USUL FIQH SESSI 2 BAHAGIAN KALAM KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
HADITS KEDUAPULUH LIMA
Advertisements

Materi Pertemuan 7 Al Ahkam Al Khamsah.
BAB 6: PAKAIAN DAN PERGAULAN DALAM ISLAM
Oleh: Ali Ilhami Bin Basir
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perkara yang akan dipelajari:
SUMBER HUKUM ISLAM Oleh: Deden Mulyadi, S.Pd.I.
ADAB KEPADA IBU BAPA Pengertian. Dalil.
Etika Islam Dalam Penerapan Ilmu
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
HADITS IJTIMA’I.
Al-Fath (Lari Dari Perang)
MEDIA PENDIDIKAN Disusun oleh : NUR AMIN : KLS : D/4
SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM
SURUHAN DAN LARANGAN ALLAH SWT.
Moto ; “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?
USUL FIQH SESSI 1 MUKADDIMAH USUL FIQH HUKUM SYARA’
DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS MINGGU KE-3
KBM 1 FIQH ISLAMI BAB 2 : SOLAT DALAM ISLAM
BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Surah Al-Ghasyiyah 1.
Makna Tasyri’ Dari segi bahasa: 1-Sumber air 2-Jalan yang lurus
SYARIKAT Menurut bahasa: Bermaksud perkongsian melalui kontrak atau tanpa kontrak. Menurut istilah ulama fikah: Syarikat ialah hak dua orang atau lebih.
HUTANG (QARDH) Menurut istilah Fuqaha’:
Andalus Corporation Pte Ltd
Diploma Pengajian Islam Andalus Minggu -1
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
SIMPANAN (WADI‘AH) Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk.
Ila’,Zihar Dan Li’an Terdapat tiga perkara yang sama dengan talak atau ia bertukar menjadi talak.Perkara tersebut ialah: 1-Ila’ 2-Zihar 3-Li’an.
Ila’,Zihar Dan Li’an Terdapat tiga perkara yang sama dengan talak atau ia bertukar menjadi talak.Perkara tersebut ialah: 1-Ila’ 2-Zihar 3-Li’an.
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
Andalus Corporation Pte Ltd
Sijil Pengajian Al-Quran (SPA) Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri
KBM 4 AQIDAH ISLAMIAH BAB 1 : FIRAQ DALAM ISLAM
Surah Ad-Dhuha Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Sesi 1 Qawaid Fiqhiyyah.
Andalus Corporation Pte Ltd
PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
Sesi 2 Qawaid Fiqhiyyah.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Sessi 2 Qawaid Fiqhiyyah
Sesi 4 Qawaid Fiqhiyyah.
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
BAB 1 : AKHLAK MAZMUMAH DAN KEWAJIPAN MENJAUHINYA
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
USUL FIQH SESSI 2 BAHAGIAN KALAM KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
USUL FIQH SESSI 3 SUMBER-SUMBER HUKUM
Faraidh.
Ust Md Afiq Ariff USUL FIQH SESSI 5 SUMBER-SUMBER HUKUM YANG TIDAK DISEPAKATI ULAMAK AL-IJTIHAD DAN AT-TAQLID 1.
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah
Malu? Hadith ke-20 Abu ‘Umar
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
Ust Md Afiq Ariff DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS MINGGU KE-2
Ila’ Ertinya: Suami bersumpah tidak akan bersetubuh dengan isterinya
AQIDAH UNIT 1 Kelas Bimbingan Dewasa.
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
Perundangan Zaman Rasulullah
Tafsir Ahkam DPI Andalus
BAB 6: MENJAGA AKHLAK DALAM BERPAKAIAN
BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
Kelas Bimbingan Dewasa
ZAKAT FITRAH DILAKSANA ASNAF DIBELA
Ust Md Afiq Ariff DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM ANDALUS MINGGU KE-2
Andalus Corporation Pte Ltd
Transcript presentasi:

USUL FIQH SESSI 2 BAHAGIAN KALAM KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM Ust Md Afiq Ariff USUL FIQH SESSI 2 BAHAGIAN KALAM KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM 1

BAHAGIAN KALAM SESUATU PERCAKAPAN TERBAHAGI KEPADA DUA: KHABAR DAN INSYAK Khabar: sesuatu percakapan yang difahami daripada seseorang yang boleh kita mengatakan dia berkata bohong atau benar. Contoh: berita, peristiwa, cerita. Insyak: sesuatu percakapan yang difahami dari seseorang yang tidak boleh kita mengatakan dia berkata bohong atau benar. Contoh: suruhan, larangan, seruan, pujian, kejian, harapan, soalan.

KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM AL-AMRU & AN-NAHYU AL-MUJMAL & AL-MUBAYYAN AL-AM & AL-KHAS AZ-ZAHIR & AL-MUAWWAL AF’AAL AR-RASUL SOLLALAHU ALAI WASALLAM AN- NASIKH & AL-MANSUKH

AL-AMRU (PERINTAH) Ertinya: Perintah daripada Allah terhadap mukallaf melalui Al-Quran dan Hadis. Bentuk Lafaz sesuatu suruhan: 1)Fi’il Amr 2)Fi’il Mudhori’ didepannya Lam Al-Amru, 3)Lafaz yang menunjukkan kewajipan seperti kutiba,furida 4)Jumlah khabariah yang difahami sebagai satu perintah. 5)Masdar yang menggantikan fe’el amr.

KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-AMRU Kaedah yang pertama: Asal Al-Amru menunjukkan wajib. Yang bermaksud, makna hakiki bagi sesuatu suruhan itu ialah wajib, kecuali jika ada qorinah atau“tanda” menunjukkan yang membawa hukum selain daripada wajib… contoh: a) An-Nadbu atau Sunat: didalam ayat hutang: “hai orang2 yang beriman, apabila kamu berhutang piutang dan perlu dibayar pada waktu yang ditetapkan maka hendaklah kamu menulis…hingga ke ayat…maka tak ada dosa bagi kamu jika kamu tidak menulisnya” ayat ini juga boleh diketogarikan sebagai Al-Irsyad. b)Ibahah iaitu yang harus: “dan makanlah rezki yang diberikan oleh Allah” c)Doa: “wahai tuhan kami,berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat.” d)Tahdid-Ugutan: jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu hendak

KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AL-AMRU Kaedah yang Kedua: Perintah selepas tegahan menunjukkan harus. “Diharamkan keatas kamu memburu binatang ketika kamu sedang berihram” kemudian “dan selepas kamu bertahallul maka pergilah berburu.” Kaedah yang Ketiga: Qada’ adalah perintah baru. Yang bermaksud: kewajipan yang sudah luput disebabkan tidak dilakukan pada waktu yang ditentukan. Maka perbuatan Qada’ ini bukanlah perintah asal tetapi perintah baru. Contoh: seseorang itu berdosa jika tidak mendirikan solat pada waktunya tanpa penghalang, dan diwajibkan keatasnya Qada’, jika dia tidak melakukannya juga maka berdosalah orang itu buat kali yang kedua. Kaedah yang kelima: Perintah melakukan bertujuan menegah sebaliknya. Contoh: “Wahai orang2 yang beriman, tetapkanlah iman kamu kepada Allah..” justeru itu beriman dan menjaga keimanan itu wajib, maka kufur itu haram.

AN-NAHYU (LARANGAN) Ertinya: Larangan daripada Allah terhadap mukallaf melalui Al-Quran dan Hadis. Bentuk Lafaz sesuatu suruhan: 1)Tegahan yang menggunakan Fi’il Amr. “jauhilah” 2)Fi’il Mudhori’ didepannya Lam An-Nahyu. “janganlah kamu mendekati Zina” 3)Lafaz yang menunjukkan makna tegahan seperti: “harrama,naha” 4)Lafaz orang yang melakukan perbuatan tersebut diancam. 5)Nafi halal.

KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AN-NAHYU Kaedah yang pertama: Asal An-Nahyu menunjukkan Haram. Yang bermaksud, makna hakiki bagi sesuatu larangan itu ialah Haram, kecuali jika ada qorinah atau“tanda” menunjukkan yang membawa hukum selain daripada wajib… contoh: a) Al-Karahah atau Makruh. Contoh: Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: jika satu daripada kamu memasuki masjid, maka janganlah kamu duduk sebelum kamu solat 2 rakaat. b)Doa: “wahai tuhan kami,Janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya” c) Al-I’tinas- menenangkan. Contoh: “janganlah engkau berduka cita sesungguhnya Allah bersama kita..” d)Ta’dib-mendidik “dan janganlah engkau memberi sesuatu dengan tujuan mendapat lebih banayak daripadanya”

KAEDAH-KAEDAH LAFAZ AN-NAHYU Kaedah yang Kedua: Tegahan sesuatu bereti suruhan sebaliknya. “Janganlah engkau menyekutukan Allah” ayat ini menegah kita dari menyekutukan Allah, justeru berdasarkan kaedah ini bermaksud suruhan yang sebaliknya iaitu mentauhidkan Allah dan beriman kepadanya. Kaedah yang Ketiga: Asal An-Nahyu menunjukkan kerosakkan secara mutlak. Yang bermaksud: tegahan yang ditujukan kepada perkara tertentu. Contoh: Solat seorang wanita ketika haidh, berpuasa di hari-raya, jual beli binatang yang masih dalam kandungan ibunya. Semua perbuatan tersebut adalah haram dan tidak sah. Dan sesuatu yang dilarang itu bermaksud tidak diperintahkan, dan sesuatu yang tidak diperintahkan adalah batal dan tidak sah hukumnya. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:“setiap perkara yang tidak ada perintah kami, maka ia tertolak”

AL-MUJMAL dan AL-MUBAYYAN Erti Mujmal: lafaz yang tersembunyi maksudnya dan tidak dapat difahami. maka ia memerlukan penjelasan atau penafsiran daripadaNya atau penjelasan dari Ulamak Fiqh. Erti Mubayyan: lafaz yang menjelaskan perkara yang tersembunyi maksudnya dan yang tidak difahami. Hukum beramal dengan Mujmal di dalam Al-Quran dan Hadis: ditangguhkan sehinggalah ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya yang sebenar. Oleh itu lafaz mujmal memerlukan Al-Mubayyan supaya mukallaf dapat mengetahui maksud sebenar daripada lafaz tersebut dan beramal dengannya.

