TAJUK : NAJIS MUGHALLAZAH & cara menyucikannya. Pelajaran: fiqh TAJUK : NAJIS MUGHALLAZAH & cara menyucikannya. TAHUN: 7
NAJIS Najis - sesuatu benda yang kotor dan menyebabkan sesuatu ibadat tidak sah dilakukan seperti solat, tawaf dan seumpamanya.
NAJIS MUGHALLAZAH Najis Mughallazah ialah najis berat iaitu anjing dan babi serta keturunannya. Segala perkara yang ada hubungannya dengan kedua-dua binatang tersebut seperti tahi, air kencing, peluh, lemak dan seumpamanya. Ini termasuk juga anak yang lahir dari salah satu daripadanya.
DALILNYA: Suruhan ini adalah berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sucinya bekas/barangan salah seorang kamu apabila dijilat anjing dengan membasuhnya tujuh kali. Air yang pertamanya hendaklah dicampur dengan tanah". ( Riwayat Muslim )