Proses-Proses Penerbitan Elektronik

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN Disediakan oleh: Shahwiran Shahrany / TESL K1.2.
Advertisements

Perkembangan Teknologi e-Learning
E4161 : SISTEM KOMPUTER & APLIKASI
3.5.1 PERKEMBANGAN TERKINI RANGKAIAN DAN KOMUNIKASI
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Pembelajaran
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Kesan Penggunaan Peta Minda Interaktif dalam Penulisan Cerita
4.2 PERKAKASAN DAN PERISIAN
PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142)
Perancangan Sumber Kewangan Sukan
BTI3283/BIT3083 SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN
PENGGUNAAN ICT DALAM P&P
PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142)
E4161 SISTEM KOMPUTER & APLIKASI
UNIT 5: KOMPUTER DALAM KEUSAHAWANAN
PENERBITAN ELEKTRONIK
MINGGU 11: PENERBITAN INTERNET
SISTEM FAIL DAN DOKUMENTASI.
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
PEKELILING KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2003
BMM3105 IPG KAMPUS RAJANG,SARAWAK LELLY ANAK RAOH
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
1 PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI DATA.
KOMPONEN DAN SISTEM OPERASI KOMPUTER
PEMBANGUNAN PERISIAN PENDIDIKAN (MMP3023)
Pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat Universiti Teknologi Mara.
Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn
LITERASI KOMPUTER TINGKATAN 1
Muhammad Sazly Bin Bohari IPG KPI
PSV3109 MULTIMEDIA KREATIF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
UNIT 3: KOMUNIKASI MELALUI KOMPUTER
PEMBANGUNAN PERISIAN PENDIDIKAN (MMP3023)
PENGENDALIAN STOR DAN STOK
Tajuk : FTP Apakah FTP ? Mengapa menggunakan FTP ? Asal usul FTP.
DEFINISI, FUNGSI DAN BINAAN
UNIT 10: INTERAKTIVITI DALAM KOMUNIKASI
Internet & Kemahiran Bahasa.
TP 2433 Pembangunan Enjin Gelintar
1 PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI DATA.
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PENGUJIAN PENYELENGGARAAN
Bab 2 Rekabentuk Interaktif Media: Rekabentuk Maklumat
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Urusan Kenaikan Pangkat TBBK Menggunakan ePangkat
PENERBITAN ELEKTRONIK: PENDEKATAN UNIT 5 - 8
Urusan Kenaikan Pangkat TBBK Menggunakan ePangkat
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
KURSUS PEMBANGUNAN LAMAN WEB
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Skop Perbincangan Fenomena perisian kursus bahasa Melayu.
BAB 5 KEMAHIRAN MAKLUMAT.
PENGURUSAN SUMBER MODUL: Pembangunan Courseware Berasaskan Contoh
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
Unit 3 : Internet & Hubungannya Dengan Bahasa.
PENGALAMAN DENGAN PERLAKSANAAN PROGRAM SARJANA DALAM TALIAN
Unit 3 : Internet dan Hubungannya dengan Bahasa
1 PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI DATA.
EDUP3053: Teknologi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran
UNIT 6 : PENGURUSAN PERANTI INPUT OUTPUT
SOALAN TUGASAN : Huraikan domain teknologi pengajaran dengan memberikan contoh yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran di sekolah anda .
1 PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI DATA.
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TK2133 Komunikasi Data Bab 3 Model OSI & TCP/IP.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
GARIS PANDUAN MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN INTERNET DAN MEL ELEKTRONIK
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MOHAMAD RAFIUDDIN BIN JAMALI NAZATHUL EZMIRA BINTI BAHRI
Transcript presentasi:

Proses-Proses Penerbitan Elektronik Syed Agil Alsagoff

Konsep & Penggunaan Aplikasi dalam Penerbitan Elektronik –Patti Myers Proses P.E: Pengambilan data Menentukan struktur data Peningkatan Data Menentukan Susun Atur Indeks Ujian (Testing) Pra-Induk (Pre-mastering) Proses Pengindukan (Mastering) Pemeriksaan Pembuatan

Pengambilan data (Data Capture) Pengambilan data menggunakan mesin pengimbas (scanner), kamera digital, kamera video ataupun menerusi laman-laman web di dalam Internet. Proses pengambilan data ini bergantung kepada bilangan kandungan data yang diperlukan, kesesuaian data, tempoh hayat sesuatu data yang diperlukan dan penggunaan teknologi untuk merakam dan menyimpan kandungan data berkenaan.

Menentukan struktur fail (Determining file structure) Selepas peringkat pengambilan data selesai, kandungan data perlu dikenalpasti bentuk format yang akan disetor dan diterbitkan kemudian. Data berbentuk tulisan akan diformatkan ke dalam bentuk HTML. Data berbentuk audio, grafik, gambar akan disimpan dalam bentuk MPEG. Kesesuaian dan pengenalpastian penggunaan format data adalah diperlukan bagi memastikan bahawa data-data yang telah mengikut format yang betul akan dapat disesuaikan dengan sistem komputer bagi membolehkan proses penerbitan data dipermudahkan.

Peningkatan Data (Data enhancement) Pada peringkat ini, kandungan data yang telah ditentukan formatnya itu akan digabungkan dengan unsur-unsur data lain. Misalnya, data berbentuk tulisan akan digabungkan dengan data audio atau video bagi menghasilkan suatu penggabungan data yang interaktif. Pada peringkat ini juga, proses penggadunan kandungan data dibuat dengan mengambil kira kesesuaian kandungan data, penjenisan dan kategori data yang akan dipilih untuk diterbitkan. Pada peringkat ini j proses pencatuman atau penyatuan penerbitan elektronik dijalankan untuk mensetorkan kandungan maklumat yang telah ditapis ke dalam bank data. Jenis teknologi penyimpanan data yang digunakan pada peringkat ini ialah pengkalan data intelektual (intellectual database technology) yang berkeupayaan untuk mengenal pasti dan membuat keputusan ke atas keputusan proses storan dan proses penyambungan data yang terbaik untuk dilaksanakan.

Menentukan Susun Atur (Determining layout) Selepas berakhirnya proses peningkatan data, suatu peringkat penyusunan susun atur data dibuat bagi menyempurnakan flow data-data berkenaan. Pada peringkat ini, beberapa penekanan diambil kira dalam proses produksi, iaitu kewajaran susunan data, pengaturan rupahuruf atau rupa taip kandungan data, kesesuaian data dengan elemen data tambahan seperti grafik, audio, visual dan sebagainya, merangka dan menyusun protokol aliran data supaya proses penerbitan data menerusi susun atur tersebut akan dapat disempurnakan.

Indeks (Indexing) Pada peringkat ini, susun atur aliran data akan dicatatkan sebagai rujukan atau indeks, bagi membolehkan kod kata indeks yang dipanggil oleh pengguna, dapat dibaca dan disenaraikan oleh sistem. Sistem dapat menentukan jenis dan kategori keperluan kandungan maklumat yang dipilih oleh pengguna data berkenaan. Biasanya, seorang petugas akan diberikan tanggungjawab untuk menyusun indeks berdasarkan kepada kata kekunci maklumat atau nama data bagi kemudahan pengguna data berkenaan.

Ujian (Testing) Pada peringkat ini, data yang telah disempurnakan susun atur dan alirannya, akan diuji sekali lagi oleh sistem bagi memastikan kelancaran pengaliran data berkenaan. Ujian biasanya dilakukan secara rambang sekiranya banyak aplikasi atau produk penerbitan elektronik dihasilkan.

Pra-Induk (Premastering) Selesai ujian pemeriksaan ke atas pengaliran data selesai dilakukan, peringkat pra-induk produk yang mengandungi susunatur data dibuat. Pada masa ini, suatu produk utama (master product) dibentuk bagi menampungi kesemua kandungan maklumat data yang telah disetorkan tadi. Data-data yang telah tersusun akan mengalami proses penerbitan yang kemudiannya akan dipindahkan kepada produk induk sebelum disalinkan kepada produk-produk yang lain.

Proses Pengindukan (Mastering) Pada peringkat ini, data-data yang telah sedia untuk diterbitkan, akan dipindah dan diterbitkan ke dalam suatu produk induk yang berteknologi dan berkapasiti tinggi. Ia penting bagi memastikan bahawa proses penyalinan data daripada produk induk kepada produk-produk salinan yang lain.

Pemeriksaan (Checking) Pada peringkat ini pula, proses penyalinan data daripada produk induk kepada produk salinan telah pun selesai dilakukan. Peringkat seterusnya ialah membuat pemeriksan ke atas penerbitan produk-produk yang dihasilkan itu. Pemeriksaan dilakukan secara rambang tetapi teliti, bergantung kepada peratusan produk-produk salinan yang diuji.

Pembuatan (Manufacturing) Setelah selesai proses pemeriksaan ke atas produk-produk salinan dilakukan, barulah penerbitan atau pembuatan produk dilakukan dalam jumlah yang besar. Pemeriksaan yang dibuat sebelum ini menguji ketahanan dan keupayaan produk dalam menampungi kandungan data dan berjaya menyiarkan data sebagaimana yang dikehendaki. Sementara itu proses pembuatan yang telah selesai akan diagihkan pula kepada peringkat pembungkusan dan pemasaran produk.

