(PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN) DRABC DAN TOTAPS (PJM 3182 KECEDERAAN DALAM SUKAN) DHABITAH BINTI MOHD NOR FATIN ‘AFIFA BINTI FADZIL SITI AMIRAH BINTI MOHAMAD NOOR PISMP 8.12
PENGURUSAN KECEDERAAN/BANTU MULA Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau berkasi atau dirujuk dengan segera kepada pakar perubatan.
DRABC Kaedah ini digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang tidak sedarkan diri atau mengalami kejutan
PROSEDUR DRABC D (“Danger”) Elakkan Bahaya kepada mangsa dari persekitaran. Pastikan mangsa bebas dari bahaya R (“Response”) Periksa mangsa samada bertindakbalas kepada deria cahaya, suara, bunyi, sentuh, bau, panggil nama, tanyakan keadaan, dan rasa untuk melihat sebarang respons
A (“Airway”) Pastikan pernafasan mangsa tidak tersekat- sekat atau berbunyi kuat. Periksa hidung dan mulut mangsa agar tiada bendasing menghalang salur pernafasan. B (“Breathing”) Pastikan adanya pernafasan melalui mulut dan hidung. Jika tiada,berikan bantuan pemulihan pernafasan dengan segera.
Sekiranya mangsa tidak bernafas, segera lakukan cara pulih nafas “Expired Air Resuscitation” (EAR). Kaedah pulih nafas mulut ke mulut. 2 kali hembusan, periksa pernafasan, ulang sehingga pulih.
C (“Circulation”) Peredaran darah melalui denyutan nadi – mengesan denyutan jantung melalui denyutan nadi karotid. Sekiranya tiada denyutan nadi bermakna denyutan jantung telah berhenti. Tindakan untuk merangsang semula denyutan jantung melalui kaedah CPR “Cardiopulmonary resuscitation”.
TOTAPS adalah kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa setelah diberi rawatan DRABC.
Prinsip dan Proseur TOTAPS T Talk O Observe T Touch A Active P Passive S Skill
TALK (Bercakap) Tanya bahagian mana yang sakit, jenis dan tahap kesakitan yang dialami. Soalan-soalan yang boleh ditanya adalah seperti yang berikut. - Apakah yang telah berlaku? - Adakah anda berasa sakit? - Di bahagian manakah anda berasa sakit?
Observe (Melihat keadaan) Perhatikan sekiranya ada bengkak atau kemerahan, atau perbezaan saiz dengan anggota lain. Pernafasan dan perubahan denyut nadi mangsa sama ada normal atau tidak. Periksa bahagian mulut dan hidung jika terdapat sesuatu yang menyekat laluan udara semasa pernafasan.
Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis pendarahan itu Jika berlaku pendarahan , perhatikan jenis pendarahan itu. Pada masa yang sama perhatikan wajah si mangsa. Adakah ia sedang menahan kesakitan, kelihatan pucat atau terkejut. Memerhati untuk mengesan tanda-tanda kecederaan. Pembantu mula hendaklah juga memerhati tanda-tanda luka, lebam, bengkak, atau sesuatu yang tidak normal dibahagian yang cedera.
Touch (Sentuh) Melalui sentuhan dapat dirasa keadaan seperti bengkak, lembut atau sesuatu yang tidak normal bila bahagian yang tidak cedera. Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan berhati-hati. Tujuan utama sentuhan dengan tangan adalah untuk mentafsir darjah kecederaan itu. Minimumkan pergerakan pada anggota yang cedera parah
Active (Aktif) Sekiranya keadaan tidak serius, minta mangsa menggerakkan anggota yang cedera untuk mengesan tahap kecederaan. Perhatikan wajah si mangsa, beri rawatan bantu mula yang sewajarnya di peringkat ini tanpa meneruskan langkah yang berikut. Pergerakan itu hendaklah dilakukan sehingga julat dimana si mangsa mula berasa sakit di bahagian yang cedera.
5.) Passive (Pasif) Bantu pesakit menggerakkan bahagian yang cedera jika pesakit tidak mampu melakukannya sendiri. Sekiranya bahagian anggota yang cedera tadi tidak dapat digerakkan atau pasif, ini menunjukkan kecederaanya adalah serius dan mangsa hendaklah dibawa segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Skill (Kemahiran) Lakukan pelbagai pergerakan asas pada bahagian badan yang mengalami kecederaan. Sekiranya berasa sakit, mangsa berkenaan hendaklah dibawa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau paramedik. Tetapi jika mangsa tidak menunjukkan tanda berasa sakit, mangsa berkenaan boleh meneruskan aktiviti yang dilakukan sebelum kecederaan berlaku. Ulangi pergerakan ini beberapa kali jika kecederaan tidak dapat dikenal pasti.
KEPENTINGAN Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk. Mengurangkan kesakitan. Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera.