Etika dan Nilai Dalam Pembangunan Unit 10
Objektif Menjelaskan konsep dan prinsip pembangunan beradab Menjelaskan perspektif pembangunan beradab Menghuraikan bagaimana konsep pembangunan beradab dapat direalisasikan dalam kehidupan manusia
Maksud pembangunan beradab (civilized development/ethical development) Juga disebut sebagai “peradaban pembangunan” Ia adalah cetusan kepada pembinaan paradigma baru dalam wacana pembangunan yang masing asing Syed Hussein Alattas: pembangunan dan cita sempurna, meletakkan soal kemanusiaan ditengah-tengah persoalan pembangunan dimana sekiranya persoalan ini hilang, maka ia adalah musibah kemanusiaan (bukannya pembangunan)
Kenapa pembangunan perlu beradab? Selepas revolusi industri di Eropah, perkembangan pelbagai ideologi seperti kapitalis, sosialis, demokrasi, komunis berkembang pesat. Golongan pemodal menjadi dominan dan pandang dunia berubah Pembangunan diukur dengan banyaknya “bangunan, kilang dan jalanraya” dan ia menentukan maju atau mundurnya sesebuah masyarakat Persoalan kemanusiaan hilang dari pertimbangan Persoalan adab jarang sekali diberi perhatian
Pembangunan beradab mementingkan nilai Pembangunan beradab meletakkan nilai ditempat teratas dalam menentukan kemajuan Kewajaran nilai dalam menentukan sesebuah pembangunan harus diutamakan dengan mengutamakan aspek kemanusiaan Perancangan pembangunan juga harus meletakkan nilai ditempat tertinggi dalam pertimbangan mereka
Insan dan pembangunan beradab Pembangunan tidak berlaku dengan sendiri, bahkan ditentukan oleh manusia melalui pemikiran dan perancangan Oleh itu manusia bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk pembangunan yang dihasilkan Kepincangan hasil dari pembangunan adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk memperbetulkannya
Kesan pembangunan tidak beradab Kemudharatan adalah hasil dari pembangunan tidak beradab, manusia dan alam yang menjadi mangsa Pembangunan yang tidak terkawal menghasilkan kemerosotan kualiti alam, pencemaran, pemanasan global, kepupusan flora dan fauna. Inilah kesan pembangunan tidak beradab Tindakan secara bersama (kolektif) harus diusahakan untuk mempastikan falsafah pembangunan dapat dinikmati bersama
Rumusan Konsep pembangunan beradab perlu diperjelaskan dan dijadikan landasan bagi wacana dan perlaksanaan pembangunan moden agar manusia mampu mengecapi kesejahteraan hasil dari pembangunan yang diusahakan.