Kebiasaannya proses penerbitan elektronik ini dilakukan ke atas produk elektronik yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi CD-ROM, Laser Disk, DVD dan sebagainya. Proses penghasilan produk memerlukan penekanan yang teliti supaya kerja-kerja penerbitan produk dapat disempurnakan dan memiliki kapasiti jangka hayat penampungan kandungan data yang lebih lama lagi. Bagi penerbitan elektronik berasaskan kepada dokumen bercetak pula, beberapa proses penerbitan perlu dipenuhi, di antaranya ialah proses pengumpulan maklumat, penyunting, perekaan bentuk kandungan, percetakan dan pemasaran produk.

Aplikasi P.E Postscript Portable Document File (PDF) Acrobat Distiller Acrobat Reader Portable Document File (PDF) Hyper Text Markup Language (HTML)

Format Teks Pada kebiasaannya, apabila seseorang mengirimkan teks atau grafik kepada seorang individu lain, dia boleh menggunakan aplikasi pemperosesan Microsoft Word. Penerima boleh menerima teks tersebut dengan menggunakan Adobe Pagemaker atau Acrobat. Masalah yang dihadapi oleh penerima maklumat menggunakan aplikasi ini ialah apabila maklumat tersebut dipaparkan di skrin atau apabila ia akan dicetak. Ini adalah kerana format Word memiliki sambungan .Doc. yang tidak dapat dibaca oleh kesemua aplikasi yang lain.

Format Grafik Penerbitan teks dan grafik menerusi aplikasi sedia ada dipindahkan kepada format ASCII. Format ini menyingkirkan saiz dan stail rupa huruf, perbezaan font, grafik dan diagram serta hanya menerima isi kandungan total dokumen itu tadi. Dalam hal ini, capaian penghantaran menerusi e-mail dikatakan popular di akalangan pengirim mesej kerana mesej yang dikirimkan kepada penerima dapat dikekalkan dari segi struktur kandungan mesej tersebut.

Format Mel Elektronik Pemprosesan mel seperti LISTSERV dan Majordomo digunakan oleh para penerbit elektronik untuk menyiarkan kandungan maklumat mereka. Format sebegini sebenarnya sesuai digunakan dalam proses perbincangan maklumat, berbanding degan sistem penghantaran dokumen dalam talian yang diperlukan.

Portable Document Format (PDF) Adobe telah meperkenalkan suatu format dokumen berasaskan kepada struktur mudah alih pada tahun 1993 yang dikenali sebagai Portable Document Format (PDF). Dengan menggunakan format PDF, dokumen-dokumen yang dikirimkan akan dipandukan oleh penyelia dokumen untuk menghasilkan suatu isyarat yang sama kepada pencetak khas bagi menghasilkan fail PDF. Pemandu pencetak tersebut dikenali sebagai Acrobal Disitiller. Ia menukarkan dokumen atau file Postscipt kepada format fail mudah alih (Portable Document File). Kemudiannya, fail atau dokumen PDF ini akan disalurkan kepada Acrobat Reader bagi membolehkan pengguna membaca dan melihat struktur fail atau dokumen mengikut format asal menerusi Internet.

Penggunaan HTML Dalam Penerbitan Elektronik Hyper Text Markup Language (HTML) merupakan suatu sistem format penulisan di dalam Internet boleh dianggap sebagai suatu sistem piawai standard yang dpat menggantikan fungsi Acrobat. Ia digunakan secara meluas dalam bidang penerbitan elektronik . Ia mudah digunakan dan boleh dicapai oleh semua jenis komputer peribadi. HTML dianggap sebagai suatu format penulisan yang fleksibel dan membolehkan pengguna berkongsi sistem penghantaran dan penerimaan fail atau dokumen di dalam Internet.

Model CAPDM

Model CAPDM Capture Author Publish Deliver Manage Pengurusan Perolehan Pengurusan Penciptaan/perekaan data Pengurusan Penerbitan Pengurusan Penghantaran Produk

Kesimpulan: Penggunaan aplikasi dalam penerbitan elektronik adalah bergantung kepada keupayaan perolehan, penformatan dan pengagihan serta pemasaran data agar ia dapat disampaikan kepada pengguna dengan berkesan, mengalami kelajuan yang pantas dan sempurna. Kesesuaian pemakaian format yang dibentuk dalam sesuatu dokumen atau fail yang hendak dihantar kepada pengguna memerlukan suatu penekanan teknologi yang terperinci dan kompleks. Ini adalah untuk memastikan bahawa penghantaran kandungan data tersebut melalui format yang betul, boleh dibaca oleh sistem dan dicetak sama seperti keadaan asal. Pemilihan terhadap aplikasi dalam penerbitan elektronik ini menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kandungan data yang berterusan bagi menyokong teknologi penerbitan elektronik sedia ada. Ini termasuklah dengan mencambahkan kepelbagaian fungsi Internet sebagai medium pendukung aliran maklumat yang penting pada hari ini.