumkan. Kekalahan itu sungguh memilukan pasukan Brazil. Kekalahan itu sungguh memilukan. Lakonannya itu sangat mempersonakan penonton. Lakonannya itu sangat mempersonakan. Saya pasti prestasinya tahun ini akan menghampakan anda. Saya pasti prestasinya tahun ini akan menghampakan.

PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF Pengguguran FN subjek. Contoh: Orang itu bapa Aminah + Orang itu memakai kopiah Orang yang memakai kopiah itu bapa Aminah. Yang memakai kopiah itu bapa Aminah. Puteri itu puteri bongsu + Puteri itu cantik berseri Puteri yang cantik berseri itu puteri bongsu. Yang cantik berseri itu puteri bongsu.

PENGGUGURAN FN YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF Pengguguran FN Objek. Contoh: Imai membeli baju + Baju itu merah Imai membeli baju yang merah itu. Imai membeli yang merah itu. Mereka memilih hadiah + Hadiah itu menarik Mereka memilih hadiah yang menarik itu. Mereka memilih yang menarik itu.

PENGGUGURAN KN INTI FN Contoh: > Pekerjaan bertani memerlukan teknologi moden. > Bertani memerlukan teknologi moden. > Sifat sopan tantun perlu wujud dalam kalangan pelajar. > Sopan santun perlu wujud dalam kalangan pelajar. > Amalan bersedekah amat dituntut oleh Islam. > Bersedekah amat dituntut (oleh) Islam. > Perbuatan merokok membahayakan kesihatan. > Merokok membahayakan.

PROSES PENYUSUNAN SEMULA Bentuk kata dalam ayat asal diubah struktur. Diterbitkan dalam struktur ayat gramatis yang baharu. Melibatkan perubahan atau pengguguran kata tertentu, penggantian atau penambahan kata lain. Tidak merobah makna ayat.

PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI SUBJEK Contoh: aktif kepada pasif > Pekerja itu mengecat kereta. > Kereta dicat (oleh) pekerja itu. > Isterinya memandu lori > Lori dipandu (oleh) isterinya. > Saya menembak burung. > Burung saya tembak. > Kamu membayar bil ini esok. > Bil ini kamu bayar esok.

TRANSFORMASI PASIF Ayat yang mengalami transformasi pasif boleh disusun semula melalui proses penyongsangan. Contoh: * Engkau petik buah setiap malam * Setiap malam engkau petik buah Ayat di atas berasal daripada ayat pasif Buah engkau petik setiap malam. Dan ayat pasif ini berasal daripada ayat aktif Engkau memetik buah setiap malam. Catatan: * Ayat aktif bersifat ayat dasar yang mengandung kata kerja wajib berimbuhan meN. * Ayat yang mengandung kata kerja yang tidak berimbuhan meN ialah ragam ayat pasif. * Ayat aktif atau ayat pasif boleh disongsangkan.

PENYUSUNAN SEMULA FN SEBAGAI OBJEK Penyusunan ini terjadi pada ayat yang mengandung dua objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Contoh: * Suami menghadiahi isteri kain. * Suami menghadiahkan kain kepada isterinya. * Mahasiswi memberi mahasiswa bunga. * Mahasiswi memberikan bunga kepada mahasiswa. * Orang itu mengurniai isterinya anak. * Orang itu mengurniakan anak kepada isterinya. * Ismail mengirimi anaknya durian. * Ismail mengirimkan durian kepada anaknya.

PENYUSUNAN SEMULA MELALUI AYAT SONGSANG Ayat yang mengandung keterangan tempat, masa, syarat, musabab dan sebagainya boleh juga disongsangkan jika keterangan itu dipentingkan. Contoh: * Kami meletakkan hadiah itu di sana. * Di sana kami meletakkan hadiah itu. * Dia akan berpindah ke hutan. * Ke hutan dia akan berpindah * Akan berpindah ke hutan dia. * Tikus itu bergerak di dalam kain. * Di dalam kain tikus itu bergerak. * Bergerak di dalam kain tikus itu.

PROSES PELUASAN Penambahan unsur tertentu dalam ayat baharu. Terdapat empat jenis peluasan, iaitu: > Peluasan FN sebagai subjek > Peluasan frasa predikat > Peluasan dengan kata hubung > Peluasan melalui proses komplementasi

PELUASAN FN SEBAGAI SUBJEK Proses relativisasi, iaitu proses pemancangan ayat ke dalam satu ayat lain sebagai frasa relatif kepada subjek ayat yang menerima pancangan. Frasa relatif wujud melalui penggunaan kata relatif yang. Contoh: * Mahasiswi itu buah hatiku. * Mahasiswi itu tersenyum. * Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku. * Orang itu suaminya. * Orang itu memakai kopiah * Orang yang memakai kopiah itu suaminya.

SYARAT RELATIVISASI Subjek FN sama. Jika subjek tidak sama, relativisasi tidak terjadi. Contoh: * Bangunan itu besar. * Orang itu mengait buah. * Bangunan yang mengait buah itu besar. FN identiti sama dan berfungsi sebagai subjek. Jika tidak relativisasi tidak terjadi. Contoh: * Mahasiswi membaling meja. * Mahasiswa membaling mahasiswi. * Mahasiswi yang mahasiswa membaling meja. Ayat 2 boleh direlativisasikan dengan syarat ayat itu diubah dalam bentuk pasif. Contoh: *Mahasiswi membaling meja. * Mahasiswa membaling mahasiswi. * Mahasiswi dibaling (oleh) mahasiswa (pasif). * Mahasiswi yang dibaling (oleh) mahasiswa itu membaling meja (relativisasi).

PELUASAN FRASA PREDIKAT Peluasan frasa predikat boleh terjadi jika FN menjadi subjek dalam ayat yang dipancangkan. Contoh: * Mastura menjolok buah itu. * Buah itu bulat. * Mastura menjolok buah yang bulat itu. * Anaknya memanjat pokok ini. * Pokok ini tinggi. * Anaknya memanjat pokok yang tinggi ini. * Isteri memukul suami. * Suami nakal. * Isteri memukul suami yang nakal.

PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG Proses penggabungan dua konstituen yang sama dalam ayat dengan kata hubung seperti dan, tetapi, kerana, jika, walaupun… Contoh: * Mahasiswa ini bahagia. * Mahasiswi itu kecewa. * Mahasiswa ini bahagian tetapi mahasiswi ini kecewa. * Emak pergi ke pasar. * Ayah pergi ke pasar. * Emak dan ayah pergi ke pasar. * A mahu pergi ke bulan. * B tidak mahu pergi ke bulan. * A mahu pergi ke bulan walaupun B tidak mahu pergi.

PELUASAN SECARA KOMPLEMENTASI Proses yang merobah ayat menjadi satu FN, dan memancangkannya pada ayat yang lain. Contoh: * Wanita itu melaporkan sesuatu suaminya kahwin lagi. * Wanita itu melaporkan bahawa suaminya kahwin lagi. Struktur batin ayat di atas adalah seperti yang berikut: * Wanita itu melaporkan suaminya kahwin lagi. Komplementasi jenis ini terjadi dengan syarat FN subjek dalam ayat induk dan ayat kecil adalah sama.

TRANSFORMASI KOMPLEMENTASI FRASA KERJA Ayat berikut terhasil daripada pelaksanaan transformasi komplementasi frasa kerja. Contoh: * Dia pergi menembak rusa. * Orang itu berdiri mengambil buku. * Perawan ini duduk termenung sepanjang hari. * Mahasiswa itu tidur berdiri. * Petani duduk mencangkung.

TRANSFORMASI KOMLEMENTASI FRASA KERJA Ayat yang dipancangkan itu dikuasai oleh nod FK, bukannya FN. Ini demikian kerana FK dalam ayat induk ialah FKTT. Ayat tersebut tidak boleh dipasifkan. Ayat di atas juga mungkin mempunyai struktur batin seperti contoh berikut: * Perawan itu duduk sepanjang hari. dan * Perawan itu termenung sepanjang hari Setelah mengalami proses pengguguran kh dan FN yang sama, maka wujudlah ayat terbitan seperti yang terjelma pada struktur permukaan. * Perawan itu duduk termenung sepanjang hari.

KESIMPULAN Ayat terbitan ialah ayat yang mengalami proses gramatis Ayat terbitan mengalami proses pengguguran, penyusunan semula dan peluasan Proses pengguguran merangkumi pengguguran FN sebagai subjek, pengguguran frasa predikat, dan pengguguran frasa relatif Proses penyusunan semula melibatkan susunan aktif pasif, transformasi pasif, susunan objek, dan ayat songsang Proses peluasan melibatkan FN sebagai subjek, frasa predikat, dan kata hubung dan proses komplementasi