SEBAB-SEBAB MUJMAL Tidak dapat ditarjihkan salah satu daripada makna lafaz al-musytarak disebabkan tiada Qarinah. Contoh: “mawalla” ertinya: hamba yg dimerdekakan dan yang memerdekakan hamba. Jika seseorang itu berwasiat supaya hartanya diberikan kepada muwalla. Maka perlulah ada penjelasan dari si pemberi wasiat. Lafaz yang asing, yang tidak difahami makna yang dikehendaki. Contoh: “Saat yang tetap berlaku…” Pindahan daripada makna bahasa kepada istilah syarak. Contoh: Solat dari segi bahasa ialah: Doa’. Manakala istilah syarak ialah: segala perbuatan dan percakapan yang bermula dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Di dalam Al-Quran boleh terdapat banyak suruhan mendirikan solat,tetapi tidak dijelaskan didalamnya cara-cara mendirikan solat: oleh itu Nabi S.A.W menerangkan cara-cara solat: “solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.”

AL-KHAS Ertinya: Lafaz yang diperuntukkan bagi menunjukkan satu makna secara berasingan. Samaada satu dalam bentuk nama orang seperti: Khalid. Atau satu dalam bentuk jenis seperti: Rajul, Insan, Kaum Atau banyak dan dapat dikira seperti 80, 100, 40 dll. Hukum lafaz Khas: - Ulamak bersepakat bahawa hukum yang ditunjukan daripada lafaz khas adalah secara Qat’i dan Yakin. Maqsud Qat’i disini ialah ia tidak memungkinkan makna2 yang lain berdasarkan dalil yang ada. Contoh: maka bayaran dendanya ialah memberi makan 10 orang miskin.

AL-’AM Ertinya: Khitab yang menunjukkan pengertian yang umum dan menyeluruh tanpa batasan. Lafaz-lafaz ‘Am: Lafaz kullu, Jamii’, Kaaffah, ‘Aammah. Kullu imri’in. kullu nafsin. Mufrad yang ada Alif Lam Istighraqiyyah. Az-Zaaniyah. Jama’ yang ada Alif Lam Istighraqiyyah. Al- Mutallaqaatu. Mufrad yang ada Idofah. Maa’uhu. Jama’ yang ada Idofah. Amwaalihim Isim Mausul. Allaziina. Isim istifham. Man(siapakah)

Hukum lafaz ‘Am: - Ulamak bersepakat mengatakan tidak boleh beramal atau berpegeng dengan lafaz ‘Am sebelum mencari ada atau tiada mukhassisnya. Ulamak berpendapat demikian dengan dalil. Sahabat pada mulanya berpendapat Fatimah puteri Rasulullah berhak mendapat pusaka berdasarkan umum firman Allah: “Allah perintahkan kamu mengenai pembahagian pusaka untuk anak-anak kamu…” ayat ini umum meliputi anak-anak nabi dan semua anak-anak umat Islam. Selepas itu Abu Bakar memberitahu para sahabat bahawa nabi ada bersabda: “kami para nabi tidak boleh dipusakai, apa-apa yang kami tinggalkan akan menjadi sedekah”

DILALAH ‘AM, ADAKAH IA QAT’I ATAU ZANNI? Pendapat Jumhur Ulamak: - Dilalah ‘Am sebelum atau selepas pengkhukhusan adalah bersifat Zanni. Pendapat Ulamak Hanafi: - Dilalah ‘Am kepada makna-maknanya adalah secara Qat’i selagi ia tidak dikhususkan atau ditakhsiskan. - Apabila ia ditakhsiskan maka dilalahnya terhadap makna-maknanya yang masih tinggal itu adalah secara Zanni.

Kesan Perselisihan: - Takhsis Lafaz ‘Am Al-Quran dengan Lafaz Khas Hadis Ahad. (Bolehkah Hadis Ahad mengkhususkan dalil ‘Am Al-Quran?) * Jumhur Ulamak: boleh. Kerana keduanya zanni. * Ulamak Hanafi: tidak boleh. Kesabitan Al-Quran lebih kuat. Contoh: boleh atau tidak memakan makanan yang disembelih oleh orang islam tetapi tidak menyebut nama Allah? “Dan Janganlah kamu makan dari sembelihan yang tidak disebut nama Allah..” Al-Quran. “Sembelihan Orang islam adalah halal, samaada ia menyebut nama Allah atau tidak…” Hadis Ahad.