Maksud Kata Tanya Kata Tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Kata Ganti Nama Tanya siapa, apa dan mana digunakan juga sebagai kata tanya.
Contoh – Contoh Kata Tanya Bila - menanyakan masa. Berapa - menanyakan jumlah atau bilangan. Mengapa - menanyakan sebab. Bagaimana - menanyakan cara atau keadaan.
Ayat BILA Bilakah bas ekspres ini akan bertolak ke Ipoh ? Bilakah dia balik dari Jepun ?
BERAPA Berapakah harga setin Milo ? Berapakah jumlah penduduk Malaysia ?
MENGAPA 1.Mengapakah cuaca semakin panas ? 2. Mengapakah kanak – kanak itu tiba – tiba menjerit ?
BAGAIMANA Bagaimanakah hubungan antara mereka berdua ? Bagaimanakah keadaan kesihatan ibu kami ?
PANDUAN Kata tanya boleh hadir di akhir ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Contoh : Harga ikan itu berapa ? Mereka sampai bila ?
Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya hendaklah disertai partikel “kah”. Contoh : Berapakah harga ikan itu ? Bilakah mereka sampai ?
Jika kata tanya digunakan dalam ayat penyata, partikel “kah” tidak diperlukan. Contoh : 1. Dia hendak tahu berapa harga ikan itu ? 2. Saya tidak tahu bila mereka sampai ?